You are on page 1of 19

Fakulti Sains Sosial Gunaan

ABSF2013

Usul Fiqh 1

Nama : Nur Azura @ Raihanah bt. Ibrahim

No Kad Pengenalan : 730322-11-5156

No. Telefon : 017-9358423

E-mail : azura_raihanah@oum.edu.my
Pusat Pembelajaran : Terengganu Learning Centre

Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan i

Pengenalan ii

Definisi Sunnah 1
2.0 Definisi Sunnah

Sunnah dari segi Bahasa Arab bermaksud tariqah atau sirah iaitu jalan. Dari segi
istilah para ulama’ hadith, apabila disebut perkataan sunnah, mereka maksudkan al-hadith.

Dari sisi ulama’ hadith bermaksud: apa yang disandarkan kepada rasulullah saw sama
ada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat tubuh, sifat akhlak, sama ada sebelum diutuskan
atau selepas diutuskan.(1)

Selain itu ulama’ usul telah mendefinisikan sunnah sebagai setiap perkara yang
berasal dari rasulullah selain dari al-Quran. Ianya berbentuk perkataan, perbuatan mahupun
pengakuan baginda yang boleh menjadi asas kepada penentuan hukum.(2)

Selain itu sunnah juga dari sudut bahasa diertikan sebagai cara, peraturan, tata-tata
kelakuan, cara hidup atau kebiasaan. Di sisi fuqaha’ pula ialah sesuatu yang bukan wajib
dalam ibadah. Manakala dari segi istilah ahli usul al-fiqh ialah setiap perkara yang terbit dari
rasulullah berupa dalil-dalil syari’yah yang bukan Al-Quran dan bukan mukjizat atau dalam
ungkapan yang lain sunnah diistilahkan sebagai perkataan, perbuatan dan pengakuan
rasulullah saw.

Sunnah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Antaranya ialah sunnah qauliyyah
iaitu sabda Rasulullah yang disampaikan dalam pelbagai tujuan dan kejadian. Contohnya
sunnah nabi yang bermaksud: ia suci airnya lagi halal bangkainya (riwayat Al-Khamsah).
Sunnah qauliyyah ini menjelaskan tentang kesucian air laut serta halalnya ikan-ikan yang
mati didalamnya walaupun tanpa disembelih.

Sunnah fi’liyyah pula ialah segala perbuatan yang berupa tindakan rasulullah saw
sebagai rasul. Misalnya perbuatan Rasulullah mengerjakan sola 5 waktu dengan
menyempurnkan cara-cara, syarat-syarat dan rukun-rukunnya, melakukan ibadah haji,
memutuskan sesuatu kes berdasarkan saksi dan pengakuan. Manakala sunnah tariqiyyah
pula ialah perkataan atau perbuatan sahabat yang telah dipersetujui oleh Rasulullah melalui
perkataannya atau dengan cara Rasulullah mendiamkan diri terhadap sesuatu tindakan atau
perbuatan sahabatnya. Contoh perbuatan Rasulullah yang mempersetujui tindakan
sahabatnya adalah ketika baginda mengutuskan Muaz b. Jabal ke Yaman. Beliau lalu ditanya
oleh baginda sekiranya umat Islam menghadapi masalah bagaimanakah cara
penyelesaiannya. Lantas Muaz memberitahu bahawa beliau akan merujuk kepada Al-Quran
dan Sunnah Rasulullah. Sekiranya tidak terdapat dalam kedua-duanya, beliau akan
membandingkan perkara berkenaan dengan apa yang telah ada hukumnya jika didapati
keduanya ada persamaan. Maka Rasulullah mengiakan pandangan Muaz itu.

2.1 Sunnah Menurut Salaf

Sunnah menurut salaf ialah jalan yang harus diikuti dalam menjalani hidup ini untuk
mendapatkan keberhasilan di dunia dan akhirat.

Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata : “ Saya tidak meninggalkan sedikitpun apa yang
Rasulullah kerjakan kecuali saya mengikutinya, sesungguhnya saya takut jika saya
meninggalkan perintahnya maka saya akan menyimpang dari jalan yang lurus.” Qotadah
pula berkata : “Demi Allah tidak ada seorangpun yang membenci sunnah NabiNYA kecuali
dia hancur, maka ikutilah sunnah dan tinggalkanlah bid’ah.”

2.2 Hakikat Sunnah

Nabi Muhammad saw adalah contoh dan ikutan sepanjang zaman. Kerana baginda
adalah manusia contoh dalam melaksanakan segala syariat yang dituntutkan oleh Allah.
Oleh kerana itu, selain al-Quran, sunnah rasul juga perlu diambil untuk kesempurnaan
penghayatan syariat Allah swt. Ulama’ berpendapat bahawa sunnah adalah pengambilan
hokum syara’ berasaskan dalil daripada Al-Quran, sunnah, ijma’ para sahabat dan juga logik
akal.

Kenapa sunnah perlu diikuti? Dalam Al-Quran Allah telah memfardhukan ke atas
orang-orang yang beriman supaya taat kepada nabi dan mengikut jejak langkahnya.
Selain itu dalam hadith rasulullah juga terdapat banyak pesanan supaya orang Islam
berpegang dengan sunnah. Antaranya sabda rasulullah yang bermaksud : aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan
sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.

Ijma’ sahabat pula bersepakat, baik semasa hidup atau selepas wafatnya Rasulullah
tentang kewajipan mengikut sunnah. Sepanjang hayat Rasulullah, mereka berpegang kepada
hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah dan sentiasa mematuhi segala perintah dan
larangannya.

Manakala logik akal pula menyatakan bahawa Allah swt menyuruh Rasulullah
menyampaikan risalahnya kepada umat manusia. Risalah dari Allah itu terkandung dalam
Al-Quran. Ia adalah satu bebanan dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh manusia.
Bebanan dan tanggungjawab itu berbentuk umum dan tidak terperinci. Kerana itu sunnah
sangat diperlukan untuk menghuraikan cara dengan jelas dan terperinci agar dapat
melaksanakan kehendak Al-Quran. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 44

        


    

44. Keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. dan kami turunkan kepadamu Al


Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang Telah diturunkan kepada
mereka[829] dan supaya mereka memikirkan, Yakni: perintah-perintah, larangan-
larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Quran.

2.3 Pembahagian Hadith

3.0 Peranan Sunnah Menerangkan Al-Quran

As-Sunnah yang di bawa oleh Rasulullah mempunyai peranannya yang tersendiri.


Ianya membantu memudahkan manusia memahami kandungan Al-Quran serta
mempraktikkan suruhan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Antara lain peranan sunnah
adalah seperti berikut:-

3.1 Menguatkan Hukum yang ada Dalam Al-Quran

Sunnah memperakui lagi menguatkan kewujudan sesetengah hukum yang terdapat dalam Al-
Quran. Sebagai contoh kewajipan menunaikan solat dalam firman Allah : Tunaikanlah solat
dan dikeluarkanlah zakat. Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Islam didirikan atas lima rukun, syahadah, solat, zakat, puasa dan haji”. Hadith ini
berfungsi untuk menguatkan nas Al-Quran yang lain.

Selain itu Sunnah berfungsi menguatkan hukum sesuatu peristiwa. Dalam masalah
pengharaman menyekutukan Allah, menyakiti hati kedua ibu bapa dan bersaksi palsu, di
mana semua hokum perkara ini telah ditentukan oleh Allah swt dalam Al-Quran. Kemudian
larangan-larangan itu telah dikuatkan lagi oleh sebesar-besar doa dalam sabdanya yang
bermaksud: “Perhatikanlah!! Saya akan menerangkan kepada kamu sebesar-besar doa
“diucapkan tiga kali’ baiklah ya Rasulullah ;sahut kami semua. “menyekutukan Allah,
menderhaka kedua ibu bapa dan persaksian palsu. Rasulullah mengulanginya sampai kami
meminta semoga beliau diam” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3.2 Menjelaskan Hukum al-Quran yang Mujmal\

Selain itu, sunnah juga menerangkan ayat-ayat yang berbentuk umum dan ringkas di mana
ianya memerlukan keterangan dari sunnah. Sebagai contoh ayat Al-Quran memerintahkan
supaya menunaikan solat, menunaikan haji dan zakat. Namun tidak dijelaskan bagaimanakan
cara untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian ianya memerlukan penerangan dari
sunnah. Oleh yang demikian, cara untuk melaksanakannya telah diterangkan oleh Rasulullah
melalui hadithnya yang bermaksud: “Dirikanlah solat seperti mana kamu melihat aku
menunaikannya..”.

