You are on page 1of 12

PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat 


Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan
Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah
mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa
rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu
kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat
memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum.
Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu
yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan
termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina
sebuah negara.

2) Lambang jati diri


Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan
bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah
dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana
setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa
Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa
Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang
Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai
perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan
sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.
3) Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting
dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan
musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum
Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai
penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh
sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini
wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks
hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan
negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu,
bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman
perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.
4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan

Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa


pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957
dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak
Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan
untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang
menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju
dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia


Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara
bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna
bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras
dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan
dihormati daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status
penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh
hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan
apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada
antarabangsa.
6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan
pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat
keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa
ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain
terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh
sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang
mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya


Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam
menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina
neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti,
berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam
penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik,
ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta,
pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa
itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional
mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan
dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.
8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa
Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju.
Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam
era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa.
Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu
disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa
Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.
Bahasa Jiwa Bangsa.
Cintailah Bahasa Kita !
Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik, Dr. Awang Sariyan, 2006.
POSTED BY ABDULLAH IBNI ABU BAKAR  AT 6:48 PM 
Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang cantik budi
Yang indah bahasa

Indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada


banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu
banyak bahasa, Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan
seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia.

Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya


Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat
bahasa ini sebagai Teras Perpaduan Bangsa .

Maka dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan
bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada
perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.Di akhirnya pula saya akan
menuliskan beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya
untuk bertahan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan.

Secara konseptual Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah


didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan
bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan
pelbagai kaum di negara ini.

Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?

Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua


franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka
pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang
perdagangan dan hubungan diplomatik.

Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus


lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka
berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama
menggunakan bahasa itu.

Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen


perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan
bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau
mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan
mengajar mereka.

Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri


Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium.
Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai
tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.

Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi
dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu
telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di
negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang
merdeka pada tahun 1957.

Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen


tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam
Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau
Malaysia yang merdeka.

Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk


menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di
semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.

Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa
utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.

Bagaimanakah Bahasa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai


Bahasa perpaduan?

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah
Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu
bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak
rasmi.
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan
universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa.
Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di
sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.

Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard
dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama
untuk semua.

Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri


tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau
negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard
wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam
buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.

Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa
depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain.
Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan
mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.

Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan,


maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu
dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada
kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Dinamika bahasa ini amat
diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang
berlaku kepada bahasa Sanskreta.

Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu


jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang
akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan
semasa dan persekitaran.

Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif
untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang
pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan,
perbankan, komputer dan internet.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuh
apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya
Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan
kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing
akan menerima nasib malang.

Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam
perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain
masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus
dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987


membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat
bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak
kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.Buktinya yang jelas ialah
dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC
dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa
Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa
sahaja.

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan


melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga
mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

Ancaman

Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat.


Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju
global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak
berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan.

Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih
berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih
pantas dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini
seperti sistem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating.

Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta.


Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel
elketronik, menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS.

Bagi saya ini satu perkembangan yang menakjubkan sekali gus menunjukkan
bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan
semasa. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini
menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan
utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk
menyelaraskan semua ini.

Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan idea YAB DS Mohd
Najib Tun Abdul Razak. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi
sebuah negara, iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa, iaitu Bahasa
Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia

Sumber : http://gurubashid.com/
Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 09:56
Label: RENCANA PILIHAN

Penutup
Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan
bahasaranah-ranah lain di negara berdaulat ini hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu
dilaksanakanoleh semua warganegara. Yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian para
pemimpin negaraagar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan negara bangsa
terus ditingkatkan dandiperkukuh. Bahasa kebangsaan, yang diungkapkan oleh Perdana Menteri
Malaysia yang pertama,Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera sebagai roh
bangsa dan negara yangmerdeka tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan,
kerana kemajuan yang
hakiki turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya kita sendiri.
http://www.find-docs.com/bahasa-kebangsaan-sebagai-bahasa-perpaduan.html

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan
segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong
di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Sempena sambutan
Bulan Bahasa Kebangsaan, mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:
“BAHASA WAHANA PERPADUAN NEGARA”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di antara tanda kebesaran Allah SWT ialah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa
dan bahasa. Setiap bangsa dikurniakan bahasa sebagai alat untuk berurusan di antara satu
sama lain demi mencapai kesejahteraan hidup. Bahasa mempunyai medan yang luas untuk
digunakan, sama ada untuk kebaikan atau kejahatan dan berperanan utama dalam
pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Kerana itulah masyarakat Melayu menganggap
bahawa bahasa itu merupakan jiwa kepada sesuatu bangsa dan telah di ungkapkan dalam
pepatah masyarakat Melayu seperti, “Bahasa menunjukkan bangsa, Bahasa jiwa
bangsa”.

