You are on page 1of 9

UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

AUTO TERKINI RODA4 RODA2 PANDU UJI BIKIN KERETA AUTOTAINMENT

SEMBANG DERAS AKSESORI PR NEWSWIRE

#PanduUji: Volkswagen Golf GTI Mk7.5 yang


Minimalis, Halus dan Memuaskan
July 21, 2018 By AI — Leave a Comment

APABILA berkata tentang hot-hatch, versi kemas kini Mk7.5 tampil untuk memastikan Volkswagen Golf GTI kekal
sebagai peneraju dalam segmennya. Kadangkala kaedah penambahbaikan yang paling berkesan tidak terletak pada
perubahan besar dalam satu malam, tetapi banyak langkah kecil dari semasa ke semasa.

Mungkin Volkswagen mahu beritahu, dengan Mk7.5 baharu, perubahan diberikan ialah sangat halus - secara
berperingkat - dan berkembang baik berbanding dalam bentuk revolusi produk yang ketara.
KEMAS KINI SIGNIFIKAN
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Bar depan dan belakang, termasuk lampu dan gril disegarkan untuk penampilan lebih elegan. Bagi versi Mk7.5,
Volkswagen menawarkan perincian lebih kemas pada aspek luaran dan dalaman, termasuk Golf GTI ini, terdiri
daripada:

Rekaan semula apron depan baharu dengan rekaan sarang lebah @ honeycomb pada gril radiator dan
ventilator udara.
Bilah udara pada bampar depan bercat hitam.
Rekaan jalur pada logo GTI pada fender.
Kemasan strip merah GTI sepanjang gril depan.
Spliter hitam di depan yang bersambung terus kepada difuser di belakang.
Rim aloi ‘Milton Keynes’ 18 inci.
Difuser rekaan honeycomb klasik.
Dwi ekzos dengan hujung paip besar.
Spoiler bumbung belakang.
Lampu belakang LED penuh dengan indikator dinamik.

GOLF GTI PALING 'HALUS'


UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Sebaik saja pintu dibuka, Volkswagen nampaknya masih mengekalkan bentangan kabin yang kemas, ringkas dan
elegan menerusi padanan tona warna hitam.

Cuma kali ini berbeza pada Paparan Info Aktif (AID) 12 inci dengan skrin sentuh 8 inci, sistem infotainment
navigasi Discover Media berserta port USB dan antaramuka ipod/iPhone, termasuk slot kad SD, Bluetooth, Paparan
Prestasi, Pilihan Mod Pemanduan dan 8 pembesar suara. Pemilik juga boleh menghubungkan telefon pintar dengan
sambungan aplikasi khas seperti MirrorLink, Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA >>> Volkswagen Golf GTI Mk3 VR6 Ubah Persepsi Tentang Kereta Murah Prestasi Tinggi

Versi GTI diserlahkan dengan lencana GTI pada stereng, tombol gear, dan sil pintu, manakala posisi duduk sangat
santai. Kerusi semi bucket daripada kulit Vienna begitu halus memeluk bahagian punggung.

Bentangan pandangan depan cukup bagus walaupun cermin sisi terlalu kecil untuk melihat paparan belakang
kereta. Selepas enjin 2.0L TSI dihidupkan, suara enjin tidak masuk ke dalam kabin walaupun dalam mod lahu atau
idle. Sebaik pedal minyak dipijak, cuma sedikit raungan enjin terdengar. Memang saya jempul ibu jari untuk kualiti
kesenyapan NVH  Golf GTI ini.

Sepanjang perjalanan pulang dari Johor Bharu ke Bangsar dalam sesi pandu uji media anjuran Volkswagen
Passenger Car Malaysia (VPCM), saya sempat menguji sepenuhnya model Mk7.5 GTI ini. Apa yang fantastik
tentang enjin hot-hatch ini ialah respon terotel yang begitu sensitif dengan kotak gear DSG 6-kelajuan bekerja
dengan cukup baik.

Tenaga disalurkan begitu optimum, dan setiap hantaran gear diisi pantas dengan halus dan lancar. Hampir tidak
terasa hentakan dan penurunan rev enjin. Sepanjang perjalanan, pecutan 180kmj dicapai mudah tanpa perlu bekerja
keras. Malah ketika mahu memotong juga tiada lengah kuasa.
BACA >>> 9 Fakta Pantas | Volkswagen
UTAMA Golf GTI TCR - PENGIKLANAN
EDITORIAL Model Konsep GTI Paling KAMI
HUBUNGI Berkuasa

Saya cuma perlu tekan sedikit pedal minyak dan kuasa terus disalurkan ke roda. Cukup saja dengan menggunakan
mod Comfort. Hingga pada 4000rpm, masih tiada gegaran pada suspensi, stereng, gandar dan tayar. Lancar selancarnya.