3.3 Mentaksiskan Nas yang Umum


Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang diturunkan dengan lafaz yang umum.
Sebagai contoh firman Allah swt yang bermaksud : “Allah perintahkan kamu mengenai
pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki
menyamai dua bahagian anak perempuan” (surah an-Nisa’ ayat 11).

Ayat di atas adalah bersifat umum. Ia juga berkemungkinan ayat ini ditujukan kepada Rasul
dan anak-anak baginda sahaja. Oleh yang demikian telah datang sunnah bagi menerangkan
lafaz yang umum ini. Sabda nabi; “Kami para nabi tidak dipusakai…” Oleh yang demikian
hadith ini telah mengkhususkan ayat 11 dari surah An-Nisa’ tersebut.

Demikian juga Rasulullah telah mengkhususkan bahawa tidak layak bagi pembunuh
mendapat apa-apa dari harta pusaka orang yang dibunuhnya.

3.4 Mentaqyidkan Hukum yang Mutlak

Di dalam Al-Quran juga terdapat ayat-ayat yang mutlak iaitu ayat yang tidak terbatas
sifatnya. Contoh yang dapat dilihat adalah melalui ayat 38 surah Al-Maaidah;

       


      

38. Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya
(sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan
Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dalam al-Quran, ayat di atas adalah bersifat mutlak kerana tidak dibatasi had yang perlu
dipotong, sama ada hingga ke lengan, siku atau adakah layak jika barang yang dicuri itu
sedikit? Maka tentang had dalam isu potong tangan ini, sunnah telah membatasinya
berdasarkan sunnah Rasulullah dengan mengisyaratkan pergelangan tangan. Begitu juga
dengan kadar barang yang dicuri juga telah dibatasi berdasarkan sabda Rasulullah saw:
“Jangan memotong tangan pencuri melainkan ia mencuri sesuatu yang bernilai ¼ dinar atau
lebih”.
3.5 Menerangkan Pemansuhan Ayat-ayat Al-Quran

Seterusnya, Sunnah juga berperanan dalam menerangkan pemansuhan hukum yang telah
berlaku sesama ayat-ayat Al-Quran itu sendiri. Dengan kata lain, Sunnah Mutawatirah
berperanan memansukhkan sesetengah hukum dalam ayat Al-Quran.

Dalam kes perwarisan harta pusaka, hukum dalam ayat 180 surah Al-Baqarah telah
dimansukhkan oleh ayat 11 dan 12 dari surah An-Nisa’.Manakala sunnah Mutawatirah juga
telah memansukhkan hokum dalam Al-Quran untuk ahli waris. Sabda Rasulullah saw :

‫ ال وصيت للوارث‬yang bererti“Tiada wasiat untuk ahli waris”.

3.6 Menyatakan Hukum yang Baru

Manakala peranan terakhir Sunnah adalah menerangkan hukum baru yang tidak wujud dalam
Al-Quran. Penjelasan hukum yang baru ini dapat dilihat melalui sabda nabi yang telah
mengharamkan pemakaian sutera dan emas bagi lelaki.

Secara keseluruhannya, adalah jelas dan sangat nyata sunnah memainkan peranan yang
sangat besar dan diperlukan dalam menerangkan ayat-ayat Al-Quran. Terdapat 6 peranan
yang dapat dimainkan oleh Sunnah. Semua yang telah Allah jadikan ini mempunyai hikmah
yang sangat besar bagi mereka yang berfikir.

