You are on page 1of 51

Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Media massa dan serangan pemikiran


Abdul Razak Abd Muthalib (Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Univers
iti Islam Antarabangsa) abdulrazak_rk@yahoo.com & Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof (Sar
jana Muda Ekonomi dan Pengurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa) ezryfahmy
@yahoo.com
ABSTRAK
Media massa merupakan bukti kemajuan peradaban yang dianggap memainkan peranan y
ang penting dalam kehidupan seharian. Selaku medium penting dalam arus pembangun
an kini, media sewajarnya digunakan sebagai pencerahan untuk menggilap pemikiran
umat Islam. Walaupun diselangi dengan maklumat dan program yang bermanfaat sepe
rti program-program agama, pendidikan, dan pengetahuan, tetapi peratusan program
-program sebegini adalah sangat kecil berbanding program-program hiburan yang be
rlawanan dengan norma-norma agama. Pola fikir umat Islam kini diserabutkan denga
n percampuran antara kebenaran dan kebatilan dalam maklumat dan program-program
yang dihidangkan oleh media massa, terutamanya perihal penularan prinsip Machiav
elli dan juga lambakan ideologi yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam
dalam media massa dilihat semakin membimbangkan. Kertas kerja ini bercadang untu
k melihat fenomena dan jenis-jenis serangan pemikiran melalui media massa dalam
aspek akidah dan syariat Islam khususnya di Malaysia serta mencadangkan solusiny
a dari perspektif Islam yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan fungsi media ma
ssa.
Kata Kunci: Media massa, Machiavelli, akidah dan syariat Islam,
1
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Pendahuluan Era ledakan maklumat atau zaman teknologi maklumat memberi ruang lua
s kepada media massa untuk mencorak tradisi intelektual dan pola fikir manusia.
Transformasi media massa yang semakin pesat berkembang dari semasa ke semasa men
cipta peluang kepada penduduk bumi untuk berinteraksi dengan pelbagai medium. Te
knologi hasil daripada inovasi manusia memungkinkan untuk sesuatu informasi itu
disebarkan dengan tuntas sehingga million gigabyte dapat merentasi dunia dalam m
asa sepantas nano saat. Islam selaku agama universal mengiktiraf pembangunan dun
iawi demi kebaikan manusia seluruhnya ternyata tidak membantah arus revolusi med
ia yang telah dan sedang berlaku. Malah Islam dipercayai telah menggunakan konse
p iqra’ sebagai media 900 tahun sebelum revolusi intelektual yang diperkenalkan ol
eh Johannes Gutenberg menerusi mesin pencetak mudah alihnya. Hal ini dapat dibuk
tikan melalui madrasah, majlis, perpustakaan, khanaqah dan lain-lain sebagai tum
puan dan pusat komunikasi dan perbincangan mendahului idea Eropah (Ahmad, 2005).
Konsep iqra’ ini dianggap media universal penting dalam membentuk budaya dan tama
dun Islam kerana paksinya yang berteraskan ilmu. Yusoff (1993) mengambil rumusan
Profesor Muhammad Siddiqi apabila beliau mengklasifikasikan perkembangan media
Islam yang melalui tiga fasa penting iaitu tahap penerbitan majalah atau risalah
, fasa pertumbuhan pesat dan menuju fasa peningkatan profesionalisme. Cuma sahaj
a kesilapan lampau umat Islam akibat penutupan pintu ijtihad pada abad ke10 mene
mpah kejatuhan tiga empayar besar Islam yakni Empayar Ottoman,Safavid Syiah dan
Moghul, walhal pada waktu kebekuan Islam itu Eropah berjaya membebaskan diri dar
ipada Zaman Gelap sehingga membawa kepada Zaman Kesedaran atau Pencahayaan. Just
eru, revolusi
2
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
yang berlaku dalam era teknologi maklumat masa kini mendesak umat Islam untuk ti
dak ketinggalan kerana zaman yang mencabar ini menuntut kebijaksanaan, kerasiona
lan, dan kepekaan umat Islam sejagat (Deraman, 2003). Kepentingan media tidak da
pat dinafikan sebagai medium penting dalam
mempromosikan era maklumat. Cialdini (2001) berhujah bahawa media massa dalam ke
hidupan masa kini diiktiraf sebagai pembawa maklumat, ia membawa pelbagai maklum
at sehingga mampu mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia sehinggakan se
suatu tingkah laku dirasakan bertepatan dengan norma masyarakat apabila majoriti
melakukan perkara yang sama. Pengesahan masyarakat terhadap tingkah laku dan pe
mikiran itu kadang-kala melibatkan perilaku yang tidak masuk akal tanpa dasar ya
ng logik. Philips (1989) dan Cialdini (2007) beranggapan gambaran maklumat yang
diberikan media mampu menghasut dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Malah med
ia massa khususnya penyaluran mesej melalui paparan berita dan program televisye
n banyak mempengaruhi kehidupan harian. Pendapat mengenai pengaruh dan penyalura
n mesej oleh media massa telah dicetuskan oleh Walter Lippmann. Menurut Lippmann
(1922) dalam bukunya “Public Opinion” menyatakan bahawa media berita adalah sumber
asas kepada gambaran dalam kepala kita mengenai dunia luar yang tidak dapat kita
capai, lihat dan fikir. Siti Suraini (2006) pula memetik pernyataan Liebes dan
Curan (1998) yang menyatakan bahawa media bukan sahaja dianggap sebagai satu rua
ng untuk mengedarkan maklumat agar individu lebih berinformasi tetapi juga diang
gap sebagai satu ruang budaya yang watak dan peristiwanya digarap sedemikian rup
a yang akhirnya akan mencorakkan identiti budaya sesebuah masyarakat. Siti Surai
ni (2006) juga menghuraikan pandangan Liabes dan Curan ini dengan menyatakan bah
awa kita akan terdedah kepada proses integrasi dan disintegrasi budaya luar yang
3
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
menyerap dan diterima dalam budaya kita di samping ia juga mendisintegrasikan bu
daya yang sedia ada melalui media. Hakikat ini boleh mengakibatkan budaya yang s
edia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya luar.
Kesan inilah yang paling kritikal jika tidak dikawal dengan sebaiknya. Di Ameri
ka Syarikat, televisyen dianggap punca nombor satu segala masalah sosial yang di
hadapi hari ini. Laporan yang dikeluarkan oleh The American Academy of Child and
Adolescent Psychiatry mengatakan punca keganasan kanak-kanak dan belia remaja a
dalah disebabkan oleh pengaruh televisyen. Golongan ini mempunyai kecenderungan
untuk menjadi kebal atau immune dengan ketakutan terhadap keganasan, mengambil k
eganasan secara beransur-ansur sebagai cara penyelesaian masalah, mengikut jejak
langkah keganasan yang dilihat melalui televisyen dan beridentitikan sesetengah
watak seperti mangsa atau pemangsa. Ada juga beberapa para ulamak Islam terdahu
lu yang mengharamkan sesetengah penggunaan medium dalam media massa, pengharaman
itu bukan berdasarkan teks nas yang jelas, tetapi atas sebab daya rosaknya terh
adap agama, moral, keamanan masyarakat. Selain itu, wujud juga pandangan lain ya
ng menganggap hukum sesuatu medium itu bergantung kepada perbuatan, bukan zatnya
. Di Malaysia khususnya, kajian yang dibuat oleh Nielson Media melaporkan bahawa
penggunaan media masih kuat dan menjadi pilihan utama dengan bukti kenaikan per
belanjaan di dalam pasaran pengiklanan. Penggunaan media utama seperti suratkhab
ar, television, dan radio di Malaysia ternyata stabil walaupun dalam era digital
masa kini banyak memperlihatkan inovasi gajet-gajet baru. Media massa di Malays
ia dimanfaatkan dengan baik, tetapi adakah manfaat itu digunakan sebagai pencera
han untuk menggilap pemikiran umat Islam? Atau wujud perancangan
4
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
secara berencana untuk memasung pemikiran umat Islam untuk terus merosot daripad
a berupaya untuk menilai dan membuat perhitungan tentang apa yang sedang berlaku
disekeliling? Nielson Media melalui penyelidikan yang melibatkan 52 negara term
asuk Malaysia melalui peratusan frekuansi mengakses permainan dan muat turun hib
uran melalui internet merumuskan bahawa rakyat Malaysia sebagai kecanduan hibura
n dan teknologi. Justeru tanpa adanya acuan yang benar dalam membentuk pola fiki
r Islamik, umat Islam dikhuatiri senang terpengaruh dengan media massa sehingga
disalah tanggapi sebagai pegangan hidup. Daripada pihak yang menyampaikan maklum
at sehinggalah pihak yang menerima maklumat, rantaian hubungan dalam dunia media
memerlukan disiplin yang jelas untuk mengelak pemikiran umat Islam menjadi jele
k akibat tidak mampu menapis maklumat yang diterima. Y. B. Dato’ Seri. Dr. Ahmad Z
ahid Hamidi (2009) juga percaya media di Malaysia adalah wahana yang sangat berg
una tetapi memerlukan pemurnian dan pengukuhan nilai. Dalam era globalisasi ini,
campuran antara kebenaran dan kebatilan dalam media berada disaat yang membimba
ngkan. Klasifikasi filem contohnya kepada U, 18SG, 18SX dan sebagainya hanya rel
even pada zaman sebelum munculnya internet. Jika parlimen sejak pada tahun 1973
lagi pernah mengusul supaya diharamkan filem-filem, siaran barangan bercetak, pe
rtunjukan pementasan dan iklan-iklan yang mengandungi unsur-unsur lucah, zaman k
ini dengan slogan ‘dunia tanpa sempadan’ dan era ledakan maklumat mendesak para peng
uasa bersikap lebih efektif dan teliti dalam menapis maklumat yang ingin disampa
ikan. Hal ini adalah kerana telah menular satu prinsip dalam media massa yang bo
leh digelarkan sebagai prinsip Machiavelli yang menjurus kepada lambakan ideolog
i yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam di dalam kaedah penyampaian me
dia massa. Karya Niccolo Machiavelli, The Prince , memberikan pemerhatian berke
naan pertalian antara manusia
5
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
dan kuasa yang dimilikinya. Tetapi nilai Machiavellian ini dikosmetikkan bagi me
njustifikasi konsep “matlamat menghalalkan cara” yang jelas bertentangan dengan ajar
an Islam. Berpaksikan nilai Machiavellian ini yang asalnya berkait rapat dengan
dunia politik, ianya kini menular pula dalam media massa. Produk keluaran media
massa cuba mendedahkan atau melakonkan realiti atas alasan sempadan dalam pendid
ikan moral, walhal nilai Machiavellian ini jelas bertentangan dengan kaedah di d
alam Islam, atau keadah Fekah yang digelar "sad al-zari ah" atau menutup pintu k
eburukan. Kegagalan mengenal pasti akar umbi dan benih-benih Machiavellism itu m
enjurus kepada pendedahan maklumat dan gambaran tanpa sempadan. Walaupun Zaharom
(2006) berpandangan bahawa kajian-kajian terkini yang melibatkan bahan-bahan bu
daya termasuk filem mendatangkan pendapat bahawa penonton mampu untuk menilai da
n membuat interpretasi sendiri berasaskan latar belakang penonton. Tetapi ajaran
Islam menolak prinsip Machiavellism yang ternyata mendatangkan keburukan terleb
ih dahulu sebelum sempat mencegah bermacam lambakan ideologi yang terdapat dalam
media massa kini melalui kaedah menutup pintu keburukan. Atas sebab itu kaedah
menutup pintu keburukan dalam Islam memberikan indikasi bukan sahaja pintu-pintu
dosa dan haram yang perlu ditutup, malah semua jalan-jalan yang berpotensi untu
k menghala dan mendorong kepadanya juga turut mengambil hukum haramnya. Tanpa di
siplin yang jelas, media massa akan hanya menyerap segala maklumat dan menyampai
kannya tanpa ada penapisan yang jelas berdasarkan ajaran Islam. Maka tidak musta
hil untuk sesuatu pemikiran itu terlepas masuk dan bersarang dalam hati umat Isl
am dan umat Islam membentuk generasi yang bersandar kepada pemikiran yang menula
r, bukannya atas
6
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
dasar ilmu. Ini jelas bertentangan dengan Islam yang mengajak manusia kepada ilm
u kerana dengan ilmu barulah manusia mampu bersatu kerana kejelasannya (mundhobi
th). Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi
amaran dalam firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini d
engan ayat yang bermaksud: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mer
eka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’, 4:
89). Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam daripada serangan pemikiran ini
apabila baginda melarang umatnya daripada meniru budaya orang kafir bagi menjag
a keperibadian dan karekteristik seseorang muslim. Hal ini dalam ilmu fekah dije
laskan dalam hal ehwal menyelisihi orang kafir merangkumi masalah pakaian, tingk
ah laku dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tida
klah ada sesuatu yang mendekatkan kalian ke syurga melainkan telah aku perintahk
an kepada kalian, dan tidaklah ada sesuatu yang mendekatkan kalian ke neraka mel
ainkan telah aku larang kalian darinya” (Silsilah al-Sahihah, jld. 6 ms.865). Dian
tara jenis-jenis serangan pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah pemikiran hed
onism, tahyul, khurafat, bidaah, kristianisasi, terrorism, seks dan sebagainya.
