You are on page 1of 5

PUNCA-PUNCA 

BANJIR

Kesan Pembangunan

      Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk
memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara
sebuah negara perindustrian baru.  Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan
perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada
pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.

Berkurangannya kawasan telap air

Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air
hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan
masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit.  Tambahan pula,
kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke
dalam sistem saliran.  Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air
sebegitu isipadunya.

Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telah
ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya.  Oleh
sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat
untuk mengalir ke sistem saliran.  Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang
pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh.  Sistem saliran tersebut tidak
mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. 
Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun.

Pemendapan kelodak dalam sungai

Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan.  Oleh sebab
kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit
sebagai kawasan pembangunan perumahan.  Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan
kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar
(EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.  Malah, kawasan pembangunan
perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah!  Tanah bukit yang dibuka
adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah
hakisan tanah tidak dilakukan.  Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah
tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku.  Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih

Kekurangan Kawasan Lapang / Hijau

         Kekurangan kawasan lapang/hijau  merupakan salah satu punca-punca berlakunya banjir di
kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu.  Melalui pemerhatian yang kumpulan kami
jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan permukaan jalan raya
lebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding dengan
kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang daripada 10% daripada luas
keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut.  Berdasarkan daripada rekod telemetri juga, didapati
bahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan dengan kurangnya kawasan
lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila hujan turun dan memenuhkan
Sungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan ke dalam tanah
dalam kadar yang tinggi ( rujuk...1 ).  Tumbuhan-tumbuhan yang ada di kawasan Jalan P. Ramlee
dan Jalan Terengganu didapati kecil dan tidak banyak yang dapat menyerap serta
memperlahankan air larian permukaan dari mengalir terus ke dalam sungai.

         Berdasarkan daripada hasil temuramah dengan En. Yahya, iaitu seorang jurutera kanan di
Jabatan Pengairan dan Saliran, beliau mengatakan bahawa banjir berlaku disebabkan oleh
pembangunan yang pesat. (rujuk...2 ).  Hal ini menunjukkan yang pembangunan mengambil tempat
kawasan lapang/hijau tetapi tidak peranannya untuk memperlahankan air larian permukaan. 
Mereka di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menyatakan, di kawasan Jalan P. Ramlee dan
Jalan Terengganu, kawasan lapangnya adalah kurang daripada 10%.  Daripada rujukan juga ada
mengatakan bahawa, pokok merupakan salah satu elemen bagi imbangan serta berperanan untuk
melambatkan pengliran air larian permukaaan. 

Sistem Perparitan dan Sistem Saliran


Sistem Perparitan

           Sistem perparitan dianggap sebagai salah satu punca menyebabkan banjir kerana dua
sebab iaitu hasil temubual dan soal selidik.  Walaupun sistem perparitan bukan punca utama banjir,
tetapi rekabentuk parit masih merupakan kesan yang menyebabkan banjir di kawasan kajian
kumpulan kami----kawasan Jalan P. Ramlee.

           Melalui temubual dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, En. Yahya berpendapat,
"secara keseluruhannya, sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup besar dan perlu diperbaiki
mengikut keadaan semasa ( selaras dengan pembangunan ketika itu ) dan pelan induk
perancangan gunatanah."  Berdasarkan soal selidik, terdapat 61 atau 24% orang responden yang
menyatakan bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyebabkan banjir (rujuk 3). 
Oleh itu, andaian sistem perparitan yang kurang efisien diuji.

          Untuk membuktikan andaian tersebut, data-data seperti saiz parit (Drain size), aras
pembalikan iaitu aras-aras parit yang tertentu yang membolehkan air mengalir dari satu parit ke
parit yang lain (Invert level), peratusan kecerunan (gradient of persentage), dan jenis parit yang
dibina sama ada konkrit atau bukan konkrit (type of drain).  Maklumat ini penting untuk membuat
pengiraan dan menentukan rekabentuk parit di kawasan Jalan P. Ramlee.  Pihak yang
bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem perparitan ialah bahagian kejuruteraan di Majlis
Perbandaran Pulau Pinang.  Hasil pencarian data kumpulan kami, didapati pihak kejuruteraan tidak
mempunyai data-data tersebut kerana tiada sistem perparitan yang dibina di kawasan Jalan P.
Ramlee.  Walau bagaimanapun, terdapat 'roadside drain' iaitu parit tepi jalan di kawasan kajian. 
Perkara yang mengecewakan ialah tiada orang yang ditugaskan untuk menyimpan maklumat yang
berkaitan dengan parit itu sungguhpun kerja pengubahsuaian dijalankan.  Alasan yang diberi oleh
pihak kejuruteraan ialah kawasan Jalan P. Ramlee banyak bergantung pada Sungai Pinang. 
Sistem perparitan bukan satu pengaruh yang kuat dalam sistem pangairan.  Oleh itu, reked-rekod
tidak disimpan. 

