You are on page 1of 2

KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

REFLEKSI MINGGU 1

NUR AMALINA BT ABD RAHMAN

3 PISMP PBM 1

Subjek Kurikulum Pendidikan Matematik merupakan subjek baru bagi saya


dalam semester 3 PISMP ini. Pada mulanya, subjek ini merupakan halangan
terbesar dalam diri apabila ianya diajar di dalam Bahasa Inggeris pada tahun-tahun
sebelum ini. Tambahan, rakan-rakan dan pelajar senior sering menyatakan subjek
ini susah dan memerlukan daya pemahaman yang tinggi. Oleh itu, subjek ini sering
menjadi topik perbualan kami pada suatu ketika dahulu kerana khuatir akan
penguasaan Bahasa Inggeris kami yang masih belum mantap namun masih boleh
dibanggakan. Namun, apabila melangkah ke semester ini, subjek ini akhirnya diajar
dalam Bahasa Melayu sekaligus menyebabkan saya dan rakan-rakan berasa sangat
gembira dan teruja untuk mempelajarinya. Tambahan lagi subjek ini turut diajar oleh
seorang penyarah yang berpengalaman dan cukup profesional dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Oleh itu, saya berasa sangat bersyukur dan berazam untuk
mempelajari subjek ini dengan bersungguh-sungguh.

Antara kekuatan yang saya peroleh ketika mempelajari bab pertama bagi
subjek ini ialah saya mampu memahami konsep matematik dengan baik. Ketika
kami diminta memberikan definisi kepada matematik, saya mampu memberikan satu
jawapan yang hampir bertepatan dengan konsep sebenar matematik iaitu berkaitan
dengan nombor, operasi dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan
kehidupan seharian. Saya dan rakan kumpulan juga telah dipertanggungjawabkan
untuk membentangkan tajuk Matematik Adalah Satu Seni dimana saya dan rakan
kumpulan banyak mengaitkan matematik dalam kesenian seperti pembinaan, alatan
muzik tradisional, kehidupan seharian, golden ratio dan operasi-operasi khusus
dalam matematik yang memperlihatkan kesenian matematik itu seperti operasi
mendarab. Saya juga kini lebih memahami penggunaan matematik dalam satu
bahasa Etnik dimana digunakan pada zaman dahulukala sebagai satu medium
mereka untuk berkomunikasi. Saya juga berasa lebih cinta kepada ilmu matematik
selepas mengetahu sejarah asal usul perkembangan Matematik dimana terbahagi
kepada empat peringkat. Peringkat terakhir iaitu ketika ilmu Matematik mula
digunakan dalam bidang ekonomi, perindustrian. Logik dan Semantik
memperlihatkan satu anjakan paradigma yang ketara dalam penggunaan ilmu
Matematik yang pada satu ketika dahulu hanya digunakan ketika melangsungkan
urus niaga barangan sahaja.

Kelemahan saya sepanjang memperlajari bab pertama subjek ini ialah


kurangnya persediaan dari segi mental kerana masih berasakan suasana rehat dan
cuti dirumah. Ini berlaku kerana saya baru sahaja memulakan semester ini dan
fikiran mungkin masih terbayangkan keselesaan di rumah. Selain itu, antara
masalah yang dihadapi sepanjang mempelajari bab pertama ini ialah penukaran
drastik Matematik dari Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu menyebabkan
banyak istilah yang kurang difahami. Bahasa yang digunakan bercampur
menyebabkan saya kadangkala keliru untuk menukar ayat yang dicipta di dalam
Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Ketika melakukan pembentangan juga,
masalah peranggahan bahasa semakin menjadi-jadi dimana kami sekumpulan tidak
mampu menterjemahkan isi dengan baik ke dalam Bahasa Melayu. Ini
menyebabkan kami kekurangan isi yang perlu dihuraikan. Kelemahan lain yang saya
rasakan ialah kini saya tidak boleh mempelajari Matematik di dalam Bahasa Inggeris
lagi, sekaligus menyebabkan pembelajaran Bahasa Asing saya sedikit terbantut.

Namun, saya tidak akan menjadikan semua masalah itu sebagai penghalang
dalam memperlajari subjek Kurikulum Pendidikan Matematik ini. Malah, saya berasa
lebih tidak sabar untuk mempelajari tajuk seterusnya dan berasa teruja untuk
mencari bahan-bahan bagi proses pembikinan tugasan. Sebagai kesimpulan, saya
akan uba memperbaiki kelemahan diri dan memupuk perasaan mencintai ilmu hisab
yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan harapan agar subjek ini
mampu membantu saya mempertingkatkan minat dan pemahaman dalam
Matematik. Sekian, terima kasih.

Yang benar.

NUR AMALINA BT ABD RAHMAN

You might also like