4.0 Golongan Anti Hadis

Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah
Nabi Muhammad saw sebagai sumber kedua syariat Islam selepas Al-Quran. Ayub al-
Sakthiyani pernah berkata: “Apabila engkau mengajarkan hadis kepada seseorang, kemudian
ia berkata: Tak perlu pakai hadis, ajarkan kami Al-Quran sahaja”, maka ketahuilah bahawa
orang itu sesat dan menyesatkan.”

Daripada kisah di atas jelas kepada kita bahawa bibit-bibit anti hadis telah mula wujud
sejak zaman sahabat lagi. Cuma ianya tidaklah serius dan masih berbentuk pandangan
individu, tidak secara kelompok, jemaah atau gerakan. Ianya berlaku disebabkan salah faham
terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun ianya cepat diperbetulkan.

Sejak masa tersebut, pandangan mahukan Al-Quran sahaja tanpa hadis telah lenyap.
Ianya tidak kedengaran lagi kerana umat Islam telah sepakat menerima Hadis sebagai sumber
kedua hukum di dalam Islam tanpa ragu-ragu.

4.2 Ciri-ciri Kesalahan

Antara cirri-ciri kesalahan yang dilakukan oleh golongan anti hadis ini boleh dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu

I penyelewengan dari sudut akidah

Ii penyelewengan dari sudut sya’riyah

Iii percanggahan dari sudut akhlak

Penyelewengan dari sudut akidah antara lain adalah menolak hadith secara total sebagai
sumber akidah dan perundangan Islam. Antara bahan-bahan penulisan adalah buku ‘Hadith
Satu Penilaian Semula’ tulisan Kassim Ahmad.

Kassim Ahmad menyatakan bahawa : “Hadith atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang
muncul antara 200-250 tahun kemudian dan dikaitkan dengan Nabi Muhammad.”(hal18)

: “Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun ialah
hadith/sunnah.”(hal.20)

: “kebanyakan hadith merupakan ‘omong kosong’ yang menyesatkan manusia dari jalan
Tuhan tanpa pengetahuan.”(hal 91)
Seterusnya menolak dua kalimah syahadah. Golongan ini berfahaman bahawa dua
kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat Islam adalah dilarang oleh Al-Quran kerana
syahadah yang diwajibkan adalah ‫ ال اله اال هللا‬.

Buku ‘Hadith Jawapan Kepada Pengkritik’tulisan Kassim Ahmad menyatakan bahawa

: “Al-Quran mengajar syahadah kepada tiga buah ayat iaitu ayat18 surah 3 menyatakan
bahawa Tuhan, para malaikat dan orang-orang berilmu bersaksi bahawa “Tiada Tuhan
melainkan Allah”. Manakala surah 47 ayat 19 pula menyatakan “Ketahuilah bahawa tiada
Tuhan melainkankan Allah”.

Dalam Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Julai 1995, Othman Ali telah mengeluarkan
kenyataan bahawa

: Selain itu tambahnya, Al-Quran turut menyebut bahawa syahadah itu tiada Tuhan
melainkan Allah sedangkan ulama’ mengajarkan kepada kita bahawa syahadah itu
termasuklah juga bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Bukan sahaja syahadah
kita salah malah ia juga mengakibatkan sembahyang kita salah kerana menyebut nama Nabi
semasa tahiyyat awal dan akhir.

Seterusnya golongan ini juga menolak Qhado’ dan Qadar. Mereka menolak
kepercayaan bahawa qhado’ dan qadar yang merupakan salah satu tonggak keimanan yang
wajib dipegang oleh setiap umat Islam. Antara lain mereka mengatakan bahawa

: “Kepercayaan kepada takdir yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam hari ini
dimasukkan ke dalam Rukun Iman dan berasal daripada hadith. Kepercayaan ini tidak ada,
malah dibantah dalam Al-Quran. “Tidakkah fahaman ini melumpuhkan daya kreatif umat
Islam dan menjadi punca utama kejatuhan mereka?”

Petikan di atas adalah daripada risalah Iqra’Jilid 3/Bilangan 1, Sya’ban 1415H/Januari


1995M, hal 2.

