You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN KELAB RUKUN NEGARA

1. MATLAMAT
Melahirkan murid yang mengetahui dan memahami prinsip Rukun Negara serta
mengamalkannya dalam kehidupan harian.

2. OBJEKTIF:
2.1 Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
2.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara
2.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan
kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan
2.4 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup
yang berterusan bagi melahirkn masyarakat yang mempunyai jati diri,
setia, bersatu-padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan
beretika sejajar dengan wawasan negara.

3. KEAHLIAN
3.1 Dibuka kepada semua murid Sek. Keb. Seri Indra
3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang disediakan.

4. GURU PENASIHAT
4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini.
4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana, atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA
5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak
dicalonkan sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK secara undian.
5.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri daripada:
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA AGUNG
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS
PEMERIKSA KIRA-KIRA
5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6. DERMA
6.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.
6.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
6.3 Ahli yang menyertai projek yang memakan belanja besar boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai projek tersebut.

7. KEHADIRAN / PENYERTAAN
7.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 70% daripada
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan
kehilangan hak-hak keahlian kelab.

8. AKTIVITI
8.1 Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

9. PERATURAN-PERATURAN
9.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas kelab.
9.2 Peraturan khas yang telah ditetapkan oleh kelab hendaklah dipatuhi oleh
ahli kelab.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan akan dikenakan
tindakan tata tertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN


10.1 Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan kelas dan tidak
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Menggantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak ahli kelab.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan guru
penasihat adalah muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN


11.1 Mana-mana bahagian dari perlembagaan kelab ini sah sehingga ia dipinda.
11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, guru penasihat,
murid, ahli jawatankuasa atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Pengetua/ Guru Besar.
12. HAL-HAL LAIN
12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggung jawab sendiri terhadap kelab
masing-masing.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti krlab
dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Kelab Sekolah

--------------------------------------------- Tarikh:
Guru Besar SK Seri Indra

Cop

You might also like