Kesemua serangan pemikiran ini berpunca untuk menjauhkan umat Islam daripada ket
erikatan dengan para ulamak. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila datang kepa
da mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarka
nnya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara merek
a, tentulah orang-orang yang ingin
7
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil A
mri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu m
engikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)” (Surah AnNisa’, 4:83).
Perkataan Ulil Amri dalam ayat di atas menurut para ahli tafsir adalah para ula
mak. Maka jelas bahawa keterikatan para ulamak dengan umat manusia telah digamba
rkan sejak awal lagi sehinggalah zaman ini apabila para ulamak tidak lagi menjad
i tempat rujukan utama. Kesannya, umat Islam lebih mempercayai pemikiran yang te
rsebar luas dan menjadikannya sebagai pegangan hidup sekaligus menjatuhkan insti
tusi ulamak. Justeru serangan pemikiran yang menerobos media massa dalam bentuk
moden ini perlu ditangkis dari semua aspek bermula dengan kesedaran yang bermatl
amatkan penambahbaikan moral masyarakat. I. Pemikiran budaya hedonisme Hedonisme
yang berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan (pleasure) iala
h suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hib
uran dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosophy, 2006;254-258). Menurut
kamus dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingka
n keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau p
un kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam ke
hidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Salah sat
u faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti me
dia massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan
yang sangat banyak kepada aspek hiburan.
8
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Kebarangkalian yang boleh difikirkan kenapa berita artis, rencana hiburan dan sk
andal seks diberikan ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar d
an menggunakan banyak ruang, tajuk-tajuknya yang besar, mungkin kerana ianya jen
is yang ”selamat”. Para menteri tidak menghalang, menyebabkan ianya terdedah kepada
ramai orang membaca atau menontonnya, maka bertambahlah pasaran dan para pengikl
an semestinya senang hati dengan situasi ini. Hiburan pada dasarnya bukanlah sua
tu yang salah atau dilarang oleh Islam, asalkan ianya dihidangkan dan dinikmati
berlandaskan lunas-lunas syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan
kepada hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan d
engan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar y
ang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas. Namun, fenomena yang terzahir pada
hari ini adalah sebaliknya. Program-program hiburan sama ada di televisyen atau
radio dilambakkan kepada masyarakat dengan begitu banyak mengatasi program-progr
am lain. Berita-berita hiburan juga memonopoli akhbar-akhbar dan tabloid-tabloid
. Kisah kehidupan, dalam dan luar negara, diberikan liputan yang berleluasa. Tid
ak cukup dengan program hiburan yang disiarkan di kaca televisyen, terdapat sese
tengah pengamal media dengan bersungguh-sungguh menghidangkan hiburan ini secara
langsung kepada masyarakat. Menjelajah dari satu negeri ke satu negeri yang lai
n sambil mengajak masyarakat untuk berhibur bersama artis-artis yang dibawa. Seb
agai contoh, umum telah mengetahui tentang kewujudan Karnival TV3 Jom Heboh! yan
g sudah mendapat tempat di hati masyarakat. Setiap kali karnival ini sampai di m
ana-mana negeri, konsert hiburan dari artisartis tempatan pasti dinanti. Memang
tidak adil untuk kita mengkategorikan karnival ini sebagai budaya hedonisme sepe
nuhnya, kerana sesetengah aktiviti yang diselitkan memang memberi
9
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
faedah kepada masyarakat seperti pameran yang melibatkan gerai-gerai dan jualan.
Namun, pengaruhnya ke arah penyuburan budaya tersebut tidak boleh dinafikan. Ha
l ini tampak jelas melalui tindakan Kerajaan Negeri Terangganu suatu ketika dahu
lu melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pembangunan Infrastruktur,
Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Wan Hashim Wan Salleh pada 26 Febuari 2005
. Sebagai mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, beliau menafikan sama sekali tela
h memberi kebenaran kepada stesen televisyen swasta, TV3 bagi menganjurkan progr
am berbentuk hiburan, Karnival TV3 Sure Heboh – nama yang digunakan ketika itu- di
negeri tersebut. Kerajaan negeri katanya tidak pernah dan tidak akan membenarka
n karnival berkenaan atau yang seumpamanya dibuat di negeri itu kerana ia mengan
dungi beberapa aktiviti seperti konsert oleh artis tempatan yang tidak menepati
ciri-ciri Islam Hadhari. Sebaliknya, tambah beliau, kerajaan negeri telah membua
t kerjasama dengan stesen televisyen itu bagi menganjurkan satu program Islam Ha
dhari yang bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu mengenai konsep
Islam Hadhari.
Natijahnya, maka lahirlah program ”Perkampungan Hadhari” yang dilihat lebih berunsur
kan Islamik. Selain konsert-konsert yang diselitkan semasa karnival Jom Heboh in
i, ada juga konsertkonsert lain yang terus dijamukan kepada masyarakat kita di a
tas pelbagai nama dan tema, dianjurkan oleh pelbagai pihak dan syarikat. Konsert
sempena sambutan tahun baru, konsert sambutan hari kebangsaaan dan bermacam lag
i. Contoh lain ialah Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung di Dataran Merdeka,
Pesta Malam Indonesia 3, Rockaway ’09 dan terdapat 6 konsert lain yang dianjurkan
sempena Festival Muzik KL 2009 yang bermula dari 1-10 Julai 2009.
10
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat
akan banyak dibentuk dengan hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi baris
an pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara, disibukkan
dengan hiburan yang melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat untuk
berbicara tentang gosip sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lag
u-lagu yang sedang popular dan pelbagai topik lain yang semuanya berkaitan denga
n hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda mudi kurang berpendid
ikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada golongan mahasiswa ma
hasiswi di institut pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui peng
aruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti para remaja za
man ini. Demi menghasilkan imej dan identiti urbankontemporari para remaja zaman
ini sanggup menggadai jati diri dan sosok peribadi mereka demi kelihatan ’cool’ dan
ber’attitude’ (Syuhada, 2009). Tiada lagi jatidiri seorang bangsa Melayu yang sanga
t terkenal dengan budaya ketimurannya. Malah yang lebih penting, tidak nampak pa
da peribadi dan tingkah laku mereka watak seorang Muslim sejati, yang telah diut
uskan seorang Nabi, sebagai contoh ikutan yang hakiki. Terlalu banyak contoh pem
ikiran hedonism ini menular dalam pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda
. Salah satu buktinya yang ketara ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda a
khir-akhir ini terhadap bidang nyanyian apabila pemikiran ini meresap dan mengak
ibatkan generasi muda melihat bidang nyanyian sebagai satu prospek yang menguntu
ngkan. Hal ini terjadi apabila lambakan program realiti televisyen untuk mencari
dan mencungkil bakat-bakat penyanyi baru. Program-program realiti ini kebanyaka
nnya dicedok bulat-bulat dari negara Barat tanpa ditimbang yang mana buruk yang
mana bermanfaat.
11
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Dalam hal ini, mereka yang waras pasti bersependapat dengan pandangan dan tegura
n yang diberikan oleh Mohd Ridhuan Tee (2006) berkaitan hal ini. Katanya: ”Lebih m
alang lagi program-program sebegini mendapat tajaan daripada syarikatsyarikat ko
rporat, termasuk syarikat korporat yang diterajui oleh orang Islam. Rancangan-ra
ncangan yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan p
enajaan serta di anggap merugikan. Misalnya, rancangan Malaysian Idol, Akademi F
antasia dan lain-lain diciplak dari barat hampir seratus peratus dan tidak banya
k mencerminkan nilai-nilai ketimuran atau budaya hidup Malaysia. Tidak memasukka
n nilai-nilai keMalaysiaan atau keIslaman. Ada pengkritik vokal, seni pentas, se
ni lagu, persembahan dan sebagainya, tetapi tidak ada pengkritik yang memberikan
input soal budaya dan adat sopan agama.” Program realiti hiburan seperti Akademi
Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One in a Million dan sebagainya diti
ru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya adalah un
tuk melahirkan penyanyi-penyanyi ”pasang siap”. Persoalan timbul apabila produk medi
a keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan produk media a
cuan Barat yang berteraskan budaya hedonisme. Hal ini adalah akibat pemikiran ya
ng membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual pro
duk semata (Syuhada, 2009). Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi ujib
akat realiti televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikira
n hedonisme sehingga mengagungkan populariti dan kemewahan. Jelas pemikiran hedo
nisme yang menular ini mampu menyeleweng tujuan hidup seorang muslim sehingga be
rkiblatkan hiburan dan keseronokan semata. Dukacita apabila generasi muda
12
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan mereka daripada keperibadian
para nabi. Kehidupan para artis yang mengikut kayu ukur barat dijadikan garis pa
nduan dan ikutan, hatta tingkah laku para artis itu sendiri menentang budaya ket
imuran apatah lagi syariat Islam. Semua budaya hedonisme ini dilihat normal atas
nama kemodenan dan kecenderungan masa kini. Hiburan yang melampaui batas dan ni
lai murni ini turut dipromosikan oleh media sehingga menjadi rujukan masyarakat.
Masyarakat makan, pakai, dan berkelakuan selari dengan kehendak dan kecenderung
an masa kini mengikut maklumat yang disampaikan media. Oleh itu, jika baik maklu
mat yang tersebar, baiklah kesannya kepada masyarakat, jika buruk pula maklumat
yang disampaikan, maka buruk pula kesannya kepada masyarakat. Shahril Anuar (200
6) ketika memberikan kritikan terhadap program-program realiti televisyen ini me
nyatakan, kebanyakan program realiti yang ada tidak ambil peduli tentang aspek m
oral dan budaya masyarakat Malaysia. Tiada satu pun ciri-ciri masyarakat Melayu
yang beragama Islam yang ditampilkan dalam program berkenaan sedangkan hampir se
mua penontonya adalah di kalangan orang Melayu. Pergaulan bebas lelaki dan perem
puan, percakapan keterlaluan dan cara penampilan diri yang bertentangan dengan a
dat dan budaya Malaysia sudah banyak menjadi asam garam program realiti ini. Hib
uran menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi yang diberikan
media kepada para artis melebihi para ilmuan dan tokoh sarjana. . Tokoh-tokoh ak
ademik, para ulamak, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan sumbangan yang
telah mereka lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebalikny
a, artis-artis lebih diberi pelbagai anugerah dan dijulang nama mereka atas kece
merlangan mereka di dalam industri. Pencapaian para artis lebih mendapat liputan
pihak media, berbanding kecemerlangan para cerdik pandai negara.
