You are on page 1of 5

Novel : Merdeka!

Merdeka
SINOPSIS
Bab 1Kudin terperanjat bercampur gembira dan terharu kerana dipilih untuk

menyampaikan ucapan dalam majlis perhimpunan di Kuala Lumpur. Mak Bibah, iaitu emak Kudin
turut berasa bangga walaupun suatu masa dulu dia tidak menyetujui penglibatan Kudin dalam
perjuangan menentang penjajah. Malah, Mak Bibah memberikan sebahagian wang hasil jualan
kuih-muihnya kepada pejuang-pejuang kemerdekaan. Kudin terdengar bunyi tembakan. Dia
tahu bahawa komunis sedang menyerang kubu pertahanan kampung. Pengganas memang
berhasrat menawan Kampung Teras Jernang. Bapa Kudin, Pak Awang pula diberi amaran oleh
majikannya, Tuan White supaya tidak terlibat dalam perjuangan menentang Inggeris.
Sementara itu, Bustam memberitahu Kudin bahawa Pak Karim mati dibunuh oleh dua orang
pemuda yang tidak dikenali.

Bab 2…

Mesyuarat Persatuan Pahlawan Kemerdekaan di rumah Tuk Ketua membincangkan


tragedi pembunuhan Pak Karim. Lantaran itu, Kumpulan Pengawal Kampung ditubuhkan untuk
mengawal keselamatan kampung dan Murad dilantik untuk mengetuainya. Seterusnya mereka
berbincang tentang persiapan ke Kuala Lumpur. Dalam perhimpunan agung di Kuala Lumpur
nanti, Persatuan Pahlawan Kemerdekaan ditugaskan mengendalikan urusan keselamatan dan
penyusunan acara program.

Kudin dijemput menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung itu. Penghormatan itu
diberikan kepadanya sebagai menghargai pengorbanannya yang mewakili generasi muda di
Kampung Teras Jernang berjuang menentang penjajah Inggeris. Kudin pernah bertungkus-
lumus meyakinkan orang ramai untuk menghidupkan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan
kembali. Kepetahan Kudin berucap dengan penuh semangat memang diakui oleh penduduk
kampung.

Sebelum perhimpunan itu berlangsung, Pak Awang selaku Pengerusi Persatuan


Pahlawan Kemerdekaan dijemput hadir ke Kuala Lumpur. Namun, dia tidak dapat pergi kerana
bimbang diintip oleh pihak Inggeris. Akhirnya keputusan diambil dengan mewakilkan Ibrahim
pergi bersama Kudin.

Bab 3…

Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, Kudin ingin menjenguk rakan-rakannya di kubu


pertahanan di dalam hutan. Kubu tersebut dijadikan penghalang kemaraan pengganas ke
kampungnya. Sebenarnya, orang kampung menghadapi dua ancaman, iaitu pengganas komunis
dan penjajah Inggeris.

Dalam perjalanan ke khemah di dalam hutan itu, Kudin teringat akan kekejaman
komunis yang telah membunuh Pak Cik Barman selepas Jepun berundur dan ketika itu
Inggeris belum tiba lagi. Kudin juga teringat akan pengalamannya belajar menggunakan
senjata api daripada ayahnya. Orang-orang kampung kebanyakannya bersemangat tinggi
untuk mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung, namun mereka kekurangan
peralatan seperti senjata dan peluru.

Di khemah pertahanan kampung di hutan, rakan-rakan Kudin sibuk menggali kubu


pertahanan. Kudin memaklumkan pemergiannya ke Kuala Lumpur kepada mereka. Rakan-rakan
Kudin berasa bangga kerana Kudin dijemput untuk menyampaikan ucapan. Sementara itu,
Ujang pula bersedih kerana ternampak akan ayahnya di pihak komunis semasa pertempuran
semalam. Ujang tidak menyangka bahawa ayahnya menyertai perjuangan pengganas komunis.

Bab 4…

Ibrahim dan Kudin bertolak ke Kuala Lumpur. Mereka menaiki bas dari Gerik ke Kuala
Kangsar lalu menaiki kereta api ke Kuala Lumpur. Ibrahim dan Kudin berjalan kaki dari stesen
kereta api ke Bangunan Sultan Sulaiman. Di sana, mereka menemui Encik Hasmun. Encik
Hasmun bercerita tentang Inggeris yang tidak menunaikan janjinya untuk memberikan
kemerdekaan kepada MPAJA. Perjuangan menuntut kemerdekaan pun bermula. Di samping
orang Melayu, orang Cina juga berjuang menuntut kemerdekaan. Kudin gembira kerana
berpeluang menemui Datuk Onn, iaitu tokoh yang menjadi pujaannya.

