You are on page 1of 13

LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

Dewasa ini kehidupan masyarakat telah menjadi semakin kompleks dan mencabar

menyebabkan pendidik dibebankan dengan tugas dan tanggungjawab yang semakin berat.

Seiring dengan tahap pendidikan ibubapa yang semakin tinggi menyebabkan mereka lebih

celik tentang undang-undang dalam pendidikan. Ini menunjukkan bahawa pengetua, guru

besar dan pendidik sentiasa terdedah kepada risiko didakwa dan disaman sekiranya

melanggar undang-undang tersebut. . Ini adalah disebabkan mereka tidak faham, atau tidak

tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan. Kadang-kadang mereka

terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan dengan undang-undang pendidikan.

Pentadbir pendidikan di sekolah khasnya pengetua dan guru besar tidak peka peraturan-

peraturan yang sedia ada dan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas pelajar-

pelajar.

Sistem Perundangan Negara merangkumi undang-undang bertulis dan undang-undang

tidak bertulis. Undang-undang bertulis dibahagikan kepada dua iaitu Law of Torts dan Law of

Natural Justice. Law of Natural Justice terbahagi kepada dua iaitu Audi Alteram Parterm

(the right to be heard) dan Nemo Judex Incausa Sua (Rules against bias). Torts merangkumi

soal tuntutan dan dakwaan berkaitan kerugian, kecederaan dan kesakitan.

Peranan undang-undang Torts adalah menentukan persoalan liabiliti dan gantirugi

yang dituntut dalam kesalahan sivil. Torts adalah satu daripada cabang undang-undang sivil

yang menetapkan tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas yang melakukan

perbuatan atau kecuaian bagi mendapatkan gantirugi tidak tentu jumlahnya. Torts lebih

mudah dijelaskan sebagai ‘salah’. Torts merangkumi suatu bidang kesalahan yang sangat luas

merangkumi pencerobohan, kacau ganggu, fitnah dan pernyataan silap. Ia juga dikenali

sebagai saman sivil.

QUESTION 5 Page 1
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

Menurut Rogers, W.V.H, (1994) kecuaian atau negligence sebagai torts adalah

perlanggaran kewajipan undang-undang untuk berjaga-jaga oleh defendan yang

mengakibatkan kerosakan yang tidak diingini kepada plaintif. Kecuaian dalam bidang

pendidikan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu kecuaian guru dan kecuaian

pendidikan.

Kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga daripada segi

undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Kecuaian yang biasa dilakukan

oleh guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar.

Apabila sesuatu kecederaan berlaku, ibubapa akan menuntut gantirugi terhadap anak mereka.

Namun begitu tuntutan gantirugi hanya akan diperolehi sekiranya terdapat liabiliti guru

dalam kes tersebut.

Menurut Tie Fatt Hee (2002) menyatakan bahawa mentaliti ibubapa yang sedia

mengambil tindakan mahkamah ke atas guru adalah suatu unsur yang sudah meresap masuk

ke dalam bidang pendidikan di Malaysia. Manakala di London, sekolah sudah menjadi

sasaran utama ibubapa untuk disaman atas kecederaan-kecederaan kecil. Keadaan ini

menunjukkan bahawa pegawai perkhidmaatn pendidikan sentiasa berada dalam keadaan

tertekan dan sentiasa terdedah kepada saman sivil.

Kecuaian pendidikan merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Namun

begitu, dalam banyak situasi usaha membuktikan sesuatu kecederaan intelek berpunca

daripada pengajaran guru yang kurang baik adalah amat sukar. Oleh itu guru tidak perlu

bimbang melainkan guru-guru yang tidak cekap dan tidak menghiraukan murid di bawah

jagaan mereka. Contohnya, dalam sebuah kelas yang terdiri daripada 30 orang pelajar, hanya

6 orang pelajar mendapat 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah. Jika dilihat dari segi

QUESTION 5 Page 2
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

kecuaian adakah semua guru mata pelajaran gagal dalam mendidik semua pelajar tersebut?.

Keadaan ini perlu dikaji dengam teliti sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Merujuk kepada istilah in loco parentis yang membawa maksud ganti ibubapa,

pengetua, guru besar dan guru perlu memikul tanggungjawab yang besar terhadap pelajar.

Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh pihak sekolah selagi mana pelajar-pelajar tersebut

berada di dalam kawasan pagar sekolah sehingga tanggungjawab tersebut diambil alih oleh

ibubapa. Tanggungjawab melindungi pelajar ini disebut sebagai the duty of care iaitu

tanggungjawab melindungi pelajar daripada risiko yang dijangka mendatangkan mudarat

termasuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang dilihat mendatangkan kecederaan

kepada pelajar. Meninggalkan pelajar tanpa kawalan boleh mendedahkan sekolah

terutamanya guru kepada tindakan di mahkamah.

Tanggungjawab ini berbeza mengikut situasi dan bergantung kepada beberapa faktor

iaitu: (1) bilangan pelajar yang diselia, (2) keadan aktiviti yang dijalankan (merbahaya atau

tidak), (3) umur, kemahiran dan tanggungjawab, (4) alatan yang digunakan, (5) keadaan

fizikal sekolah.

Asas bagi menentukan kecuaian dalam torts ialah merujuk kepada reasonable man.

Apa yang akan dilakukan oleh manusia yang waras (reasonable man) dalam masa dan

keadaan berkenaan. Tie (2002) menyatakan terdapat empat elemen penting yang perlu wujud

sebelum seseorang guru itu boleh didakwa. Empat elemen tersebut ialah: (1) Terdapat elemen

berjaga-jaga seperti arahan yang diberikan oleh Pengetua kepada guru bagi mengajar sesuatu

kelas pada sesuatu masa (duty to take care), (2) Tanggungjawab itu tidak dipatuhi dan guru

meninggalkan kelas untuk berehat menyebabkan pelajar bertumbuk (breach of duty), (3)

Akibat daripada pelanggaran tanggungjawab tadi, pelajar cedera di muka dan mengalami

QUESTION 5 Page 3
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

kerugian (injury to pupils), (4) Terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defendan

dan kecederaan yang dialami oleh plaintif (proximate cause).

Selain itu terdapat juga asas untuk menolak dakwaan cuai iaitu: (1) foreseeable risk,

(2) contributory negligence dan (3) assumption of risk. Foreseebility merujuk kepada

sejauhmana sesuatu kecuaian boleh ditelah oleh guru. Contributory negligence adalah

keadaan di mana plaintif sendiri cuai dalam melakukan sesuatu perkara atau tindakan.

Manakala assumption of risk merujuk kepada risiko yang bakal dialami dan diambil oleh

plaintif di mana plaintif mempunyai plihan untuk tidak mengambil risiko yang dinyatakan.

Antara kes mahkamah yang telah dibicarakan di bawah undang-undang torts ialah

kes Zazlin Zahira Hj. Kamarulzaman (budak) menuntut melalui bapa dan penjaganya Hj.

Kamarulzaman bin Mohd. Ali melawan Louis Marie Neube Rt. Ambrose A/L Ambrose dan 2

lagi (1994) 4 CLJ 637 dilaporkan dalam Current Law Journal dan kes Mohd Raihan Ibrahim

melawan Kerajaan Malaysia (1981) 2 MLJ 27 seperti dilaporkan dalam Malayan Law

Journal.

Kes 1: Zazlin Zahira Kamarulzaman lwn. Louis Marie Ambrose.

Dalam kes Zazlin Zahira Hj. Kamarulzaman (budak) menuntut melalui bapa dan

penjaganya Hj. Kamarulzaman bin Mohd. Ali melawan Louis Marie Neube Rt. Ambrose A/L

Ambrose dan 2 lagi. Plaintif kedua telah menamakan tiga orang defendan iaitu Louis Marie

sebagai guru darjah semasa kejadian berlaku, defendan kedua, guru besar sekolah di mana

kejadian berlaku dan defendan ketiga Kerajaan Malaysia iaitu majikan kepada defendan

pertama dan kedua. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur oleh

Datuk Hj. Mokhtar bin Hj. Sidin H. pada tahun 1994. Defendan pertama merupakan guru

muzik di sebuah sekolah manakala plaintif merupakan budak tahun satu di sekolah tersebut.