          Jadi, kumpulan kami tidak dapat menentukan rekabentuk parit yang sebenar di kawasan
kajian.  Tambahan pula, data-data daripada hasil temubual dan soal selidik tidak kukuh.  Justeru,
andaian sistem perparitan yang kurang efisien tidak dapat disahkan. 

Sistem Saliran

           Sistem saliran berfungsi mengalirkan jumlah air permukaan dan air sisa domestik ke tempat-
tempat yang selamat seperti tasik, kolam, sungai, atau laut tanpa menjejaskan struktur-struktur
lain.  Untuk mengenalpastikan sama ada sistem saliran menyumbang dalam kejadian banjir,
kumpulan kami telah membuat kajian ke tapak dan mengumpul maklumat yang berkaitan.  Pihak
yang bertanggungjawab atas sistem saliran ialah Jabatan Pengairan dan Saliran. 

           Berdasarkan Rancangan Struktur MPPP, terdapat enam kawasan tadahan air yang seluas
12,604 ekar (rujuk..4.).  Sungai Pinang merupakan salah satu kawasan tadahan air dan juga
merupakan sungai yang utama mengalir ke Terusan Selatan.  Hal ini memang menunjukkan
kepentingan Sungai Pinang di kawasan sekitar Jalan P. Ramlee.  Selain itu, terdapat sistem sub-
basin, Empangan Air Itam (Air Itam Dam) dan sistem lencongan untuk menampung dan menakung
air.  Didapati bahawa terdapat banyak sub-basin di sekitar Sungai Pinang dan Sungai Air Itam
(rujuk.5.).  Terdapat dua lencongan iaitu Lencongan Terjun (Terjun Diversion Channel) dan
Lencongan Jelutong (Jelutong Diversion Channel) (rujuk..6.). 

           Keputusan berasaskan analisis data, kumpulan kami mendapati sistem perparitan dan
sistem saliran saling berkait rapat dan mempunyai fungsi yang masing-masing.  Pihak kejuruteraan
menunjukkan sikap tidak prihatin terhadap fungsi sistem perparitan di kawasan Jalan P. Ramlee. 
Hal ini kerana tidak mempunyai rekod-rekod dan catatan yang diperlukan untuk memudahkan kerja
pengubahsuaian masa depan.  Walaupun Sungai Pinang merupakan sungai yang utama dalam
sistem saliran, tetapi sungai itu tidak digunakan dengan sepenuhnya.  Sungai Pinang telah
mengalami pencemaran dan kadar hakisan yang serius (rujuk..7.).  Hal ini telah menunjukkan sikap
tidak menghargai dan menjaga sistem saliran yang sedia ada.  Oleh itu, banjir senang berlaku.

Kawasan Kajian Berada di Aras Tanah Rendah

          Di dalam kajian kes kumpulan kami iaitu yang bertajuk "Kajian Banjir di Georgetown iaitu
disekitar Jalan P. Ramlee". Kumpulan kami telah mengenal pasti dan menyenaraikan empat punca
utama yang menyebabkan banjir. Kesemua keempat-empat punca ini telah dikenal pasti kerana
melihat ianya saling relevan dan saling berkaitan terhadap permasalahan ini. Maksudnya punca-
punca ini telah dipilih setelah mengkaji setiap satu daripadanya secara terperinci melihat daripada
pelbagai aspek dan didapati bahawa keempat-empatnya boleh diterima secara logikal. Antara yang
telah disenaraikan ialah disebabkan oleh kesan pembangunan, kekurangan kawasan tanah lapang,
kelemahan dalam sistem perparitan dan saliran dan juga kawasan kajian adalah pada aras tanah
yang rendah.

       Bagi menerangkan tentang kawasan kajian berada pada aras tanah yang rendah ianya
berdasarkan kepada maklumat-maklumat ataupun data-data yang sedia ada seperti data primer
dan data sekunder. Dalam menjelaskan tentang punca ini terdapat lima maklumat ataupun data
yang dapat menyokong pernyataan ini iaitu daripada pemerhatian, laporan Penyemakan
Rancangan Struktur (Pengubahan) MPPP 1990-2010, kedudukan geografi (peta), hasil temubual
dan akhir sekali daripada hasil soal selidik.

