You are on page 1of 12

Liew Chyn Jinn

801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, teknologi telekomunikasi dan multimedia digunakan


secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan
masyarakat. Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat
Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk
mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada
masanya.

Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dibincangkan mengikut


aspek pengajaran (guru menggunakan TMK) dan aspek pembelajaran (murid
menggunakan TMK). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan,
aplikasi dan komunikasi. Pengenalan kepada TMK telah membawa kepada sikap
yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana TMK menyediakan peluang yang luas
dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui
penggunaan internet, pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-
contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah
memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat
dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. TMK menyediakan
kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu
secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Dalam konteks pengajaran pula, TMK digunakan sebagai tutor dan alat
demonstrasi. Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan
komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam
mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran
bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas
sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan
merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Jadi, guru
perlulah mahir mengenalpasti dan memilih mod pengajaran dan pembelajaran.

1
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

1.1.1 Mod toturial


Menurut kaedah ini, TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi :

• pembelajaran ekspositori,

• demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan,


babaknya oleh sistem, dan

• latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi


mempersembahkan maklumat, membimbing,. memberi latihan dan menilai
pencapaian.

1.1.2 Mod penerokaan


Menurut Means et al. (1993), penggunaan TMK bagi pembelajaran penerokaan
apabila digunakan oleh murid sebagai medium untuk:
• mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal
maklumat dan sebagainya.
• mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi.
• melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal
oleh murid.
Dalam  kaedah ini, murid  boleh mengawal  dan menentukan maklumat yang
diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut:
pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan
sebenar,  aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran
berbentuk simulasi.

2
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

1.1.3 Mod Aplikasi

TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu pelajar melaksanakan


tugasan pembelajaran. Contohnya penggunaan perisian aplikasi pemproses kata
di mana murid dapat hasilkan karangan pendek. Selain itu, penggunaan perisian
hamparan elektronik oleh pelajar untuk memplot graf.   Selain daripada perisian
aplikasi umum seperti pemproses perkataan dan hamparan elektronik, perisian
aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain
juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan  untuk
membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. 

1.1.4 Mod Komunikasi

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk


membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Clark
dan Sun, 1996).  Kemajuan TMK pada hari ini membolehkan komunikasi
dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:

 text
 grafik
 audio.
 video
 kombinasi dua atau lebih mod di atas

Melalui kaedah ini,  pembelajaran seperti pembelajaran kolaboratif


dilaksanakan,. Selain itu, ia juga meningkatkan penglibatan murid dalam proses
pembelajaran, melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses P&P.

3
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

2.0 Rancangan Huraian Pengajaran (Soalan 1)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


BAHASA CINA TAHUN TIGA

1. Ciri kelas

a) Kelas TAHUN TIGA

b) Pengetahuan 1. Pelajar pernah mempelajari cara membina ayat


Sedia Ada berdasarkan gambar.

2. Pelajar pernah melihat pokok kelapa sama ada


dalam gambar atau yang maujud.

3. Pelajar pernah menyanyi lagu ‘pokok kelapa’.

4. Pelajar pernah melayari internet berdasarkan


alamat laman web yang diberi.

5. Pelajar boleh menggunakan perisian asas MS


PowerPoint, MS Excel dan MS Word di bawah
bimbingan guru.

2. Mata Pelajaran Bahasa Cina

3. Peruntukan Masa 60 minit

4. Topik dan Tema Tema: 25. Hasil dari Ketekunan


Tajuk: Kegunaan Pokok Kelapa (Karangan)

5. Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:

Aras 1
3.8 Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
struktur ayat dan tanda baca yang betul.

Aras 3
3.16 Berdasarkan gambar tunggal, menulis ayat
mengikuti tajuk dan isi dalam gambar dengan
tepat.

4
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

Nilai Murni 1. Berjimat


2. Menghargai
3. Mencintai alam semula jadi
4. Menjaga kebersihan diri (rohani dan fizikal)

Kemahiran Berfikir 1. Menjana idea


2. Mengenal pasti
3. Menghubung kait

6. Objektif Pada akhir proses P&P diharap murid dapat:


Pembelajaran
1. Menyebutkan sekurang-kurangnya 5 kegunaan
pokok kelapa.

2. Melayari internet untuk mencari maklumat tentang


kegunaan pokok kelapa berdasarkan alamat laman
web yang diberi.

3. Menjawab sekurang-kurangnya 5 daripada 8


kegunaan pokok kelapa dalam latihan Excel
dengan betul.

4. Menulis karangan pendek yang berkaitan dengan


kegunaan pokok kelapa dengan isi yang tepat.

