Professional Documents
Culture Documents
Bimasakti
Menari
Karya Sri Rahayu
Mohd Yusop
Page | 2
Page | 3
Sipnosip
Novel Bimasakti Menari bermula dengan kisah Nurul Hafsa yang memulakan hari
pertama dia bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor. Pada permulaan tugasnya, dia telah menerima kunjungan
sekumpulan pengunjung yang dianggotai oleh 15 orang murid dan tiga orang
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima, Jepun yang ingin
melihat bintang-bintang di Kuala Selangor. Malangnya, hasrat murid-murid tersebut
untuk melihat bintang-bintang yang dicartakan dalam peta langit tidak tercapai akibat
langit terlalu cerah pada malam tersebut. Mereka juga tidak dapat melihat berkelip-
kelip. Gelagat Nurul Hafsah melayan murid-murid sekolah itu telah diperhatikan oleh
Muhammad Taufik, iaitu anak salah seorang individu terkaya di Asia Tenggara yang
juga mempunyai sifat cinta akan alam sekitar yang tinggi.
Kegagalan ini telah membuat Nurul Hafsa berusaha untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Rasionalnya projek tersebut
adalah untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai sebuah pusat kajian falak
yang terkenal di peringkat antarabangsa. Penggunaan lampu-lampu yang amat
terang cahayanya akan digantikan dengan lampu-lampu yang menggunakan
gelombang yang rendah. Dengan ini, pantulan cahaya ke langit akan berkurang.
Hasrat Nurul Hafsa telah mendapat sokongan daripada Muhammad Taufik yang
turut ingin menjayakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
tersebut.
Page | 4
Dengan menggunakan pengaruh ayah Muhammad Taufik, iaitu Tan Sri Muhaimin,
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah Berjaya membuat pembentangan
projekmereka kepada Pegawai Daerah, iaitu Dato’ Hj. Mustofa al-Hamid. Walau
bagaimanapun, projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut mendapat tentangan
daripada mmusuh perniagaan ayah Muhammad Taufik, iaitu Dato’Johann Arlington-
Majid. Permusuhan antara Dato’ Johann dengan Tan Sri Muhaimin bukan sahaja
dalam perniagaan tetapi juga berbentuk permusuhan peribadi yang berpunca
daripada bekas isteri Tan Sri Muhaimin, iaitu Marion Wickham atau nama islamnya,
Maryam yang berbangsa Kaukasia memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan
hidupnya.
Menteri Besar yang bersetuju dengan projek yang dibentangkan oleh Nurul Hafsa
telah memanggil satu majlis terbuka di Bnagunan SUK, Shah Alam untuk
mendengar pembentangan tentan Projek Kawasan Langit Gelap daripada Nurul
Hafsa dan Muhammad Tuafik. Pada hari tersebut, Dato’ Johann Arligton-Majid turut
hadir. Beliau telah mengemukakan pelbagai soalan dengan tujuan untuk
mempengaruhi Menteri Besar agar membatalkan projek tersebut. Walau
bagaimanapun, semua soalan yang dikemukakan oleh Dato’ Johann Arlington-Majid
dapat dijawab dengan tuntasnya oleh Nurl Hafsa.
Lantaran Projek Kawasan Langit Gelap ingin diwartakan, satu tender pembekalan
lampu akan dikeluarkan . dato’ Johann bertambah marah kerana lampu-lampu itu
tidak dapat dibekalkan oleh syarikat beliau. Lantaran itu, Dato’ Johann merancang
untuk membuat gangguan terhadap Muhammad Taufik dengan Nurl Hafsa agar
dapat mempengaruhi Menteri Besar untuk membatalkan projek tersebut.
