You are on page 1of 4

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1 Pengertian ekonomi - 1.3 Sistem Ekonomi


 Maksud sumber ekonomi -08 * Kapitalis -1993,1999,2001,03’08
 Masalah ekonomi-1993,1996,1998,2000,2002 ,2003,05’06’07 * Perancangan pusat –1996,1999
 Jenis barang-1998,1999,2005’2007.08,09 * Campuran - 1994,95,98,07’08
1.2 Masalah asas ekonomi- 1994,1999,2004,2007,08 * Islam - 1996,2000,2003,
2004,2006,09

TAHUN SOALAN
1993 1 a) Bagaimanakah masalah kekurangan diselesaikan melalui pilihan dan kos lepas oleh unit –unit
ekonomi yang berikut
1) isi rumah 11) firma 111) kerajaan (15m)
b) Huraikan bagaimana sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi (10m)
1994 1 a) Anda ingin menjadi seorang pengeluar yang berjaya dalam bidang perindustrian.Terangkan
masalah asas ekonomi yang mungkin anda hadapi (8m)
a) Bagaimanakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Malaysia menyelesaikan masalah asas
ekonomi ? (11m)
1995 1 a) Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi kapitalis untuk menyelesaikan
masalah berikut:
1) Apa,berapa ,bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan. Bincangkan (20m)
1996 *kehendak manusia tidak terhad berbanding sumber yang terhad*
a) Berdasarkan pernyataan di atas,bagaimana unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah tersebut ?
(15m)
b) Terangkan perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan sistem ekonomi perancangan pusat
(10m)
1998 1 a) Jelaskan : 1) barang awam (2m) 11) masalah kekurangan yang dihadapi oleh unit2 ekonomi
(6m)
c) Terangkan bagmana kerajaan dlm sistem ekon. campuran mengatasi ketidakadilan peruntukan
sumber n pengagihan barangan (12m)
1999 * Firma X beroperasi dalam sistem ekonomi pasaran bebas bercadang mengeluarkan air
mineral.Pihak pengurusan
firma perlu mempertimbangkan beberapa masalah yang berkaitan dengan masalah asas ekonomi
*
1 a) Dari segi bentuk, air mineral keluaran firma X dan air hujan adalah sama tetapi berbeza dari segi
ekonomi.
Terangkan perbezaan tersebut (6m)
b) Terangkan masalah asas ekonomi yang dipertimbangkan oleh firma X (7m)
c) Bezakan sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat ? (12m)
2000 1 a) Terangkan bgmana unit ekonomi menyelesaikan masalah kekurangan (15m)
b) Terangkan cara sist ekon islam mengatasi masalah bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan
(6m)
c) Sistem ekonomi islam menitikberatkan kepentingan bersama antar a individu dan masyarakat
.Jelaskan . (4m)
2001 1 a) Mengapa pengguna dianggap sebagai raja dalam sistem ekonomi pasaran bebas ? (3m)
b) Dalam pasaran bebas, firma dan isi rumah mempunyai matlamat yang bertentangan.
Bagaimanakah mekanisme harga dalam sistem pasaran bebas menyelesaikan masalah tersebut
(10m)
2002
En Faris(wakil pengguna ) : Sekarang harga barangan terutama makanan telah naik sebanyak
52 %.Para pengeluar pula menaikkan harga sewenang-wenangnya untuk memaksimumkan
untung. Sedangkan pengguna tidak mampu kerana pengguna juga menghadapi masalah
ekonominya sendiri. Oleh itu pihak kerajaan patut menaikkan gaji pekerja sebanyak 52% juga
En Fauzan( wakil kerajaan ) : Sebenarnya kerajaan perihatin dengan kebajikan pengguna
tetapi pihak kerajaan tidak berupaya menaikkan gaji pekerja sebanyak itu. Ini kerana kerajaan
juga menghadapi masalah ekonomi. Maka pengguna dinasihatkan supaya bijak berbelanja .
En Rafi(pengerusi ) : Terimasih saya ucapkan kepada kedua-dua peserta forum.Sebagai
kesimpulan,pihak pengguna dan pengeluar hendaklah berusaha mengatasi masalah perbezaan
matlamat.Manakala pihak kerajaan pula diharap dapat mengawal keadaan pasaran
1 a) Jelaskan maksud En. Faris dan En . fauzan apabila menyatakan bahawa pengguna dan kerajaan
juga menghadapi masalah ekonomi (8m)
2003 1 a) Jelaskan perbezaan antara ekon kapitalis dgn sis ekon islam dari segi pemilikan,pilihan individu
dan motif pengeluaran (6m)
2004 1 a) Terangkan masalah asas ekonomi (4m)
b) *Firma al-kalam merancang utk mengeluarkan suatu barang halal yang berasaskan prinsip
dan hukum islam.
Setelah kajian dijalankan ke atas keperluan semasa penduduk, firma alkalam mengambil
keputusan utk mengeluarkan pakaian yang berimejkan islam*
Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikanoleh firma alkalam (12m)
2005 1a) Berikut adalah keputusan yang telah diambil oleh kerajaan sebuah negara.
Kerajaan telah menangguhkan projek pembinaan lanasa keretapi berkembar yang menelan belanja
berbillion ringgit untuk memberi tumpuan kepada projek pembangunan luar Bandar