Agama Islam menyarankan umatnya berbahasa dengan bahasa yang terbaik kerana ia
mencerminkan tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Firman Allah SWT dalam surah
Ibrahim ayat 24-25:

Maksudnya: “Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan,


iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnya
tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit Ia mengeluarkan buahnya pada
setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perbandingan itu untuk manusia,
supaya mereka beringat.”

Dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu-Islam, bahasa Melayu berfungsi sebagai


tonggak dalam proses pembudayaan semula masyarakat. Walaupun sumber ajaran agama
Islam dalam bahasa Arab namun, proses penyebaran ajaran Islam kepada masyarakat
Melayu tidak menggunakan bahasa Arab. Dakwah Islamiah ke rantau alam Melayu
menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pengantara penyebaran ajaran Islam.

Kita amat menghargai perjuangan tokoh-tokoh ilmuwan dan agamawan Melayu tersohor
seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkel,
Abdul Samad al-Falambani, Sheikh Daud al-Fatani, Arshad a-Banjari, Tun Sri Lanang, Raja
Ali Haji, Abdullah Munsyi dan lain-lain lagi yang telah mengarang dan menyebarkan
pemikiran agama dengan menggunakan bahasa Melayu.

Kitab-kitab karangan mereka ini, kini telah menjadi sumber khazanah pemikiran umat Melayu-
Islam. Hal ini jelas membuktikan betapa tahap dan kualiti pemikiran yang telah berjaya
dicapai telah menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana penyebarannya. Peranan mereka
dalam usaha mengungkapkan pemikiran dan ajaran Islam menggunakan wahana bahasa
Melayu merupakan sumbangan teragung dalam pembentukan tamadun umat Melayu yang
unik dan utuh hingga kini.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan usaha untuk memperkasakan bahasa
Melayu disempurnakan melalui penggubalan undang-undang. Dalam perkara 152
mencatatkan bahawa Perlembagaan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita.
Malah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan
hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan. Dalam Akta Pendidikan pula
menyatakan bahasa Melayu ialah bahasa pengantar utama di institusi pendidikan.

Apabila undang-undang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,


bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama di institusi pendidikan maka tugas untuk
memperkasakannya hendaklah sama-sama kita dukung dengan mengambil langkah seperti
berikut:

Pertama: Setiap warganegara Malaysia hendaklah menggunakan bahasa Melayu dengan


baik dan betul bersesuaian dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,
bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Kita hendaklah menjauhkan dari menggunakan
bahasa rojak atau sekerat bahasa Melayu dan sekerat bahasa Inggeris.
Kedua: Bahasa Melayu hendaklah digunakan secara meluas di semua peringkat seperti
urusan surat-menyurat, majlis-majlis rasmi dan mesyuarat hendaklah diadakan dalam bahasa
Melayu. Semua papan tanda, iklan dan nama-nama kawasan perumahan juga hendaklah
menggunakan bahasa Melayu.

Kita merasa bangga kerana bahasa Melayu telah dituturkan oleh lebih daripada 250 juta
manusia dan telah menjadi salah satu bahasa yang ditawarkan untuk dipelajari di 118 institusi
pengajian tinggi di dunia. Tujuan utama dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu’ adalah
untuk masyarakat menguasai bahasa Melayu pada tahap yang baik sehinggakan mereka ini
boleh menggunakan bahasa tersebut untuk segala maksud bersesuaian dengan peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa
perhubungan utama warga Malaysia dan bahasa ilmu. Mereka yang mahir berbahasa Melayu
inilah yang akan memartabatkan bahasa Melayu dan memacu pembinaan sebuah negara
bangsa yang bercitrakan ‘ 1Malaysia ’.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Dalam membina tamadun ummah bahasa berperanan besar antaranya sebagai alat
penyebaran agama dan dakwah, alat perpaduan, alat ekonomi dan alat pendidikan serta
budaya. Sejarah membuktikan bahawa bahasa berperanan dalam penyebaran dan
pengukuhan agama. Rasulullah SAW menganjurkan kepada para ilmuwan dan agamawan
agar dalam usaha menyampaikan ajaran agama Islam kepada masyarakat, maka
pengungkapannya hendaklah setimpal dengan kadar kemampuan berfikir masyarakat
setempat. Tentulah, kadar kemampuan tersebut meliputi juga tahap dan keupayaan
berbahasa.

Walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi agama Islam menggalakkan
umatnya menguasai bahasa asing. Dalam kitab Sahih Bukhari ada menyebut, setelah
Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda memerintah Saidina Zaid bin Thabit supaya
mempelajari dua bahasa iaitu bahasa Sirianiah dan Ibriah( bahasa kitab Injil dan Taurat ).
Saidina Zaid bin Thabit mempelajari kedua-dua bahasa tersebut dalam masa 12 hari sahaja.
Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Dan telah memerintahkan Nabi SAW Zaid bin Thabit supaya mempelajari
bahasa Suryani.” (Riwayat Iman Ahmad)

Persoalannya kenapa Rasulullah SAW memerintahkan sedemikian? Ini kerana Rasulullah


SAW mahu melihat dari kalangan umat Islam cendekiawan-cendekiawan yang dapat
menguasai bidang-bidang ilmu lain yang menjadi nadi kekuatan umat. Keupayaan menguasai
banyak bahasa menentukan umat Islam dapat mengelak dari tertipu dan terpedaya dengan
umat-umat lain. Baginda ada bersabda kepada Zaid bin Thabit RA, “Wahai Zaid, pelajarilah
tulisan Yahudi untukku, kerana sesungguhnya aku tidak mempercayai Yahudi itu untuk
menulis suratku.” Zaid berkata, “Lalu aku mempelajarinya”.

Demikianlah juga kata-kata hukama’: 'Barangsiapa menguasai bahasa sesuatu kaum itu,
maka dia akan terselamat dari tipu daya mereka'. Diriwayatkan juga bahawa Abdullah Ibn
Zubair mempunyai 100 orang khadam yang berlainan bahasa, dan beliau berbicara dengan
mereka dalam bahasa setiap seorang dari mereka.

Al-Quran telah menggunakan bahasa sebagai wasilah dakwah. Allah SWT menerapkan
penggunaan bahasa yang agung dalam menyentuh hati manusia. Mereka yang mempelajari
pendidikan al-Quran dan as-Sunnah tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah tentunya
memahami hakikat ini. Ayat al-Quran Makkiyyah menggunakan ayat-ayat pendek dan
bersastera kerana penduduk Mekah kebanyakannya mahir berbahasa dan mampu
menangkap maksud ayat yang diturunkan. Penduduk Madinah pula tidak sehebat penduduk
Mekah dalam berbahasa maka ayat al-Quran Madaniyyah menggunakan ayat yang panjang-
panjang untuk menerangkan sesuatu serta menggunakan bahasa jelas pada maksudnya.
Penggunaan bahasa yang hebat ini bukan sahaja membuatkan manusia mudah menerima
Islam, tetapi turut merangsang perkembangan pemikiran sehingga menjadi pemangkin
kemajuan umat Islam.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah ini marilah kita menginsafi bahawa perjuangan memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab bersama. Justeru mimbar
menyeru kepada semua pihak agar menyumbang tenaga dan fikiran untuk terus mengangkat
martabat bahasa melayu ini agar ia menjadi bahasa agama, bahasa ilmu, bahasa ekonomi
dan bahasa budaya kita. Dengan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
dan tidak menghalang bahasa ibunda setiap kaum dituturkan serta tidak pula menyekat
penggunaan bahasa lain, ia akan menghasilkan sebuah negara yang makmur, sejahtera
serta disegani kawan dan lawan. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah
Ali- Imran ayat 7:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam
ilmu-ilmu agama berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan
kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang yang
berfikiran.”

http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=216&mnu=216
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?
k=bahasa+kebangsaan+wahana+perpaduan&d=10
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Menurut Kamus Dewan (2006), istilah ‘fungsi’ bolehlah didefinisikan


sebagai tugas atau peranan. Manakala maksud ‘bahasa’ pula ialah
satu sistem lambang-lambang yang arbitrari, mempunyai makna
dan difahami maknanya, dan digunakan oleh sekelompok
masyarakat dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut
dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang ada
makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya.
Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayu dalam
pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih
lagi, mereka yang berstatus warganegara Malaysia.

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa


perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa
yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota
masyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara
etnik. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk
yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa.
Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu
kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu
bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat
menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan
terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.
Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka
sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan,
hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa
hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina
perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan
bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara
milik bersama.

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu


lambang penyatuan atau perpaduan. Ia memainkan peranan
mengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan setiap
lapisan masyarakat dalam segala bidang, bukan hanya dari segi
politik, agama, perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan,
pendidikan malahan juga dalam komunikasi awam. Tugas bahasa
Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui
perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang
dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita
terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin
terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa
lingua franca, bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum
dalam semua bidang, bak kata perpatah, “di mana bumi dipijak, di
situ langit dijunjung,” atau “berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.”
http://retibasa.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi.html
 Alang-alang menyeluk pekasam,
                              Biar sampai ke pangkal lengan;
                       AJang-alang ba hasa dijulang,
                              Biar kekal sepanjang zaman.

You might also like