: Manakala petikan daripada buku ‘Hadith Jawapan Kepada Pengkritik’karangan Kassim


Ahmad hal 90 menyatakan
: “Faham qhado’ dan qadar ini sebahagian penting dalam teologi kaum Asy’ariyyah, berasal
dari ajaran kaum stoik dan dimasukkan ke dalam hadith, kerana ia tidak terdapat dalam Al-
Quran”.

: “Al-Quran itu sebenarnya saintifik dan rasional. Contohnya kepercayaan kepada takdir
baik dan jahat itu daripada Tuhan yang dirumuskan dalam hadith itu, bercanggah dengan
ajaran Al-Quran dan ditolak oleh Al-Quran yang menggesa manusia supaya kuat bekerja ke
jalan kebaikan. Pegangan kepada hadith ini merupakan suatu punca besar kejatuhan umat
Islam”.

Selain itu golongan ini juga memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran. Golongan
ini telah menterjemah dan mentafsirkan ayat-ayat ini mengikut selera sendiri tanpa
menghitungkan disiplin ilmu Islam yang sebenarnya.

: Ayat Al-Quran 114, surah Hud antara lain diselewengkan dengan maksud bahawa
sembahyang hanya tiga kali sehari iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak..

Othman memberi contoh surah 11:114 yang berbunyi: “dan lakukanlah solat pada dua tepi
siang dan awal malam”iaitu ayat ini bermakna sembahyang hanya tiga kali sahaja. (Petikan
daripada Akhbar Utusan Malaysia, 14 Julai 1995, kenyataan oleh Othman Ali).

Selain itu golongan ini juga telah mempertikaikan kesahihan ayat-ayat Al-Quran.
Pengertian ayat-ayat Al-Quran ini juga telah didapati dipesongkan dan dipertikaikan. Ini
dapat dilihat menerusi ayat 128 dan 129, surah At-Taubah.

Mereka juga mendakwa bahawa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M. Kenyataan
ini diberikan berdasarkan kod 19 yang terkandung dalam buku ‘Hadith Jawapan Kepada
Pengkritik’ hal 59 tulisan Kassim Ahmad.

Mereka juga menolak berlakunya siksaan kubur selepas mati kerana tidak disebut di
dalam Al-Quran dan hadith-hadith mengenainya adalah palsu belaka.

Golongan anti hadis juga telah menafikan kedudukan Nabi Adam sebagai manusia
pertama ciptaan Allah. Katanya “Nabi Adam bukanlah manusia pertama secara mutlak yang
dicipta Allah tetapi ia lebih merujuk kepada tiga konsep iaitu Adam melambangkan manusia,
kedua ia mewakili masyarakat awal tamadun manusia dan ketiga mewakili rasul-rasul
pertama dalam masyarakat mereka.

Menolak kema’suman para Nabi juga adalah satu isu yang menjadi pengangan kukuh
golongan ini. Fahaman ini dicetuskan oleh Dr. Rasyad Khalifa. Idea songsang ini
diperkukuhkan lagi oleh Kassim Ahmad dalam bukunya ‘Hadith Jawapan Kepada
Pengkritik’.

Seterusnya, penyelewengan dari sudut syariyah pula, antara lain adalah menolak
persyariatan solat. Dalam beberapa penulisan mereka, kumpulan ini mendakwa bahawa
melaksanakan syariat Islam cukup dengan Al-Quran sahaja. Contohnya dalam kaifiat
melaksanakan ibadah solat. Katanya “Umat Islam tidak perlu merujuk kepada amalan
Rasulullah kerana amalan sembahyang telah pun ada sejak zaman Nabi Ibrahim lagi. Oleh
yang demikian kita boleh melakukan sembahyang dengan cara meniru cara datuk nenek kiga
melakukannya mengikut cara asal Nabi Ibrahim, Kenyataan ini disebabkan Al-Quran tidak
menyebutkan perincian, maka cara melakukannya bolehlah dengan akal dan perindingan.”
(Fakta ini adalah daripada buku “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik” tulisan Kassim
Ahmad)