QUESTION 5 Page 4
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

Pada 19 Mac 1985, yakni hari kejadian, defendan pertama telah mengajar muzik bertajuk

“gerabak keretapi” kepada murid-murid di kelasnya termasuk plaintif. Murid-murid diarah

membuat beberapa pergerakan mengikut rentak muzik termasuklah memasukkan bangku

tempat duduk di bawah meja tulis masing-masing dan seterusnya bergerak seperti sebuah

“gerabak keretapi” mengelilingi bilik darjah berkenaan. Keterangan menunjukkan bahawa

sebelum memulakan pergerakan tersebut defendan pertama telah mengingatkan murid-murid

supaya jangan tolak-menolak, berlari ataupun keluar dari barisan. Plaintif telah terjatuh

semasa membuat pergerakan tersebut menyebabkan tangan kanannya patah dan menuntut

gantirugi atas kecederaan tersebut melalui bapanya (plaintif kedua). Menurut defendan,

plaintif telah keluar dari barisan dan berlari dalam pusingan pertama. Defendan menegur

plaintif supaya tidak berlari. Apabila plaintif hendak masuk dalam barisan semula, plaintif

telah jatuh dan mengakibatkan kecederaan tersebut.

Merujuk kepada kes yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa isu yang timbul,

iaitu samada defendan pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif dan jika

demikian dalam keadaan kes ini, samada kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian

defendan pertama dalam menyelia dan mengendalikan kelas muzik berkenaan.

Disebabkan kes ini dibincangkan di bawah undang-undang torts, maka ia boleh

dibuktikan menggunakan empat elemen yang telah dibincangkan di atas.

1. Duty to take care.

Merujuk kepada kes ini, defendan mempunyai duty to take care kerana defendan

sedang mengendalikan kelas plaintif dan merupakan orang yang terdekat dengan

plaintif pada waktu tersebut. Seperti yang telah dinyatakan, defendan pertama sedang

mengajar muzik bertajuk “gerabak keretapi” semasa kejadian berlaku. Ini bererti

QUESTION 5 Page 5
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

bahawa defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif dan perlu

bertindak secara munasabah bagi menjaga keselamatan murid.

2. Breach of duty.

Dalam perbicaraan ini tidak dapat dibuktikan bahawa defendan pertama melanggar

tanggungjawab terhadap pelajarnya. Semasa kejadian defendan berada di kelas dan

mengawasi pelajar semasa kejadian berlaku. Kelas yang dikendalikan oleh defendan

juga merupakan sebuah kelas biasa yang tidak memerlukan pengawasan yang luar

biasa rapi. Aktiviti yang dijalankan juga merupakan aktiviti biasa yang tidak

menggunakan alatan yang merbahaya, jadi dalam kes ini kecederaan adalah tidak

boleh diramal. Selain itu defendan juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan

memberi arahan supaya pelajar tidak tolak-menolak, berlari atau keluar dari barisan.

Defendan telah menunjukkan bukti yang kukuh bahawa defendan telah menjalankan

mematuhi tanggungjawabnya terhadap murid-murid di kelas tersebut.

3. Injury to pupils.

Semasa kelas tersebut dijalankan, plaintif telah terjatuh dan tangan kanannya didapati

patah. Lanjutan daripada pembedahan yang telah dijalankan, tangan kanan plaintif

menjadi lemah dan didapati pendek sedikit. Namun begitu semasa kejadian defendan

telah bertindak dengan baik bersama seorang guru lagi untuk membungkus tangan

plaintif pertama dengan surat khabar supaya tidak bengkok. Defendan pertama juga

telah menghantar plaintif ke Hospital Besar Kuala Lumpur dengan arahan defendan

kedua.

4. Proximate cause.

Dalam kejadian ini plaintif tidak dapat menimbulkan kecuaian terhadap defendan

pertama dan kedua. Plaintif cuma menyebut tentang kecuaian defendan pertama

QUESTION 5 Page 6
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

sahaja. Kecuaian tidak dapat dibuktikan kerana defendan telah memberikan arahan

yang jelas kepada murid-murid berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti yang

dijalankan juga merukan suatu aktiviti yang tidak merbahaya. Namun begitu defendan

telah mengingatkan murid-murid supaya tidak tolak-menolak, berlari atau keluar dari

barisan. Kebolehan defendan mengendalikan kelas juga tidak boleh dipertikai kerana

defendan merupakan seorang guru yang terlatih dan telah menghadiri kursus yang

sepatutnya bagi mengajar subjek tersebut.

