You are on page 1of 10

Ya Allah, ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dariMu.
Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau
perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan
dunia kami.

Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,


Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan
kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami
sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada
ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala
malapetaka dan sifat-sifat yang keji.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim.


Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa
perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan
keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai
kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana
yang kami cita-citakan.

Ya Allah ya Tuhan kami,

Kami bersyukur tidak terhingga atas limpah kurniaMu dan memohon


keberkatan yang berterusan dalam setiap perancangan dan seterusnya
mengambil keputusan sebagai panduan dalam mentadbirkan urusan negara
kami Malaysia yang tercinta ini dengan kemas dan teratur. Semoga segala
nikmat di bumi yang bertuah ini kami berjaya manfaatkannya sebagai
meningkat dan memantapkan ekonomi negara kami. Ya Allah, ya Tuhan
kami, kami memohon peliharakanlah hamba-hambaMu dalam sihat walafiat
dan aman sentosa sepanjang hayat.

Ya Allah, Tuhan Pemberi Rezeki,


Kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah agar para pemimpin di
segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam semua tingkatan
Persekutuan dan Negeri, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata
berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh
semangat, berkerjasama bermuafakat untuk memaju dan memakmurkan
Negara dan mempertahankan kesucian agama kami, membimbing rakyat ke
arah mencapai wawasan negara.

Ya Allah, Engkau peliharakanlah serta lindungilah dengan sepenuh ria’yah


dan pemeliharaan ke atas kami semoga kami sentiasa dalam sihat
sejahtera, aman bahagia selamanya. Kurniakanlah juga panduan serta
petunjuk kepada kami agar mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia
dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kami di dunia ini. Berikanlah
kekuatan kepada kami untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri.
Anugerahkanlah kepada kami kehidupan yang lebih berkualiti dari hari-hari
sebelumnya. Tinggikanlah darjat kami di sisiMu dengan keilmuan dan
kecintaan dalam terus berjuang dengan penuh keikhlasan untuk berbakti
terhadap agama, bangsa dan negara.

Sampaikanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, para ahli


keluarga dan para sahabat baginda sekalian, segala puji-pujian seluas langit
dan bumi hanya kepada Allah Taala, Tuhan sekalian alam.

DOA KARNIVAL – boleh olah semula…

Ya Allah, Tuhan Penguasa Alam,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan
kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada
hari ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah, Kami
berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredaanMu, kami
berkumpul untuk menghubungkan silaturahim, bermusyawarah, bertukar-
tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke
arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami.

Ya Allah, Ya Qahhar Ya Jabbar,


Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang,
terbilang, pelajar yang disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek
akademik mahupun ko-kurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi
pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin,


Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera
melakukan kebaikan. Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan
mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan dan
segala bentuk kemungkaran.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,


Kami memohon kekuatan dari hadratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir
pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami
pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid,


Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan
dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

majlis seminar pembangunan tanah

Ya Allah Ya Rahim
kami sekalian hambaMu yang berhimpun di dalam majlis seminar
pembangunan tanah ini, menadah tangan kepadaMu agar dikurniakan
keberkatan, nikmat dan berkat serta sihat wal afiat.
kami berdoa agar dipermudahkan segala urusan kami dengan diberikan
segala kekuatan fizikal dan mental bagi meneruskan tugasan kami dalam
memajukan masyarakat kami, membangunkan negeri kami, memajukan
kehidupan kami dengan jayanya seiring dengan nikmat yang dilimpahkan
kepada kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
bantulah kami menjalankan urusan demi meninggikan kalimahMu,
limpahkanlah keikhlasan di jiwa kami untuk membangunkan masyarakat dan
negara ke arah kehidupan yang lebih baik dan selesa. Jauhkanlah kami dari
segala mara bahaya, hindarilah kami dari segala keburukan hati dan
kejahatan lisan dan kurniakanlah kami jiwa yang bersyukur dan cintakan
amalan kebaikan.
Ya Allah Ya Azhim
Lembutkanlah hati kami dan satukanlah jiwa kami agar wujud persepakatan
dan persefahaman di antara kami dalam usaha menunaikan amanah yang
diberikan dengan lebih baik dan berkesan.
Ya Allah
Jadikanlah majlis kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami ini selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Janganlah Engkau jadikan pada diri kami dan mereka yang
bersama kami kebinasaan dan menjauhkan kami dari memperolehi
rahmatMu.
Ya Allah
Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, para pemimpin
kami dan seluruh kaum mukminin dan mukminat di mana sahaja mereka
berada.
Ya Allah
Perteguhkanlah iman kami, perkukuhkanlah amalan fardu kami,
perkuatkanlah azam kami dalam melaksanakan suruhanMu dan
meninggalkan segala laranganMu. KepadaMulah kami berserah dan
kepadaMu jualah kami bakal kembali nanti.