13
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Realiti yang berlaku ini membuktikan betapa budaya hedonisme ini telah meresap m
asuk dan sedikit demi sedikit menjadi darah daging masyarakat. Penularan budaya
dan fahaman ini sebenarnya berkait rapat dengan pihak pengamal media yang member
ikan ruang yang sangat banyak kepada program-program dan bahan-bahan berita yang
berbentuk hiburan. II. Pemikiran tahyul ,khurafat dan bidaah Dari segi etimolog
i, perkataan khurafat ini berasal dari bahasa Arab: kharafa-yakhrifukharfan-khur
afatan—manakala bahasa Inggeris merujuk kepada superstition dan superstitio dalam
bahasa Latin yang bermaksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng, t
ahyul dan perkara yang tidak masuk akal tetapi ianya menarik (Ensiklopedia Islam
, 1994). Manakala definisi bidaah pula menurut bahasa ialah diambil daripada per
kataan Arab bida yaitu mengadakan sesuatu tanpa ada contoh. Manakala dari sudut
istilah pula takrifan yang paling kemas ialah takrifan Imam Syatibi, beliau men
gtakrifkan bidaah sebagai sebagai jalan yang direka di dalam agama, yang menyeru
pai syariat, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepad
a Allah SWT (Ismail Omar, 2006:326). Pemikiran dan kepercayaan tahyul dan khuraf
at ini telah lama wujud dalam masyarakat Melayu nusantara. Sebahagiannya adalah
dibawa masuk ke dalam adat dan amalan masyarakat Melayu hasil pengaruh agama-aga
ma atau bangsa-bangsa lain. Namun, hasil kesedaran dan usaha gigih para ulamak d
an pendakwah khususnya di alam nusantara Melayu, sedikit demi sedikit amalan dan
kepercayaan karut, tahyul dan khurafat ini berjaya dihapuskan. Sebagai contoh,
upacara pemujaan laut dan mandi Safar dengan kepercayaan untuk mengelakkan segal
a mara bahaya dan sial yang akan berlaku. Walaupun begitu, ini tidak bermakna ma
syarakat Islam di Malaysia ini telah bersih dari segala amalan dan pemikiran tah
yul dan khurafat yang bercanggah dengan akidah Islam. Masih
14
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
terdapat sebahagian masyarakat Melayu Islam yang mana pemikiran dan amalan merek
a dicemari dengan unsur-unsur tahyul dan khurafat. Sebagai contoh, amalan zikir,
pemujaan dan kepercayaan karut yang berlaku di kubur di Pulau Besar, Melaka (Ro
sli Hassan, 2009). Dukacitanya media elektronik pula cuba menyuburkan semula pem
ikiran dan amalan tahyul, khurafat dan bidaah ini melalui filem dan program-prog
ram televisyen. Sejak kebelakangan ini didapati begitu banyak filem-filem dan dr
ama-drama berunsurkan seram yang mengisahkan cerita-cerita berkaitan hantu, jin
dan syaitan dihasilkan oleh pengarah-pengarah filem negara kita. Jika kita singk
ap kembali sejarah filem Melayu, filem Pontianak, yang diterbitkan pada 1975, me
rupakan filem Melayu genre seram pertama yang diarahkan oleh BN Rao. Filem yang
menampilkan primadona Datuk Maria Menado ini mendapat sambutan di luar jangkaan.
Namun, selepas itu industri perfileman Malaysia dilihat seperti ketandusan file
m genre seram selepas terpaksa berdepan dengan peraturan dan penguatkuasaan yang
tegas oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada waktu itu. Pengharaman
filem Fantasia arahan Aziz M.Osman, atas alasan filem itu mengandungi unsur-unsu
r tahyul dan boleh memesongkan akidah, adalah salah satu bukti ketegasan pihak L
PFM ketika itu. Kesannya menyebabkan ramai pengusaha filem tidak berani untuk me
nghasilkan filem-filem seram lagi kerana membayangkan risiko kerugian jika filem
mereka itu tidak diluluskan. Tetapi, senarionya berubah sejak akhir-akhir ini.
Ketegasan dalam melaksanakan peraturan yang diletakkan oleh pihak LPFM atau FINA
S dilihat menghadapi era yang baru. Kelonggaran untuk menghasilkan filem-filem g
enre seram ini diberikan kepada pengusaha filem tempatan, malah mendapat dokonga
n yang padu. Memetik kata-kata Ketua Pengarah FINAS,
15
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Mohd Mahyidin Mustakim ketika majlis pelancaran Pameran Filem Seram 2009 di Gale
ri Perfileman Finas, katanya: ”Selama 35 tahun industri perfileman kita tidak mene
rbitkan filem seram, inilah masanya kita kembalikan kegemilangan filem seram sep
erti yang pernah kita capai pada 1950-an keluaran Cathay Keris dan Malay Film Pr
oduction dulu.” Sebab itu kita dapati, ramai pengusaha filem yang kembali rancak m
enghasilkan filemfilem seram ini. Antara yang terbaru ialah seperti filem Tujuh
Perhentian, Makar, Di Ambang Misteri, Anak, Maut, Rasukan Ablasa, Jin Hutan, Jan
gan Tegur, Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak dan pelbagai lagi. Senarai i
ni belum ditambah dengan siri-siri drama seram yang disiarkan melalui kaca telev
isyen seperti Saka, Puaka Niang Rapik, Keliwon dan lain-lain lagi. Entah berapa
banyak lagi filem-filem seram ini akan dihasilkan? Sama-samalah kita tunggu dan
jangan terkejut jika generasi masa depan adalah generasi yang penakut akan hantu
melebihi takut akan Tuhan ataupun mengenali jenis-jenis hantu dari Tuhan. Keban
yakkan filem-filem seram yang ditayangkan ini mendapat sambutan yang memberansan
gkan daripada masyarakat. Misalnya, filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) ya
ng ditayangkan pada tahun 2004 berjaya meraih kutipan sebanyak RM 3.2 juta. Angk
a kutipan ini menjadi peransang kepada penerbit lain untuk terus menerbitkan fil
em seram. Manakala, filem Jangan Pandang Belakang (JPB), terbitan MMP pula merup
akan filem yang mencatat kutipan tertinggi menurut rekod Finas iaitu sebanyak RM
5.7 juta. Manakala filem seram terbaru Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC),
arahan Ahmad Idham berjaya meraih kutipan RM5.3 juta dalam tempoh 12 hari ditaya
ngkan. Jumlah penontonnya yang dilaporkan pula ialah melebihi 400, 000 orang. Di
jangkakan filem JPBC ini akan berjaya memecahkan rekod JPB.
16
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Jika ditonton filem dan drama ini dari kaca mata industri filem dan drama, ianya
tidak mempunyai masalah kerana ada antara tajuk-tajuk filem di atas mendapat ku
tipan yang membanggakan. Tetapi dari sudut kaca mata syariat Islam, filem dan dr
ama berunsurkan seram ini memasukkan unsur-unsur khurafat dan tahyul yang bercan
ggah dengan akidah Islam seperti adegan pemujaan yang dilakukan oleh seorang bom
oh, bacaan mentera-mentera tertentu dan kepercayaan karut lain yang berkaitan de
ngan hantu. Dalam hal ini, pandangan salah seorang tokoh ulamak Malaysia iaitu D
r. Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Negeri Perlis harus diambil perhatian.
Pandangan beliau yang disiarkan oleh Utusan Malaysia menyatakan: ”Lebih membahayak
an apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanakkanak yang sedang membesa
r kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Filem-filem seram yang keterlal
uan adalah berbahaya kerana ia boleh
menyumbang kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuas
a ghaib yang divisualkan dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara, boleh m
enyebabkan masyarakat terpengaruh dan mempercayainya. Filem seperti ini boleh me
rosakkan akal disebabkan unsur serta gambaran yang diperlihatkan mengenai makhlu
k halus itu adalah tidak benar.” Gempar seketika dunia perfileman Malaysia renteta
n daripada teguran yang diberikan oleh Mufti Perlis –ketika itu-. Walau bagaimanap
un sebahagian para penerbit dan pengarah seperti Suhaimai Baba dan Ahmad Idham m
embidas semula dengan alasan ianya hanyalah satu hiburan dan Lembaga Penapisan F
ilem Malaysia (LPFM) telahpun meluluskan penerbitan filemfilem tersebut. Malah p
enerbit filem, David Teo pula menjadikan kutipan box-office sesuatu filem sebaga
i kayu ukur penerimaan masyarakat terhadap filem berkenaan. Inilah bahana nilai
17
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Machiavellian yang menjadi pegangan sesetengah penerbit filem di Malaysia apabil
a para penerbit filem seram merasakan aqidah umat Islam tidaklah begitu gawat at
au goyah. Jadi tiada salahnya filem-filem sebegitu diperbanyakkan. Para penerbit
perlu memahami bahawa kerosakkan akidah bukan terhad kepada masalah menyembah b
erhala atau kuburan sahaja. Banyak skop lain yang lebih luas dan perlu diperhati
kan, perasaan takut yang bukan tabii kepada selain Allah SWT juga merobek akidah
. Takut tabii adalah ketakutan yang lumrah seperti takutkan harimau, ular, takut
dilanggar keretapi dan sebagainya. Manakala takut yang membawa syirik pula adal
ah seperti takut kepada orang yang telah meninggal dunia kononnya kembali mengga
nas. Takut kepada makhluk ghaib seperti jin dan syaitan dan sebagainya. Ketakuta
n ini tentunya wujud disebabkan keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini dengan send
iri punya kuasa untuk memudaratkan orang yang masih hidup. Seorang yang bergelar
muslim perlu jelas bahawa tidak ada yang lebih mengetahui mengenai perihal alam
ghaib melainkan Allah SWT. Rasulullah SAW pula mengetahuinya melalui wahyu dari
pada Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam al-Quran malalui firman-Nya yang berma
ksud: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitah
u perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-
mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasu
l itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu
selamat sampai kepada yang berkenaan).” (Surah al-Jinn, 72: 26-27) Ayat di atas j
elas menunjukkan bahawa ajaran Islam tidak mengajar tentang kefahaman roh si mat
i kembali semula selepas mati atau roh yang tidak tenang datang ke dunia menjadi
18
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
hantu. Ini adalah kerana roh orang yang telah mati telah dipisahkan daripada dun
ia. Jadi jelas bahawa wajib kita kembali kepada al-Quran dan hadis sahih untuk m
engetahui mengenai hal-hal ghaib. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah SWT meme
gang jiwa (roh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(roh) orang yang bel
um mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang di
tentukan.” (Surah az-Zumar, 39:42) Walaupun firman Allah SWT telah jelas tetapi ra
mai yang masih mempunyai sangkaan dan kefahaman bahawa hantu itu adalah dari roh
orang yang telah mati.
