You are on page 1of 58

Bahasa Melayu Bahagian C

1. Prakata

Diharapkan bahan ini dapat membantu guru-guru yang masih kabur

cara menjawab Bahagian C Kertas 2 Bahasa Melayu. Kertas 2 Bahasa Melayu
Penulisan mengandungi tiga bahagian yang perlu dijawab. Bahagian A pelajar
dikehendaki membina lima ayat berdasarkan bahan grafik yang diberi.
Bahagian B pula pelajar perlu membuat sebuah karangan lengkap manakala
bahagian C pula pelajar perlu memberi nilai murni dan membuat ulasan
berdasarkan petikan diberi. Justeru itu diharapkan buku ini dapat membantu
guru-guru bahasa Melayu melengkapkan diri dalam proses mengajar Bahagian
C Bahasa Melayu Penulisan dengan lebih berkesan.

Ahzali Latif 09 1
Bahasa Melayu Bahagian C

2. Pendahuluan

Bahagian C merupakan bahagian yang wajib dijawab dalam Kertas 2 Bahasa

Melayu Penulisan. Bahagian ini mengandungi petikan sama ada bahan prosa
(pantun, puisi dan sajak) atau bukan prosa (cerita, dialog, ucapan dan
sebagainya). Biasanya petikan yang diberi sekitar 150 – 200 patah perkataan.
Masa menjawab ialah 20 minit. Pelajar dikehendaki mencari nilai dalam
petikan diberi dan mengulas nilai yang diperoleh. Panjang ulasan antara 50 –
60 patah perkataan. Jawapan terbaik ialah jawapan yang dapat memberikan
lima nilai atau pengajaran yang betul berserta ulasan atau contoh yang tepat
dan bersesuaian dengan petikan diberi.

3. Bentuk Soalan

a. Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan

di bawah.
b. Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.
c. Tulis lima nilai positif yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.

 Nota Penting

Walau pun bentuk soalan berbeza namun kesemuanya menjurus kepada

satu matlamat iaitu nilai murni

Ahzali Latif 09 2
Bahasa Melayu Bahagian C

4. Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran merujuk kepada apakah teknik yang akan digunakan
bagi mengembangkan pelajarannya. Teknik pengajaran yang digunakan dalam
proses pengajaran yang jelas dan menarik dapat memudahkan pelajar memahami
pelajaran yang diajar. Oleh itu pengajaran perlulah diajar secara berperingkat-
peringkat daripada senang kepada yang susah. Untuk mengajar Bahagian C agar
pelajar lebih mantap menjawab Bahagian C maka beberapa kaedah boleh
digunakan.

4.1 Memperkenalkan Nilai-Nilai Murni

Di peringkat awal pengajaran guru perlu memperkenalkan dan menerapkan

nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 16 nilai murni utama
yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu diketahui oleh
pelajar. Bagi memantapkan pelajar, guru perlu menerangkan nilai dan pecahannya
dan memberikan contoh dalam bentuk peristiwa bagi memudahkan murid
memahami. Murid juga digalakkan memberikan contoh sesuai dengan nilai diberi.
Lihat contoh di bawah:

Baik Hati
Pecahan Nilai Contoh
belas kasihan Ali mengambil anak kucing yang kotor itu dari dalam
longkang.
bertimbang rasa
murah hati
saling memahami
saling memaafkan

Ahzali Latif 09 3
Bahasa Melayu Bahagian C

Berdikari
Pecahan Nilai Contoh
berupaya bertindak Membasuh kasut dan pakaian sendiri.
sendiri Mengemas bilik tidur.
yakin pada diri sendiri

Hemah tinggi
Pecahan Nilai Contoh
kesopanan / berbudi Bertutur dengan cara berbudi perkerti.
bahasa
mengaku kesalahan
sendiri
ramah mesra

Hormat menghormati
Pecahan Nilai Contoh
hormat ibu bapa Bersalam dengan ibu bapa sebelum ke sekolah.
hormat kerajaan dan
negara
patuh kepada undang-
undang
hormat ahli keluarga,
guru,rakan, guru dan
jiran
hormat kepercayaan
dan adat resam pelbagai
bangsa
patuh kepada ketetapan
masa

Kasih sayang
Pecahan Nilai Contoh
menghargai nilai nyawa Menyayangi diri dan keluarga
menyayangi alam
sekitar
cinta akan negara

Ahzali Latif 09 4
Bahasa Melayu Bahagian C

Keadilan dan kebebasan

Pecahan Nilai Contoh
Adil
Saksama
kebebasan di sisi
undang-undang

Keberanian
Pecahan Nilai Contoh
berani mencuba Aminah sering menjawab soalan yang diberi oleh
gurunya.
berani kerana benar