Merujuk kepada konsep kekurangan,pilihan dan kos lepas,bagaimanakah keputusan tersebut diambil?
(5)
b) Gambar 1 dan 2 mennjukkan dua jenis barang. Nyatakan ciri-ciri setiap barang itu ? (barang awam
dan barang ekonomi)
2006 Jelaskan ciri sistem Ekonomi Islam dari aspek berikut:
1) Motif
2) Pemilikan sumber
3) Pembuat keputusan (9m)
b) Berikut adalah maklumat tentang syarikat XY Sendirian Berhad.
Syarikat XY Sendirian Berhad mengeluarkan tayar dan cermin kereta. Walau bagaimana pun
Syarikat tersebut menghadapi masalah ekonomi
Bagaimanakah syarikat itu menyelesaikan masalah tersebut ? (6m)
2007 1a) Gambar 1 menunjukkan perbualan antara seorang bapa dengan anaknya
Siti : Ayah,Siti nak anak patung dan jam tangan
Ayah : Ayah tak mampu nak beli kedua-duanya
Siti : Kalau begitu,siti nak anak patunglah
” Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga itu (6markah)

2) Gambar 2 menunjukkan satu contoh barang dalam ekonomi (gambar globe)


b)
1) Apakah jenis barang tersebut ? (1m)
11) Jelaskan lima ciri barang di atas (5m)
c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi negara X

. Harga barangan ditentukan oleh mekanisme harga


. Kerajaan mengawal melalui cukai dan subsidi
1) Apakah sistem ekonomi negara X? (1m)
11) Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut (6m)
d) Bezakan sistem ekon Kapitalis dgn sist. Ekon.perancangan pusat dalam menyelesaikan masalah asas
ekon berikut :
1) Apa yang hendak dikeluarkan ? (2m)
2) Bagaimana hendak dikeluarkan? (2m)
3) Untuk siapa dikeluarkan? (2m)

2008 1 a) Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang (8m)
Gambar 1 menunjukkan perbualan berkaitan dengan pemiliha jenis barang untuk Encik Amin
mendapatkan rawatan perbualan
1) Kenal pasti jenis barang yang terlibat dari sudut ekonomi (2m)
2) Adakah anda bersetuju dengan cadangan Puan Hajar? Berikan dua alasan berdasarkan ciri
barang dalam ekonomi (3m0
3) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asasa ekonomi bagi sebuah syarikat

Syarikat perumahan Mutiara Sendirian Berhad meancang untuk membina rumah


teres setingkat dengan menggunakan intensif buruh

Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut (4m)

d) Gambar 2 menunjukkan perbincangan yang berkaitan dengan cadangan untuk menubuhkan


cawangan baru syarikat

1) Namakan sistem ekonomi Negara X dan Negara Z


2) Bezakan tiga ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut (6m)

2009
1) Apakah jenis barang tersebut ? (1m)
2) Jelaskan empat ciri lain bagi barang dia tas ? (4m)

b) Bagaimanakah Sistem Ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas eskonomi berikut :

1) Apa yang hendak dikeluarkan (3m)


2) Bagaimana hendak dikeluarkan (3m)
Ramalan 1) Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Jen Nee
2010
Puan Jen Nee mengambil keputusan untuk bersalin anak keduanya di hospital Besar Kuala Lumpur
walaupun sumainya ingin menghantarnya ke Hospital Pakar Bersalin Cheras. Ini memandangkan
kegawatan ekonomi pada masa sekarang memerlukan perancangan dari kewangan bagi keluarga
mereka.

a) 1) Mengapakah Puan Jen Nee memilih untuk bersalin di Hospital besar Kuala Lumpur
daripada Hospital Pakar Bersalin cheras (3M)
11) Bagaimanakah Puan Jen Nee mengatasi masalah tersebut ? (7m)

b) Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah bagaimana cara barangan dikeluarkan dan untuk
siapa barangan dikeluarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam maklumat
di atas ? (7m)

2) a) Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi kapitalis untuk menyelesaikan
masalah asas ekonomi .Bincangkan (12m)
b) Terangkan masalah asas yang perlu dipertimbangakn oleh Syarikat Nyaman Soraya Mineral
Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang menjual air mineral (8m)

****** Kejayaan dan kecemerlangan adalah milik seorang insan biasa yang bertindak secara
luarbisa******************* nez-2010

You might also like