You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1/2011

TARIKH : 12 JANUARI 2011


TEMPAT : BILIK MESYUARAT
MASA : 12.30 TENGAHARI

SENARAI KEHADIRAN

1. En. Moy Wah Goon 25. Pn. Hamidah bt. Omar


2. En. Chan Seng Fook 26. Pn. Theyvi A/P Ramasamy.
3. En. Wan Ahmad Samsudin 27. Pn. Rosnita Ahmad Kasrin
4. En. Rangasamy A/L Muthusamy 28. Pn. Noraini Ibrahim
5. Pn. Lee Nyit Fong 29. Pn. Yap Chui Peng
6. Pn. Yip Wai Lin 30. Pn. Rafiah Ishak
7. Pn. Megawati Mukhtar 31. Pn. Nooraini Mat Jusoh
8. Pn. Ezmah @ Hasanah Mahmud 32. Pn. Madziah Abdullah
9. En. Awang Mahadi Ali 33. Pn. Bahijah Mohd Kassim
10. Cik Lim Poh Ling 34. Pn. Izariah Ismail
11. En. Sebastian Rajah A/L Singarajah 35. Pn. Zaidom Muda
12. Pn. Roslina Tajul Arus 36. Pn. Yeow Siew Eng
13. Pn. Roshanilawatey Jusoh 37. En. Koh Teck Seng
14. Pn. Zaimuni Hamzah 38. Cik Nur Adilah Ghazali
15. Pn. Renuha Ratnasingam 39 Cik. D. Ratha A/P Damodharan
16. Pn. Lee Lai Kuen 40. Pn. Nurshuhadah Mohammad
17. Pn. Rosiah Awang Ngah 41. En. Eng Jeng Hong
18. Pn. Lim Hui Chin 42. Pn. Zaleha Osman
19. Pn. Yin Yoke Chan 43. Pn. Rosni Che Hak
20. Cik Tan Shou Shan 44. Cik. Fuziellah Abu Bakar
21. Pn. Kuek Aye Noi 45. Pn. Suriani Awang
22. Pn. Chan Mee Lan 46. Pn. Wan Zuwarisah Wan Zaid
23. En. Choy Pat Fon 47. Pn. Wan Bahiah Wan Nik
24. Pn. Zuraidah Ahmad

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. En. Senthil Nathan


2. Pn. Wong Soon Moi
3. En. Lau Tin Baw
4. Pn. Yin Yoke Chan
AGENDA:

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

Tuan Pengerusi selaku Pengetua SMKTP mengucapkan terima kasih dan mengalu-
alukan kehadiran semua ahli Jawatankuasa Kurikulum SMKTP ke mesyuarat
Kurikulum yang Pertama untuk sesi Persekolahan 2011.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pengesahan minit mesyuarat kali ke-4 2010 dicadang oleh Pn. Madziah dan
disokong oleh Pn. Zaidom.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Ujian dan Peperiksaan


Pengetua menjelaskan masih terdapat guru-guru yang tidak meronda kelas
semasa mengawas peperiksaan.Keadaan masih tidak mencapai tahap memuaskan.

3.2 PCG
Pengetua meminta agar panitia P.Moral merancang pembelian BBM dari awal
tahun lagi supaya duit PCG yang diperuntukan tidak berbaki terlalu banyak
seperti tahun 2010.

3.3 Pencerapan dan Semakan buku Latihan


 Pengetua meminta Ketua bidang dan Ketua panitia membantu cerap kelas-kelas
terutamanya matapelajaran yang merosot seperti P. Islam, KHB, Geografi dan
Sejarah.
 Beliau juga meminta agar buku latihan pelajar ditanda lebih kerap dan
menyerahkan buku latihan pelajar mengikut takwim yang telah ditetapkan dalam
buku Pengurusan Sekolah.

4. POST MORTEM PEPERIKSAAN PMR 2010

Mata 2010 2009


Pelajaran Peratusan Lulus Peratusan Lulus
Bahasa Malaysia 88.91 % 87.53 %
Bahasa Inggeris 79.41 % 83.72 %
Pendidikan Islam 83.78 % 95.95 %
Sejarah 84.58 % 89.95 %
Geografi 86.20 % 91.58 %
Matematik 95.25 % 95.92 %
Sains 91.63 % 91.35 %
K. Hidup 1 83.99 % 92.42 %
K. Hidup 2 100 % 97.73 %
B. Cina 85.85 % 87.30 %
B. Tamil 100 % 100 %
Ulasan Pengetua :
 Pencapaian keseluruhan Peperiksaan PMR tahun ini amat merosot.
 P. Islam menunjukkan penurunan yang amat ketara sekali.