Mereka juga telah menolak ketetapan hokum fiqh Islam tentang aurat wanita. Mereka
menolak ketetapan yang telah disyariatkan oleh Islam bahawa wanita wajib memelihara
auratnya dan diikuti oleh setiap umat Islam. Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia 14
Ogos 1995, kenyataan oleh Kassim Ahmad:

“...wanita muslim boleh memakai apa sahaja pakaian walaupun mendedahkan anggota-
anggota berkenaan dengan syarat ia hendaklah bersopan dan tidak menyalahi adat serta
budaya masyarakat setempat. Aurat adalah menutup bahagian sulit yang apabila kita
dedahkan menjadi sumbang kepada masyarakat. Tanda tentang aurat adalah wudhu. Semasa
wudhu, allah menyuruh kita membasuh muka, tangan dan menyapu kepala. Maknanya
kepala tidak boleh ditutup, kerana kepala ditutup, tentu tuhan tidak menyuruh kita
menyapunya”.
Percanggahan dari sudut akhlak pula antara lain adalah menghina peribadi dan
keduduka Rasulullah. Antara contoh penghinaan tersebut yang dimuatkan dalam penulisan
mereka ialah:

: petikan surat Abdul Manan Harun kepada Datuk Abu Hassan Din, 5 Ogos 1989:

“Cuba saudara beri maksud, apabila saudara membaca semasa bertaiyyat, betulkah Allah
memerintahkan kita mengucapkan salam kepada Nabi semasa Allah memerintah kita bersolat
dengannya? Agak-agak saudara apabila member salam kepada Nabi Muhammad semasa kita
bersolat dengan Allah, Nabi boleh membalas balik salam kita atau tidak?”.

Seterusnya mereka juga telah memfitnah dan mencerca ulama’.

: Petikan dari buku ‘Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu : Hadith di dalam Al-
Quran’, Idris Abdul Rahman hal 147

“Seperti Samri yang telah menggunakan ‘berhala anak lembu’ yang telah dibentuk atas
arahannya untuk menyesatkan dan menindas umat Nabi Musa, begitu juga ulama’ hadith
yang lampau ini telah menyesatkan dan menindas umat Muhammad dengan menggunakan
hadith Nabi rekaan mereka. Melalui ajaran mereka, orang-orang Islam telah menjadi orang
musyrik penyembahan berhala atau penyembahan ulama’ yang telah membentuk hokum-
hakam rekaan mereka melalui apa yang mereka katakana hadith Nabi. Bukankah berhala
anak lembu telah menyesatkan umat Nabi Musa bahkan Samri dan bukanlah hadith Nabi
yang telah menyesatkan umat Nabi Muhammad bahkan ulama’ hadith yang lampau ini.”

4.3 Keautoritian Sunnah Menolak Pandangan Anti Hadith

4.3.1 Hujjah Pertama

Al-Quran adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk
kepada hadis-hadis nabi saw? Bukankah Allah telah berfirman:

*Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini : Surah Al-An’aam ayat
38.

*Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah kitab (Al-Quran) yang
kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi
segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang mahu
beriman ; surah Al-‘Araf ayat 52.

Jawapan

Sesungguhnya Allah swt telah menurunkan Al-Quran yang lengkap isi kandungannya
adalah merujuk kepada peranan Al-Quran sebagai kitab induk yang telah mengusulkan
pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah
dalam kehidupan harian mereka sehingga ke hari akhirat. Al-Quran adalah sempurna dalam
meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah swt dan kaedah-kaedah menjanakan syariatnya.
Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab Al-Quran tidak meninggalkan atau lengah
dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip.

Dalam melengkapkan dan keterperincian inilah Al-Quran meletakkan dasar serta


prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah wajib dijadikansalah satu dari sumber
syariat yang ditaati, Apabila hadis dan sunnah disisihkan, bererti menyisihkan sebagagian
dari dasar dan prinsip penting yang digariskan Al-Quran dan apabila hadis dan sunnah
ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran Al-Quran itu sendiri.

4.3.2 Hujjah Kedua

Mendedahkan ragam dan bentuk kesilapan para sarjana Orientalis dalam kajian mereka
terhadap hadis-hadis Rasulullah saw.