Maka dari mana lagi pemahaman ini disuntik jika tidak melalui filem atau drama f
ilem yang melakonkan orang yang telah mati menjadi hantu? Walaupun mungkin seset
engah pengarah dan penerbit filem-filem seram ini berhujah bahawa mereka bertuju
an untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada para penonton tentang bahaya s
yirik dan pemikiran khurafat, tetapi kebanyakkan pengarah atau penerbit filem me
nganggap tindakan menyiarkan satu ayat al-Quran atau ayat tazkirah di penghujung
atau di permulaan cerita sudah mencukupi dalam menerangkan kepada penonton haki
kat yang benar. Sedangkan adegan-adegan yang penuh dengan khurafat dan tahyul di
dalam filem dan drama tersebut meliputi hampir keseluruhan cerita. Persoalannya
sejauh mana pendedahan lakonan tahyul ,khurafat dan bidaah ini mampu mengajar m
asyarakat, apakah ianya mengajak masyarakat menjauhinya atau lebih terpengaruh k
e arahnya? Unsur-unsur Islamik yang cuba dimasukkan di dalam penceritaan filem a
tau drama seram ini dianggap sudah cukup dengan menambah watak seorang ustaz ata
u orang alim cuba merawat seseorang yang telah dirasuk oleh jin dan syaitan. Tet
api dukacitanya apabila kaedah dan cara yang digunakan oleh watak ustaz atau ora
ng alim tersebut adalah sesuatu yang boleh
19
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
mengelirukan dan boleh dipersoalkan kesahihannya dari sudut peraturan syariat da
n sebagainya, malah boleh dikategorikan sebagai metod penuh dosa mengikut klasif
ikasi Syaikh Wahid Abdussalam Bali. Hal ini adalah kerana unsur tokok tambah sep
erti penggunaan kain berwarna kuning, keris, buah limau dan sebagainya sekaligus
merosakkan imej perubatan menurut syaraiat Islam. Formula yang boleh para pener
bit filem aplikasikan dalam melibatkan perkara-perkara ghaib ini telah Nabi SAW
berikan terutama yang melibatkan jampi-jampi, tangkal dan perkaraperkara yang ti
dak dapat dikenal pasti ialah melalui sabdanya yang bermaksud: “Tinggalkan apa yan
g meragukan kepada apa yang tidak meragukan (yakni menyakinkan).” (Diriwayatkan Im
am Tirmidzi, Sahih Sunan al-Tirmizi no: 2518) Pemikiran tahyul dan khurafat ini
bukan sahaja tersebar melalui media elektronik, malah media cetak juga turut mem
ainkan peranan yang tidak kurang pentingnya sama ada secara langsung atau pun ti
dak. Hal ini jelas terbukti apabila terdapat sesetengah akhbar dan tabloid yang
memberikan ruang yang mudah dan selesa untuk para ”tok bomoh” atau dalam istilah sek
arang digunakan ”pengamal perubatan tradisional” atau ”pengamal perubatan moden” untuk m
enyiarkan iklan tentang pakej rawatan yang ditawarkan. Sebahagian pakej-pakej ya
ng ditawarkan ini jelas bertentangan dengan akidah dan diselubungi dengan unsur-
unsur khurafat. Sesetengah golongan ”tok bomoh” ini cuba mengelirukan umat Islam den
gan menyembunyikan unsur-unsur khurafat dan syirik tersebut disebalik songkok, k
opiah, serban atau jubah yang mereka pakai. Ada juga yang menggunakan gelaran ”ust
az”, ”tuan guru”, ”tuan haji” dan sebagainya, lebih mejengkelkan apabila ada yang memakai
gelaran palsu ”Dr”, ”Prof”, ”Sir” dan sebagainya untuk melariskan produk atau perkhidmatan
ereka. Apa yang dipertikaikan ialah bagaimana golongan sebegini dengan segala am
alan dan kepercayaan khurafat yang mereka bawakan ini diberikan ruang oleh media
cetak di negara kita
20
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
untuk mempromosikan ”perniagaan khurafat dan tahyul” mereka? Ruang-ruang iklan itu d
ijual dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan aktiviti ata
u produk mereka tanpa ada kawalan menyeluruh. Walaupun ruangan iklan tersebut ad
alah salah satu sumber kewangan kepada syarikat-syarikat yang menerbitkan akhbar
dan tabloid tersebut, adakah demi memperoleh keuntungan wang ringgit, akidah da
n pemikiran murni umat Islam terpaksa digadaikan? Sebagai salah satu contoh, akh
bar tabloid Perdana, keluaran 5 Julai 2009 yang lalu menjadikan tajuk utama muka
depannya ialah ”Haji pulang ke rumah setelah 10 jam dikebumikan”. Maka diceritakanl
ah bahawa terdapat seorang lelaki pulang semula ke rumahnya dengan berkain kapan
selepas 10 jam dikebumikan. Penduduk kampung yang sedang berkumpul di rumah si
mati, terus lari bertempiaran akibat terkejut dan menyangka bahawa itu adalah sy
aitan jelmaan si mati. Lelaki tadi meminta supaya isterinya membuka semula kain
kapannya dan menyatakan bahawa dia masih hidup. Diringkaskan cerita, ada pula se
orang yang bergelar ustaz datang untuk menemuramah lelaki tadi untuk mengetahui
kisah sebenarnya. Lelaki tadi yang digelar ”haji” mendakwa bahawa dia telah dibawa m
enjelajah melihat syurga dan neraka yang akan didiami oleh manusia di akhirat ke
lak. Dakwanya lagi, dia turut berpeluang melihat gambaran sebenar titian sirat a
l-mustaqim dan dibawahnya terdapat air yang sedang menggelegak dengan bahang yan
g panas. Tepuklah dada, tanyalah iman. Apa akan berlaku kepada kefahaman akidah
umat Islam jika cerita-cerita begini terus disebarkan di kalangan masyarakat dan
diberikan ruang pula oleh pihak media? Selain daripada akhbar dan tabloid, terd
apat juga majalah-majalah yang turut menyumbang kepada penularan pemikiran dan a
malan khurafat dan tahyul ini. Setiap keluaran,
21
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
pasti ada sahaja berita atau rencana pelik tentang mayat, ada sahaja cerita tent
ang hantu itu dan ini, sejarah puaka di sana sini dan bermacam-macam lagi. Seset
engah cerita atau rencana itu dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam apa
bila cuba menceritakan perkara-perkara ghaib sedangkan firman Allah jelas yang b
ermaksud: ”Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui
perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka aka
n dibangkitkan.” (Surah An-Naml, 27:65). Sebagai satu contoh, majalah yang diberi
nama ”Hidayah” terkenal dengan cerita-cerita pelik tentang mayat dan dijadikan pula
tajuk utama untuk setiap keluaran. Misalnya seperti tajuk ”Mulut Keluarkan Api Men
jelang Ajal”, ”Terbenam Paras Leher Dalam Kubur Ibu”, Jasad Ibu Tiri Dimakan Tikus” dan
keluaran terbaru bulan Julai 2009 dengan isu ”Jenazah Jatuh Dari Keranda”, ”Mayat Penz
ina Berbau Busuk”, ”Liang Lahadnya Dipenuhi Botol Arak” dan pelbagai lagi. Menjadi per
soalan, hampir kesemua cerita-cerita ini dikatakan adalah kes-kes yang berlaku d
i negara seberang. Kenapa dimasukkan cerita dari sana sahaja? Mungkin andaian ya
ng boleh dibuat, jika pihak penerbitnya mengatakan kes-kes tersebut berlaku di s
esuatu tempat di dalam negara kita, ianya membuka ruang untuk para pembaca menca
ri kepastian dan kesahihan cerita itu dengan mudah dan cepat. Maka, mungkin akan
terpecahlah tembelang mereka. Peliknya, majalah-majalah seperti ini tidak pula
diharamkan atau diberikan amaran supaya lebih berhati-hati dalam menyiarkan renc
ana dan berita. Tetapi pihak Kementerian Dalam Negeri mengharamkan sesetengah bu
ku-buku agama tanpa menjelaskan keadaan sebenar. Sebagai contoh, buku “Pelik Tapi
Benar Dalam Solat” yang diharamkan penjualannya dan pihak penerbit pula tidak dibe
rikan sebarang notis apatah lagi peluang untuk memberikan penjelasan.
22
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Buku tersebut secara umumnya menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tida
k difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat berdasarkan hadi
s-hadis sahih yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SWT diharamkam hanya
kerana disangka boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat I
slam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. Tindakan yang tidak tepat ini waj
ar disuarakan supaya pihak berkuasa mampu berkerja dengan lebih adil dan telus k
erana pemikiran tahyul ,khurafat dan bidaah dalam media massa yang berleluasa in
i tidak dibendung dengan tindakan yang sewajarnya. Dalam masa yang sama, majalah
-majalah yang penuh dengan fakta misteri, sangsi dan diragui kesahihanya masih b
oleh bernyawa bebas. Tidak pula timbul atau dibincangkan untuk dikaji isi kandun
gannya. Cukup banyak masyarakat disajikan dengan pelbagai kefahaman ini seperti
pemujaan kepada keramat; amalan memuja kampung dan semangat padi; roh wali boleh
mengabulkan citacita; bintang dua belas penentu nasib; bomoh boleh mengetahui a
lam ghaib; bulan Safar ialah bulan bala; suara burung hantu membawa pertanda mal
ang; jika sesuatu benda pecah menjadi petanda berlakunya kemalangan di tempat la
in; cara uri ditanam akan mempengaruhi kehidupan anak yang baru dilahirkan; kuci
ng hitam yang melintas membawa pertanda buruk; nombor 13 akan membawa sial; dan
banyak lagi. Ternyata kepercayaan kepada khurafat, tahyul dan bidaah ini melamba
ngkan kemunduran akal dan kelemahan jiwa seseorang individu. Jika media massa ma
mpu mendedahkan masyarakat kepada khurafat, tahyul dan bidaah, maka media massa
juga mempunyai kemampuan untuk melakukan sebaliknya. III. Pemikiran terorism Isl
am Media ialah wahana utama untuk membentuk pandangan, nilai dan tanggapan massa
. Intipati media seperti laporan berita, rencana, informasi, wacana politik, eko
nomi, sosial, agama dan tidak ketinggalan juga hiburan, tidak dapat dielakkan da
ripada suatau sistem nilai,
23
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
kepercayaan dan kuasa. Menurut Johan Jaafar (2002), media kini adalah sebahagian
daripada industri maklumat. Maklumat itu kuasa. Sesiapa yang menguasai maklumat
, ia menguasai kuasa. Maka, untuk berkuasa atau mengekalkan kuasa, prasyarat uta
ma dalam dunia hari ini ialah menguasai media. Faktor inilah yang menyebabkan me
dia amat mudah untuk dimanipulasi dan diputar-belitkan untuk keuntungan dan kepe
ntingan sesuatu pihak yang menguasainya. Kerancakan dakwah Islam serta kebangkit
an semula kesedaran Islam dan perjuangan politik Islam menyebabkan Barat berusah
a untuk menayangkan Islam sebagai musuh yang baru iaitu suatu kuasa global yang
membawa ancaman ideologi dan ancaman fizikal. Dalam hal ini, kemungkinan apa yan
g dinyatakan oleh John L. Esposito di dalam bukunya The Islamic Threat: Myth or
Reality? ada benarnya. Esposito melihat konflik masa depan sebagai berantakan Ba
rat – Islam. Bagi beliau, perlu untuk melihat ”ancaman Islam” dan meletakkannya dalam
perspektif sejarah. Beliau berpendapat Islam akan menjadi antagonis baru Barat d
an ia akan mengambil alih komunisme sebagai musuh utama. Inilah sebabnya kenapa
penting bagi Barat mengukuhkan semula kuasanya ke atas negara-negara yang kaya d
ari sumber ekonomi semulajadi. Mereka menyangka dengan cara ini maka imej keagun
gan barat serta hegemoni mereka dapat dikekalkan. Menurut Ahmad Azam Abdul Rahma
n (2003), media sebagai instrumen hegemonik digunakan sebagai alat penting untuk
memburuk-burukkan Islam, memutar-belitkan fakta dan mengherot-berotkan suasana
hingga Islam ditonjolkan sebagai pengancam. Umat Islam dilonggokkan dengan gamba
ran dan paparan yang menunjukkan mereka sebagai mundur, tidak rasional, misogini
s, berbahaya dan manipulatif. Maka, Islam dan penganutnya ditampilkan dengan ime
j yang negatif di dalam mediamedia Barat. Lebih malang apabila perspektif buruk
yang ditayangkan oleh media barat ini
24
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
berjaya mempengaruhi media Islam sendiri. Sebab itu, menurut Azizan Baharudin (2
003), terdapat dua dimensi yang menyebabkan berlakunya salah tanggapan yang nega
tif terhadap Islam; 1) sebab-sebab berlakunya bias yang negatif dalam media asin
g (barat), 2) sebab-sebab berlaku bias yang negatif dalam media Muslim. Yusoff (
1993) telah lebih awal melihat gambaran sebegini dicanangkan media barat apabila
menggap Islam sebagai separatist terrorist. Maka peristiwa yang berlaku pada 11
September 2001 menyebabkan kekeliruan terhadap Islam diperkukuhkan lagi akibat
serangan yang dikatakan sebagai perbuatan militan Islam- ke atas sasaran di tana
h Amerika Syarikat sendiri. Kali ini, seakan-akan senario yang dibayangkan oleh
Esposito semacam disahkan. Media massa barat dengan reaksi spontan telah memberi
potret baru konflik budaya, agama, malah ketamadunan itu sendiri. Mereka menama
kannya ”the Islamic threat”. Rentetan daripada peristiwa tersebut yang penuh dengan
spekulasi dan kecurigaan, media barat telah digunakan sepenuhnya oleh pihak tert
entu untuk menyerang Islam dengan cara yang rasmi, lebih agresif dan melampau. A
pa sahaja peristiwa keganasan, pengeboman dan sebagainya yang berlaku selepas da
ripada peristiwa ini, Islam tidak terlepas daripada tuduhan dan sasaran. Tujuan
mereka ialah untuk membuktikan dan menzahirkan kepada masyarakat dunia bahawa Is
lam adalah agama keganasan. Kempen-kempen jahat dengan memberi imej negatif terh
adap Islam ini dilakukan bagi memastikan yang Islam tidak mempunyai simpatisan a
tau untuk menakut-nakutkan mereka yang tertarik dan berhasrat untuk menganut aga
ma Islam. Mungkin sejarah yang berlaku pada kurun ke-11 dahulu iaitu Perang Sali
b antara Islam dan Kristian menjadi rujukan mereka. Islam dilihat berkembang pes
at pada masa itu dan dirasakan sebagai mengancam pihak berkuasa dan pihak gereja
.