Kebersihan akal dan fizikal

Pecahan Nilai Contoh
kebersihan diri
kebersihan alam sekitar

Kejujuran
Pecahan Nilai Contoh
amanah
bercakap benar
ikhlas

Kerajinan
Pecahan Nilai Contoh
daya usaha
dedikasi

Kerjasama
Pecahan Nilai Contoh
gotong -royong
perpaduan
toleransi

Ahzali Latif 09 5
Bahasa Melayu Bahagian C

Keserderhanan
Pecahan Nilai Contoh
perlakuan
pertuturan
tidak melampau

Kesyukuran
Pecahan Nilai Contoh
berterima kasih
menghargai
mengenang budi

Rasional
Pecahan Nilai Contoh
membuat pertimbangan

Semangat bermasyarakat
Pecahan Nilai Contoh
bermaufakat
semangat kejiranan
peka isu sosial dan
masyarakat

Patriotisme
Pecahan Nilai Contoh
taat setia
menghormati lagu dan
bendera
cintakan negara
berbangga jadi warga
negara

Ahzali Latif 09 6
Bahasa Melayu Bahagian C

4.2 Kaedah Simulasi

Simulasi merupakan satu situasi pembelajaran yang terkawal dan sengaja

diwujudkan sama seperti situasi yang sebenar. Simulasi boleh dijalankan sama ada
secara sosiodrama atau main peranan. Dalam sosiodrama biasanya skrip telah

disediakan manakala main peranan lebih kepada lakonan . Beberapa pelajar

melakonkan (main peranan) satu situasi dan minta murid menyatakan nilai murni
yang terdapat dalam lakonan tersebut. Contohnya pelajar melakonkan situasi
bersalam dengan ibu bapa. Kemudian minta pelajar menyatakan nilai murni
daripada perbuatan tersebut. Kaedah ini amat menarik pelajar kerana di samping
dapat menonjolkan bakat, pelajar juga dapat menjelmakan nilai murni yang terdapat
daripada lakonan tersebut. Di bawah diberikan antara contoh simulasi yang boleh
dilakukan.

- situasi di jalan raya

- situasi membantu orang buta melintas
- situasi menyelamatkan orang kemalangan
- situasi membuang sampah ke dalam tong sampah
- situasi semasa menyanyikan lagu ’Negaraku’

4.3 Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita juga boleh digunakan semasa mengajar Bahagian C ini.

Cerita yang disampaikan boleh dilakukan dalam berbagai cara. Antaranya;

i. Guru bercerita sebuah cerita pendek (10 minit). Selepas itu, minta
pelajar berikan nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan. Kemudian
minta pelajar mengulas nilai murni atau pengajaran berdasarkan cerita tersebut.

Ahzali Latif 09 7
Bahasa Melayu Bahagian C

ii. Guru atau murid membaca petikan yang disediakan manakala murid
mencatat nilai murni dan pengajaran yang diperoleh.
iii. Guru mendengarkan rakaman cerita, drama, deklamasi puisi dan
sebagainya. Murid diminta mencatat nilai murni atau pengajaran yang diperoleh.

4.4 Menukar Nilai Negatif Kepada Positif

Dalam petikan diberi bagi Bahagian C ini tidak semuanya menjurus kepada
nilai murni. Terdapat bahan diberi mengandungi nilai negatif. Guru perlu
menerangkan kepada murid tentang arahan soalan yang mahukan nilai positif atau
pengajaran yang diperoleh daripada petikan. Justeru itu, pelajar perlu dilatih
menukar nilai negatif dalam petikan kepada nilai positif dan membuat ulasan
berdasarkan petikan. Contoh;

Nilai negatif Nilai positif dan ulasan

Ah Meng suka bercakap bohong dengan Kita mestilah bercakap benar dengan ibu
ibunya. kita.
Muttu sangat malas menyiapkan kerja Kita hendaklah rajin menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh gurunya. sekolah yang diberikan.
Ali suka berlagak dan sombong kerana Kita sepatutnya berhemah tinggi
dia anak orang berada. walaupun kita orang berada.