Cadangan :
- Pengetua mohon kepada semua panitia :-
 Rancang strategik Kurikulum. Semua program yang dirancang perlu
dilaksanakan.
 Pastikan P&P berkesan berlaku dalam kelas.
 Mulakan dengan kelas-kelas Pemulihan bagi pelajar yang lemah lebih awal.
 Rancang lebih awal kelas tambahan dan teknik menjawab soalan.
 Rancang ‘in-house training’ bagi penanda kertas.
 Adakan program-program motivasi.
 Tingkatkan disiplin pelajar
 Program BI – Teruskan perhimpunan dalam BI.
 Tampal gambar pelajar cemerlang sebagai rangsangan.
 AJK Ponteng – Mainkan peranan untuk atasi masalah pelajar yang suka ponteng
agar pencapaian akademik dapat ditingkatkan.
- Tn. Pengetua juga meminta agar semua panitia adakan perbincangan untuk
selesaikan semua masalah yang timbul dan rancang program baru.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Program PKKP


- Tn. Pengetua mengingatkan :-
 Penyediaan Folio A, Folio B, Program Pemulihan dan Peningkatan.
 Semua TOV, ETR dan Headcount – mesti disiapkan penghujung bulan Januari.

5.2 Program Peningkatan Bahasa


- Pn. Yip ( Ketua bidang bahasa ) memaklumkan tentang program yang akan
dijalankan sepanjang tahun 2011 :
 BM – masih dikekalkan dengan seuntai kata.
 BI – Today’s Expression- satu patah perkataan untuk sesi pagi dan satu patah
perkataan untuk sesi petang.Satu perkataan akan diterjemahkan dalam 3 bahasa.
 Bagi tingkatan 3,4 dan 5 – Panitia cadangkan ungkapan dan peribahasa yang
menarik serta penerangan ringkas berkaitan ungkapan tersebut.
 Terjemahan perkataan dicadangkan dibuat oleh AJK Persatuan B.Melayu,
B.Inggeris dan B.Cina dengan kerjasama guru penasihat persatuan.Kamus yang
boleh digunakan ialah Kamus 3 bahasa.
 Beliau juga mengharapkan agar guru BM,BI dan BC memastikan para pelajar
salin perkataan dalam kelas.

5.3 Ucapan dari En.Chan Seng Fook( GPK 1 )


 Beliau menjelaskan tentang bidang tugas Jawatankuasa Kurikulum.
- Rujuk Lampiran yang diedarkan –
 Semua Fail PEKA dan Kerja Kursus hendaklah diletakkan setempat di bilik khas
bersebelahan dengan Bilik Peperiksaan iaitu Bilik Info.
 Bagi guru-guru yang menghadiri kursus, hendaklah menyerahkan bahan yang
diterima kepada Ketua bidang dan buat ‘in-house’ untuk berkongsi
pengalaman/pengetahuan dengan guru-guru lain.
 Beliau juga menjelaskan tentang guru-guru yang selalu keluar beri ceramah tetapi
tidak digunakan di sekolah sendiri dan kaunselor perlu atur seminar teknik
menjawab soalan untuk pelajar yang lemah serta perancangan perlu awal dan
cepat.
 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2010- keputusan gagal hampir 90 %.
Untuk tahun 2011, Panitia harus rancang untuk naikkan peratus.
 Beliau juga menjelaskan tentang subjek K.Hidup-40% markah dari kerja kursus.
Tingkatan 1-10%, Tingkatan.2-20% dan Tingkatan 3-10%. Oleh itu,semua guru
KH Petang perlu semak kerja kursus pelajar dengan baik dan pastikan kerja
kursus ada markah serta jangan bagi markah ‘0’. Keputusan PMR bergantung
kepada tingkatan 1 dan 2.
 Mesyuarat perlu tunjukkan video bagaimana cara mengajar.

5.4 Ucapan dari En.Rangasamy ( GPK KO-KURIKULUM )


 Beliau menjelaskan semasa mesyuarat ko-kurikulum pada hari Sabtu (8/1)
telah disuarakan hasrat sekolah kepada semua guru.
 Semua aktiviti perlu perancangan yang lebih teliti.
 Satu pelajar satu sukan- arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Sukan tidak dapat dijalankan di stadium kerana stadium akan ditutup tetapi
bulan 2 kena rancang samada sukan diadakan di Padang Kemunting atau sewa
padang SMK.Paya Besar.
 Merentas desa akan diadakan pada 25/2/2011 (hari Jumaat).
 Tahun ini akan diadakan Mesyuarat Agung bagi persatuan/kelab,sukan/
permainan dan badan beruniform sebelum 12/2/2011.