25
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Diatas alasan dan ”niat murni” negara Barat untuk memerangi keganasan, maka kedaulat
an negara-negara Islam dicerobohi tanpa hak. Negara Iraq adalah contoh terbaru y
ang masih segar diigatan. Sekali lagi media digunakan seoptima mungkin bagi meng
halalkan tindakan ganas mereka itu. Sesetengah pemimpin negara Islam juga ada ya
ng terpengaruh dengan kempen palsu yang mereka jalankan itu. Pemikiran ini tidak
dianggap menular melalui media di Malaysia tetapi kebanyakannya di negara Barat
, tetapi hakikatnya penularan pemikiran ini banyak menyebabkan orang bukan Islam
dan juga sesetengah umat Islam sendiri merasa sangsi dengan ajaran Islam. Peras
aan yang menyusup ini melahirkan kesalahfahaman golongan bukan Islam dan umat Is
lam terhadap ajaran murni agama Islam. Jika ini dianggap sebagai perkara yang re
meh, masa depan akan melihatkan ramai salah faham tentang ajaran Islam dan tidak
mustahil ada yang murtad akibat tidak mendapat maklumat yang sewajarnya tentang
isu terrorism ini. Kemudahan mendapatkan maklumat dan berita hari ini sangat mu
dah sehingga diibaratkan dunia hanya dihujung jari. Jika berita dan maklumat yan
g dibaca itu adalah gambaran negatif, maka ianya akan mengelirukan umat Islam te
rhadap agama yang dianutinya. Apatah lagi jika berita dan maklumat itu ditulis s
endiri oleh mana-mana pertubuhan yang kononnya mewakili Islam atau mana-mana pen
ulis yang beragama Islam tetapi mereka juga telah terpengaruh dengan propaganda
media barat. Apabila tulisan mereka ini dibaca oleh masyarakat, dibimbangi masya
rakat juga akan turut mendapat gambaran yang salah terhadap Islam. IV. Pemikiran
Kristianisasi Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mer
eka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
26
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka set
elah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan pe
nolong bagimu.” (Surah al-Baqarah 2:120) Ayat di atas mengingatkan kita umat Islam
, betapa Yahudi dan Nasrani tidak pernah berputus asa untuk membalik-balikkan ha
ti kita terhadap Islam. Pelbagai usaha telah dilakukan sejak zaman Nabi Isa sehi
nggalah sekarang, mereka masih tidak putus-putus mencari jalan untuk membawa uma
t Islam kepada agama mereka. Pada abad ke-20, usaha dan janji-janji mereka untuk
membawa umat Islam kepada agama mereka, dilakukan dengan satu gerakan yang dipa
nggil “Gerakan Kristianisasi”. Kristianisasi juga sinonim dengan perkataan Evangelis
m yang bermaksud menginjilkan manusia, ataupun memberitahu khabar baik. Antara c
ara yang mereka lakukan dalam memastikan agenda Kristianisasi ini dapat disempur
nakan ialah melalui penguasan media. Evangelism yang menggunakan media yakni tel
evisyen untuk menyampaikan dakyah Kristian ini diistilahkan juga sebagai televan
gelism(Encyclopedia of Philosophy, 2006;296-298). Sejak dari dahulu media menjad
i alat untuk menyampaikan maklumat kepada kelompok atau individu yang tertentu.
Melalui media juga sesuatu kelompok, pertubuhan atau individu dapat menyebarkan
fahaman serta ideologi mereka atas dasar keterbukaan dan merentasi benua. Media
massa kini yang lebih moden dan beteraskan jalur lebar membuka peluang kepada ge
rakan Kristianisasi untuk memperluaskan wilayah pergerakan mereka. Oleh kerana o
rde dunia telah dikuasi barat, maka penguasaan barat yang rata-ratanya dari nega
ra-negara Kristian terhadap media telah memberi peluang besar kepada gerakan kri
stianisasi menjalankan dua agenda besar. Pertama: Memberi gambaran buruk tentang
Islam kepada orang-
27
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
orang bukan Islam. Kedua: Memberi pemahaman yang salah kepada penganut Islam ter
hadap Islam. Penguasaan mereka terhadap akhbar-akhbar arus perdana di Mesir sepe
rti yang dikatakan oleh Dr. Sa’aduddin al-Sayyid Saleh telah memberikan banyak kej
ayaan mereka dalam misi Kristianisasi. Mereka juga telah mengisytiharkan bahawa
mereka telah berjaya memonopoli media massa Mesir secara khususnya bagi menyebar
kan idea-idea Kristian. Dalam hal ini, mungkin kata-kata seorang orientalis bara
t, Hanoto yang merupakan penasihat politik kepada Kementerian Tanah Jajahan Pera
ncis di akhir kurun ke 19 yang dipetik oleh Ridhuan Tee (2006) boleh dijadikan p
eringatan kepada kita semua. Katanya: “Dahulu tujuan peperangan Salib adalah untuk
merebut kembali Bait al-Maqdis dari tangan orang-orang Islam yang tidak bertama
dun itu, namun apa yang mengejutkan Kristian barat ialah kemenangan panji-panji
Islam terus kekal di sepanjang kehidupan manusia. Oleh itu sudah tibanya untuk b
erusaha memindahkan orang-orang Islam kepada tamadun barat dengan tujuan menghap
uskan bahaya yang tersembunyi dalam perpaduan Islam. Sebaik cara bagi meneguhkan
kedudukan wilayah jajahan orang-orang Eropah di dunia Islam ialah melahirkan ke
raguan terhadap agama Islam dan meresapkannya ke dalam jiwa penganutnya dengan m
enonjolkan isu perbezaan mazhab, pertentangan bangsa, perkauman dan geografi di
samping mensyarahkan prinsip-prinsip Islam dengan syarahan yang meragukan dan me
nyimpang dari nilai-nilainya yang asli, seterusnya memuliakan nilai-nilai barat,
sistem politik dan akhlak individu yang terdapat pada bangsa-bangsa Eropah.”
28
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa penguasaan media massa ini mempunyai
dua agenda besar iaitu memberi gambaran buruk tentang Islam kepada orang-orang
bukan Islam dan juga memberikan fahaman yang salah terhadap orang-orang Islam ke
pada Islam. Usaha untuk menguasai media massa bagi memburukkan Islam kepada oran
g-orang bukan Islam telah bermula sejak kekalahan tentera-tentera Kristian dalam
peperangan Salib. Suara-suara memuji dan menyebut-nyebut kebaikan dan layanan i
stimewa yang diberikan oleh orang-orang Islam dari mulut para tentera yang pulan
g ke negara-negara masing-masing, telah membuatkan para pemimpin gereja berasa b
imbang dan tidak senang. Bagi menyekat suara-suara ini dari terus bergema menyeb
ut-nyebut kebaikan Islam, mereka berusaha mencari jalan untuk memburukkan Islam
dari pandangan orang-orang bukan Islam. Antara langkah-langkah yang diambil oleh
mereka ialah; dengan menggunakan media massa mereka memindahkan gambaran buruk
fenomena dan suasana yang dihadapi umat Islam ke Eropah di samping mendakwa mere
ka adalah bangsa yang mundur ke belakang, peloporpelopor aqidah keberhalaan, asy
ik dengan keseronokan hidup, ketagihan dadah dan kaki betina. Memberi publisiti
besar-besar terhadap peperangan dengan mengaitkan Islam sebagai pendokong terori
sma, dan menyuburkan istilah Islam fundementalisme. Kemudian memberikan gambaran
baik-baik ataupun gambaran simpati kepada negara-negara sekutu seperti Israil d
an Amerika. Kononnya merekalah yang menjadi mangsa bukannya pemangsa. Manakala l
angkah memberikan kefahaman yang salah kepada orang Islam terhadap Islam yang tu
len. Dengan menggunakan media, mereka mula menyediakan rangkaian-rangkaian ranca
ngan yang membahaskan mengenai Islam serta program yang beteraskan kononnya
memberikan ilmu-ilmu Islam. Tetapi sebaliknya berlaku, iaitu dengan memberi keke
liruan serta mencampur-adukkan antara kefahaman yang sebenar dan batil. Peruntuk
an dana yang besar juga
29
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
disediakan bagi para oreintalis yang kebanyakannya penganut Kristian untuk mengh
asilkan buku-buku ‘ilmiah’ yang membahaskan Islam dari sudut yang lebih ‘moden’ dan kent
remprori. Sedangkan semua tulisan-tulisan tersebut tidak mengikut displin dan ka
edah ilmu Islam. Orang-orang yang berada di balik tabir Kristianisasi ini sedar
bahawa mereka memahami betapa kuatnya peranan media untuk mencorakkan tingkahlak
u dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada diri manusia
datang dari apa yang manusia itu simpan di dalam minda mereka. Atas kesedaran i
ni negara-negara Kristian yang besar seperti Amerika tidak menjajah secara fizik
al. Tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media cetak,
visual, audia, filem dan internet untuk menjajah di dalam minda negara-negara ya
ng disasarkan. Lebih-lebih lagi sekarang ini maklumat tidak ada batasannya. Inte
rnet menjadi medium utama dalam penyampaian segala macam maklumat dan ideologi.
Semua bahan-bahan dapat disebarkan secara terus, dan peluang ini digunakan sebai
k mungkin bagi menyebarkan propaganda Kristianisasi. Di Malaysia, sudah ada bebe
rapa organisasi Kristian yang membina laman sesawang mereka sendiri. Semua aktiv
iti dan bahan-bahan ‘dakwah’ mereka boleh dibaca dan dimuat-turun secara percuma. Mi
salnya laman sesawang, http://www.bible.org.my/, http://agapeassembly.cjb.net/,
http://www.calvary.org.my/, dan banyak lagi. Kristian tidak akan pernah lemah da
n putus- asa dalam usaha memurtadkan umat Islam. Walaupun mereka berpecah dan te
rdiri dari pelbagai mazhab dan ideologi, tetapi di atas tujuan yang sama iaitu m
enjatuhkan umat Islam, mereka sanggup untuk bersatu. Satu persoalan yang kita ha
rus fikirkan ialah apakah kita sedar dan perihatin tentang masalah ini? Kita tid
ak perlu mencaci atau mengutuk setiap satu strategi orang-orang Kristian ini, te
tapi yang perlu kita lakukan ialah adakah kita ada usaha untuk menghalang geraka
n ini?