Pada mulanya, Muhammad Taufik telah diserang dan dipukul ketika dia balik dari
masjid. Mujurlah Budiman dan Nurul hafsa datang dan menyelamatkannya. Selepas
menjalani rawatan di hospital, Muhammad Taufik telah diminta supaya mengikut
ibunya balik ke Otago, New Zealand. Sewaktu Muhammad Taufik bersiap-siap untuk
keluar dari hospital dan terus ke lapangan terbang untuk ke Otago., Muhammad
Taufik telah menerima jabangan bunga. Secebis kertas terjatu daripada jambangan
bunga tersebut. Tertulis kata-kata yang mahu dia menunggu seorang diri di
PETRONAS pada hari jumaat, pukul 8:30 pagi. Paling membimbangkan Muhammad
Taufik adalh apabila dia melihat keronsang mutiara milik Nurul Hafsa yang tersemat
Page | 5
pada selendang yang menjadi pembungkusan jambangan bungaitu. Lantaran itu,
sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang, Muhammad Taufik telah meminta
pemandu ayahnya agar berhenti di PETRONAS di hadapan hospital atas alasan
hendak ke tandas. Muhammad Taufik mengambil kesempatan itu untuk pergi ke van
putih yang telah sedia menunggunya. Muhammad Taufik telah ditarik ke dalam van
dan dilarikan di suatu tempat. Muhammad Tuafik dapat merasakn bahawa Nurl
Hafsa turt berada di situ yang dicam melalui suaranya. Nurul Hafsa telah diculik
terlebih dahulu, iaitu sewaktu dia balik dari mencerap keli-kelip bersama-sama
abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah dipergunakan oleh penjahat-penjahat itu
untuk mendapatkan Muhammad Taufik.
Kumpulan penjenayah itu telah melepaskan Nurul Hafsa dengan menolaknya keluar
dari kenderaan yang membawanya di kawasan estet. Nurul Hafsa yang dibantu oleh
seorang pemandu van sekolah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Berita
perculikan Muhammad Taufik telah menjadi berita hangat. Pihak polis juga telah
mengatur siasatan dan mengadakan sekatan jalan raya dalam usaha menjejaki
kumpulan penjenayah tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis telah mengesan sebuah ruamh di
kawasan ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jya.
Sepasukan Pasukan Gerak Khas telah dikerahkan ke sana. Akhirnya, penjenayah-
penjenayah itu telah dapat dibekas dan Muhammad Taufik dapat diselamatkan.
Selepas peristiwa hitam tersebut, hubungan Muhammad Taufik dengan Nurul Hafsa
semakin rapat. Mereka sering berhubung melallui telefon dan bercerita tentang
perisriwa yang menimpa mereka. Selepas peristiwa itu juga, ibu dan ayah
Muhammad Taufik telah bernikah semula. Majlis pernikahan pasangan itu
berlangsung di masjid. Sewaktu mengemas dulang-dulang yang digunakan dalam
majlis itu, Muhammad Taufik telah menzahirkan hasratnya untuk meminang Nurul
Hafsa. Nurul Hafsa yang berasa mal uterus beredar tetapi Muhammad Taufik telah
menghantar mesej yang menyatakn bahawa mereka berdua ialah dua ekor kelip-
kelip terakhir di dunia.
Page | 6
Tema
Persoalan
1. Sikap tidak bertolak ansur antara suami deng isteri akan menyebabkan
berlakunya penceraian.
Tan Sri Muhaimin terpakasa menerima kenyataan bahawa Maryam ialah
seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan dan tidak boleh
diikat.
2. Penceraian antara suammi dengan isteri menyebabkan anak-anak
menjadi mangsa kerana kehilangan kasih sayang.
Selepas bercerai, Tan Sri Muhaimin memainkan perana untuk mendidik dan
membesarkan Muhammad Taufik manakala Puan Maryam meneruskan
impiannya untuk menyelamatkan dunia.
3. Sikap tamak dan dendam mengakibatkan seseorang itu terjebak dalam
perbuatan jenayah.
Sikap tamak dan dendam Dato’ Johann Arlington-Majid terhadap Tan Sri
Muhaimin menyebabkan beliau sanggup mengupah penjenayah untuk
menculik dan mencederakan Muhammad Taufik.
Page | 7
4. Sekiranya sudah jodoh, seseorang itu tetap bersatu sebagai suami
isteri.
Tan Sri Muhaimin telah bernikah semula dengan bekas isterinya, iaitu Puan
Maryam Wickham.
5. Tanggungjawab seorang abang terhadap adik perempuan.
Budiman yang sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika bertemu
dengan Muhammad Taufik dan mencerap kehadiran kelip-kelip di Kampung
Kuantan.
6. Keikhalasan dan kejujuran dalam bersahabat.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa saling membantu untuk menjayakan
Projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan berasa risau apabila salah
seorang daripada mereka diancam.
