You are on page 1of 20

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

KAJIAN TINDAKAN 2010

Nama dan Alamat Sekolah:

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN,

JALAN KOTA RAJA, 41000 KLANG

Nama Pengkaji:

EN AZLEE BIN AB RAHIM @ AHMAD 780306-01-6751

M.Ed (Discipline Mgmt), B.HSc (Hons)(Psych) , Dip.Ed

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG 41

Tajuk Kajian

TEKNIK 'AWAN RUMUS' DAPAT MENINGKATKAN GRED PURATA

MATA PELAJARAN (GPMP) SEJARAH : SATU KAJIAN TERHADAP

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT

DI SAMT SULTAN HISAMUDDIN, KLANG

BAGI TAHUN 2010

1
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi kelemahan para pelajar dalam

menguasai pelbagai topik yang terkandung dalam sukatan pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran Sejarah di sekolah. Seramai 35 orang pelajar

Tingkatan Empat (18 lelaki dan 17 perempuan) terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, pra ujian dan

temubual. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa para pelajar di kelas ini

mempunyai kelemahan yang begitu ketara dalam penguasaan fakta-fakta

Sejarah. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik 'awan rumus' untuk

membantu pelajar mengingati fakta-fakta yang telah dipelajari di dalam kelas

Sejarah, memahami huraian sesuatu topik, dan memotivasi serta mendorong

mereka untuk memberi tumpuan dan fokus semasa di dalam kelas. Kajian ini

telah dilaksanakan selama tiga bulan. Keputusan ujian post menunjukkan

peningkatan yang begitu ketara terhadap prestasi dan pencapaian pelajar.

2
1. REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu dimaklumkan pada akhir tahun 2009 bahawa saya akan mengajar

Tingkatan 4 Darussalam matapelajaran Sejarah pada tahun 2010 ini, saya

menerimanya dengan perasaan teruja dan gembira. Teruja kerana dapat mengajar

di kelas 'agak hujung', - yang pastinya sarat dengan pelbagai telatah dan karenah

- dan gembira kerana inilah masanya saya dapat membuktikan keupayaan saya

dalam memastikan kejayaan yang cemerlang untuk para pelajar, walaupun mereka

berada di kelas agak corot. Rasanya tidak perlu diulas erti frasa 'agak hujung' dan

'agak corot' tersebut – tanyakan sahaja kepada mana-mana warga pendidik, pasti

mereka tersenyum tanda mengerti.

Cabaran saya bermula seawal minggu pertama. Nakal dan bising bukan

ukuran – tapi penguasaan mereka yang lemah itulah yang menarik perhatian.

Sewaktu sessi PNP mereka tersenyum seolah mengerti, apabila ditanya, ramai-

ramai pakat menjawab “Fahammm.....”, tetapi apabila diberikan latihan –

aduhhh.... entah apa-apa yang dijawab! Saya mula mencongak-congak, “Agaknya

para pelajar ini masih baru, tak biasa lagi dengan format matapelajaran

Sejarah mengikut sukatan SPM...”. Saya bermain psikologi, sebenarnya lebih

cuba menenangkan emosi sendiri.

Minggu kedua tetap menunjukkan hasil yang sama. Walaupun format

Sejarah SPM telah saya ulang sebanyak 3 kali, kesannya tetap samar. Malah

apabila diberikan lembaran latihan secara spontan, ramai yang membiarkan

tempat kosong tanpa jawapan.

3
Eh, apa nak jadi? Geram juga rasanya. “Alah Cikgu... nak buat macam

mana? Dah lupaaa...” selamba sahaja Mohd Azim Azizan, Ketua Kelas 4

Darussalam apabila ditanya. “Kami ingat masa di kelas sahaja, lepas tu lupa...”

sahut yang lain, diikuti derai ketawa mereka beramai-ramai. Saya mendengar

penjelasan mereka dengan perasaan berbaur, bimbang saya apabila melihat

mereka seolah-olah telah patah semangat untuk memahami dan menguasai subjek

Sejarah. Pengalaman sebagai guru selama 8 tahun mengajar saya banyak perkara.

Anak-anak di kelas hujung ini bukan seperti anak-anak aliran Sains Tulen cekap

dan betah membaca. Jangankan membaca, anak-anak di kelas 'istimewa' ini saya

cukup yakin tidak membuka pun buku teks mereka di rumah!

