You are on page 1of 19

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Kajian Geografi tempatan 2010

Kajian Migrasi penduduk di seksyen 18 Shah Alam.

Nama:hazwan b.hazman
Kelas: 2 saad
Nama guru:hattanajmie b.

N
1.0 Penghargaan…

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak


yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga
terhasilnya laporan mengenai migrasi penduduk di seksyen 18
Shah Alam. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada
pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran
untuk menjalankan kajian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada encik Htta, guru mata


pelajaran geografi. Tidak lupa juga kepada tuan pengetua
sekolah saya dan ibu bapa yang sering memberikan dorongan
dan semangat untuk menyiapkan folio ini. Penghargaan terakhir
saye ialah,saye ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua penduduk seksyen 18 Shah Alam yang telah memberikan
kerja sama yang baik kepada saya..

2.0 pendahuluan

bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk mata


pelajaran geografi,murid-murid tingkatan 2 diberikan peluang
menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui
tema kajian geografi tempatan.
Semua murid tingkatan 2 dikehendaki memilih tajuk migrasi
penduduk di kawasan seksyen 18 Shah Alam. Kajian ini
dijalankan di sekitar kawasan seksyen 18 Shah Alam. Masa untuk
menyiapkan folio ini adalah selama 8 minggu. Setiap pelajar
dikehendaki menulis laporan lengkap terhadap kajian yang telah
dijalankan.

3.0 Objektif kajian…

Berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan


dalam melaksanakan kerja krusus ini:-
a)Memahami kosep migrasi penduduk
b)Mengenal pasti pola migrasi penduduk di seksyen 18
Shah Alam
c) Menjelaskan factor migrasi penduduk di seksyen 18
Shah Alam
d)Menjelaskan migrasi dalaman penduduk di seksyen 18
shah alam
e)Mencadangkan beberapa langkah untuk
mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di
seksyen 18 Shah Alam
f) Dapat memahami tentang tempat yang kita duduki
selama ini dengan lebih mendalam.

Kawasan kajian..

Kajian ini dijalankan di kawasan seksyen 18 Shah Alam . Lokasinya terletak kira-
kira 20 kilometer dari ibu Negara Malaysia. Seksyen 18 adalah sebuah kaasan
perimahan yang terletak di daerah Selangor. Selai itu, terdapat juga kawasan lain
yang berhampiran seperti seksyen 24, seksyen 19 dan sebagainya. Biasanya
kebanyakkan pelajar akan dating ke sekolah dengan berbasikal ataupun berjalan
kaki.

Kawasan perumahan di seksyen 18 Shah Alam yang makin membangun mendesak


pihak kerajaan untuk membina sekolah rendah dan sekolah menengah agar tidak
berlakunye migrasi dalaman. Selain itu, pihak kerajaan juga telah membangunkan
pusat membeli belah untuk kemudahan penduduk. Taman relkriasi juga turut
dibina untuk meluangkan masa lapang bersama keluarga. Terdapat juga
kemudahan yang lain seperti bank, pejabat pos, stesen minyak dan system
pengankutan yang cekap.

5.0 Kaedah kajian…

Selepas memilih tajuk migrasi penduduk di Seksyen 18 Shah Alam,saya


bercadang untuk memilih kaedah kajian yang akan digunakan semasa
menjalankan kajian ini. Berikut adalah kaedah yang digunakan:-

a) Pemerhatian:-

 Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi, jenis kegiatan


ekonomi, jenis kemudahan sosial yang ada dan jenis kemudahan
lain yang ada di situ
 Kami juga memerhatikan kawasan kajian dan tempat sekitarnya
dari segi pembangunan dan kemajuan
b) Temu bual:-

 Sebelum memulakan kajian , kami menyediakan boring soal selidik.


 Seterusnya, saya telah menemu bual beberapa penduduk untuk
mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pola migrasi
di seksyen 18 Shah Alam. Temu bual dijalankan kepade penduduk
yang sudah lame menetap di situ kerane mereka lebih
berpengetahuan.

c) Rujukan kapustakaan:-

 Kami mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian


seperti peta kawasan kajian dan maklumat-maklumat lain yang
berkaitan
 Kami mendapatkan maklumat melalui risalah,majalah,keratin
akhbar serta melalui laman web.

6.0 dapatan kajian

6.1) konsep migrasi penduduk.


Secara umumnya migrasi penduduk bermaksud penghijrahan atau perpindahan
penduduk dari 1 kawasan ke 1 kawasan yang lain. Biasanyamigrasi ini berlaku
disebabkan oleh penduduk yang inginkan perubahan hidup ke arah yang lebih baik.
Misalnya penduduk di Pahang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sector
perlancongan, perindustrian dan sebagainya. Tujuannya ialah meningkatkan taraf hidup
dengan gaji yang lebih baik.

6.2) pola migrasi penduduk di kawasan kajian.


Pola migrasi terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
 migrasi luar Bandar:-
migrasi ini merujuk kepada penduduk luar Bandar yang berhijrah ke shah alam,
sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam perindustrian mahupun
menyambung pelajaran di institusi pengajian sama ada di sector awam mahupun
swasta.

 Migrasi Bandar ke luar Bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung


pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada di sector awam mahupun swasta
ataupun yang telah bersara dan ingin pulang ke tempat asal mereka. Misalnya
ada sebahagian pendudukyang bekerja di Shah Alam dan bekerja di sector
perkilangan dan pulang ke tempat tinggal asalnya setelah dia bersara.
Walaubagaimanapun ade juga yang berpindah ke luar Bandar untuk
mendapatkan ketenangan.