َ ‫ُك َوأَ ُت ْوبُ إِلَي‬


‫ْك‬ َ ‫ت أَسْ َت ْغ ِفر‬
َ ‫ك أَ ْش َه ُد أَنْ الَ إِل َه إِالَّ أَ ْن‬
َ ‫ك اللَّ ُه َّم َو ِب َح ْم ِد‬
َ ‫ُسب َْحا َن‬

Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa
tiada Tuhan melainkan Engkau. aku mohon ampun dan bertaubat kepada-
Mu.

SHAFIQ

Ya Allah Ya Rahim
sempena majlis perpisahan…. yang diraikan pada saat ini, kami menadah
tangan agar mereka dikurniakan keberkatan, nikmat dan berkat serta sihat
wal afiat.
kami berdoa agar dipermudahkan segala urusan mereka dengan diberikan
segala kekuatan fizikal dan mental bagi meneruskan tugasan mereka dalam
suasana berbeza dengan jayanya.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
bantulah mereka menjalankan urusan demi meninggikan kalimahMu,
limpahkanlah keikhlasan di jiwa mereka untuk membangunkan masyarakat
dan negara ke arah kehidupan yang lebih baik. Jauhkanlah mereka dari
segala mara bahaya, hindarilah mereka dari segala keburukan hati dan
kejahatan lisan.
Ya Allah Ya Azhim
Jadikanlah kami yang masih di sini dapat meneruskan tugasan dengan
cemerlang, perkhidmatan yang berkualiti dan gemilang demi memajukan
anak bangsa dan negara. Lembutkanlah hati kami dan satukanlah jiwa kami
agar wujud persepakatan dan persefahaman di antara kami dalam usaha
menunaikan amanah yang dibeban dengan lebih baik dan berkesan.
Ya Allah
Jadikanlah majlis kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami ini selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Janganlah Engkau jadikan pada diri kami dan mereka yang
bersama kami kebinasaan dan menjauhkan kami dari memperolehi
rahmatMu.
Ya Allah
Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, para pemimpin
kami dan seluruh kaum mukminin dan mukminat di mana sahaja mereka
berada.
Ya Allah
Perteguhkanlah iman kami, perkukuhkanlah amalan fardu kami,
perkuatkanlah azam kami dalam melaksanakan suruhanMu dan
meninggalkan segala laranganMu. KepadaMulah kami berserah dan
kepadaMu jualah kami bakal kembali nanti.

َ ‫ُك َوأَ ُت ْوبُ إِلَي‬


‫ْك‬ َ ‫ت أَسْ َت ْغفِر‬
َ ‫ك أَ ْش َه ُد أَنْ الَ إِل َه إِالَّ أَ ْن‬
َ ‫ك اللَّ ُه َّم َو ِب َح ْم ِد‬
َ ‫ُسب َْحا َن‬

Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa
tiada Tuhan melainkan Engkau. aku mohon ampun dan bertaubat kepada-
Mu.
edit semula

Segala puji dan syukur kami panjatkan kepadaMu Ya Allah. Selawat serta
salam buat Rasul pilihan, Muhammad SAW nabi akhir zaman. Kesejahteraan
buat keluarga baginda, kemuliaan buat sahabatnya dan seluruh muslimin
dan muslimat yang menurut jejak langkah mereka.

Ya Allah Ya Karim,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah, dengan
mengharap keredaanMu dalam seluruh hidup kami, kami berkumpul untuk
bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah
fikiran, tenaga dan sokongan, ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi
kebaikan anak-anak kami.

Ya Allah, Ya Munzilal Barakat,


Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami yang
sedikit ini dapat menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang, sekolah yang disegani dan dihormati,
sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia hingga
ke akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim,
Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan antara kami,
jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang
membawa keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di
antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa serta penjaga para
pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu


pengetahuan, hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah
kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami


bersama di medan ini bagi mendaulatkan agamaMu. Kami juga bersyukur
kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami
sehingga dapat menyelesaikan latihan ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut
nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang
ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu
bapa kami, keluarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat
seperjuangan dalam bidang ini.
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan
noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-
dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan
Islam dalam amal jamai’e;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami
nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka
didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara
seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda
berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai,
maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk
bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar
dengan ilmu yang kami pelajari ini.
Ya Allah
Janganlah Engkau, selewengkan kami dengan ilmu ini ke arah jalan penuh
dosa kemaksiatan, hindarilah diri kami dari segala kemungkaran, jauhilah
kami dari dendam permusuhan. Ya Allah, perteguhkanlah hati-hati kami
agar sentiasa mendaulatkan agamaMu dalam setiap masa, eratkanlah
perhubungan kami dalam menjaga kebajikan dan mencegah kemungkaran.

