You are on page 1of 2

Kedai Dobi Ahmad 001234567-U

Bersih | Suci | Berseri

xx Jun 200x

Ahmad Bin Ali


KEDAI DOBI AHMAD (001234567-U)
[Alamat]
[Alamat]
[Alamat]
Telefon : xxx-xxxxxxx (H/P) xx-xxxxxxxx (Pejabat) xx-xxxxxxxx (Rumah)

Pengurus
Bahagian Pembiayaan Perniagaan
[Agensi Pembiaya/ Bank]
[Alamat]
[Alamat]
[Alamat]

(U/P: [Nama Pegawai] )

Tuan,

RANCANGAN PERNIAGAAN UNTUK PERMOHONAN SKIM [NAMA SKIM]


- KEDAI DOBI AHMAD

Dengan sukacitanya, saya AHMAD BIN ALI, No. Kad Pengenalan : xxxxxx-xx-xxxx,
mengemukakan Rancangan Perniagaan untuk permohonan Skim [Nama Skim] berjumlah
RM200,000 bagi mendapatkan pembiayaan kewangan projek kedai dobi saya iaitu KEDAI DOBI
AHMAD di [Lokasi].

Berbekalkan pengetahuan melalui kursus perniagaan dobi anjuran [agensi/syarikat] dan


pengalaman bekerja secara praktikal selama 3 bulan di sebuah kedai dobi di [lokasi], saya
bercadang untuk membuka Kedai Dobi saya dengan anggaran kos projek sebanyak [RM250,000].

Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kedai & premis, ubahsuai premis, pembelian
stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang
untuk mendapatkan bantuan pembiayaan [nama Skim Pembiayaan] sebanyak [RM200,000]
manakala sumbangan saya adalah sebanyak [RM50,000].

[lokasi cadangan] saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk perniagaan Kedai Dobi
kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat
sesuai kerana ia terletak di premis pusat perniagaan [pekan/bandar ABC] dengan dikelilingi oleh
[5] buah taman perumahan dan terdapat [2] buah kondominium dan [2] apartment berhampiran
dengannya.

Dengan tahap persaingan yang sederhana dari [3] buah Kedai Dobi sedia ada, saya yakin dapat
bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang [25%] daripada saiz pasaran dengan
kekuatan pada kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan.

Produk perkhidmatan dobi saya antara lain akan merangkumi cucian normal, cucian
comforter/toto, cucian cadar, langsir, blanket, lapik kusyen, khidmat menggosok pakaian, cucian
kering seperti baju kurung set, kot, blazer, jaket, suit (kot dan seluar panjang), kemeja, kemeja T,
jeans, seluar panjang dan lain-lain.

Saya berharap dengan bantuan [skim pembiayaan] ini akan dapat merealisasikan rancangan
perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan
meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perniagaan dobi khasnya.
Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai. Kami dahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

AHMAD BIN ALI


No. K/P: xxxxxx-xx-xxxx
Telefon : xxx-xxxxxxx (H/P) xx-xxxxxxxx (Pejabat) xx-xxxxxxxx (Rumah)

You might also like