You are on page 1of 3

Motif Dan Sejarah Batik Di Malaysia

Wednesday, 21 April 2010 13:07 administrator

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada
masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap
tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik
mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.
Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik
atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau
menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan
sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak
terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif Batik

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses
melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk
utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam
semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik.


1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.


1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain
batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.

1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik.
Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit.
Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang
lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air
yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan.
Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah
kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok
corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan
mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan
terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak
dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena
lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di
lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih
sebagai benteng.

Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.
Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak
batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang.
Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas
corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan
corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu
skrin untuk satu warna sahaja

You might also like