Mengenal Watak
Jenis watak
1. Watak utama
a) Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita.
b) Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting
sesebuah cerita.
2. Watak sampingan
a) Watak sampingan menyokong tindak-tanduk watak utama untuk
melengkapkan cerita.
b) Kemunculan watak sampingan tidak sekerap watak utama.
3. Watak pipih
a) Watak ini merupakan watak sampingan yang hanya dipusatkan pada
suatu aspek sifat atau fikirannya.
b) Watak ini tidak kompleks dan tidak berkembang.
4. Watak dinamik.
a) Watak dinamik beruba, sama ada dari segi psikologi atau dari segi aksi-
aksi yang berlaku dalam plot.
b) Perubahan yang berlaku mungkin daripada kurang baik menjadi baik atau
sebaliknya.
Page | 8
5. Watak stastik
a) Watak stastik tidak mengalami sebarang perubahan tingkah laku atau
fikiran dari awal hingga ke akhir cerita.
b) Contoh watak stastik dalam novel ini ialah Budiman, iaitu abang kepada
Nurul Hafsa. Budiman sentiasa menyokong adiknya dan Muhammad
Taufik dalam projek Kawasan Simpan Langit Gelap.
1. Dialog
a) Pengarang menggambarkan satu-satu watak berdasarkan dialog yang
diucapkan antara watak dalam novel.
b) Yang berikut ialah contoh dialog yang memerihalkan perwatakan semua
watak:
“Apa khabar ibu kamu?”
“Ibu baik ayah. Ibu kirim salam.” (hlm. 40)
Berdasarkan dialog di atas, pembaca dapat membuat penilaian terhadap
perwatakan Tan Sri Muhaimin, iaitu seorang yang baik hati dan tidak
berdendam terhadap bekas isterinya.
Page | 9
2. Monolog dalaman.
a) Monolog dalaman bermaksud kata hati atau pengucapan batin oleh
watak sama ada ditunjukan kepadadirinya atau kepada pendengar atau
pembaca.
b) Yang berikutnya ialah contoh monolog dalaman:
Ya Allah, kata hati Muhaimin, hanya Kau yang mengetahui sebab-
munasabah bagi setiap kemusykilan. (hlm. 38)
Berdasarkan monolog tersebut, pembaca dapat mengetahui perwatakan
Muhaimin, iaitu seorang yang kuat berpegang pada agama. Kejadian yang
dihadapi segera dirujuk kepada Allah SWT yang mentakdirkan segalanya.
3. Aksi
a) Aksi ialah gerak laku atau perbuatan satu-satu watak.
b) Yang berikut ialah salah satu contoh aksi watak yang dapat menjelaskan
perwatakannya:
Nurul Hafsa dan Budiman bergegas keluar kereta dan melihat ke dalam
kenderaan pacuan empat roda itu. Namun, Muhammad Taufik tiada di
dalamnya. (hlm. 126)
Tindakan Nurul Hafsa dan Budiman bergegas keluar dari kereta untuk
mencari Muhammad Taufik memberikan gambaran kepada pembaca
bahawa mereka merupakan orang yang prihatin dan sangat baik hati.
Watak utama
Nurul Hafsa
Page | 10
6. Nurul Hafsa seorang yang peramah. Contohnya, dia berasa marah kepada
Muhammad Taufik kerana memagar kawasan sungai di Kampung Kuantan.
Watak sampingan
Muammad Taufik
1. Muhammad Taufik ialah anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan
Maryam Wickham Abdullah.
2. Muhammad Taufik seorang yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, dia
mengusahakan projek Ikhtiar Teknoalan, iaitu pembinaan rumah yang
berkonsepkan kediaman mesra alam.
3. Muhammad taufik seorang yang berpendidikan tinggi.
4. Muhammad Taufik seorang yang bersikap penyayang. Contohnya, dia
menyayangi kedua-dua orang tuanya walaupun mereka telah berpisah
dengan berusaha untuk memenuhi permintaaan mereka.
5. Muhammad Taufik seorang yang berterus terang. Contohnya, dia berterus
terang dengan bertanya kepada Nurul Hafsa sama ada dia sudi menerima
pinangannya.
6. Muhammad Taufik seorang yang tabah. Contohnya, dia tidak mahu beralah,
sebaliknya meneruskan hasratnya bersama-sama dengan Nurul Hafsa untuk
menyelamatkan kelip-kelip walaupun telah diserang.
