You are on page 1of 9

4 Bidang Pendidikan Seni Visual

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang
kegiatan iaitu:

1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang
kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik.
Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

1.Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid
terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang
menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini
ialah:
 Lukisan  Cetakan  Percikan  Poster

 Catan  Resis  Gurisan

 Kolaj  Gosokan  Capan

 Montaj  Stensilan  Mozek

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan
menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan
kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik
dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan
menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran
terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan
murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan
dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
2. Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan
corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga
dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

Corak tidak terancang :

 Pualaman  Ikatan dan celupan


 Tiupan  Renjisan dan percikan
 Titisan

Corak terancang :

 Lukisan  Cetakan  Lipatan dan guntingan  Kolaj


 Catan  Capan  Resis  Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan
seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan
rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak
terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil
kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
3. Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi
bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat
memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif
dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

 Arca timbul  Boneka  Origami


 Asemblaj  Topeng  Model
 Mobail  Stabail  Diorama

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan
kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti
mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.

4. Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran
kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di
sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

 Alat domestic  Tekat


 Alat permainan  Ukiran
 Alat pertahanan diri  Tenunan
 Perhiasan diri  Anyaman
 Batik  Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah
air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan,
motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran
yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang
kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita.
MENGGAMBAR
Antara teknik-teknik menggambar adalah

1. LUKISAN
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan
perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling
sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual
kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel
warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan
jalinan.

Teknik Lukisan:
 Coreng / conteng
 Garisan kontur
 Titik
 Pangkah silang
 Garisan selari.

2. CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan
melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran
pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.

Jenis Warna :
 Warna Poster
 Warna Air
 Cat Akrilik
 Cat Minyak
 Cat Tempera
 Cat Gouache
 Fresko - Kapur plaster

3. KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-
bahan di atas permukaan rata. Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari
bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai-bagai jenis kertas dan fabrik.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema,
alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.

 Teknik potong kertas dan fabrik


 Teknik koyak kertas dan fabrik
 Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan
 Teknik media campuran
 Teknik kertas tisu
 Teknik tisu dan kertas buangan
 Teknik catan dalam kolaj
 Teknik percikan dalam kolaj
 Teknik span dalam kolaj
 Teknik ÂskrapingÊ dalam kolaj
 Teknik stensil dalam kolaj
 Teknik jalinan dalam kolaj

4. CETAKAN
Cetakan adalah satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas
sesuatu permukaan lain. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan
menggunakan acuan plat. Ia juga merupakan satu proses menggambar atau mencorak yang
dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat.
Cetakan adalah salah satu kegiatan dalam bidang menggambar. Aktiviti cetakan yang dilakukan
dalam pembelajaran di kelas bergantung kepada tahap kecerdasan murid. Berbagai-bagai jenis
cetakan dengan menggunakan berbagai jenis peralatan dan bahan boleh dihasilkan. Berikut ialah
contohbeberapa peringkat cetakan dari mudah ke sukar yang boleh dijalankan di peringkat sekolah
rendah:
(i) Tahap Pengenalan
 Cetakan jari
 Cetakan tumbuh-tumbuhan
 Cetakan dari renyukan kertas
 Cetakan dakwat
 Cetakan span
 Cetakan krayon

(ii) Tahap Pertengahan


 . Cetakan tanah liat
 Cetakan plastisin
 Cetakan kentang
 Cetakan tali
 Cetakan blok getah
 Cetakan duo
 Cetakan stensil
 Cetakan mono

(iii) Tahap Lanjutan


 . Cetakan lino
 Cetakan skrin/stensil
 Cetakan blok kayu

5. RESIS
• Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna
lilin atau warna air atau cow gum.
• Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau
memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.
• Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap
manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air
maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan
• Peringkat sekolah rendah guna krayon.
• Proses batik - teknik resis

6. GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai
perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

Teknik gosokan:
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas

7. STENSILAN
• Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
• Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui
ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
• Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan

8. PERCIKAN
• Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik)
• percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas.
• Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna
kedua dipercikkan

9. GURISAN
• Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang
lembut dari sesuatu permukaan.
• Cara melakukannya
permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat
di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik
supaya gambar terhasil
• Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan

10. CAPAN
• Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan
• Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu
permukaan.
• Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang.
• jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.

11. MOZEK
• Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna,
plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun,
bersebelahan dan tidak bertindih.
• Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang
dihasilkan
• Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang
dihasilkan.

12. MONTAJ
• Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita.
• Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.

You might also like