You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

Penghargaan……………………………………………………………………2

Akhlak mahmudah:Sabar

Definisi Sabar…………………………………………………………………3)1

Kelebihan orang bersabar………………………………………………......4-6 )2

Pembahagian sabar………………………………………………………….7)3

Kepentingan sabar dalam berdakwah…………………………………......8-9 )4

Kesimpulan……………………………………………………………………...10

Refleksi…………………………………………………………………………..11

Bibliografi………………………………………………………………………...12

1
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana saya akhirnya dapat menyiapkan Kerja Kursus
Pendek (KKP) dalam mata pelajaran Akhlak dengan jayanya.jutaan terima kasih
kepada pensyarah mata pelajaran ini,Ustaz Sukri bin Ahmad kerana tunjuk ajar beliau
dan garis panduan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya
menyiapkan kerja kursus ini.tanpa tunjuk ajar beliau,tidak mungkin kerja kursus ini
dapat disiapkan dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk
idea kepada saya untuk menambahbaikkan lagi kerja kursus ini.segala tunjuk ajar dan
pendapat rakan-rakan saya sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.Selain itu,kepada rakan sekelas,saya mengucapkan
ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan samaada secara langsung atau
tidak langsung.

Ucapan terima kasih juga kepada ibu saya yang telah membantu dari segi
kewangan dan sokongan moral.Akhir kata,saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua yang telah menjayakan Kerja Kursus Pendek ini dengan baik.

2
AKHLAK MAHMUDAH:SABAR
DEFINISI SABAR

Secara etimologi, sabar (ash-shabr) bererti,al-habs atau al-kaff (menahan), Allah


:berfirman

        


            
          
“Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi
dan senja hari.” (Al-Kahfi: 28) 

Secara istilah, definisi sabar adalah menahan diri dalam melakukan sesuatu atau
meninggalkan sesuatu untuk mencari keredhaan Allah, Allah berfirman:

        


       
  

 ”Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Rabbnya “

 .)Ar-Ra’d: 22(

Ath-Thabari rahimahullah berkata, 'Sabar iaitu menahan jiwa terhadap yang


disukainya dan mengekangnya dari hawa nafsunya.’

Manakala Ibrahim al-Khawwash rahimahullah berkata, 'Sabar ialah berpegang teguh di


atas al-Qur`an dan as-Sunnah dan Ibnul Jauzi mengatakan bahawa sabar adalah
menahan jiwa daripada perkara-perkara yang disukainya dan memaksa dirinya dengan
melakukan yang perkara yang tidak disukainya di dunia,dimana sekira ia melakukannya
atau meninggalkannya nescaya ia merasakan azab di akhirat.

KELEBIHAN ORANG BERSABAR

Kesabaran adalah antara sikap paling  penting bagi manusia sekiranya mereka


ingin menjadi orang yang disegani oleh kawan dan lawan. Kesabaran adalah asas yang
penting ke arah membentuk perilaku dan sifat yang mendapat keredaan Allah.
 

3
Sekiranya manusia tidak dapat menahan sabar, yakni menyerahkan dirinya pada
nafsu kemarahan, mereka akan menjadi golongan yang mudah ditun dukkan oleh
hasutan syaitan.Kemarahan adalah api yang tidak sahaja membakar orang lain tetapi
sekiranya salah perhitungan, api akan membakar diri sendiri.
Paling penting, kesabaran adalah cermin peribadi yang menjadi tali pengukur
sejauh mana ketinggian akhlak seseorang itu. Kesabaran juga menjadi sebahagian
daripada gambaran keimanan.

Kita dituntut untuk sentiasa bersabar terhadap segala hal, kita juga harus menjaga
iman kita dan tidak meninggalkannya. Mereka menguji iman kita dengan segala hal,
misalnya dengan ketakutan, kelaparan, atau kematian.Kadangkala kita sering bertanya,
”Bukankan Allah SWT mengetahui keadaan kita? Untuk apa Dia memberi cubaan
kepada kita?”
Hakikatnya, Dia Maha Mengetahui, tetapi hikmah di sebalik dugaan itu
mendatangkan pahala yang tidak terhingga bagi kita kerana kesabaran yang kita
lakukan. Dari Kemurahan-Nya, Allah memberi kita pahala antara 10 sampai 700 darjat.
Firman Allah:

          
           
 
10. Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan
pahala mereka Dengan tidak terkira".

Dalam hadis Rasulullah s.aw juga turut menerangkan tentang kelebihan orang
yang bersabar menghadapi ujian daripada Allah.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan
menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada
”.seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran

\)Riwayat Bukhari dan Muslim(

4
Di sini dapat kita lihat bahawa sifat sabar begitu penting dalam kehidupan seharian
kita dan sifat sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat
Islam.Maka,untuk memiliki sifat sabar,kita perlulah ada latihan yang berterusan di mana
orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang
.dikasihi Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat

:Firman Allah s.w.t

          
           
 
Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada “
”terhitung

) Surah Az Zumar Ayat 10 (

Bukan itu sahaja, orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk
menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia
akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.Bahkan, apabila seseorang
.memiliki sifat sabar,ia akan mendapat tempat disisi Allah

         


 
153. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk
menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan
bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah
menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar.

5
(Surah Al-Baqarah ayat 153)

Selain itu,umat Islam perlulah mengetahui bahawa apabila seseorang dianugerahkan


sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat
.yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat

:Firman Allah s.w.t


            
    
96. (sebenarnya) apa Yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa
Yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan Sesungguhnya Kami membalas orang-orang
sabar Dengan memberikan pahala Yang lebih baik dari apa Yang mereka telah
kerjakan.