30
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Justeru kita perlu menguasai ekonomi dan dengan kekuatan ekonomi kita dapat meng
uasai media massa. Para billionaire dengan sokongan kuasa-kuasa besar telah meng
uasai pusat-pusat media yang starategik di dunia seperti CNN, Star TV, channel k
omunikasi Internet seperti Google dan sebagainya. Tetapi dalam kesibukan Billion
aire Barat membeli pusat srategik menguasai manusia, Billionaire Arab Islam pula
menguasai hotel-hotel mewah dan membina pusat-pusat pelancongan (hiburan) untuk
kepentingan saudagar Arab ini seperti di Dubai. Malahan Al Jazeera, satu-satuny
a media Islam yang banyak membantu menyampaikan “katakata saranan” yang berkredibili
ti juga sudah dibeli dan dikuasai oleh puak-puak barat dengan kekuatan wang dan
pengaruh mereka. Para pengarah dan penerbit filem mereka juga turut memberi sumb
angan dalam menyebarkan fahaman Kristian yang mereka anuti. Filem-filem yang dib
uat ini berjaya menembusi pawagam-pawagam negara kita dan dihidangkan dengan ras
mi kepada masyarakat. The Davinci Code, Passion of the Christ dan Angle and Demo
n adalah contoh kepada filemfilem tersebut. Penerbit dan pengarah filem mereka t
elah memanfaatkan bakat seni, kemahiran dan kemampuan mereka untuk berfikir dan
berusaha bagaimana untuk menyebarkan fahaman agama yang mereka anuti. Manakala p
enerbit muslim majoritinya masih menghasilkan filem dan drama berbentuk hiburan.
V. Pemikiran Seks Menyuburkan pemikiran tentang soal seks melalui media massa m
erupakan satu lagi fenomena bahaya lagi membimbangkan. Malah, wabak ini telah me
ncapai tahap yang kronik atau mungkin boleh dipinjam istilah ”pendamik” bagi menunju
kkan yang ia sukar untuk dikawal dan telah merebak ke seluruh dunia.
31
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Teknologi maklumat (IT) merupakan salah satu medium media massa yang sangat berk
esan. Tidak dapat dinafikan, IT berkembang dengan begitu pesat sekali. Dunia yan
g besar seolah-olah semakin mengecil. Jika dahulu, Marshal McLuhan, seorang guru
komunikasi membayangkan senario ”global village”. Hari ini gagasan yang dicetuskan
oleh McLuhan itu mengambil bentuk yang lebih luas seperti apa yang disebut oleh
Kenichi Ohmae sebagai ”borderless world”. Kemajuan komputer dan dunia IT pada hari i
ni telah membuatkan apa yang dibayangkan oleh McLuhan dan Ohmae itu menjadi keny
ataan. Cara manusia berinteraksi dan berurusan sudah dibentuk oleh teknologi bar
u yang dimungkinkan oleh komputer dan IT. Secara sedar atau pun tidak, dunia sea
kan-akan sudah menjadi sebuah kampung global dan tanpa sempadan disebabkan oleh
IT. Kita harus akur dan bersyukur diatas kemajuan dunia teknologi maklumat pada
hari ini. Segala urusan yang dianggap sukar dan rumit suatu ketika dahulu, berja
ya dirungkaikan menjadi mudah hasil kecanggihan teknologi maklumat. Ada urusan y
ang suatu ketika dahulu dianggap sangat mustahil untuk berlaku, hari ini ia bole
h berlaku tanpa ada siapa pun yang ragu. Pendek kata, dengan kemajuan dan kecang
gihan teknologi maklumat ini, ia sangat memberi manfaat dan banyak membantu memu
dahkan urusan manusia. Perbincangan tentang IT ini tidak boleh terhenti begini s
ahaja. Ini kerana, jika ada pepatah yang menyebut ibarat pedang bermata dua, mak
a dirasakan bahawa IT merupakan salah satu contohnya. Apabila kemajuan dan kecan
ggihan IT ini dimanfaatkan untuk kebaikan manusia, maka ia adalah suatu nikmat.
Tetapi, jika ada tangan-tangan kotor yang mengambil kesempatan di atas kemajuan
IT ini, lalu digunakan untuk tujuan merosakkan manusia, maka ia adalah azab. Ket
ika ini, jadilah ibarat pedang bermata dua yang bila-bila masa saja boleh menced
erakan tuannya sendiri.
32
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Apa yang kita bimbangkan ini, ianya telah benar-benar terjadi. Dunia IT yang mer
upakan salah satu saluran media massa yang sangat berkesan telah dicemari fungsi
nya. Apa yang penulis maksudkan ialah lambakan bahan-bahan lucah yang seakan-aka
n sudah sukar untuk dibendung lagi. Negara kita Malaysia juga tidak terlepas dar
ipada bencana ini. Bahan-bahan lucah –tidak perlu rasanya untuk disebutkan contoh-
contohnya- sangat mudah untuk didapati. Cukup dengan hanya menaip beberapa huruf
tertentu di mana-mana enjin carian internet, dan tekan butang ”enter”, seseorang in
dividu itu akan dihidangkan apa sahaja yang diidamkan. Tiada apa lagi yang dapat
menghalang, kecuali kekuatan iman dan takwa yang mendalam. Sambutan dan pengaru
h laman sesawang lucah dari barat ini mendapat tumpuan yang amat menggalakkan. J
ika dilihat kajian-kajian yang dibuat berkenaan pornografi ianya melahirkan kebi
mbangan apabila beberapa pendedahan fakta menerusi kajian yang dilakukan di Bost
on, Seattle, Houston, Los Angeles dan New York mengesahkan bahawa pornografi mem
punyai hubung kait dengan kes jenayah yang meningkat. Kajian lain pula diambil d
aripada 36 orang pembunuh bersiri yang berlaku, 81 peratus dilaporkan bahawa por
nografi adalah salah satu punca kepada kemahuan seksual yang mendadak (Research
on pornography, n.d.). Sesetengah filem yang diluluskan untuk ditayangkan di neg
ara kita juga tidak terlepas daripada unsur-unsur yang menjuruskan ke arah penga
ruh seks. Walau pun mungkin ianya dimasukkan secara tidak langsung, namun ianya
cukup memberi kesan terutamanya kepada golongan remaja dan belia. Pendedahan gay
a hidup bebas yang seolah-olah tiada batasan pergaulan antara jantina adalah sal
ah satu bukti yang jelas terpampang di depan mata. Maka tidak hairan juga apabil
a beberapa buah negeri di Malaysia ini pernah mendapat berita gempar apabila din
obatkan sebagai dua negeri iaitu Kota Bharu dan Kuantan sebagai dua negeri terti
nggi
33
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
para pelayar laman web lucah berdasarkan pendedahan Google Trends. Antara perkat
aan carian tertinggi yang menyebabkan negeri-negeri itu dinobatkan ialah kekerap
an para pelayar laman web yang menaip kata kunci seperti bogel, gambar bogel, se
ks Melayu dan cerita seks. Apabila bahan-bahan lucah ini begitu banyak dan senan
g untuk dicari, hasilnya akan membuatkan pemikiran mereka yang melayarinya akan
sentiasa memikirkan soal seks. Tidak cukup dengan melihat bahan-bahan lucah di i
nternet, mereka akan berusaha pula mencari dan mendapatkan video-video lucah. Ge
jala tidak sihat ini sebenarnya sangat meruncing terutamanya di kalangan sebahag
ian golongan muda, bahkan di peringkat semaja sekalipun. Dalam satu kaji selidik
yang telah lama dilakukan membabitkan golongan remaja berusia diantara 13 tahun
hingga 21 tahun mendapati seramai 40 peratus remaja tersebut pernah menonton vi
deo lucah. Remaja di luar bandar sahaja, mencatatkan sebanyak 47 peratus pernah
menonton video lucah, manakala 46 peratus pula membaca majalah lucah. (Berita Ha
rian, 1994) Fakta ini sewajarnya menimbulkan perasaan gusar dalam hati kita dan
menjadi kayu pengukur betapa kesan bahan-bahan lucah semakin membarah dalam kehi
dupan masyarakat. Itu adalah 13 tahun yang lalu. Jangan ditanya peratusan sekara
ng kerana jawapannya pasti ianya sangat membimbangkan. Apa yang berlaku ini memp
unyai kesan buruk yang sangat ketara seperti seks bebas, peningkatan kes-kes rog
ol, pelacuran, AIDS dan termasuk juga kegilaan seks luar tabii. Akhirnya laranga
n syariat tidak lagi dipedulikan. Dosa pahala tidak lagi dihiraukan. Manual Lati
han Fasilitator Prostar (2001) melaporkan daripada seramai 1900 pelajar sekolah
menengah di Kuala Lumpur yang berumur antara 16 hingga 18 tahun didapati bahawa
4.6 peratus telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian remaja dan AIDS
pada tahun 1996 yang membabitkan 4347 remaja berusia antara 13 hingga 25 tahun p
ula mendapati 6
34
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
peratus daripada sampel pernah terlibat dengan seks bebas. Peratusan ini pastiny
a akan meningkat sekiranya usaha-usaha serius untuk membendung gejala ini tidak
dilakukan. Apa yang kita bincangkan ini ialah pengaruh pemikiran seks secara lan
gsung. Maka, dunia IT adalah topik perbincangannya. Namun, tidak seharusnya kita
lupa bahawa pengaruh pemikiran seks ini juga tersebar melalui medium-medium med
ia massa lain secara tidak langsung. Terdapat sesetengah majalah yang khusus mem
aparkan cerita-cerita artis semata-mata. Lalu, disiarkanlah gambar-gambar para a
rtis dengan pelbagai jenis ragam dan pakaian. Apa yang menyedihkan, terdapat gam
bar-gambar artis yang disiarkan ini sangat melampaui batas. Pakaian para artis y
ang mendedahkan sebahagian buah dada, sengaja menyingkap kain sehinga ternampak
bahagian paha, gambar para artis dengan berpakaian mandi di tepi kolam, gambar p
ara artis yang bukan mahram berpelukan lelaki dan perempuan tanpa batasan dan ti
dak kurang juga gambar para artis yang sengaja ber”posing” dengan gaya-gaya yang men
ghairahkan. Ini adalah gambaran sebahagian contoh-contoh yang terdapat dalam maj
alah-majalah yang dijual di negara kita. Apa yang disebut tadi bukan dilakukan o
leh artis-artis barat sahaja, tetapi artis-artis tempatan juga telah mula berani
melakukan aksi-aksi sedemikian. Tidakkah semua bahan-bahan ini apabila dilihat
dan dibaca oleh para remaja akan membuatkan mereka menuruti jejak langkah artis
idola mereka? Atau mungkin juga akan menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin m
encuba. Penularan pemikiran seks ini juga banyak tersebar melalui iklan-iklan di
media massa. Menurut Mansor Ahmad Saman, katanya selain daripada profesion pela
curan, barangkali profesion periklananlah yang paling banyak memperdayakan seks.
Pelacuran memperdagangkan seks itu sendiri, manakala periklanan – bukan semua, te
tapi kebanyakan daripadanyamenggunakan seks untuk memperdagangkan barang-barang
dan perkhidmatan.
35
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Walaupun mungkin keadaan ini masih lagi terkawal di negara kita, tetapi bibit-bi
bit ke arah itu semakin banyak didapati. Ianya terbukti apabila ada para pengikl
an yang telah menghasilkan iklan-iklan yang menggunakan runtutan seks yang tidak
cocok dengan budaya ketimuran masyarakat kita, apatah lagi jika ditimbang berda
sarkan neraca syariat. Banyak gambar-gambar tubuh wanita yang boleh dikatakan se
paruh bogel digunakan untuk menjual pelbagai barangan; dari kenderaan hinggalah
kepada pakaian. Oleh itu, keadaan ini mesti diawasi dan diberi perhatian penting
. Ini kerana, menggunakan rayuan kepada kehendak manusia dengan memperalatkan se
ks adalah sesuatu perbuatan yang tidak berakhlak. Peranan Media Massa Menangkis
Serangan Pemikiran Salah seorang ahli teori Barat yang pertama sekali menghuraik
an tentang tujuan media massa ialah Lasswell (1948). Menurut Lasswell (dalam Yus
of Hussain, 1988), media massa mempunyai tiga peranan iaitu mengawasi alam sekel
iling (surveillance), membincang dan mencadangkan perubahan, tindakan dan penyes
uaian yang perlu dilakukan oleh masyarakat bagi menghadapi perubahan –perubahan da
n masalah-masalah baru dalam masyarakat (correlation), dan menyampaikan warisan
sosial iaitu ilmu pengetahuan, nilai dan norma masyarakat kepada generasi baru.