6.3 faktor yang mempengaruhi penduduk di kawasan kajian.

faktor yg mempengaruhi kawasan


kajian

peluang pekerjaan
melanjutkan
pelajaran
bersara
kemudahan asas
Berdasarkan carta pai diatas,menunjukkan faktor-
faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di kawasan
kajian seksyen 18 shah alam. Faktor yang mempengaruhi
migrasi ialah terdiri daripada melanjutkan pelajaran,
peluang pekerjaan, kemudahan asas dan bersara.
Melanjutkan pelajaran adalah yang paling tinggi iaitu
sebanyak 30%. Manakala peluang pekerjaan dan
kemudahan asas adalah sama jumlah, iaitu 25%. Bersara
pula paling sedikit jumlahnya iaitu 20%

6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian..

Secara umumnya terdapat 2 kesan utama migrasi penduduk di


kawasan kajian:-

a) Kesan positif

 Penduduk bertambah
 Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan
penduduk di Shah Alam meningkat walaupun terdapat penduduk
yang berhijrah ke luar Bandar. Ini diseimbangkan oleh
kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor govermen, ikut
keluarga dan perkahwinan. Walaubagaimanapun, kawasn
seksyen 18 Shah Alam masih stabil dan masih ada lagi kawasan
yang belum diduduki penduduk.
 Taraf hidup meningkat
 Penduduk yang berhijrah ke Bandar seperti Shah Alam untuk
melanjutkan pelajaran akhirnya pulang ke tempat asal dan
memperolehi gaji yang selesa dan pendapatan yang lebih
lumayan.

 Pasaran bertambah
 Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara
tidak langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi
barangan siap semakin bertambah.

b)Kesan negetif

 Masalah penganguran.
 Migrasi dalaman member kesan negetif kepada kawasan yang
dituju. Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga
asing seperti Nepal dan Bangladesh ke Shah Alam telah
menyebabkan wujudnya persaingan pekerjaan dengan penduduk
tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
Dengan ini maka pengangguran di kawasan ini.

 Masalah sosial.
 Ekoran daripada wujudnya masalah penganguran di kawasan
permas jaya, maka wujudnya masalah sosial seperti pecah
rumah dan masalah penagihan dadah di kawasan penduduk
tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup dan
kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi disamping
pekerjaan.

 Komposisi penduduk berubah.


 Kebanyakkan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri
daripada kaum lelaki dan belia yang berusia 18-40 tahun.
Dengan ini komposisi lelaki di kawasan kajian agak tidak stabil
kerana penduduk perumpuan dan golongan warga emas lebih
ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit.
Keadaan ini menyebabkan kadar kelahiran kurang dan dalam
jangka masa yang panjang.

 Nilai patriotisme
 Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Shah Alam
mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup
yang selesa
Peta minda 1:kesan migrasi dalaman di kawasan penduduk

6.5 cadangan mengatasi kesan migrasi penduduk di kawasan


kajian…
a) Mewujudkan eluang pekerjaan.
 Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan kajian Shah Alam, pihak
berwajib boleh mewujudkan peluang pekerjaan didalam bidang perindustrian
dan industri hiliran. Hal ini dapat menggurangkan kadar pengguran yang tinggi
dan menggalakkan mereka agar tidak membazirkan masa. Antara peluang
pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah seperti membuat kraftangan dan
industry makanan ringan seperti kerepek dan kuih keras dan sebagainya.

b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang.


 Dalam membentras masalah sosial, pihak MBSA dengan kerjasama penduduk
boleh menguatkuasakan rukun tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan
bagi mengatasi masalah sosial seperti pecah rumah, hisap dadah di kalangan
belia di kawasan kajian. Pada masa yang sama, penduduk tempatan boleh
bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam
menguatkuasakan undang-undang untuk membentras jenayah yang berlaku.

c) Meningkatkan kemudahan kesihatan.


 Oleh kerana golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua sahaja yang
tinggal, pihak berwajib telah menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik
kesihatan dan klinik desa bagi menjamin taraf kesihatan yang baik. Dengan
adanya kemudahan ini, ia memudahkan untuk mendapatkan prosis rawatan
yang lebih cepat. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian
juga dapat mengelakkan golongan belia yang aktif berhijrah sekali gus dapat
menyeimbangkan komposisi penduduk di Shah Alam.

d) Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga kerana dapat


tinggal di Negara yang aman dan harmoni disamping
pemimpin yang peka terhadap masalah rakyat.

Peta minda 2: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan


kajian..
Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

Wujudkan Wujudkan meningkatkan


rukun kemudahan
peluang tetangga dan kesihatan.
pekerjaan. kuat
kuasakan

Peta kawasan negeri Selangor


Peta kawasan daerah Shah Alam
Rumusan
Rumusan yang dapat saya katakan disini ialah terdapat 2 jenis
migrasi yang terdapat di Shah Alam iaitu luar bandar ke bandar
dan bandar ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian, antaranya
ialah melanjutkan plajaran IPT di Bandar-bandar, mencari
peluang pekerjaan di sector industry, bersara setelah berkhidmat
di sector kerajaan dan swasta dan mendapat kemudahan asas
yang selesa seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap.
Selain daripada faktor, terdapat juga kesan positif dan negetif
juga turut wujud. Antaranya ialah wujud pertambahan penduduk,
traf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah, kompasisi
penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah
pengangguran. Seterusnya, didalam kawasan kajian ini juga saya
mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman
seperti mewujudkan peluang pekerjaan, mewujudkan rukun
tetangga dan kuat kuasa undang-undang dan meningkatkan
kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional,
saya berasa bangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil
dari segi politik, pembangunan yang pesat dan mempunyai
kepelbagaian ekonomi yang subur sekali gus menjadikan Malaysia
terkenal di mata dunia…

You might also like