Jadi apakah yang perlu saya buat?

Apakah cara pengajaran saya dalam proses PNP selama ini perlu diubah?

Apakah aktiviti yang saya boleh lakukan untuk menarik minat mereka? Bukan

sahaja menarik minat, tetapi juga bagi membantu penguasaan dan pencapaian

mereka dalam subjek Sejarah?

Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat

panitia, ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan suka

disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka

cemerlang apabila menjawab soalan. Malah ada yang mengatakan, “Cikgu,

budak-budak 4 Darussalam tu kalau tak ponteng sekolah dah untung....”.

4
Dalam maksudnya, dan saya terima dengan senyum pahit. Namun kembali

kepada persoalan sebenar, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani

masalah ini?

Sekiranya keadaan ini tidak segera dibetulkan, saya pasti masalah besar

akan menimpa sekolah yang disayangi ini dalam keputusan SPM 2011. Sesuatu

yang pasti, saya tidak mahu kami dijadikan penyebab kemerosotan nilai GPMP

Sejarah sekolah saya pada SPM tahun hadapan!

2. FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar

saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan fakta-fakta

Sejarah Tingkatan 4.

Kelemahan pelajar-pelajar saya di Tingkatan 4 Darussalam adalah:

 mereka mempunyai pengetahuan Sejarah yang sangat terhad. Kurangnya

memberi penumpuan di dalam kelas dan tidak mengulangkaji di rumah

dikenal pasti sebagai punca .

 pelajar-pelajar tidak dapat mengenalpasti kata-kata kunci utama dan fakta-

fakta penting dalam subjek Sejarah, menyebabkan mereka membaca buku

'secara borong' sahaja

 kelemahan-kelemahan di atas menyebabkan mereka tidak dapat menjawab

soalan latihan dan ujian yang diberikan. Kegagalan mencapai keputusan yang

memuaskan menyebabkan mereka hilang minat kepada subjek Sejarah –

dengan menganggap ia sebagai suatu subjek yang payah dan membosankan.

5
Justeru, kajian ini akan cuba menilai bagaimanakah teknik 'awan rumus'

pada setiap akhir sessi PNP (secara konsisten) dapat membantu para pelajar

memahami dan menguasai subjek Sejarah Tingkatan 4 dengan lebih baik dan

berkesan. Dengan membantu pelajar menguasai fakta-fakta Sejarah dengan tepat,

saya berharap akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas

Sejarah SPM. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai GPMP Sejarah dan

GPS sekolah secara keseluruhannya saya pada tahun hadapan.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan

mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum

• Meningkatkan penguasaan dan pemahaman para pelajar terhadap fakta-fakta

Sejarah yang dipelajari

• Meningkatkan keupayaan para pelajar menggunakan fakta-fakta tersebut bagi

menjawab soalan-soalan objektif, struktur dan esei yang dikemukakan dalam

peperiksaan.

ii. Objektif Khusus

• Meningkatkan nilai GPMP Sejarah sekolah dengan peningkatan peratus

kelulusan

• Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang bagi

subjek Sejarah dalam peperiksaan dalaman dan luaran

6
4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 35 orang pelajar Tingkatan 4 Darussalam yang

terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap

masalah yang telah dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan

lebih mendalam masalah tersebut. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah

dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan post, serta temubual dengan

pelajar.

5.1.1 Pemerhatian

Saya memerhatikan tingkahlaku dan respon yang diberikan oleh para pelajar

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sebelum dan selepas

ujian.

Perlakuan yang mereka lakukan saya perhatikan dengan teliti, walaupun banyak

kali juga saya menegur secara spontan perlakuan-perlakuan yang terasa tidak

betah dan cocok di hati.

5.1.2 Pra Ujian

Pra ujian ini saya berikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana

pencapaian mereka dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang lazim

digunakan kepada kelas-kelas lain. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data

7
seperti yang berikut:

i. Ujian berbentuk 40 soalan objektif bagi mengukur tahap pemahaman

mereka secara rambang.

ii. Empat soalan latihan berbentuk struktur bagi menilai kecekapan mereka

menerangkan kembali pengetahuan Sejarah yang telah diperoleh.

iii. Tiga soalan latihan berbentuk esei bagi menilai kemampuan mereka

menghuraikan kembali serta menganalisis fakta-fakta Sejarah berdasarkan kata-

kata kunci penting

Kertas jawapan mereka saya semak, tanda dan rekodkan – bertujuan sebagai kayu

ukur kepada kesan dari kaedah 'awan rumus' yang akan diperkenalkan.