Walaupun terdapat percanggahan kenyataan antara defendan dan plaintif, hakim

berpendapat bahaya ingatan plaintif boleh dipertikaikan kerana semasa kejadian plaintif

berumur 7 tahun tetapi kes tersebut dibicarakan 9 tahun kemudian. Dengan itu hakim

membuat kesimpulan plaintif pertama tidak ingat arahan yang dibuat oleh defendan ataupun

tidak mendengar arahan yang diberikan kerana keghairahannya mengambil bahagian dalam

kelas muzik tersebut.

Setelah penghakiman dibuat, hakim berpendapat on the balance of probabilities

defendan telah memberikan arahan yang sewajarnya. Kes ini telah dimenangi oleh defendan

kerana plaintif gagal mengemukakan bukti yang menunjukkan defendan cuai dalam

menjalankan tugasnya.

Kes 2 : Mohd Raihan Ibrahim & Anor V. The Government of Malaysia & Ors.

Kes ini merujuk kepada rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi Seremban yang

menolak tuntutan kerugian di atas kecederaan peribadi yang dialami oleh pemohon, Mohd

Raihan Ibrahim di dalam kelas praktikal pertanian yang berlaku pada 15 Mac 1971. Rayuan

tersebut adalah terhad kepada persoalan liabiliti hanya di dalam skop liabiliti responden yang

ditetapkan, kerugian umum sebanyak RM6000 telah dipersetujui oleh kedua pihak.

QUESTION 5 Page 7
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

Pemohon, Mohd Raihan Ibrahim pada waktu itu merupakan murid tingkatan satu di

Sekolah Menengah Inggeris, Port Dickson. Pada hari kejadian, ada lebih kurang 37-38 murid

mengambil bahagian dalam kelas praktikal pertanian di bawah pengawasan guru perempuan

bernama Pn Hau Kan Yong. Murid-murid disuruh untuk mengambil alat-alat pertanian

seperti penyodok, cangkul dan bakul dari stor dan diarah ke tempat untuk menyiapkan batas

sayuran. Pemohon pada ketika itu menggunakan penyodok untuk menimbun batas sayurnya

manakala rakan sekelasnya, Raja Aminuddin bekerja di batas sebelahnya menggunakan

cangkul yang sudah longgar kepala cangkulnya, berukuran 5 kaki panjang pemegangnya.

Memandangkan mereka berada berdekatan di antara satu sama lain, pemohon meminta Raja

Aminuddin supaya tidak meneruskan cangkulan dulu sehingga dia siap menimbun batasnya

tetapi, Raja Aminuddin membalas balik mengatakan dia tidak akan cuai dan tidak

mempedulikan permintaan pemohon dengan meneruskan cangkulannya dan ketika itulah

kepala Mohd Raihan telah tercedera terkena cangkulan Raja Aminuddin.

Guru mereka, Pn Hau Kan Yong ketika itu sedang duduk di bawah pokok lebih

kurang 4 ela dari pemohon dan tidak melihat ke arah murid-muridnya dan hanya menoleh

apabila dia mendengar seseorang memanggilnya. Dia melihat pemohon sedang memegang

kepalanya yang sedang berdarah. Pemohon mengalami kecederaan yang mana belakang

kepalanya terkoyak sepanjang 2 ½ inci dan retak tulang di bahagian yang sama.

Pemohon menyaman responden di atas kecederaan yang dialaminya atas dasar atau

sebab gagal dalam mengawasi murid-muridnya yang mengambil bahagian di dalam kelas

pertaniannya, dan juga kerana gagal memberi arahan kepada Raja Aminuddin mengenai

penggunaan cangkul secara betul. Pn Hau Kan Yong mengatakan bahawa dia secara

umumnya sudah mengingatkan murid-muridnya supaya berhati-hati dan tidak main-main

semasa menggunakan alat-alat pertanian tersebut. Dalam masa sama dia mengaku yang mana

QUESTION 5 Page 8
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

sebagai langkah keselamatan, samada Raja Aminudin atau pemohon tidak sepatutnya berada

dalam jarak berdekatan antara satu sama lain yang mana mencenderungkan pemohon di

cangkul. Alasannya, dia tidak nampak kedudukan pemohon sebelum berlakunya kemalangan

dan jika dia nampak, sudah tentu dia tidak akan membenarkan pemohon berada di posisi itu.