7. Persediaan TMK 1. Menempah bilik komputer dan projektor LCD.


2. Memastikan sistem rangkaian dan internet
berfungsi.
3. Menyediakan lyric lagu ‘Pokok Kelapa’ dalam MS
PowerPoint.
4. Menyediakan alamat laman web untuk diakses.
5. Menyediakan slaid kegunaan pokok kelapa dalam
MS Powerpoint.
6. Menyediakan soalan latihan dalam MS Excel.
7. Menyediakan nota dan latihan dalam MS Publisher.

8. Penerapan TMK 1. Melayari internet untuk mencari maklumat tentang


kegunaan pokok kelapa.
2. Mempelajari kegunaan pokok kelapa dari tayangan

5
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

MS PowerPoint.
3. Menjawab soalan latihan dalam MS Excel.

9. Persediaan Guru 1. Buku Teks Bahasa Cina Tahun 3


Bukan TMK 2. Buku Latihan Bahasa Cina Tahun 3
3. Buku Panduan Bahasa Cina Tahun 3
4. Kamus Bahasa Cina
5. Brosur

10. Aktiviti Pelajaran 1. Set Induksi: (5 minit)


Menayangkan lyric lagu ‘Pokok Kelapa’ dengan
menggunakan MS PowerPoint dan membimbing
pelajar menyanyikan lagu ini bersama.

2. Pencetusan idea: (15 minit)


Melayari internet dengan menggunakan alamat laman
web yang telah dibekalkan untuk mencari maklumat
tentang kegunaan pokok kelapa secara berkumpulan.
Membentangkan hasil daripada pengaksesan
maklumat dari internet. (mod penerokaan)

3 Penstrukturan semula idea. (15 minit)


Mempelajari kegunaan pokok kelapa melalui
Persembahan MS PowerPoint. (mod tutorial)

4. Aplikasi idea & penilaian: (20 minit)


Mengedarkan brosur untuk dibaca sebagai nota
tambahan. Menyiapkan latihan dalam MS Excel
secara berpasangan. (mod aplikasi dan komunikasi)

5. Penutup: (5 minit)
Memilih pelajar secara rawak untuk menyebutkan
kegunaan pokok kelapa. Meminta pelajar menyiapkan
karangan bertajuk ‘kegunaan pokok kelapa’ sebagai
kerja rumah.

11. Aktiviti Guru 1 Menayangkan lyric lagu ’pokok kelapa’ dan


membimbing pelajar untuk menyanyi bersama.

2 Bersoal jawab dengan pelajar tentang kegunaan


pokok kelapa.

6
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

3 Membahagikan pelajar ke dalam 5 kumpulan dan


membimbing mereka mengakses maklumat tentang
pokok kelapa berdasarkan laman web yang
disediakan.

4 Meminta pelajar membentangkan tentang maklumat


yang dicari dari internet.

5 Menayangkan slaid tentang kegunaan pokok kelapa


dengan menggunakan MS PowerPoint dan
menjelaskannya.

6 Mengedarkan brosur kepada pelajar untuk dibaca


sebagai nota tambahan.

7 Meminta pelajar menyiapkan latihan dalam MS Excel


secara berpasangan.

8 Meminta pelajar menyebut semula tentang kegunaan


pokok kelapa.

9 Mengingati pelajar supaya menyiapkan karangan


sebagai kerja rumah.

12. Aktiviti Pelajar 1. Menyanyikan lagu ‘pokok kelapa’ dengan


pergerakan yang pernah dipelajari.

2. Memberi maklum balas mengenai kegunaan pokok


kelapa.

3. Mengakses maklumat mengenai pokok kelapa


secara berkumpulan dengan melayari internet di
bawah bimbingan guru.

4. Membentangkan hasil dari pengaksesan maklumat


melalui internet.

5. Menumpukan perhatian kepada tayangan hasil dari


MS PowerPoint dan penjelasan guru.

6. Membaca nota dalam brosur sebagai maklumat


tambahan.

7. Membuka komputer fail MS Excel untuk menyiapkan


latihan secara berpasangan.

7
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

8. Menyebutkan kegunaan pokok kelapa berdasarkan


maklumat yang dipelajari.

9. Menyiapkan karangan di rumah sebagai kerja


rumah.

13. Liputan Kandungan : Meliputi objektif dan hasil pembelajaran


Kurikulum mata pelajaran Bahasa Cina Tahun 3
dan kemahiran berfikir.

Pedagogi : Meliputi aplikasi kemahiran generik


bestari yang berurusan kemahiran,
kecekapan dan keterampilan serta
strategi konstruktivisme pengajaran dan
pembelajaran.

Penilaian : Penilaian formatif melalui soalan lisan


serta latihan dalam MS Excel dan brosur.