Doa Majlis Perkahwinan


Ya Allah,
Kami Menzahirkan Diri Kami Pada Hari Ini…
Untuk Sama-Sama Meraikan Pembentukan Sebuah Lagi Masjid Ummatmu…
Berkatilah Ya Allah… Kehadiran Kami Ini…
Semoga Berkatmu Ini Akan Menjadi Penyubur..Pada Pembinaan
Perkahwinan…
Yang Penuh Dengan Mawaddah Dan Rahmah…

Ya Allah…Ya Rabbana…
Kami Hanya Mampu Untuk Menadah Tangan Kami Kepadamu…
Dan Memohon Kepadamu Dengan Penuh Munajat…
Agar Apa Yang Kami Pinta Ini Dimakbulkan…
Sekiranya Pada Diri Kami Ini Masih Ada Kelemahan Dan Dosa….
Janganlah Ya Allah …Perkara Ini Menjadi Penghalang…
Pada Termakbulnya Doa Kami…. Yang Terbit Dari Hati Yang Ikhlas…
Dan Dari Jiwa Yang Sentiasa Mengharapkan Kebesaranmu Serta
Keampunanmu…

Allahumma….
Kami Berdoa Agar Kedua Mempelai Ini… Akan Terus Melengkapkan Iman
Mereka…
Melalui Perkahwinan Mereka…
Bekalkan Mereka Dengan Kasih Sayang Sejati… Perasaan Belas Kasihan
Yang Hakiki…
Tekad Usaha… Yang Tidak Mengenal Penat…
Tawakkal Kepadamu… Yang Tidak Mengenal Pasrah….
Kesetiaan Antara Satu Sama Lain… Yang Tidak Mengenal Sangsi…
Ketaatan Kepada Orang-Orang Tua Mereka… Yang Tidak Mengenal Derhaka…
Dan Yang Terpenting…
Keimanan Kepada-Mu… Yang Tidak Mengenal Ingkar…

Ya Rahman…Ya Rahim….
Insafikan Mereka Berdua Ini….
Bahawa Kejayaan Perkahwinan Mereka Bukan Bermula Dengan Kekayaan….
Bukan Bertapakkan Kedudukan…..
Dan Bukan Bersemarak Dengan Pujian….
Insafikan Mereka Ya Allah…..
Sebagaimana Juga Kami Yang Lain Telah Diinsafi….
Bahawa Kebahagiaan Perkahwinan Mereka Bermula Dengan Tidak Lupa
Pada-Mu….
Dengan Sentiasa Merindukan Kehadiran-Mu…. Dan Dengan Berkekalan
Mensyukuri Nikmat Iman Anugerahmu…
Kurniakan Kepada Mereka Berdua…
Sifat Saling Kukuh – Mengukuh…Sebagaimana Berlakunya Antara Rasulullah
S.A.W Dengan Khadijah….
Kerana Sesungguhnya… Mereka Berdua Akan Melalui Perjalanan Yang Tidak
Lekang Dari Diuji…
Kurnia Kepada Si Isteri Kesetiaan Kepada Suaminya… Sebagaimana
Kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W….
Peng`Abdian Kepada Allah S.W.T…Sebagaimana Peng`Abdian Rabiah Al-
`Adawiyyah..
Dan Iltizam Untuk Menjadi Isteri Serta Ibu Yang Solehah…Sebagaimana
Yang Ada Pada Sumayyah Binti Hubbath…
Kurniakan Juga Kepada Si Suami…Kebijaksanaan Membimbing Isterinya Ke
Ambang Syurga…
Dan Semoga Dia Sabar…Dengan Apa Pun Yang Menduganya… Sebagaimana
Nabi Allah Ayyub… Bersabar Dengan Ujian Terhadap Imannya, Kesihatannya
Dan Keluarganya…

Ya Allah….
Sesungguhnya Tidak Ada Doa Yang Susah Bagimu Untuk Makbulkan…..
Bagi Kami Yang Sama-Sama Menghadiri Majlis Pada Hari Ini….
Insafi Juga Diri Kami… Supaya Kami Mampu Menjadi Contoh Yang Hidup
Bagi Kedua Mempelai Ini…
Bagi Ahli Keluarga Kedua Mempelai… Yang Telah Kembali Ke Rahmat-Mu…
Izinkan Arwah Mereka Untuk Menyaksi…Saat-Saat Kebahagiaan Mereka
Berdua…
Semoga Anak…Cucu… Dan Keturunan Mereka… Akan Merupakan Insan-
Insan Yang Bakal Mewarisi Tunggak Agama-Mu…Dan Tanahair Yang Kami
Cintai Ini…
Amin….Ya Rabbal `Alamin….
makna kalimah:
allahumma allif baina al-arusain kama allafta baina adam wa hawa
Ya Allah mesrakanlah kedua pengantin ini sebagaimana mesranya Adam dan
Hawa

Wallahu a’lam

wassalam

You might also like