Mahkamah membuat keputusan bahawa responden bertanggungjawab di atas

kecuaian semasa menjalankan tugas dan menerima rayuan dengan kos yang dipohon.

Mahkamah membuat keputusan bahawa responden bertanggungjawab di atas kecuaian yang

berlaku berdasarkan empat elemen utama di bawah kesalahan kecuaian iaitu:

1. Duty to take care

 Termaktub di dalam undang-undang yang mana guru sekolah adalah

bertanggungjawab mengawasi murid-muridnya ketika berada di dalam

kawasan sekolah, baik di dalam kelas atau tempat permainan. Tahap

pengawasan adalah bergantung kepada keadaan setiap kes, seperti umur

murid-murid, dan apa yang mereka lakukan pada masa persekolahan.

2. Breach of the duty

 Responden didapati cuai kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang

sewajarnya untuk mengelakkan kemalangan berlaku kepada pemohon di

bawah jagaannya.

 Merujuk kes ini, Pn Hau Kan Yong tidak berada di tempat kemalangan semasa

kemalangan berlaku, sebaliknya berada di bawah pokok yang mana jauhnya 4

ela dari tempat kemalangan.

3. Injury to pupils

 Akibat daripada responden tidak mengawasi murid-muridnya dan juga gagal

memberi arahan penggunaan alat-alat pertanian, pemohon telah mengalami

QUESTION 5 Page 9
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

kecederaan yang mana belakang kepalanya terkoyak sepanjang 2 ½ inci dan

retak tulang di bahagian yang sama.

4. The proximate cause

 Kemalangan ini tidak akan berlaku sekiranya responden menjalankan tugasnya

dalam mengawasi murid-murid dengan betul. Ini terbukti apabila Pn. Hau Kan

Yong sendiri mengaku bahawa jika dia nampak pemohon berada di kedudukan

yang dekat dengan Raja Aminudin, sudah tentu dia tidak akan membiarkannya

yang mana kedudukan tersebut boleh menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Kesimpulannya, keempat-empat elemen kecuaian ini wujud di dalam kes. Oleh kerana

itu, responden didapati bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku dan rayuan

dengan kos yang dipohon oleh pemohon diterima.

Sebagai pemimpin sekolah, pengetua berperanan besar dalam memastikan

keselamatan pelajar berada dalam keadaan baik dan memuaskan maka dengan itu pengetua

sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang

berwibawa. Bersesuaian dengan gelaran yang diberikan pengetua bertanggungjawab penuh di

atas segala yang melibatkan persekitaran sekolah selagi mana para pelajar masih di bawah

seliaan pihak sekolah kerana sekolah adalah ‘loco parentis’ keselamatan pelajar di sekolah

adalah tanggungjawab guru dan pengetua sekolah. Sebagai seorang pengetua, mereka perlu

mengelakkan berlakunya sebarang kecuaian yang melibatkan pelajar secara langsung kerana

kemalangan serta kecederaan mudah berlaku ke atas pelajar dengan persekitaran yang tidak

dijangka. Oleh yang demikian pengetua dengan kerjasama para guru harus menumpukan

perhatian yang serius semasa berada di dalam kelas mahupun aktiviti luar kelas.

QUESTION 5 Page 10
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

Maka dengan tanggungjawab yang diamanah kepada sekolah sebagai ‘logo parentis ’

pengetua perlu mengambil langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada berlakunya

kecuaian demi keselamatan para pelajar:

1. Mengetahui/memaklumkan mengenai semua dokumen undang-undang

Pengetua seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan perundangan

pendidikan kerana dalam persekitaran sekolah para pendidik, pegawai perkhidmatan

pelajaran dan pengetua sendiri sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh

menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pelajaran. Ini adalah

kerana mereka tidak faham atau tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-

undang dalam pendidikan. Apa yang paling penting bagi mereka yang terlibat dengan

pendidikan harus tahu dan memahami akta perundangan pendidikan yang diguna

pakai dalam sektor pendidikan Negara khususnya. Sekurang-kurangnya sebagai

pengetua mereka peka dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kerana

tanggungjawab pengetua adalah meliputi keseluruhan sekolah seperti pentadbiran,

mengawasi kemajuan dan penambahbaikan kurikulum sekolah, tugas sebagai guru,

menyelia pengurusan kemudahan fizikal dan infrastruktur sekolah dan sebagainya.