Bab 5…

Mesyuarat persatuan-persatuan dipengerusikan oleh Datuk Onn. Tujuan mesyuarat


itu ialah untuk membincangkan cara yang terbaik menentang Inggeris. Datuk Onn
menjelaskan sikap Inggeris yang memaksa sultan-sultan supaya bersetuju dengan penubuhan
Malayan Union.

Dalam perbincangan tersebut, mereka yang hadir telah bersepakat untuk menentang
penubuhan Malayan Union. Raja-raja Melayu juga mesti dipujuk untuk memulaukan majlis
pengisytiharan Malayan Union itu.

Dalam mesyuarat itu juga, Datuk Onn memperkenalkan Kudin sebagai seorang pemuda
yang berani menentang pengganas komunis. Datuk Onn menegaskan bahawa perjuangan
mereka ialah perjuangan serampang dua mata, iaitu menentang pengganas komunis dan
penjajah Inggeris. Mereka juga telah mengambil keputusan untuk mengadakan perhimpunan
raksasa di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada 1-4 Mac 1946. Mereka akan mencuba
mengatasi masalah kewangan melalui pungutan derma.

Bab 6…

Sebaik saja tiba di kampung, Kudin terperanjat dan sedih kerana sahabatnya, Bustam
telah dilarikan oleh pengganas komunis ke dalam hutan. Walaupun masih keletihan, Kudin
terus ke khemah dengan bapanya untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian
penangkapan Bustam itu. Kudin berhasrat untuk menyelamatkan Bustam tetapi keadaan amat
bahaya. Kudin sedar bahawa mereka kekurangan senjata, peluru, makanan, dan pakaian. Dia
terpaksa menangguhkan hasratnya itu lalu pulang ke rumah dengan kehampaan.
Bab 7…

Kudin terdengar akan perbualan bapanya dengan Osman dan Kassim. Mereka datang
ke rumah kerana disuruh oleh Tuan White. Tuan White memberi kata dua kepada Pak Awang,
iaitu berhenti berjuang atau berhenti bekerja. Pak Awang amat marah dan mengambil
keputusan nekad, iaitu berhenti kerja.

Pak Awang pergi ke rumah Ibrahim bersama dengan Kudin. Mereka membuat
pungutan derma daripada orang kampung. Jumlah pungutan tidak begitu banyak tetapi
sumbangan itu membuktikan bahawa orang kampung menyokong perjuangan menentang
Malayan Union.

Sementara itu, ayah Bustam, iaitu Pak Kasa dan saudara-maranya bertekad untuk menyelamatkan
Bustam. Pak Awang menyertai keluarga Pak Kasa dalam misi mencari dan menyelamatkan Bustam. Kudin pula
meneruskan pungutan derma bersama dengan Ibrahim.

Bab 8…

Pak Awang dan keluarga Pak Kasa belum pulang setelah tiga hari masuk ke dalam
hutan. Mak Bibah dan Kudin berasa bimbang. Dalam masa yang sama Kudin bersiap-siap untuk
pergi ke Kuala Lumpur. Perbincangan di rumah Tuk Ketua untuk mencari Pak Awang tidak
mencapai kata sepakat kerana tugas itu berbahaya. Mesyuarat dihentikan apabila mereka
terdengar bunyi tembakan di kawasan pertahanan sebelah hilir. Pada malam itu Kudin tidur di
khemah bersama rakan-rakannya.

Kudin tiba di Bangunan Sutan Sulaiman pada awal pagi. Mereka membincangkan
persiapan dan atur cara perhimpunan selama empat hari itu. Sultan Selangor bersetuju untuk
merasmikan perhimpunan raksasa tersebut. Datuk Onn dan Kudin akan menyampaikan ucapan.
Perhimpunan itu akan membincangkan penentangan terhadap Malayan Union dan hal pelajaran.
Tugas yang banyak di Kuala Lumpur menyebabkan Kudin lupa akan peristiwa yang berlaku di
Kampung Teras Jernang.