Pemerhatian

           Sememangnya pemerhatian telah dijalankan dalam menjalankan kajian kami. Pemerhatian
sebenarnya bertujuan untuk memudahkan kami melihat situasi sebenar kawasan kajian dan dapat
memberikan sedikit gambaran tentang apa-apa yang boleh dikaitkan dengan punca tadi. Setelah
beberapa kali dibuat pemerhatian dikawasan kajian,kami mendapati bahawa paras rumah adalah
lebih rendah jika dibandingkan dengan paras longkang dan jalan. Hal ini sedemikian kerana
sememangnya kawasan Jalan P. Ramlee sudah dikenal pasti sekian lamanya sebagai kawasan
yang kerap dan teruk apabila dilanda banjir dan melihat kepada keadaan ini menyebabkan
jalanrayanya sering ditinggikan parasnya tetapi yang teruk menjadi mangsa banjir ialah bagi
kawasan penempatan ditepi-tepi jalan tersebut. Air akan mengalir terus menerus dan melimpah
dengan mudah ke kawasan penempatan disitu. Di bawah adalah gambar yang menunjukkan
keadaan seperti yang telah dijelaskan.
Rancangan Struktur

Menurut Laporan Penyemakan Rancangan Struktur(Pengubahan)MPPP 1990-2010 pula


sememangnya ada menyebut tentang kawasan kajian adalah berada di kawasn tanah yang
rendah. Di dalam laporan itu ada menyatakan bahawa kawasan rendah adalah disepanjang Sungai
Pinang(termasuk kawasan kajian) dan Jelutong. Hal ini kerana mendapan menyebabkan sungai
bertambah cetek,disamping kelebaran sungai tidak dapat menampung kadar aliran berlebihan dari
hujan lebat yang berterusan dan menyebabkan kawasan rendah menjadi sasaran. Kawasan
rendah disepanjang sungai selain dari Sungai Pinang yang mana ketinggian paras sungai
dipengaruhi oleh pasang surut air laut.

 Geografi

Selain itu, alasan yang dapat menyokong pernyataan ini adalah dengan melihat keadaan geografi
(peta). Semasa persembahan akhir yang lalu ada ditunjukkan peta yang boleh menyokong
pernyataan ini. Setelah pengkajian dibuat ke atas peta tersebut dapatlah disimpulkan bahawa arah
aliran air semuanya tertumpu kearah Jln.P.Ramlee dan juga Jln. Terengganu yang menunjukkan
bahawa kawasan tersebut adalah berada pada aras yang rendah jika dibandingkan dengan
kawasan lain disekitarnya. Bahkan ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak -pihak yang terlibat
contohnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan
juga daripada responden bancian yang mana mereka mempunyai persepsi yang sama tentang
pernyataan ini.

Temubual

Seterusnya ialah melalui hasil temubual kami dengan dua badan kerajaan yang terlibat iaitu
daripada JPS dan juga daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut salah seorang pegawainya
iaitu Encik Yahya, sememangnya paras tanah disepanjang Sungai Pinang adalah rendah
terutamanya di kawasan kajian kami. Hal ini juga adalah sama seperti yang telah dinyatakan oleh
Encik Lim daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut beliau, diseluruh Georgetown
terutamanya dikawasan Jalan P. Ramlee jalannya berada pada aras yang rendah. Walaupun ini
adalah hanya merupakan pendapat ataupun pandangan tetapi ianya boleh diterima sebagai
menguatkan lagi pernyataan ini memandangkan mereka ini adalah orang ataupun pihak yang
terlibat secara langsung dalam projek-projek tebatan banjir. (rujuk..8.)

Soal Selidik

Akhir sekali ialah daripada hasil soal selidik yang telah kami jalankan. Semasa menyediakan soalan
bagi borang soal selidik, kami ada menyediakan satu soalan yang berkaitan dengan punca banjir.
Setelah bancian tersebut selesai dijalankan dan pengumpulan dan klasifikasi maklumat dibuat,
kami mengenal pasti sebanyak 28% menyatakan punca yang menyebabkan banjir di kawasan
tersebut adalah disebabkan oleh paras tanah yang rendah. (rujuk..9.)

Kesimpulannya, punca yang menyebabkan banjir ini sememangnya tidak dapat dinafikan ianya
adalah berpunca daripada kawasan kajian berada di aras tanah yang rendah. Keadaan ini telah
menyumbang kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan kajian kami.

You might also like