5.1.3 Temubual

Saya menjalankan temubual dengan para pelajar untuk mendapatkan

maklumbalas berkenaan penguasaan mereka dalam matapelajaran Sejarah. Saya

turut bertanya tentang kaedah-kaedah yang biasa mereka lakukan ketika

mengulangkaji matapelajaran Sejarah di rumah.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

8
5.2.1 Analisis Pemerhatian

Sebelum kajian dijalankan, para pelajar lelaki kerap membuat bising di dalam

kelas. Azim Azizan (Ketua Kelas) misalnya, cukup suka menyampuk dan

mengganggu perhatian kelas ketika guru sedang mengajar.

Ramai pelajar lelaki yang sering ponteng, jika hadir ke sekolah pun dalam

keadaan tidak bersedia seperti tidak membawa buku teks dan tidak membuat

latihan yang diberikan. Pelajar perempuan boleh dikatakan dua kali lima – sering

mengelamun jauh, dan ramai juga yang tidur di dalam kelas.

5.2.2 Analisis Pra Ujian

Semasa post mortem pra ujian dijalankan, saya mendapati bahawa tahap

penguasaan para pelajar Tingkatan 4 Darussalam dalam matapelajaran Sejarah

amatlah lemah. Para pelajar kelas ini ternyata tidak mampu mengingati fakta-

fakta yang terkandung di dalam buku teks Sejarah Tingkatan Empat apabila

kebanyakan mereka gagal menjawab soalan-soalan objektif yang dikemukakan

dengan tepat.

Berikut adalah data pencapaian mereka dalam soalan pra ujian berbentuk objektif;

Markah Jumlah Pelajar


31 - 40 1

9
21 - 30 6
11 - 20 23
0 - 10 5
Jumlah Calon 35 orang

Data di atas diterjemahkan ke dalam bentuk graf garisan seperti

berikut;

25

20

15

Column 1
10

0
31-40 21-30 11-20 0-10

Bahagian struktur berdepan dengan keadaan yang lebih memeritkan. Kebanyakan

pelajar tidak cuba menjawab soalan-soalan pra ujian berbentuk struktur yang

diberikan. Mereka hanya membiarkan ruangan jawapan kosong begitu sahaja.

Berikut adalah data pencapaian mereka dalam soalan pra ujian berbentuk struktur;

Markah Jumlah Pelajar

10
31 - 40 0
21 - 30 6
11 - 20 22
0 - 10 7
Jumlah Calon 35 orang

Data di atas diterjemahkan ke dalam bentuk graf area seperti

berikut;

25

20

15

Column 2
10

0
31-40 21-30 11-20 0-10

Bagi soalan berbentuk esei, kebanyakan pelajar kelihatan seperti cuba

memberikan jawapan – tetapi ternyata kebanyakan jawapan mereka terawang-

awang dan merapu-rapu tanpa fakta yang tepat. Malah ramai yang menjawab

tanpa mengikut format apabila menulis jawapan esei dalam bentuk points. Berikut

adalah data pencapaian mereka dalam soalan pra ujian berbentuk struktur;

Markah Jumlah Pelajar


51 - 60 0
41 - 50 0

11
31 - 40 2
21 - 30 13
11 - 20 18
0 - 10 2
Jumlah Calon 35 orang

Data di atas diterjemahkan ke dalam bentuk graf net seperti

berikut;

31-40

20

41-50 0-10
10

0 Column 2

31-40 11-20

21-30

Pencapaian keseluruhan (per 100) para pelajar Tingkatan 4 Darussalam dalam pra

ujian tersebut adalah seperti berikut;