Budiman
Page | 11
Latar
Latar tempat
1. Balai Cerap Sultan Salahuddin. Tempat Nurul Hafsa bekerja selepas pulang
di luar Negara.
2. Kampung Kuantan. Tempat Muhammad Tuafik memberitahu Nurul
Hafsabahawa populasi kelip-kelip telah berkurang.
3. Stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital. Tempat Muhammad
Taufik diculik.
4. Kawasan perladang di Bestari jaya. Tempat pasukan Gerak Khas
digerakkan untuk menyelamatkan Muhammad Tuafik yang diculik.
5. Hospital Besar Tanjung Karang. Tempat Muhammad Taufik telah dibawa
untuk mendapatkan rawatan setelah diserang oleh sekumpulan penjenayah.
6. Taman Rimba Templer. Tempat Budiman mengadakan perkhemahan
bersama-sama dengan budak pengakap.
Latar Masa
Page | 12
Latar masyarakat
Plot
Binaan plot
Page | 13
3. Cerita mula mencapai tahap perkembangan apabila Nurul Hasfa membuat
laporan berkaitan dengan pencemaran cahaya yang menghalang aktiviti
mencerap bintang dan melihat kelip-kelip di Pejabat Daerah. Ketua Nurul
Hafsa, iaitu Puan Foziah telah menasihati Nurul Hafsa agar tidak
mnegharapkan sebarang tindakan kerana pembangunan di Kuala Selangor
tidak melanggar undang-undang alam sekitar. Kemudian, abang Nurul Hafsa,
iaitu Budiman telah mempertukan Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik
yang mencintai alam sekitar juga. Setelah berbincang, mereka berdua
bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di Kuala Selangor bagi membolehkan aktiviti pencerapan bintang dan
menjaga populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Dengan bantuan dan
pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka Berjaya membuat pembenntangan
kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor. Kemudian, Menteri Besar telah
mengadakan majlis terbuak kepada orang ramai untuk mendengar
pembentangan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut.
4. Pada peringkat perumitan, projek Kawasan Simpan Langit Gelap mendapat
tentangan daripada Dato’ Johann Arlington-Majid. Dato’ Johann Arlington-
Majid cuba membatalkan projek tersebut dengan mengemukan pelbagai
soalan kepada Nurul Hafsa tetapi semua soalannya dapat dijawab dengan
jelas oleh Nurul Hafsa. Dato’ Johann Arlington-Majid juga tidak bersetuju
kerana syarikat beliau tidak dapt membekalkan lampi-lampu full cut off yang
diperlukan untuk tujuan projek tersebut. Lantaran, Dato’ Johann Arlington-
Majid yang sememangnya telah lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin
kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan
hidupnya, telah merancang untuk menggagalkan projek tersebutt dengan
mengupah penjahat untuk menimbulkan ketakutan kepada masyarakat
apabila suasana menjadi gelap pada waktu malam. Cerita bertambah rumit
apabila Muhammad Taufik telah diserang ketika dia balik dari masjid selepas
menunaikan soalt isyak. Berita serangan terhadap Muhammad Taufik telah
sampai ke pengetahuan Menteri Besar. Setelah mendapat penjelasan
daripada Tan Sri Muhaimin tentang peristiwa serangan itu, Menteri Besar
bersetuju untuk meneruskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala
Selangor.
Page | 14
5. Plot mencapai puncak/klimaks apabila Nurul Hafsa pula diculik. Rentetan
penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik telah membatalkan niat untuk
mengikut ibunya balik ke Otago, New Zealand . deia telah menemui kumpulan
penculik itu di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital. Kemudian,
Muhammad Taufik telah dicuk dan dibawa ke kawasan perladangan kelapa
sawit. Selepas penjahat dapat menculik Muhammad Taufik, mereka
membebaskan Nurul Hafsa. Nurul Hafsa telah membuat laporan di balai polis.
Berdasarkan laporan dari Balai Polis Bestari Jaya, Ketua Inspektor Llim telah
menubuhkan pasukan Gerak Khas. Akhirnya, kumpulan penjenayah itu
Berjaya diberkas dan Muhammad Taufik dapat diselamatkan.