Para Orientalis yang mengkaji ilmu-ilmu yang berkaitan sangat berminat apabila ianya
berkaitan dengan hadis-hadis Rasulullah. Minat mereka dalam bidang ini melebihi jurusan
pengkajian Al-Quran, syariat, sejarah dan sebagainya. Umumnya hasil kajian mereka
menyimpulkan bahawa tiada hadis yang sahih daripada Rasulullah. Hadis-hadis sebenarnya
adalah rekaan umat Islam dalam kurun kedua dan ketiga hijrah yang mereka sandarkan
kepada sebutan dan perbuatan Rasulullah. Pengkajian dan penyemakan isnad pula hanya
dapat menepis hadis secara longgar, jauh sekali dari ketepatan yang telah mereka katakana.
Kadang kala isnad tersebut dicipta sendiri oleh ahli hadis untuk kepentingan diri mereka. Hal
ini adalah bersangkutan dengan peringatan Allah berkaitan hubungan dengan orang bukan
Islam khususnya Yahudi dan Nasrani, antaranya:
*Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu
menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang
mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada antara kamu dan mereka,
sedang mereka telah kufur terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu : surah Al-
Mumtahanah ayat 1.

Seterusnya Allah memberi peringatan bahawa orang-orang bukan Islam khususnya Yahudi
dan Nasrani tidak akan sekali-kali berpuas hati dengan umat Islam dan agama Islam kecuali
apabila mereka berjaya menarik umat Islam kepada kekafiran atau kea rah agama mereka
sendiri.

Jawapan

Sesungguhnya kita tidak menolak pengkajian, penyelidikan dan hujjah-hujjah ilmiah sarjana
orientalis dan mengalu-alukan sikap rajin dan kerja keras serta minat mereka terhadap agama
Islam. Malah tidak dinafikan bahawa kita sendiri ada kalanya mempelajari beberapa perkara
baru hasil dari penemuan mereka. Apa yang menjadi tegahan adalah sikap sesetangah kita
yang secara gelojoh menerima 100% hujjah sarjana orientalis dan menolak sepenuhnya
hujjah sarjana Islam tanpa sebarang kajian ilmiah mahupun perbandingan lanjut. Inilah sikap
negative yang perlu diperbetulkan tanpa sebarang kelengahan.

Seterusnya ayat-ayat di atas tidaklah bermakna bahawa agama Islam melarang umatnya dari
berurusan dan berinteraksi dengan orang-orang bukan Islam. Kita sebenarnya dilarang
berurusan dalam perkara yang bersangkutan dengan agama, pengecualian ini terkandung
dalam salah satu ayat dinukilkan. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 140 :

           
          
         
  

140. Dan sungguh Allah Telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran
bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh
orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka
memasuki pembicaraan yang lain. Karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian),
tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua
orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam,

Pengecualian dalam ayat di atas: …sehingga merka masuk kepada


memeperkatakan aoal yang lain… Ayat di atas jelas melarang uamt Islam daripada duduk
sama, yakni mengikuti dan bersubahat dengan orang-orang bukan Islam jika mereka
mempermainkan kitab Al-Quran – umumnya termasuk mempersendakan agama Islam.

4.3.3 Hujjah Ketiga

Tugas Rasulullah saw hanyalah sebagai seorang posmen yang membawa surat daripada
seorang pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya. Demikianlah juga dengan
Rasulullah, baginda hanya ditugaskan membawa Al-Quran daripada Allah swt untuk
diserahkan kepada manusia. Ini berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Al-Maaidah
ayat 9:

         


 

9. Allah Telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal saleh,
(bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Jawapan

Allah swt tidak akan memberatkan sesuatu perkara ke atas umatnya. Ayat-ayat yang
tersebut di atas dan juga beberapa ayat yang lain sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah
saw tidak dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap orang menerima dakwah dan
risalah Islam. Ini kerana hidayah bukan tugas seorang Nabi, tetapi adalah anugerah Allah
kepada hambaNya yang terpilih. Dalam erti kata yang lain, sama ada seseorang itu menerima
atau menolak Islam, bukanlah urusan Nabi Muhammad saw. Keterangan ini adalah
berdasarkan kepada beberapa firman Allah swt. Antaranya ialah dari surah Yunus ayat 108:

          
           
  

108. Katakanlah: "Hai manusia, Sesungguhnya teIah datang kepadamu kebenaran (Al
Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk Maka Sesungguhnya
(petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. dan barangsiapa yang sesat, Maka
Sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. dan Aku bukanlah seorang
Penjaga terhadap dirimu".

Manakala surah Al-Qasas ayat 56 menyatakan:

            
 

56. Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu
kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.

Terdapat beberapa tugas dan tanggungjawab Rasulullah saw, antara lainnya ialah

mengajarkan manusia untuk mentauhidkan Allah, membawa Al-Quran untuk manusia,


membacakan Al-Quran untuk manusia, membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran,
mengajar dan menerangkan al-Quran, menerang dan menghuraikan serta memperincikan al-
Quran, mengajar Al-Hikmah iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak
terkandung dalam Al-Quran, mengajarkan perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak
diketahui, merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam dan menggubal
hukum. Kesemua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah telah dilaksanakan
oleh baginda Rasulullah dengan baik dan sempurna.

Secara keseluruhannya tugas Rasulullah bukanlah hanya seorang posmen yang


membawa pesanan daripada pengirim kepada penerima. Tetapi ianya adalah satu tugas yang
murni kerana pengakhiran kepada semua tugas dan tanggungjawab dan pelaksanaanya
membawa kepada kehidupan yang abadi di akhirat kelak.

5 Rumusan

Secara keseluruhannya, sunnah adalah sumber perundangan Islam yang kedua


pentingnya selepas Al-Quran. Kepentinganya tidak dapat diragukan kerana tanpa sunnah
akan pincanglah kehidupan manusia. Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana mengutuskan
Rasulullah dari kalangan manusia yang dapat menerangkan, menjelaskan kandungan Al-
Quran bagi manusia meneruskan kelangsungan hidup dunia sebagai satu medan untuk
menuju akhirat yang kekal.

Kerana itu, sunnah berperanan dalam menguatkan hukum yang terdapat di dalam Al-
Quran. Selain itu ianya menjelaskan hukum yang umum juga mengkhususkan yang am. Ia
juga mentaqyidkan hukum yang mutlak, menerangkan pemansuhan ayat-ayat Al-Quran serta
menyatakan hukum.

Manakala golongan anti hadis pula adalah sekumpulan manusia yang meragui akan
kepentingan sunnah dalam kehidupan manusia. Gerakan ini yang dipelopori oleh Kassim
Ahmad kerana terpengaruh dengan doktrin Dr. Rasyad Khalifa yang boleh diibaratkan
sebagai virus. Doktrin yang berdasarkan kepada hujjah akal semata-mata sama dengan apa
yang dibawa oleh golongan pembawa ajaran sesat. Walaupun ancaman ini menular dalam
masyarakat kita, ianya haruslah dibendung agar dapat menjaga kesucian akidah umat Islam.

Allah swt menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai petunjuk jalan yang benar.
Tanpa bantuan sunnah dan menggunakan akal semata-mata sudah pasti manusia tidak akan
dapat menjalani kehidupan yang sempurna serta berada di atas landasan yang sebenar.

Sesungguhnya, perutusan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah adalah satu rahmat


yang besar kepada seluruh alam. Baginda meunjukkan dan mempraktikkan cara hidup
sebenar umat Islam. Tanpa kehadiran Rasulullah sudah pasti umat manusia tidak akan
mempunyai panduan yang jelas serta tidak pula menjadikan baginda ikutan yang sempurna.
Apa yang penting sekarang jalan untuk mendapat keredhaan Allah terbentang di hadapan.
Al-Quran dan Sunnah adalah ikutan dan panduan hidup manusia untuk menuju kebahagiaan
hidup dunia dan akhirat.

You might also like