Gred Jumlah Pelajar


A -
B -
C 3
D 7
E 7
Gagal 18
Jumlah Calon 35 orang

12
Data di atas diterjemahkan ke dalam bentuk graf seperti di bawah:

20

18

16

14

12

10
Column 1
8

0
A B C D E Gagal

Proses tinjauan masalah meninggalkan impak yang negatif terhadap keseluruhan

penilaian saya kepada mereka. Ternyata penguasaan mereka dalam matapelajaran

Sejarah sememangnya lemah. Tetapi apa yang lebih mendukacitakan adalah

tentang sikap dan usaha mereka yang langsung tidak menggambarkan bahawa

mereka ini berminat dengan matapelajaran dan proses PNP Sejarah. Walaupun

begitu, saya tetap meneruskan usaha melaksanakan teknik 'awan rumus' dengan

harapan aktiviti itu sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan penguasaan para

pelajar Tingkatan Empat Darussalam ini dalam matapelajaran Sejarah.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Setelah para pelajar menjalani pra ujian, saya telah meminta mereka agar

mengikuti teknik 'awan rumus' dalam setiap kali proses ulangkaji pengajaran dan

pembelajaran Sejarah mereka.

13
i. Saya menjelaskan bahawa setiap pelajar mesti membaca topik pengajaran

selanjutnya di asrama terlebih dahulu, sebelum masuk ke kelas pada hari

berikutnya

ii. Pelajar hanya mendengar dengan teliti semasa saya menjalankan sessi PNP,

tanpa perlu membuka buku teks atau menyalin nota.

iii. Saya akan menerang dan menghurai setiap fakta secara teliti di hadapan kelas,

dengan bantuan alat BBM

iv. Saya akan mengedarkan sehelai kertas A4 yang telah siap bercetak rajah dan

kerangka awan. Para pelajar dikehendaki menulis rumusan atau refleksi

pembelajaran pada rajah dan kerangka awan itu. Ini dilakukan pada 5 minit

terakhir setiap sessi pembelajaran.

v. Rumusan atau refleksi dalam bentuk kerangka awan tersebut hendaklah

diserahkan kepada saya selaku guru untuk disemak. Penilaian tahap pemahaman

pelajar dapat dinilai ketika ini.

vi. Saya akan merekod pencapaian pelajar dalam setiap refleksi untuk tujuan

penambahbaikan dan rujukan di masa hadapan.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Apabila melakukan teknik 'awan rumus' buat kali pertama, saya perasan

bahawa para pelajar berada dalam keadaan sedikit kekok. Agaknya kerana tidak

biasa. Sesetengahnya termenung jauh sambil menggaru-garu kepala - malah

mengambil masa yang begitu lama untuk mengingati kembali perkara yang baru

14
sahaja dipelajari sekitar 30 minit sebelum itu. Sebagai guru saya mula memainkan

peranan – menggesa mereka untuk menulis apa sahaja fakta yang terlintas di

kepala, tanpa memikirkan samada apa yang ditulis itu betul atau salah. Hasilnya,

saya mendapat sehelai rumusan dari setiap orang pelajar. Ada yang menulis

panjang berjela, ada pula rumusannya yang pendek sahaja. Saya mengucapkan

terima kasih dan tahniah kepada mereka, kerana setidak-tidaknya mereka berjaya

juga menulis apa yang dipelajari pada hari tersebut.

Hasil kerja mereka itu saya semak, dan berikan gred. Ada yang dapat A,

ada juga yang dapat B, C atau D. Sengaja saya tidak letak gred gagal. Setidak-

tidaknya, saya memberikan sinar harapan bahawa mereka tetap boleh untuk

berjaya jika berusaha!

Hari kedua melakukan teknik 'awan rumus' sudah mula menampakkan

kesan. Saya perasan bahawa para pelajar kali ini mula kelihatan lebih bersedia.

Mereka tidak lagi mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan

penulisan. Saya terus memberikan galakan (seperti Theori Pavlov) – barangsiapa

yang menghasilkan rumusan yang terbaik, akan diberikan hadiah. Saya letak ciri-

ciri yang dimaksudkan sebagai rumusan terbaik – fakta yang lengkap, huraikan

yang menarik, penulisan yang kemas dan memenuhi format dan sebagainya.

Kemudian saya lakukan seperti hari sebelumnya. Kumpul rumusan,

berikan penghargaan, semak, beri gred dan pulangkan semula kepada mereka

pada kelas berikutnya. Itulah yang saya lakukan setiap kali berlangsungnya PNP

Sejarah selama 3 bulan berturut-turut! Benar, program ini memerlukan konsisten

15
yang tinggi. Jika tidak, pasti terbengkalai separuh jalan.