2. Penyeliaan kakitangan di sekolah termasuk proses pengajaran dan

pembelajaran

Pengetua perlu menyelia pelbagai pengurusan harian seperti fizikal dan infrastruktur,

pemuliharaan dan pembaikan dan penggunaan sumber yang ada di sekolah tersebut.

Langkah kawal selia ini sangat penting untuk memastikan barang-barang serta alatan

fizikal yang digunakan adalah dalam keadaan selamat untuk digunakan. Pengetua

boleh mengadakan kempem sekolah selamat untuk memberi kesedaran kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak demi kepentingan bersama di masa

QUESTION 5 Page 11
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

hadapan. Selain itu pengetua perlu memastikan agar guru tersebut menjalan proses

p&p dengan betul mengikut piawaian yang telah ditetapkan berdasarkan kepakaran

masing-masing.

3. Menyebarluas maklumat kepada semua pihak yang terlibat

Adalah menjadi tanggungjawab pengetua bagi menjamin keselamatan pelajar selagi

mana mereka masih di dalam persekitaran sekolah sama ada di dalam kelas mahupun

semasa aktiviti di luar bilik darjah. Maka dengan itu pengatua perlu sentiasa

menyebarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak PPD, JPN dan KPM

kepada para guru agar sentiasa peka dangan persekitaran sekolah yang sentiasa

berubah. KPM sentiasa mengeluarkan pelbagai Surat Pekeliling Ikhtisas untuk

memberi penambahbaikkan kepada persekitaran sekolah. (contoh: Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil.8/1988 21 Keselamatan Diri Pelajar di Sekolah) yang mana pekeliling

ini bertujuan untuk mengingatkan semua pihak di sekolah supaya sentiasa berwaspada

terhadap kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian-kejadian yang

tidak diingini ke atas diri pelajar serta mengambil langkah-langkah tertentu untuk

mengelakkannya, pada setiap masa , keselamatan dan kebajikan pelajar seharusnya

menjadi pertimbangan utama.

4. Mengingatkan Staf Secara Konsisten dan Mengikut Keselesaan

Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan para guru sentiasa menambah ilmu

pengetahuan serta kepakaran dalam menguruskan bilik darjah dengan menghadiri

pelbagai khusus dan bangkel yang dianjurkan oleh pihak yang berwajib. Hal ini

sangat penting untuk memastikan guru sentiasa didedahkan dengan maklumat terkini.

Menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh mereka, maka pengetua akan

sentiasa memberi nasihat dan mengingatkan para guru secara berterusan agar tidak

QUESTION 5 Page 12
LEGAL ISSUES IN EDUCATION – SGDU 6063

lalai dalam tugas masing-masing. Pengetua akan merancang dan meyelia aktiviti

perkembangan staf seperti khusus dalaman, perkongsian maklumat, merangsang

budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru

untuk memperkembangkan diri.

5. Memastikan guru mahir dalam tajuk yang diajar

Pengetua juga bertanggungjawab untuk memastikan sekolah mempunyai guru yang

mencukupi dengan bidang masing-masing agar dapat melatih serta memberi mereka

semangat untuk mengajar. Guru yang mahir dengan bidang tugas masing-masing

akan seronok untuk proses P&P dan dapat mengawal kelas dengan baik agar tidak

berlaku kecuaian dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Rujukan:

Mohd Raihan Ibrahim lwn. Kerajaan Malaysia. [1981] 2 MLJ 27.

Tie Fatt Hee. (2002). Undang-Undang Pendidikan di Malaysia. Shah Alam, Selangor: Fajar
Bakti.

Zazlin Zahira Hj. Kamarulzaman lwn. Louis Marie Ambrose. [1994] 4 CLJ 637.

QUESTION 5 Page 13

You might also like