Sudah tiba masanya pihak berkuasa bersifat serius dalam perlaksanaan Akta Kebuda
yaan Kebangsaan yang telah digagaskan pada tahun 1971. Akta ini digagas berteras
kan tiga unsur utama yakni unsur kebudayaan asal rantau ini, unsur kebudayaan la
in yang wajar dan unsur Islam sebagai unsur terpenting (Syuhada, 2009). Berdasar
kan garis panduan yang telah digagaskan, semua pihak yang terlibat dengan media
massa secara lansung atau tidak lansung
36
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
perlu peka dan berkerjasama dalam menangkis serangan permikiran yang semakin men
ular dalam masyarakat. I. Mendapat pemahaman Islam yang sebenar Media massa haru
s mendapat pemahaman Islam yang sebenar, Islam bukan satu agama yang terpisah da
ri dunia realiti atau hanya mengfokuskan kepada ritual ibadat semata. Tetapi aja
ran Islam sebagai agama universal mengcakupi setiap aspek kehidupan. Firman Alla
h yang bermaksud: ”Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam kese
luruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan
itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah, 2:208). Masyarakat berhak mendapa
t pemahaman sebenar tentang Islam, Syuhada (2009) menganggap cukuplah selama ini
apabila masyarakat yang bergantung kepada media massa disajikan dengan informas
i dan hiburan yang tidak membina peribadi dan peradaban. Jaafar (2009) menyarank
an pemahaman sebenar terhadap media arus perdana dalam mengartikulasi usaha pema
ntapan ekonomi umat Islam, selain itu dengan pemahaman sebenar tentang garis pan
duan dari perspektif Islam mampu membantu media massa menyaring maklumat dan men
yampaikan maklumat yang mampu membina jati diri muslim yang sebenar. Tanpa ada p
emahaman sebenar tentang garis panduan Islam berhubung dengan tatacara penggunaa
n media massa, media massa akan hanya mencedok segala macam pemikiran untuk dija
dikan bahan promosi secara lansung atau tidak. II. Mengetengahkan peranan para u
lamak, sarjana dan ilmuan Islam Bagi mengiktiraf peranan para ulamak, sarjana da
n ilmuan Islam di Malaysia, kewujudan Majlis Penasihat Shariah boleh membantu at
au berkerjasama dengan LPFM dalam proses
37
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
penapisan dan penyampaian maklumat. Ini tidak bermaksud LPFM tidak melakukan ker
ja dengan baik, tetapi proses penapisan dan penyampaian dari perspektif Islam se
suai dengan keilmuan para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam. Dengan cara ini, pen
ghasilan dan pameran yang melepasi media massa melalui filem dan drama dapat dik
awal sesuai dengan landasan syariat Islam. Zaharom (2006) dalam tulisan beliau m
embawa contoh kritikan tiga golongan yang mengkritik kuat LPFM atas berat sebela
h mereka dalam melaksanakan tugas mereka iaitu golongan liberal, golongan konser
vatif dan golongan seni. Ternyata kritikan demi kritikan yang dilontarkan ketiga
-tiga golongan ini menghimpit LPFM dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu tan
pa mengira asas kritikan tersebut, LPFM disarankan berpegang teguh kepada dasar
am garis panduan LPFM yang ternyata jika dilihat daripada zahirnya selari dengan
syariat Islam. Penapisan filem berdasarkan garis panduan itu bertujuan sebagai:
“Untuk melindungi orang ramai dari kemungkinan pengaruh buruk yang diakibatkan da
ripada penontonan filem dan bahan-bahan publisiti sesebuah filem sehingga mendor
ong mereka; melakukan perbuatan-perbuatan tercela dan perkara-perkara yang tidak
bermoral; dan bersimpati dengan ideologi yang bertentangan dengan prinsip-prins
ip Rukun Negara” (1992: 2) Maka dengan adanya bantuan daripada para ulamak, sarjan
a dan ilmuan Islam dalam membantu LPFM melaksanakan tugas mereka sekaligus menep
ati dasar am garis panduan LPF yang telah ditetapkan sesuai dengan syariat Islam
. Selain daripada itu, media massa seharusnya memberi ruang seluas-luasnya untuk
proses penyebaran ilmu kepada para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam di Malaysia
. Program berbentuk keagamaan adalah sungguh sedikit jika
38
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
dibandingkan dengan program hiburan, malah ianya pula selalunya diletakkan pada
waktu yang tidak sesuai. Dengan mengiktiraf keilmuan golongan agamawan ini, mere
ka juga mampu untuk memberikan sumbangan dan idea-idea baru dalam menyediakan ba
han-bahan untuk filem. Dan dengan bantuan daripada mereka yang berilmu, semakan
dan kajian semula permit majalah dan akhbar yang mempunyai unsur khurafat dan se
ks boleh dikenal pasti. Tambahan pula, dengan cara ini media massa seharusnya me
mberi galakkan kepada golongan agamawan dan ahli akademik untuk turut terlibat s
ecara langsung dalam industri perfileman. Ini adalah kerana ramai orang yang tid
ak selesa jika asyik dikritik sepanjang masa. Oleh itu, kertas kerja ini ingin m
encadangkan supaya para karyawan dan penerbit filem untuk mewujudkan hubungan la
ngsung dengan golongan agamawan dan ahli akademik yang berkredebiliti. Sentiasa
rujuk kepada mereka dalam menghasilkan apa-apa karya. Mungkin juga pihak tertent
u boleh memikirkan untuk diberikan kursus yang khas kepada lepasan universiti da
lam jurusan agama yang berminat untuk terlibat dalam industri perfileman. Untuk
mengharapkan lepasan jurusan agama ini terus mengarahkan atau menerbitkan filem
mungkin ianya suatu yang sangat drastik, tapi sekurang-kurangnya mereka boleh di
latih untuk menulis skrip dan menyediakan bahan-bahan yang bermutu untuk industr
i perfileman negara kita. Begitu juga pentingnya memperbanyakkan program-program
dan bahan-bahan ilmiah di dalam media elektronik dan media cetak. III. Perbanya
kkan filem-filem yang mampu mendidik masyarakat. Kita terus mengharapkan agar pe
nerbit dan pengarah-pengarah filem tempatan di negara kita untuk terus berkarya.
Cuma, harapan kita semoga bakat seni dan kemampuan yang dikurniakan kepada mere
ka itu akan dimanfaatkan dalam usaha bersama membina sebuah
39
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
generasi yang bermaruah, dihormati, dan tahu hala tuju hidup ini. Kita masih mem
erlukan filemfilem yang mampu mendidik masyarakat ke arah lebih baik. Memetik Za
karia Sungib (dalam Zaheril, 2006) yang menyatakan ”...jika karyawan filem seorang
yang mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap tanggungjawab sosial, tentunya dia
akan lebih ”selective” lagi kerana memikirkan kesan (natijah) filem kepada penonton”.
Menyentuh hal ini, pujian layak diberikan kepada seniman tanah air kita, Tan Sr
i P. Ramlee diatas sumbangan beliau dalam menghasilkan banyak filem-filem yang b
ermutu dan berkualiti. Bermutu dan berkualiti bukan dari sudut cara pembikinanny
a, tetapi isi kandungan dan mesejnya yang mampu mendidik masyarakat, meningkatka
n semangat patriotik, memupuk perasaan muhibbah dan sebagainya. Menurut Naim Hj
Ahmad (1995) masyarakat kini mula menyedari akan sumbangan besar P.Ramlee. Antar
a filem-filem beliau yang masih digemari dan mempunyai nilai-nilai pendidikan ya
ng tinggi ialah Ibu Mertuaku (1962), Antara Dua Darjat (1960), Hang Tuah (1965),
Anakku Sazali (1956) dan Sarjan Hassan (1958) dan pelbagai lagi. Begitu juga fi
lem-filem lain seperti filem Bukit Kepong, Embon, Leftenan Adnan dan lain-lain l
agi yang seumpamanya. Ini tidak bermaksud memburukkan pengarah dan penerbit file
m yang lain, tetapi sekadar ingin mengajak untuk kita berfikir semula. Adakah ma
syarakat sekarang memerlukan filemfilem seperti KL Menjerit, Remp-It, Impak Maks
ima, Bohsia dan banyak lagi yang seakaakannnya? Dan yang masih dibahaskan ialah
filem Anu Dalam Botol yang ingin memaparkan ”realiti” kehidupan golongan maknyah dan
gay. Setelah skrip filem ini dikaji oleh pihak JAKIM, menurut laporan sebuah ak
hbar tempatan, judul filem ini dicadangkan supaya ditukar menjadi
40
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
”Anu Dalam Almari” dan yang terkini pihak JAKIM mengarahkan supaya ditukarkan tajuk
menjadi ”... dalam botol” (Dot dot dot dalam botol). Biar apa pun judulnya, persoala
n yang ingin dilontarkan ialah adakah dengan menerbitkan filem-filem sebegini da
pat membantu mengurangkan masalah ”samseng jalanan” – atau dulu disebut sebagai ”mat rem
pit”, bohsia, lumba haram, pelacuran dan sebagainya? Atau ia boleh menjadi pencetu
s perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam hati para remaja? Adakah masyaraka
t tidak tahu bahawa wujudnya gejala ”samseng jalanan”, bohsia, lumba haram dan masal
ah yang lain sehingga ia perlu difilemkan? Jika dengan alasan apa yang dibuat in
i adalah untuk menayangkan perkara realiti kepada masyarakat, siapa pula yang me
netapkan peraturan bahawa perkara realiti perlu ditayangkan? Atau sekiranya deng
an alasan yang sama, rasanya dalam realiti sekarang masih banyak nilai-nilai mur
ni dan positif dalam masyarakat kita yang boleh ditonjolkan. Zaheril Zainudin (2
006) menyebut, filem dan budaya sesebuah masyarakat mempunyai hubungan yang amat
intim antara satu sama lain. Ini kerana, filemlah ”budaya”. Dalam erti kata yang lu
as, ia merangkumi penonjolan, perbincangan dan penghargaan aspek-aspek cara hidu
p yang berkait rapat dengan sesebuah masyarakat. Malah filem bukan sahaja dapat
menghiburkan hati yang lara, tetapi juga berupaya mendidik, mengejutkan malah tu
rut mengajar sesuatu yang baru kepada penontonnya. Maka, kita mengharapkan filem
-filem yang mampu mendidik masyarakat ke arah pengamalan budaya baik dan harmoni
sejajar dengan ajaran Islam. IV. Mewujudkan Majlis Media Muslim Malaysia Sebena
rnya, sekiranya pihak yang berwajib menguatkuasakan segala peraturan dan garis p
anduan yang telah ada berkaitan dengan industri hiburan, perfilemen dan media ce
tak, ianya telah memadai. Peraturan dan garis panduan yang tertulis di atas kert
as itu sudah cantik, yang
41
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
tinggal ialah untuk mencantikkan juga perlaksanaan dan penguatkuasaannya. Rujuk
lampiran kertas kerja ini yang mengandungi Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsa
an, Garis Panduan Hiburan dalam Islam yang dibuat oleh JAKIM, Garis Panduan - Ba
han Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Berca
nggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh JAKIM dan juga Garis
Panduan Penerbitan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Keseriusan dalam mengapl
ikasi kesemua garis panduan yang telah dibuat ini akan seharusnya mengakibatkan
mana-mana program hiburan dan bahan bercetak yang tidak memenuhi atau melanggar
peraturan yang telah ditetapkan, hendaklah dilarang. Ini tidak bermaksud pihak m
edia gagal dalam tugasannya dalam menjaga dan memelihara imej Islam, tetapi penu
laran serangan pemikiran yang terkandung dalam media dan peningkatan filem dan d
rama berunsurkan pelbagai jenis serangan pemikiran baik di radio mahupun televis
yen sangat membimbangkan. Maka tindakan tegas daripada pihak yang terlibat dan b
erkuasa diperlukan bagi menjaga akidah dan syariat Islam. Walau bagaimanapun, Y.