Dan selepas 3 bulan, saya mula mengesan perubahan yang besar dalam

Tingkatan 4 Darussalam. Sewaktu PNP, mereka kelihatan lebih fokus. Tidak lagi

bercakap dan bermain-main seperti dahulu. Malah saya yakin bahawa sebahagian

mereka juga telah membaca buku teks lebih awal sebelum kelas bermula,

berdasarkan respons dan reaksi yang mereka tunjukkan di dalam kelas. Ternyata

telahan saya tepat. Hasilnya, dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Ujian

Prestasi 2, para pelajar di Tingkatan 4 Darussalam telah menunjukkan

peningkatan prestasi yang membanggakan dalam subjek Sejarah.

6. REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian para pelajar 'kelas hujung' ini menunjukkan peningkatan yang

amat ketara. Para pelajar nyata telah menemui satu kaedah yang membantu

mereka untuk fokus di dalam kelas, dan seterusnya menguasai pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran Sejarah dengan baik.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik 'awan rumus' banyak

membantu pelajar mengingati fakta-fakta yang telah dipelajar di dalam kelas

Sejarah, memahami huraian sesuatu topik, dan pastinya memotivasi dan

mendorong mereka untuk memberi tumpuan dan fokus semasa di dalam kelas.

16
Ujian post kali pertama (selepas sebulan) yang dijalankan menunjukkan

masih terdapat beberapa orang pelajar yang gagal, tetapi pencapaian pelajar

secara keseluruhannya meningkat dengan ketara. Berikut adalah data pencapaian

pelajar Tingkatan 4 Darussalam dalam ujian post yang pertama;

Gred Jumlah Pelajar


A -
B -
C 3
D 14
E 11
Gagal 7
Jumlah Calon 25 orang

Data tersebut diterjemahkan dalam bentuk graf seperti berikut:

16

14

12

10

8
Column 2
6

0
A B C D E Gagal

Ujian post kali kedua pula dijalankan selepas tiga bulan teknik 'awan

rumus' diperkenalkan. Peningkatan positif dilihat berlaku secara konsisten

17
terhadap prestasi dan pencapaian para pelajar. Berikut adalah data pencapaian

pelajar Tingkatan 4 Darussalam dalam ujian post kali kedua;

Gred Jumlah Pelajar


A -
B 2
C 12
D 11
E 8
Gagal 2
Jumlah Calon 35 orang

Data tersebut diterjemahkan dalam bentuk graf seperti berikut:

14

12

10

Column 1
6

0
A B C D E Gagal

Saya berasa sangat seronok apabila melihat berlakunya anjakan yang

ketara terhadap pencapaian mereka. Saya yakin dan percaya, dengan usaha yang

18
berterusan, anak-anak di kelas hujung ini pasti tetap akan mencapai keputusan

yang cemerlang di masa hadapan.

6. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Untuk kajian-kajian selanjutnya, saya mencadangkan agar dibuat beberapa

eksperimen, penelitian dan kajian khas tentang:

i. kaedah-kaedah baru yang efektif bagi meningkatkan minat para pelajar

terhadap PNP Sejarah, disamping menyedarkan mereka tentang

kepentingan mempelajari subjek ini

ii. corak atau sistem pengajaran baru yang menarik dan pelbagai bagi

membolehkan para pelajar mengingati fakta-fakta Sejarah dengan lebih

mudah

iii. sukatan-sukatan atau kaedah pembelajaran baru yang boleh membantu

para pelajar menghubungjalinkan pembelajaran Sejarah di dalam kelas

19
dengan aplikasi kehidupan seharian.

Hasil dapatan dari kajian-kajian di masa hadapan juga sewajarnya

dibentangkan kepada khalayak warga pendidik yang lain agar dapat dimanfaatkan

secara bersama.

BIBLIOGRAFI

1. Barry J. Zimmerman (2003). Educational Psychology: A Century of

Contributions. Lawrence Erlbaum Associates. New Jersey

2. Martyn Long (2000). The Psychology of Education. Rouletledge Falmer.

London

3. Richard A. Schmuck. A Humanistic Psychology of Education: Making The

School Everybody's House. National Press Books. CA

20

You might also like