6. Pada peringkat peleraian, hubungan antara Nurul Hafsa dengan Muhammad
Taufik bertambah intim. Mereka berdua selalu berbual-bual tentang peristiwa
yang menakutkan mereka itu. Peristiwa yang berlaku terhadap Muhammad
Taufik dan Nurul Hafsa juga telah merapatkan hubungan antara Tan Sri
Muhaimin dengan bekas isterinya, Maryam Wickham. Mereka mengambil
keputusan untuk bernikah semuala. Selepas kenduri kesyukuran utnuk
meraikan pernikahan buat kalii kedua Tan Sri Muhaimin dengan Maryam
Wickham, Muhammad Taufik yang berbunyi, “Kita ialah dua ekor kelip-kelip
terakhir di dunia.”
Teknik plot
Teknik pemerian
Page | 15
b) Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik mengimbau kembali zaman
persekolahan mereka, iaitu ketika mereka masih belajar di sekolah
rendah. Contohnya:
“Nurul Hafsa dah lupa pada saya,kan? Sekolah Kebnagsaan Tanjong
Keramat, saya di Tahun 6 dan Nurul Hafsa di Tahun 4.” (hlm.52)
Teknik saspen
Page | 16
b) Peristiwa Nrul Hafsa berasa saspens apabila melihat tiga orang lelaki
memotong rumput di tepi-tepi jalan lorong ke rumahnya yang sunyi sejak
dua tiga hari kebelakangan ini dan perkara yang meragukannya ialah
lalang masih meninggi. Pembaca tertanya-tanya akan tujuan sebenar
kehadiran ketiga-tiga lelaki itu.
Tenik kejutan
Gaya bahasa
Diksi
1. Novel Bimasakti Menari memilih kosa kata yang sesuai dengan latar masa,
latar tempat dan latar masyarakat. Antara kosa kata tersebut termasuklah
istilah yang berkaitan dengan bintang seperti Betelgeuse, Rigel, Siph,
Almitak, Mintaka, Alvilam, dan Orion.
Page | 17
2. Pengarang menggunakan diksi pinjaman daripada bahasa inggeris.
Contohnya:
a) Platform (hlm. 1)
b) Amatur (hlm. 4).
3. Terdapat juga penggunaan diksi pinjaman daripada pengaruh bahsa Arab
dalam novel ini. Contohnya:
a) Falak (hlm. 6)
b) Wafat (hlm. 7)
4. Pengarang turut menggunakan istilah khusus yang berkaitan dengan alam
sekitar. Contohnya:
a) Grid utiliti (hlm. 61)
b) Jejak karbon (hlm.61)
Simile
Hiperbola
Page | 18
Inversi
1. Inversi ialah pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh pengarang.
2. Antara contoh penggunaan inverse dalam novel ini termasuklah:
a) “Malam ini adik-adik hanya dapt melihat sebahagian sahaja daripada buruj
Orion… (hlm.7)
Sepatutntya: adik-adik hanya dapat melihat sebahagian sahaja daripada
buruj Orion malam ini.
b) Pada malam semalam, selepas menunaikan solat, Nurul Hafsa berdoa
dan menanam azam yang dia akan menjalankan tugasnya sebagai
seorang penjawat awam dengan penuh dedikasi. (hlm.9)
Sepatutnya: Nurul Hafsa berdoa dan menanam azan pada malam
semalam, selepas menunaikan solat yang dia akan menjalankan tugasnya
sebagai seorang penjawat awam dengan penuh dedikasi.
Sinkope
Peribahasa
Page | 19
Ayat
Nilai
1. Nilai cinta akan alam sekitar. Contohnya, Nurl Hafsa dan Muhammad Taufik
berusaha untuk membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk
memastikan habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai
lokasi pencerapan bintang.
2. Nilai setia kawan. Contohnya, Muhammad Tuafik sanggup berjumpa dengan
penjahat di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital semata-mata
untuk menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik.
Page | 20
3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah membesarkan
anak tunggalnya dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun
dia seorang bapa tunggal.
4. Nilai ketabahan. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah
menghadapi ancaman dan acbaran dalam usaha mereka untuk
mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan
menjaga habitat kelip-kelip.
5. Nilai kasih sayang. Contohnya, Maryam Wickham sayang akan anaknya,
iaitu Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan
memasakkan makanan untuk anaknya itu.
Pengajaran
Page | 21