Ahzali Latif 09 8
Bahasa Melayu Bahagian C

4.5 Pengunaan Alat Bantuan Mengajar

Penggunaan alat bantuan mengajar seperti gambar boleh digunakan bagi

mengajar Bahagian C ini. Gambar yang ditunjukkan juga dapat memberikan mesej
kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, dalam proses pengajaran untuk
memudahkan pelajar mencari nilai murni maka gambar boleh digunakan. Gambar
yang dtunjukkan atau diberikan boleh merupakan gambar tunggal atau gambar
bersiri. Selain itu, gambar melalui surat akhbar, majalah, kartun atau dengan
melayari internet juga boleh digunakan. Di peringkat tahap 1, proses pengajaran
begini akan menarik minat pelajar.

4.6 Menjelmakan nilai

Satu lagi teknik yang perlu diajar kepada pelajar untuk menjawab Bahagian
C ini ialah menjelmakan nilai baik yang sedia ada dalam petikan. Pelajar tidak boleh
mengambil nilai baik yang dinyatakan dalam petikan kerana jika pelajar berbuat
demikian maka pelajar tersebut dianggap menyalin semula petikan. Contohnya jika
dalam petikan ada nilai diberi ‘terima kasih’ maka ‘terima kasih’ tidak boleh
dinyatakan dalam ulasan diberi. Nilai ‘terima kasih’ perlu dijelmakan dengan
perkataan baru yang mempunyai nilai yang sama iaitu ‘bersyukur’ atau
‘menghargai’. Di bawah diberikan beberapa contoh nilai yang sinonim dengan nilai
diberi.

terima kasih = menghargai = bersyukur

berhati-hati = berhemah = cermat
belas kasihan = simpati
berbudi bahasa = hemah tinggi
adil = saksama = hemah tinggi

Ahzali Latif 09 9
Bahasa Melayu Bahagian C

5. Langkah Penting Menjawab bahagian C

5.1 Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi penting

penting dan kenal pasti nilai baik berdasarkan kehendak soalan

Pelajar mempunyai masa yang mencukupi. Bacaan pertama adalah

untuk memahami petikan. Bacaan kali kedua untuk mengenal pasti nilai
dan garisi ayat yang ada nilai murni dan tuliskan nilai di tepi petikan
Contoh:

Aku anak petani.Namaku Firdaus. Walau

pun hidupku “ibarat kais pagi makan pagi, kais kemesr
aa petang makan petang’.Hubungan kekeluargaan
kami masih erat. Ayah sentiasa memberikan
kasih sayang sepenuh perhatian kepada kami. Walaupun kami
hidup susah, ibu tidak pernah mengeluh.
Harapan ayah dan ibu ingin melihat aku
berjaya. Aku membuat persediaan awal untuk
menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Di
sekolah aku sentiasa menumpukan perhatian
semasa guru mengajar. Di rumah pula, aku
menyediakan jadual waktu untuk belajar.
Kegiatan sukan di sekolah tidak aku
tinggalkan. Dengan bersukan, badanku menjadi
cergas. Justeru, aku akan dapat belajar dengan
selesa.
Aku bertekad mengubah nasib keluarga aku.
berusaha Untuk itu aku berjanji akan belajar dengan gigih
dan menjadi model terbaik kepada adik-adikku.
keyakinan Aku akan membuktikan bahawa kemiskinan bukan
penghalang mencapai kejayaan.

Buku Teks tahun 4 (m.s 42)

Ahzali Latif 09 10
Bahasa Melayu Bahagian C

5.2 Gunakan kata ganti nama ‘kita’.

Petikan dibaca oleh pelajar dan pelajar yang dapat pengajaran

daripada petikan. Justeru itu gunakan kata ganti nama ’Kita’ semasa
membuat ulasan.

5.3 Gunakan frasa ‘kita hendaklah’, ‘kita haruslah’,

Pelajar boleh menggunakan rangkai kata tersebut bagi memberi

penekanan nilai atau pengajaran yang diulas. Antara rangkai kata yang
sesuai digunakan seperti berikut:

kita haruslah ...

kita hendaklah ...
kita sepatutnya ...
kita sewajarnya ...
kita mestilah ...
kita perlulah ...

Contoh ulasan : Kita sepatutnya rajin menyiapkan kerja sekolah yang

diberi oleh guru.

5.4 Berikan lima idea penting dalam satu perenggan

Pelajar hanya perlu mengambil lima nilai daripada petikan. Jika ada
lebih daripada lima nilai dalam petikan maka pelajar harus memilih lima
sahaja nilai dan ulas setiap nilai dalam satu perenggan sahaja. Jika pelajar
menulis lebih dari lima nilai maka hanya lima nilai awal sahaja yang

Ahzali Latif 09 11
Bahasa Melayu Bahagian C

diambil kira. Pelajar yang membina ulasan dalam bentuk berpoin, frasa
atau lebih satu perenggan tidak akan cemerlang.
5.5 Mesti mengambil nilai atau pengajaran dan contoh daripada
petikan sahaja.