Bab 9…

Perhimpunan 1 Mac 1946 mengumpulkan pemimpin-pemimpin Melayu dari seluruh


negara. Padang Kelab Sultan Sulaiman dan bangunannya dibanjiri oleh berpuluh-puluh ribu
orang. Kudin terharu akan semangat tinggi orang Melayu yang bersatu padu dan menentang
Malayan Union. Namun Kudin bersedih apabila mendapat berita bahawa rombongan Pak Kasa
dan bapanya mati dibunuh oleh pengganas komunis. Kudin mencuba untuk menyembunyikan
kesedihannya itu.

Dalam ucapan perasmian baginda, Sultan Selangor menekankan peri pentingnya orang
Melayu bersatu padu. Za’ba selaku Pengerusi menerangkan tujuan perhimpunan, iaitu untuk
menentang Malayan Union. Datuk Onn dalam ucapannya pula menyarankan orang Melayu
mengubah nasib bangsa melalui perpaduan dalam persatuan yang dinamakan UMNO.
Kudin menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat dan menyeru kaum bapa dan kaum ibu
supaya sanggup berkorban untuk negara. Menurutnya, generasi muda akan mengikut jejak mereka apabila
dewasa kelak. Datuk Onn dan Za’ba mengucapkan tahniah kepada Kudin. Sultan Selangor turut memuji
kebijaksanaan Kudin.

Bab 10…

Dalam perhimpunan itu juga, cadangan untuk menubuhkan UMNO (Pertubuhan


Kebangsaan Melayu Bersatu) mendapat sokongan daripada semua perwakilan. UMNO akan
menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Keputusan
yang dibuat ialah meminta raja-raja Melayu memulaukan hari perasmian Malayan Union.
Perarakan membantah penubuhan Malayan Union akan diadakan juga. Mereka turut
membincangkan sistem pelajaran dan ekonomi orang Melayu yang perlu diperbaiki. Dalam
pada itu, Encik Hasmun berhasrat untuk mendidik Kudin menjadi seorang tokoh politik yang
berjaya. Hasrat Encik Hasmun disokong oleh Datuk Onn.

Kudin pulang ke kampung. Dia sedih kerana jambatan dan khemah telah dimusnahkan oleh pengganas
komunis. Kudin menziarahi pusara bapanya. Mak Bibah pula tidak membantah sekiranya Kudin hendak tinggal
di Kuala Lumpur.

Bab 11…

Penduduk Kampung Teras Jernang termasuk Kudin membina kubu dan khemah di sekeliling
kampung. Pada waktu tengah hari itu, Encik Hasmun datang ke rumah Kudin dan mengajaknya menghadiri
perarakan di Kuala Kangsar. Perarakan menentang Malayan Union bermula di Padang Polo, Kuala Kangsar
hingga Bukit Chandan. Selepas perarakan, Kudin dan Encik Hasmun bertolak ke Kuala Lumpur.

Kudin membantu kerja-kerja pejabat seperti menyusun fail, membuka surat, menaip

surat, dan menyusun agenda mesyuarat. Mesyuarat diadakan kerana pihak Inggeris telah
merasmikan penubuhan Malayan Union dan melantik Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang
pertama. Hari perasmian Malayan Union akan diadakan pada bulan April. Raja-raja Melayu
digesa supaya memulaukan Malayan Union dan orang Melayu akan berkabung selama seminggu.
Kudin mengikut Datuk Onn dan Encik Hasmun ke Johor Bahru untuk menyertai
perarakan di sana. Seterusnya Kudin menjelajah ke Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Kudin
mendapati semangat orang Melayu menentang Malayan Union berkobar-kobar. Perarakan

anti-Malayan Union diadakan di seluruh negara.


Bab 12…

Raja-raja Melayu bersedia menghadiri upacara perasmian Malayan Union pada 1 April
1946 di Hotel Stesen, Kuala Lumpur. Orang Melayu dari seluruh negara berkumpul di Padang
Kelab Sultan Sulaiman. Mereka berarak ke Hotel Stesen dengan membawa ratusan sepanduk
yang mengecam penjajah. Datuk Onn menemui raja-raja Melayu dan menerangkan hasrat
orang Melayu menentang Malayan Union.
Raja-raja Melayu melihat orang Melayu berhimpun di luar Hotel Stesen. Apabila
melihat kesungguhan rakyat jelata, raja-raja Melayu mengambil keputusan memulaukan majlis
perasmian Malayan Union dan bertindak meninggalkan Hotel Stesen. Dengan itu, penubuhan
Malayan Union telah dapat digagalkan. Datuk Onn mengingatkan orang Melayu supaya terus
berjuang menuntut kemerdekaan. Perhimpunan bersurai dan Kudin terus tinggal di Kuala
Lumpur untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

You might also like