PEMBAHAGIAN SABAR
:Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah

.i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T


Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah
tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan
.berkekalan

ii. Sabar melawan nafsu


Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan
yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada
kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah
S.W.T

6
,iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian
..kebakaran, banjir dan sakit

Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik
yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau
.sebagainya

         


     
dan ketabahan orang-orang Yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa
kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-
orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan
mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.

KEPENTINGAN SABAR DALAM BERDAKWAH

Sabar di dalam berdakwah memiliki peranan amat penting dan sebagai kewajipan
bagi seorang da’i. Sabar, secara umum merupakan kewajipan bagi setiap muslim,
namun bagi seorang da’i, ia lebih dan sangat ditekankan. Oleh kerana itu, Allah
memerintahkan kepada pemimpin para da’i dan teladan mereka, Rasulullah s.a.w untuk
.bersikap sabar
:Allah berfirman
             
 
Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan “
pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan
. .”janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan

7
 )Surah An-Nahl 127-128 (

:Di dalam ayat yang lain disebutkan juga iaitu Firman Allah s.w.t

           
             
    
Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari “
rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi
.mereka
)Al-Ahqaaf: 35 (

Seorang da’i memerlukan kesabaran yang kuat, hal ini kerana tempat seorang da’i lain
dengan masyarakat pada umumnya. Nabi Muhammad s.a.w telah memberitahukan,
bahwa semakin tinggi tingkat keimanan seseorang, maka semakin berat ujian yang
:dihadapi,baginda bersabda

Orang yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang seumpamanya “
mereka, lalu yang seumpamanya mereka. Seseorang diberi ujian berdasarkan
”.tingkatnya dalam beragama

 )HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan al-Hakim (

Dapat dikatakan, bahawa tidak ada dakwah yang tanpa kesabaran, sebagaimana
tidak ada badan yang tanpa kepala. Jika kepala hilang daripada badan, maka itu
bermaksud kematian. Oleh kerana itu, Iman Ibnu Qayim mengatakan,” Kedudukan
sabar terhadap iman, ibarat kedudukan kepala terhadap badan. Maka tidak ada iman
bagi orang yang tidak punya kesabaran, sebagaimana jasad juga tak bererti tanpa
.adanya kepala

8
Di dalam sabar terdapat berbagai macam akhlak yang mulia, di antaranya adalah
santun, lembut, ramah, pemaaf, toleransi, lapang dada, adil, menyembunyikan aib
orang dan lain sebagainya. Seorang da’i akan menghadapai orang yang memiliki
berbagai macam karenah. Ada yang banyak bertanya, sering membuat masalah,
malas, pengadu domba, menghadapi pertengkaran dan lain-lain.Maka menghadapi
masyarakat yang bermacam-macam amat memerlukan kesabaran yang tinggi. 

KESMPULAN

Di antara surah al-Qur’an yang terawal diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah
surah al-Muddathir dan ayat yang ketujuh surah itu berbunyi: “Dan bagi Tuhanmu,
maka hendaklah engkau bersabar.” Ini menunjukkan bahawa sifat sabar adalah antara
yang terawal dan terpenting yang dituntut oleh Islam ke atas kita.

Akan tetapi sabar bukanlah satu sifat yang dapat bermastautin secara tetap
dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang boleh wujud dan hilang, boleh tinggi dan
rendah, boleh berlaku kepada sebahagian jenis kesabaran dan tidak berlaku kepada
sebahagian jenis yang lain.

Maka bagi meraih sifat sabar, seseorang hendaklah sentiasa prihatin akan
keadaan dirinya dan sering menasihati dirinya untuk bersabar kerana sifat sabar dapat

9
membentuk seseorang menjadi insan yang berakhlak mulia sejajar dengan tuntutan
Islam.

REFLEKSI
NAMA : MUHAMMAD ‘AAMIR BIN ABDUL SAMAT

NO. KP: 910702-08-5751

Assalamulalaikum warahmatullah.Alhamdulillah,rasa syukur saya panjatkan


Kehadrat Illahi,dengan limpah dan kurniaNya memberi saya kesempatan untuk
menyiapkanTugasan Kerja Kursus Pendek ini yang telah diamanahkan kepada saya
dan kawan saya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan saya
kepada pensyarah bimbingan,Ustaz Sukri bin Ahmad yang telah memberi banyak
tunjuk ajar dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini.

Untuk pengetahuan,saya telah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan

10
tugasan ini di dalam internet.Banyak maklumat yang berkaitan akhlak mahmudah yang
saya peroleh dalam internet dan buku rujukan,Ihya Ulumuddin.Setelah diteliti dan
dikaji,saya mula menyusun maklumat-maklumat tersebut mengikut kesesuaian.Selepas
itu,saya mula menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek dengan betungkus-lumus.

Melalui tugasan ini juga,saya dapat menimba ilmu pengetahuan tentang serba
sedikit tentang kelebihan sabar dalam kehidupan yang mana sebelum ini saya kurang
pengetahuan tentang tajuk tersebut.Saya juga turut merujuk buku-buku daripada
perpustakaan.

Akhir kata,saya berharap dengan tugasan yang telah diberikan ini, fahaman saya
berkaitan akhlak mahmudah khususnya akan menjadi lebih mantap dan seterusnya
dapat menjadikan saya sebagai seorang guru yang mempunyai akhlak mahmudah
sepertimana yang dituntut Islam
.Sekian,terima kasih.

BIBLIOGRAFI
Al-Quran Karim

Ahmad Fahmi bin Zamzam.(2008),Hidayatus Salikin.Pokok Sena,Kedah:Khazanah


.Banjariah & Pustaka Subhah

11

You might also like