B. Dato’ Seri. Dr’ Ahmad Zahid Hamidi (2009) pernah mencadangkan supaya diwujudkan
Majlis Media Muslim Malaysia dengan mengadakan pertemuan stratergik antara merek
a yang terlibat dalam media dan juga di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Islam untuk berkerjasama mewujudkan jawatankuasa khas bagi membincangkan imej d
an paparan Islam di dalam media. Justeru beliau merasakan pihak media tidak seha
rusnya terbeban dengan kisah politik dan hiburan semata, pemurnian yang boleh di
lakukan oleh pihak media dengan mengetengahkan ajaran Islam mampu membantu mempr
omosi kehidupan bermoral dalam masyarakat. Hal ini jelas kerana apa yang baik un
tuk Islam semestinya baik juga untuk umat dunia sejagat.
42
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Jawatankuasa khas yang wujud boleh bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam
media seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam membendu
ng penularan serangan pemikiran yang telahpun berlaku lama di Malaysia ini. Sela
in itu Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Jawatankuasa Rayuan Filem dih
arap dapat memperketatkan pemberian Sijil Kelulusan Filem terutamanya kepada pen
erbit muslim supaya filem atau drama yang ingin diterbitkan kepada umum tidak me
mpromosi apa-apa yang bercanggah dengan syariat Islam. Jika perlu, kesemua Lesen
Pengeluaran Filem FINAS, Sijil Penggambaran Filem (SPP), Sijil Kelulusan Filem
dan sebagainya yang diperlukan bagi menghasilkan dan mempamerkan filem atau dram
a ditelusuri semula dari semasa ke semasa dan dilakukan penambahbaikan berlandas
kan syariat Islam. Kesimpulan Pisau adalah alatan yang tajam, ianya boleh diguna
kan untuk memotong buah, dan pada masa yang sama ianya boleh disalah guna untuk
dijadikan senjata membunuh. Pisau itu semestinya satu alat keperluan, tidak berm
aksud jika ianya disalahgunakan, maka penggunaannya perlu diharamkan. Tetapi pen
gguna mestilah memahami matlamat
penggunaannya terlebih dahulu, begitulah juga halnya dengan media massa. Segala
serangan pemikiran yang didedahkan ini hanyalah antara sekian banyaknya pemikira
n yang sedang berlaku, hanya dengan pendedahan cirri-cirinya sahaja para pembaca
dan penonton boleh mengenalinya dan berhati-hati akan bahayanya serangan pemiki
ran ini terhadap akidah mereka. Cuma sahaja umat Islam kadang kala lalai dengan
hiburan yang berleluasa hidangan media massa, walhal pada masa yang sama mereka
risau dan mengambil berat akan keperluan pembinaan peradaban bagi golongan belia
. Persoalannya adakah acuan yang diinginkan itu berasaskan daripada campuran jat
idiri (agama) yang diselit sama lambakan
43
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
ideology yang ternyata bercanggahan dengan ajaran Islam atau mengikut acuan yang
telah ditetapkan oleh ajaran al-Quran dan as-Sunnah? Sesungguhnya kebenaran itu
tidak boleh bercampur dengan kebatilan kerana hasilnya pasti tidak mendatangkan
kualiti yang sempurna. Secara rasionalnya, pendedahan serangan pemikiran ini bu
kan hanya ditujukan kepada media massa tetapi semua individu bergelar muslim bag
i tujuan pembentengan akidah. Umat Islam sewajarnya kembali menghayati ajaran Is
lam yang suci demi untuk memartabatkan imej agama yang maju lagi saintifik. Diha
rap penjelasan berkenaan serangan pemikiran melalui media massa ini mampu dijadi
kan batu loncatan kepada lebih banyak penyelidikan pada masa akan datang untuk d
idedahkan kepada para penerbit media cetak, elektronik dan perfileman serta semu
a pihak, demi mengekang unsur-unsur yang mampu mengugat akidah umat Islam kepada
dan juga usaha memurnikan kandungan bahan-bahan penerbitan, berdasarkan prinsip
dan nilainilai agama yang luhur, mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
44
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
RUJUKAN
Ahmad Azam Abdul Rahman. (2003). Media Massa Barat dan Penghinaan Terhadap Islam
Satu Penilaian. Kuala Lumpur:IKIM.
Ahmad Murad Merican. (2005). Media History Worldviews and Communication Futures.
Kuala Lumpur:University Malaysa Press. ms.145-157.
Ahmad Zahid Hamidi. (2009). Peranan media massa dalam memantapkan budaya keusaha
wanan ummah:gagasan dan cabaran merealisasikannya. Sempena Kongres Ekonomi Islam
Ketiga yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2009.
Ariff Fathul Ulum (April 2009). Di Balik Istilah Pemikiran Islami. Majalah Al-Fu
rqon. 09(8). Indonesia:Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon.
A. Aziz Deraman. (2003). Revolusi Teknologi Maklumat dan Umat Islam di Malaysia.
Pemikir, ms. 125-145.
Azizan Baharuddin (2003), Peranan Media Massa dan Sastera Dalam Pembangunan Umma
hSatu Perspektif Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Brasher B. (October 19, 2001). Evangelicalism. Encylopedia of fundamentalism. Lo
ndon: Routledge.
Brasher B. (October 19, 2001). Hedonism. Encylopedia of fundamentalism. London:
Routledge.
Brasher B. (October 19, 2001). Televangelism. Encylopedia of fundamentalism. Lon
don: Routledge.
45
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Borchert, D.M. (2006). Hedonism. Encylopedia of philosophy. (jld.4 ms. 254-258).
London:Routledge.
Cialdini, R. B. (2001). Influence: Science and practice. (4th Ed.). Boston: Ally
n & Bacon.
Cialdini (2007). "The Media:Carriers of Contagious Information". Diambil pada 15
Mei, 2009 dari: http://www.in-mind.org/issue-4/the-media-carriers-of-contagious
-information.html
Ensiklopedia Islam. (1998). Khurafat. Kuala Lumpur : Malaysia Encyclopedia Resea
rch Center Berhad.
Filem seram tidak merosakkan. (Mei 18, 2008). Utusan Malaysia. Diambil pada dari
15 Mei 2009 dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0518&pub=Ut
usan_Malaysia&se c=Hiburan&pg=hi_01.htm
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam. (14 Januari 2009). Diambil pada 16 Mei 2009 d
ari
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=3710
Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsu
r-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. (21 Nov
ember 2005). ). Diambil pada 16 Mei 2009 dari
http://www.islam.gov.my/e-
rujukan/lihat.php?jakim=773
Garis
Panduan
Penerbitan
KDN.
(n.d.).
Diambil
pada
16
Mei
2009
dari
http://www.moha.gov.my/template01.asp?contentid=67
Ima Syuhada Ismail. (2009). Cabaran Media Dakwah Islami Dalam Era Globalisasi. D
iambil pada 30 Mei 2009 dari http://www.e-zakat.com.my/artikel/artikel-10.asp
46
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Ismail Omar. (2006) Manhaj Aqidah Ahli As-sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur:Access
InfoTech (M) Sdn Bhd.
Johan Jaaffar. (2002), Antara Kebenaran & Wibawa Moral: Cabaran Media Hari Ini,
Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda (INMIND).
Johan Jaafar. (2009). Peranan media massa dalam memantapkan budaya keusahawanan
ummah:gagasan dan cabaran merealisasikannya. Sempena Kongres Ekonomi Islam Ketig
a yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2009.
John L. Esposito. (1995). The Islamic Threat: Myth or Reality?. New York : Oxfor
d University Press. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Kamus Dewan Edisi k
etiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ms.448.
Khalid Al-Juraisy. Al-Fatawa Asy-Syara iyyah Fi Al-Masail Al-Ashriyyah Min Fataw
a Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-2, Indonesia: Dar
ul Haq.
Lippmann. (1922). Public Opinion. New York: Macmillan.
Mansor Ahmad Saman (1982), Iklan: Amanah Seks dan Jual Janji, Dewan Bahasa dan P
ustaka.
Media Consumption in Malaysia Remains Strong.(2007, Oktober 1). Nielson Media. D
iambil pada 15 Mei 2009 dari http://my.nielsen.com/site/20071001.shtml
Mohamad
Md.Yusoff.
(1993).
Media
dan
masyarakat:satu
kumpulan
esei.
Kuala
Lumpur:Percetakan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2006). Gambaran Pengaruh Budaya Barat. Diambil pada 1
3 Mei 2009 dari http://ridhuantee.blogspot.com/2006/06/gambaran-pengaruh-budaya-
barat.html
47
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Mohd Ghazali Md Nor (2007) Israiliyyat Moden :Tumpuan Terhadap Hedonisme (Latiha
n Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Ma
laya) ms. 41. Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin. Ash-Shahwah Al-Islamiyah Dhawabit
h wa Taujihat, (edisi Indonesia Panduan Kebangkitan Islam, Penerjemah Muhammad I
hsan Zainudin, Indonesia:Darul Haq.
Muhammad Nashiruddin Al-Albani, (n.d.). Silsilah Shohihah, jld.6.
Muhammad Nashiruddin Al-Albani. (n.d.). Kitab Sifat Kiamat, Shahih Sunan al-Tirm
izi.
Nielsen Survey Finds Malaysians To Be Entertainment And Media Junkies. (2009, Ja
nuary 7). Nielson Media. Diambil pada 15 Mei 2009 dari http://my.nielsen.com/new
s/20090107.shtml
Nurul Ain. (Januari 19, 2009). Sesi ujibakat AF 7 dapat sambutan hangat. mStar O
nline. Diambil pada 13 Mei 2009 dari http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file
=/2009/1/19/mstar_hiburan/20090119102747& sec=mstar_hiburan
Naim Hj. Ahmad (1995), Filem Sebagai Alat dan Bahan Kajian, Serdang: Penerbit Un
iversiti Putra Malaysia.
Penyata Rasmi Dewan Rakyat Penggal Parlimen Ketiga. (18 Julai 1973). Kuala Lumpu
r: Percetakan Barat, jld.3 bil.21 ms. 34-35.
Phillips, D. P. (1989). Recent advances in suicidology: The study of imitative s
uicide. In R. F. W. Diekstra, R. Maris, S. Platt, A. Schmidtke, & G. Sonneck (Ed
s.), Suicide and its prevention: The role of attitude and imitation (pp. 299-312
). Leiden: E. J. Brill.
48
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Research on Pornography (N.D). Diambil pada 30 Mei 2009 dari http://ktk.ru/~cm/s
tat2.htm
Rosli Hassan. (Mei 19,2009).JAIM serbu Pulau Besar. Kosmo. Diambil pada 13 Mei 2
009 dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=N
egara&pg=ne_01.htm
Salhan K. Ahmad. (December 10, 2006). Most porn surfers from Kota Baru and Kuant
an. The Star. Diambil pada 13 Mei 2009 dari http://thestar.com.my/news/story.asp
?file=/2006/12/10/nation/16280253&sec=nation
Shahril Anuar Abdul Ghalim. (2006), Program Realiti Tempatan, Nilai: Penerbit KU
IM.
Siti Suriani Othman. (2006). Kesan TelevisyenTerhadap Identiti Remaja: Satu Tinj
auan, Nilai: Penerbit KUIM.
Utsman Abdussalam Nuh. (Februari 2007). Kategori Hizbiyyah Dan Harokah. Majalah
AlFurqon ,06(4). Indonesia:Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon.
Wahid Abdussalam Bali, Wiqayatul Insan Minal Jinni Wasy-Syaithan, (Judul terjema
han: Ruqyah Cara Islami Mengatasi Kesurupan). Aqwam. ms. 177-180.
Yahya bin Said Alu Syalwan. (2004). Fatawa Ath-thiflul Muslim, (edisi Indonesia
150 Fatwa Seputar Anak Muslim). Penerjemah Ashim. Indonesia:Griya Ilmu.
Yusof Hussain (1988), Peranan Media Massa Dalam Menyampaikan Risalah Islam, Pusa
t Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, UPM.
Zaharom. (2006). Isu dan cabaran media di Malaysia. Pualu Pinang:Penerbitan Univ
ersiti Sains Malaysia.
49
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009
Zaheril Zainudin. (2006). Pengaruh dan Kesan Filem Ke Atas Remaja. Nilai: Penerb
it Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
50

You might also like