Seperti model terdahulu, Golf GTI baharu ini bukanlah pelumba jalanan sejati seperti sebuah kereta prestasi.
Walaupun teringin memandu kereta lumba dengan spring solid dan kuasa super, Volkswagen semestinya sedia
maklum tentang pengguna yang mahukan sebuah kenderaan dengan perbatuan jauh, selang servis panjang dan
lebih banyak dengusan low-end.

TIDAK PERLU BUKTI APA-APA

Lagipun Golf tidak perlu pun membuktikan apa-apa. Gayanya sudah pun menepati selera. Kereta ini juga cukup
bersedia meredah laluan berselekoh. Adalah lebih baik mengetahui kemampuan Golf mencapai tork seawal
1,500rpm dan menjangkau puncak 350Nm pada 4,600rpm.

Perubahan nisbah gear apabila memandu versi manual adalah cepat dengan kotak gear yang pantas dan lancar.
Juga tepat dan teratur. Inilah gabungan menarik bagi cengkaman dan kelajuan yang menawan, serta tahap
ketenangan tinggi dan kawalan tubuh rapi. Pemandu akan sentiasa tahu dengan tepat di mana anda berada dengan
Golf ini.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul 'Kerusi Pelekat' Volkswagen Golf GTI


Tayar bersaiz 225/40 memberikan
UTAMAcengkaman baik dalam
EDITORIAL permukaan jalan
PENGIKLANAN kering atau
HUBUNGI KAMI basah, juga sesuai dengan
kemampuan GTI. Stereng lincah memberikan respon langsung yang jitu dan tajam, sekali gus membantu
memudahkan pemandu mencari had cengkaman.

Golf ialah antara produk legenda Volkswagen selain Beetle. Golf sememangnya sejak dulu terkenal sebagai hot-
hatch pantas dan mendapat cukup banyak penghargaan, terutama di bawah label GTI. Akhir kata, sebenarnya, tidak
perlu pun Golf versi R yang lebih mahal, cukup saja dapatkan sebuah versi GTI kerana itupun sudah memadai.

SPESIFIKASI

ENJIN: 2.0L TSI 4-Silinder


KUASA MAKSIMUM: 226hp @ 4,700-6,200rpm
TORK MAKSIMUM: 350Nm @ 1,500-4,600rpm
TRANSMISI: 6-kelajuan DSG
CIRI KESELAMATAN: 7 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Agihan Brek Elektronik (EBD),
Sistem Amaran Pemandu (DAS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Tork Drag Enjin (EDTC), Kawalan
Pegun Bukit (HHC), ISOFIX dan lain-lain
HARGA: RM225,888

GALERI
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Volkswagen Golf GTI TCR (2017) #Spyshot: Foto Volkswagen Golf Mk7 Volkswagen Golf GTI TCR (2018)
Versi Facelift - 345hp, Lebih RM400k Facelift Sudah Bocor Dapat Facelift Baharu, Tampil Lebih
March 11, 2017 January 21, 2018 Berkuasa
In "Roda4" In "Auto Terkini" December 3, 2017
In "Roda4"

Filed Under: Pandu Uji


Tagged With: Golf GTI, Mk7.5, Pandu uji, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf GTI Mk7.5, Volkswagen Passenger Car
Malaysia (VPCM)

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required elds are marked *

Comment

Name *
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Email *

Website

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

POST COMMENT

CARIAN AUTO

Search the site ...


UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

FACEBOOK

PILIHAN RAMAI

Yamaha R15 V3 Sah Masuk Malaysia,


Bakal Lancar 28 Julai Ini!

Perbandingan Awal [Siri 1]: Yamaha


YZF-R15 (v3) vs FZ150i

Harga Baharu Yamaha Tanpa GST


Diumumkan - Turun Hingga RM3k

Honda Dash 125 (2018) Kini Lebih


Berkuasa & Menarik - Harga Bermula
RM5,999

Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs


Indonesia, dan Ramalan Versi
Malaysia?

PANDU UJI
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI
#PanduUji: 'Proton 1
Tank Adventure' -
Isi Penuh Saga
Boleh Pergi Sejauh
650km!
SEJAUH manakah kereta
anda mampu pergi dengan
setangki isian minyak … [Baca Lagi...]

#PanduUji:
Volkswagen Golf
GTI Mk7.5 yang
Minimalis, Halus
dan Memuaskan
APABILA berkata tentang
hot-hatch, versi kemas kini
Mk7.5 tampil untuk … [Baca Lagi...]

2017 © PanduLaju.com.my

You might also like