14. Literasi Istilah-istilah mengenai pokok kelapa seperti daun,


dahan, buah, minyak, isi, air, kegunaan, pokok kelapa

15. Penilaian Bahan:


a) Tayangan lyric lagu ‘pokok kelapa’ melalui MS
PowerPoint untuk menarik minat pelajar bagi
mempelajari topik P&P ini.

c) Pengaksesan maklumat dari internet mendorong


pelajar untuk meneroka maklumat secara sendiri.

d) Tayangan Ms PowerPoint mengenai kegunaan


pokok kelapa memberi maklumat tambahan untuk
mengukuhkan pengetahuan mereka terhadap
kegunaannya.

e) Pembacaan brosur sebagai maklumat tambahan.

f) Penyelesaian latihan dalam MS Excel tentang


kegunaan pokok kelapa.

8
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

Pengajaran dan pembelajaran

Penilaian dijalankan secara formatif berdasarkan


beberapa perkara seperti tang berikut:

a) Menjawab soalan lisan guru.

b) Menjawab soalan latihan dalam MS Excel dan


brosur.

Kesuaian TMK mengikut kriteria CIPS:

a) Pelajar boleh melayari Internet untuk


mengakseskan maklumat yang berkaitan
b) Pelajar dapat menyebutkan kegunaan pokok kelapa
berdasarkan maklumat daripada Internet.
c) Pelajar dapat menjawab soalan dalam MS Excel.

Refleksi 1. Adakah aktiviti set induksi dapat menarik minat


belajar murid-murid dalam P&P ini? Jika ya / tidak,
sila berikan ulasan.

...................................................................................

2. Adakah proses P&P dapat berjalan lancar dengan


bantuan TMK dan brosur? Jika ya / tidak, sila
berikan ulasan.

...................................................................................

3. Adakah pelajar berjaya mengakses maklumat dari


internet? Jika ya / tidak, sila berikan ulasan.

............................................. .....................................

4. Adakah pelajar dapat menyiapkan latihan dalam MS


Excel secara berpasangan? Jika ya / tidak, sila
berikan ulasan.

............................................. .....................................

5. Apakah strategi yang akan saya gunakan untuk


membaiki kelemahan dan masalah yang timbul
semasa pengajaran?

...................................................................................

9
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

16. Bahan Rujukan • Kamus Bahasa Cina


TMK dan Bukan • Huraian sukatan pelajaran Bahasa Cina Tahun 3
TMK • Buku karangan Bahasa Cina
• Buku Latihan Bahasa Cina Tahun 3
• Buku Panduan Guru Bahasa Cina Tahun 3
• Laman Web :

http://www.kwongwah.com.my/supplement/2007/12/11
/7.html
http://baike.baidu.com/view/265403.htm
http://www.lotour.com/snapshot/2007-5-
30/snapshot_66006.shtml
http://www.mifang.org/do/ca/p56.html
http://www.hudong.com/wiki/%E6%A4%B0%E5%AD
%90
http://www.zuowenke.com/xiaoxue/xieshi/20071025/20
2339.html

17. Laman Web http://www.kwongwah.com.my/supplement/2007/12/11


/7.html

http://baike.baidu.com/view/265403.htm

http://www.lotour.com/snapshot/2007-5-
30/snapshot_66006.shtml

http://www.mifang.org/do/ca/p56.html

http://www.hudong.com/wiki/%E6%A4%B0%E5%AD
%90

10
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

3.0 Bahan Bantu Mengajar dalam bentuk MS PowerPoint (Sila rujuk


Lampiran A-CD) (Soalan 2)

4.0 Brosur sebagai BBM (Sila rujuk Lampiran B) (Soalan 3)

5.0 5 URL yang berkaitan (Sila rujuk Lampiran C) (Soalan 4)

6.0 Manual Pengguna ( Sila rujuk Lampiran D) (Soalan 5)

7.0 Cetakan Latihan dalam MS Excel (Sila rujuk Lampiran E)

8.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, integrasi TMK dalam P&P merupakan perkara yang penting dan
memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara
pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain
melainkan menerima perubahan dan fenomena TMK serta guru-guru perlu cepat
menguasai ilmu dan ketrampilan TMK untuk diterapkan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam
membina polisi, pelan pembangunan TMK dan sokongan terhadap program
pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan
pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan
TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

11
Liew Chyn Jinn
801111-13-5646
Tugasan HBEF 2303

9.0 Rujukan

Means, B. et al. (1993). Using Technology to Support Education Reform.


Washington D.C.: U.S. Government Printing Office.

Clack, J., dan Sun, J. (1996). Technology Implementation in Warren County


Kentucky Public Schools: An Evaluation of Instructional and Administrative
System., unpublished.

http://ienakhalid.wetpaint.com/page/TMK+dalam+bilik+darjah?t=anon

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/lai.PDF

http://faridah-adi.blogs.smjk.edu.my/

http://pnnorin.tripod.com/tugasan_4.htm

12

You might also like