You are on page 1of 5

FOLIO SIVIK

NAMA: KHAIRIL AZRI BIN KAMARULZAMAN

TINGKATAN: 2RK1

ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL


1. Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana
adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan
lain-lain tergolong dalam kategori ini.

2. Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi


melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat
gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon.
Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.

3. Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara.
Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik
erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang
sejenis.

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas


pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia
ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat
muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan
gendir dalam ensemble gam
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang
udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya
diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang
bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya.
Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk
tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

I
Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan
mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:
Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong
akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.
Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan
emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan
lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak
Jong Dondang.
Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-
adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya
muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.
Peralatan Muzik

Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan


adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk,
juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan
canang serta kesi.
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana
penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang
riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli
muzik yang terdiri daripada:
seorang pemain biola;
dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit)
Melayu; dan
seorang pemain tawak dan gong kecil).

Ia adalah satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara


berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai dengan seorang Tukang Karut
dan Tok Juara. Meraka akan sama-sama berbalas pantun dan mendahului
nyanyian dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar. Awak-awak akan
menyanyi dengan suara yang lantang dan kuat. Alat muzik yang biasa dimainkan
ialah rebana ibu,rebanak anak dan tetawak.
Ia adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama
Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa
Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi
Suffian.Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan (lawak jenaka)
dan nyanyian. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah
begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk
membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah
kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau
bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan
semakin baiklah persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering
digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion,
harmonika dan lain-lain

Ia merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam.


Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan
oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali
sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri
dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain.
Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana
serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang
digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak
terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian
ini.

You might also like