5.5 Ucapan dari En.Wan Ahmad Shamsudin (GPK HEM )


 Disiplin pelajar adalah kunci kepada kejayaan pelajar.
 Pelajar yang tidur tegar diminta guru hantar nama.
 Masalah ponteng- akan dibincang dalam mesyuarat disiplin.
 Beliau juga menyarankan agar semua guru menyelesaikan masalah
murid mengikut kemampuan sebelum dirujuk badan disiplin.

5.6 Seminar Teknik menjawab dan Program Motivasi


 En.Eng meminta kerjasama guru-guru untuk beri nama bagi teknik menjawab
soalan untuk dibuat jadual dan pastikan semasa teknik menjawab guru-guru ada
mengawas.
 Pn. Rosnita mencadangkan agar tahun ini, sekiranya ada ceramah
motivasi, pastikan semua pelajar dalam kelas diambil agar semua guru
boleh mengawas.

5.7 Aset dan Inventori


- Pn.Rosiah menyampaikan pesanan dari En.Lokman bahawa semua pembelian
barang tahun 2011 perlu direkodkan dalam buku harta modal,semua KP perlu:
 Dapatkan sebut harga
 Isi nota minta
 Dapatkan pesanan dari syarikat
 Local order
 Pembelian barang hapus kira kena rekod.

5.8 Pelajar buta huruf


 Pn. Roshanilawatey mohon pandangan dan tindakan untuk pelajar yang tidak
boleh membaca dan tidak faham apa yang dibaca serta program KIA 2M.
Antara cadangan :
 Tn.Pengetua meminta panitia bincang langkah-langkah yang perlu diambil bagi
mengatasi masalah tersebut.
 Beliau juga meminta agar Pn. Lee memantau guru-guru yang mengajar kelas
pemulihan.
 Pn.Lee menjelaskan sesi petang, para pelajar yang dikenalpasti telahpun
dikumpulkan dan dijalankan kelas pemulihan dan KIA 2M. Masalahnya:-
 Guru-guru B.Melayu tidak mengenalpasti betul-betul pelajar yang tidak boleh
membaca.
 Ada pelajar kelas pemulihan yang sentiasa ponteng dan tidak hadir ke sekolah.
Tn.Pengetua meminta :
 Semua panitia pastikan pelajar-pelajar yang tidak boleh membaca.
 Kepada guru B.Melayu- bincang cara yang sesuai untuk kenalpasti pelajar
peralihan.
 Senaraikan nama pelajar yang tidak boleh membaca dari tingkatan 1-5.

5.9 Program Peningkatan PMR


 Pecutan PMR yang diadakan merupakan salah satu faktor penurunan PMR 2010
 kerana para pelajar yang terlibat hanya fokus kepada satu-satu subjek sahaja.

Cadangan :-
 Pn. Wan Zuwarisah- buat jadual anjal.
 Pn. Megawati- habiskan sukatan sehingga bulan 6 dan penggal ke-2,buat jadual
anjal.
 Pn.Rosiah mencadangkan agar dibuat jadual untuk kelas tambahan supaya tidak
ada masalah pertembungan matapelajaran dan tempat.
 Tn.Pengetua meminta agar Ketua bidang buatkan jadual untuk kelas tambahan.

5.10 Bilik SAL


 Cik Ratha memohon untuk menggunakan bilik SAL semasa P&P Bahasa Tamil
tanpa gangguan.
 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa bilik SAL tidak sesuai untuk P&P. Oleh
yang demikian kelas B.Tamil dicadangkan ke makmal kimia 2.

5.11 Penyelaras Pusat Sumber


 Pn. Suriani memaklumkan :-
 Nilam – Guru kelas kena merekodkan bacaan pelajar dalam fail nilam..
 Bilik SAL– kerjasama dari ketua-ketua panitia agar meletakkan bahan-bahan
PMR dan SPM untuk pelajar-pelajar yang ingin belajar sendiri dan juga untuk
buat folio.
 Kerja kursus – boleh dibuat di bilik SAL.
 Bilik SAL akan dibuat sedikit pengubahsuaian berdasarkan fungsinya sebagai
bilik pembelajaran kendiri.
 BTV 3 dan 4 – untuk bilangan pelajar yang sedikit.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 pm.

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :

……..tt……….. …………..tt……………..
( PN.BAHIJAH MD.KASSIM ) (EN.MOY WAH GOON )
Pencatat Minit Mesyuarat Kurikulum Pengetua SMK.Tanah Putih.

You might also like