You are on page 1of 5

1.

Berikut adalah syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yang ditandatangani oleh Francis Light setelah
meneliti tawaran dari Sultan Abdullah kecuali?
a. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) harus melindungi Kedah
b. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
c. SHTI hendaklah membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan
d. SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang musuh
e. SHTI boleh mengambil sebahagian kawasan lombong jajahan Kedah
2. Ketika Sultan Abdullah menyerang untuk mengambil semula Pulau Pinang, baginda mendapat bantuan dari
banyak pihak seperti;
a. Temasek
b. Acheh
c. Riau
d. Raja Thai
e. British
3. Kenapa Kedah menjadi tarikan UTAMA British?
a. Kedudukan strategik Kedah di laluan antara timur dan barat
b. Sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun untuk perdagangan dengan
China
c. Banyak barang dagangan di negeri Kedah yang dibawa dari Negara luar Seperti China
d. Perkembangan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
e. Untuk dijadikan Pelabuhan persinggahan dan Pengkalan tentera
4. Penentangan Mat Salleh di Sabah pada tahun 1897 adalah rentetan peristiwa percubaan berunding pada tahun
1897 dengan Gabenor Beaufort, C.V.Creagh mengenai masalah;
a. Cukai yang tidak wajar
b. Pembahagian kuasa jajahan daerah yang tidak adil
c. Pengambilan hak penduduk keturunan Bajau dan Suluk
d. Penindasan dan kekerasan pegawai SBUB
e. Penguatkuasaan lesen perhutanan yang membebankan penduduk
5. Penentangan Dato’ Bahaman adalah disebabkan faktor..
a. Perlucutan gelaran oleh Hugh Clifford yang menjatuhkan maruah beliau sebagai orang besar jajahan
b. Larangan mengutip cukai di daerah Temerloh
c. Pembinaan Balai Polis di Lubuk Teruap yang merupakan kawasan
Dato’ Bahaman
d. Konflik kesetiaan kepada Raja
e. Sultan Ahmad seperti dikuasai oleh British dan meminta bantuan Dato’ Bahaman
6. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan?
7. Perjuangan menuntut kemerdekaan melalui mata pena juga merupakan
satu firqah yang berkesan yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat. Bagaimana ianya bermula?
8. Berikut adalah antara golongan intelektual Melayu yang menyokong
gagasan kemerdekaan Tanah Melayu tetapi berlatangbelakangkan
pendidikan Inggeris.
9. Dia adalah seorang yang berpengaruh dalam pakatan bersama Tunku
Abdul Rahman menuntut kemerdekaan dan pernah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan
Negeri-Negeri Selat pada tahun 1923-1934.
10. Apakah yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan
Ibrahim Haji Yaakob yang akhirnya menyebabkan mereka tersisih dalam pembentukan Tanah Melayu?

1. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda


hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat
sokongan majoriti dan dia mestilah seorang yang
a. Beragama Islam
b. Pernah menjadi Menteri Kabinet
c. Keturunan Melayu
d. Menjadi warganegara mengikut operasi undand-undang
e. Menjadi warganegara secara masukan
2. Pembahagian jabatan-jabatan di peringkat negeri secara umumnya
ada dua bahagian dan ianya adalah;
a. Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri
b. Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah
c. Jabatan Negeri dan Kementerian
d. Jabatan Negeri dan Jabatan Persekutuan
e. Jabatan Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan Persekutuan
3. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai:
a. Penubuhan ASEAN
b. Penubuhan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia Tenggara
c. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN
d. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan
Kerajaan mereka ke atas Sabah
e. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN
4. Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang antaranya
sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan
Perlembagaan yang harus dihayati:
a. Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasa
b. Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelah
c. Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruh
d. Melindungi kepentingan rakyat
e. Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru
5. Bidang pentadbiran Negara adalah yang berikut kecuali:
a. Ekonomi
b. Sosial
c. Agama
d. Keselamatan
e. Pendidikan
6. Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yang
mempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat. Bagaimana
pulak keadaan agensi di negeri-negeri?
7. Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan Pilihanraya
Umum yang betul.
8. Yang manakah antara berikut merupakan tunjuk arah yang betul
dalam penyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan Negara?
9. Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza dalam
beberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan bersama.
Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama?
10. Komanwel ditubuhkan berdasarkan idea yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggotai
oleh Negara-negara Dunia Ketiga
dan tujuan utamanya ialah:

1. Berikut adalah skop tugasan kawal selia yang dijalankan bersama


diperingkat negeri dan pusat kecuali:
a. Perkhidmatan tempatan
b. Cuti negeri
c. Undang-undang negeri
d. Parit dan tali air
e. Tanah
2. Skop tugasan Suruhanjaya Pilihanraya mencakupi semua di bawah
kecuali:
a. Penetapan tarikh penamaan calon
b. Semakan Manifesto parti bertanding
c. Pembatalan keputusan pilihanraya
d. Pengumuman keputusan pilihanraya
e. Sebagai badan yang memerintah sementara
3. Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan selepas
kegagalan Liga Bangsa. Apakah tujuan utama OIC ditubuhkan?
4. Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu dalam sistem
peperintahan Negara?
5. Bagaimana seorang Pegawai Daerah memainkan peranan dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu

1. Tahun 2009 menyaksikan keadaan ekonomi yang global yang berada


dalam peringkat pemulihan sekaligus menyaksikan kenaikan harga
barangan secara keseluruhannya. Antara yang menyumbang ke arah
peningkatan harga barang adalah perkara di bawah kecuali:
a. Keadaan keamanan dunia secara keseluruhannya
b. Kenaikan harga minyak dunia
c. Bencana alam di Negara-negara pengeluar barangan
d. Kejatuhan matawang Amerika Syarikat
e. Situasi inflasi dunia
2. Kenaikan harga minyak dunia memberi kesan kepada pelan subsidi
minyak oleh kerajaan. Apakah langkah utama yang diambil oleh
kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak?
a. Memansuhkan subsidi terus kepada minyak tetapi membayar rebat
b. Memperkenalkan penggunaan minyak RON’95 sebagai penggunaan
prima
c. Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jiran
d. Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak
e. Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar
3. Isu graduan menganggur adalah sesuatu yang dipandang serius oleh
kerajaan bahkan kerajaan telah merangka dan melancarkan pelbagai
pelan dalam menangani masalah ini. Antara berikut yang manakah
bukan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah
pengangguran:
a. Gesaan kepada industri supaya mewujudkan skim latihan
sementara untuk meningkatkan kualiti modal insan
b. Latihan keusahawanan kepada graduan
c. Menggalakkan graduan menyertai industri kecil melalui
peruntukan melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN
d. Mengkaji semula silibus universiti supaya melahirkan graduan
yang diperlukan oleh industri
e. Menyediakan medium penambahan nilai melalui kursus-kursus
kemahiran
4. Apakah tujuan utama Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh
Perdana Menteri pada 10 Mac 2009 yang lalu?
5. Antara perkara penting yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan
Ekonomi ialah Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan. Apakah pakej
lain yang diperkenalkan yang bersangkutan dengan pendidikan
Negara?
6. Isu H1N1 yang melanda Negara ditangani dengan baik dan dalam
kawalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah
tindakan Malaysia dalam menangani masalah ini?

1. Zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 menggariskan semua di


bawah perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum
pengisytiharan zon bebas kecuali:
a. Kesesuaian kawasan
b. Penyediaan kemudahan infrastruktur
c. Populasi penduduk
d. Langkah-langkah keselamatan bagi membenteras pelarian cukai
e. Menentukan Pihak Berkuasa Zon dan keperluan berkaitan
2. Pengagihan anggaran perbelanjaan persekutuan 2009 dibahagikan
kepada 3 bahagian utama iaitu tanggungan sebanyak 11.6%,
pembangunan sebanyak 25.9% dan bekalan sebanyak 62.5%. Berapakah
sebenarnya angka yang dianggarkan untuk urusan ini:
a. RM207,899 juta
b. RM107,899 juta
c. RM307,899 juta
d. RM97,899 juta
e. RM407.899 juta
3. Menteri Kewangan mempunyai bidang kuasa menambah dan mengeluarkan
lebih peruntukan di bawah akta perbekalan, tetapi kebiasaannya
peruntukan awal sudah memadai bagi setiap kementerian. Antara
senarai kementerian di bawah, yang manakah mendapat peruntukan
yang paling tinggi pada 2009?
a. Kementerian Kesihatan
b. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
c. Kementerian Pelajaran
d. Kementerian Pengajian Tinggi
e. Kementerian Pertahanan
4. Dasar Bioteknologi Negara yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah
Ahmad Badawi masih diteruskan oleh Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak
dan ianya memfokuskan 9 Inisiatif Utama. Yang manakah antara
berikut tidak termasuk dalam 9 Perkara tersebut:
a. Pembangunan Bioteknologi Pertanian
b. Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi
c. Pembangunan Modal Insaniah
d. Pembangunan Bioteknologi Perangkaan Molekular
e. Pembangunan Bioteknologi Industri
5. Langkah mengukuhkan integriti pentadbiran Negara dilakukan dengan
begitu proaktif antaranya mengekang dan membendung gejala rasuah.
Antara langkah penting yang diambil kerajaan ialah:
a. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR)
b. Penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menilai tahap integriti
Polis
c. Pelantikan anggota SPRM yang bebas dan telus yang dipersetujui oleh majoriti ahli Dewan Rakyat
d. Mempercepatkan urusan siasatan yang melibatkan rasuah terutama yang berprofil tinggi
e. Memberi jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat
6. Belanjawan tahun 1998 dalam keadaan ekonomi dan politik yang
kurang stabil telah mengemukakan 4 strategi utama. Manakah antara
berikut tidak termasuk dalam strategi tersebut:
a. Memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan
b. Mengekalkan pertumbuhan mapan
c. Meneruskan proses deregulasi dan liberalisasi ekonomi
d. Menghentikan sementara projek-projek yang menelan belanja
besar
e. Meneruskan agenda sosial bagi pembangunan yang lebih
menyeluruh
7. Pelan Induk Perindustrian (PIP) 1986-1995 di bawah Dasar
Perindustrian Negara menggariskan beberapa matlamat di bawah
kecuali:
a. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan
perindustrian Negara
b. Menggalakkan sepenuhnya penggunaan sumber asli Negara
c. Mengukuhkan tahap penyelidikan dan pembangunan
d. Penubuhan dana khas untuk merancakkan perindustrian Negara
e. Pembinaan asas tenaga mahir melalui R&D

1. Di manakah lokasi Piala Dunia 2010 bakal diadakan?


a. Afrika Selatan
b. Brazil
c. Copenhagen
d. Perancis
e. England
2. Siapakah pemenang pingat Olimpik pertama Malaysia?
a. Rabuan Pit
b. Razif/Jalani Sidek
c. Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock
d. Nicol Ann David
e. Malek Noor
3. Antara berikut, siapakah yang tidak pernah menjawat jawatan Ketua
Hakim Negara
a. Tun Mohamed Azmi Mohamed
b. Tun Syed Sheikh Hassan Barakbah
c. Tun Syed Ahmad Nasir
d. Tun Abdul Hamid Omar
e. Tun Abdul Hamid Mohamad
4. Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel?
a. Mei, 1998
b. Jun, 1998
c. Julai, 1998
d. Ogos, 1998
e. September, 1998
5. Di manakah ibu pejabat Sekretariat ASEAN?
a. Jakarta, Indonesia
b. Kuala Lumpur, Malaysia
c. Singapura
d. Bangkok, Tahiland
e. Bandar Seri Begawan, Brunei
6. Singapura bersama Tanah Melayu pada tahun 1963 ketika gabungan
Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia tetapi selepas itu keluar dari
Malaysia dan menjadi Negara Republik. Tahun berapakah peristiwa
itu berlaku?

You might also like