Pelajar perlu mengambil nilai, membuat ulasan (huraian) atau contoh

berdasarkan petikan diberi. Maksudnya ulasan tidak boleh di luar petikan.
Ulasan di luar petikan menyebabkan pelajar tidak akan mendapat markah
yang baik.

Contoh :

Rupa-rupanya budak itu telah kehilangan duit. Rosman telah

memberikan sebahagian wangnya kepada budak itu.

Ulasan salah : Kita mestilah memberi bantuan kerana itu adalah

amalan yang mulia.

* salah kerana ulasan di luar petikan walaupun nilainya tepat.

Ulasan sepatutnya : Kita mestilah memberi bantuan kewangan

kepada orang yang memerlukan pertolongan.

* Betul kerana ulasan berdasarkan petikan .

Ulasan sepatutnya : Kita mestilah membantu orang lain seperti Rosli

yang memberikan sebahagian wang kepada
budak itu.

Ahzali Latif 09 12
Bahasa Melayu Bahagian C

* Betul kerana ulasan mengambil contoh dalam petikan.

5.6 Jelmakan nilai yang terdapat dalam petikan

Petikan diberi biasanya mengandungi nilai yang tersirat (nilai tidak

dinyatakan secara terus) dan nilai tersurat (nilai yang dinyatakan terus
dalam petikan). Nilai yang tersirat ini memerlukan pelajar menjelmakan
nilai yang sesuai berdasarkan ayat diberi. Bagi nilai yang tersurat pelajar
perlu menjelmakan nilai baru yang sinonim dengan nilai yang tersurat itu.

5.6.1 Contoh petikan yang mengandungi nilai yang tersirat:

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk

kumpulannya.

* Nilai yang tersirat ialah rajin.

5.6.2 Contoh petikan yang mengandungi nilai yang tersurat:

Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri.

Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang

Semut.

* Dalam petikan telah terdapat nilai tersurat (sedia ada) iaitu terima kasih.

Ahzali Latif 09 13
Bahasa Melayu Bahagian C

5.6.3 Menjelmakan nilai yang tersurat

Kita perlu menjelmakan nilai yang tersurat dengan nilai baru yang
sinonim dengan nilai tersebut. Jika tidak kita seolah-olah menyalin
semula nilai dalam petikan dan kemungkinan besar nilai yang disalin
semula itu tidak memberikan markah.

Contoh:

Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri.

Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang
Semut

Nilai tersurat terima kasih gantikan dengan menghargai atau

bersyukur.

5.7 Gunakan penanda wacana bagi menghubungkan ayat

Penanda Wacana digunakan bagi menghubungkan ayat dengan ayat

yang lain agar lebih menarik. Untuk itu pelajar boleh menggunakan penanda
wacana dalam Fomula ASSDA bagi menjawab soalan bahagian C. Antara
penanda wacana yang sesuai digunakan ialah di samping itu, seterusnya,
selain itu dan akhirnya.

5.8 Garisi nilai yang ditulis dalam jawapan

Garisi nilai yang ditulis bagi memberi penekanan tentang nilai yang
dinyatakan. Selain itu ia memudahkan pemeriksa mengenal pasti nilai yang

Ahzali Latif 09 14
Bahasa Melayu Bahagian C

disampaikan.

6. Fomula mudah menjawab

Bagi memudahkan pelajar menjawab bahagian C ini , satu fomula direka yang
dikenali ASSDA seperti dinyatakan:

i. Antara nilai murni/pengajaran…. A

ii. Seterusnya…………….. S
iii. Selain itu……… S
iv. Di samping itu……. D
v. Akhirnya ………. A

Fomula ini memudahkan pelajar mengingat dengan menyediakan penanda

wacana yang sesuai. Pelajar cuma memasukkan nilai dan membuat ulasan dalam
lima ayat sahaja. Ini dapat membantu pelajar daripada membuat ulasan yang
panjang. Untuk memudahkan lagi, terutama pelajar-pelajar lemah dan sederhana,
masukkan frasa ‘kita mestilah’, kita sepatutnya’, ‘kita perlulah’ selepas penanda
wacana seperti contoh disediakan:

Antara nilai murni / pengajaran yang saya peroleh

daripada petikan ialah …………………….........................................
………………… . Seterusnya, kita perlulah………............................

Ahzali Latif 09 15
Bahasa Melayu Bahagian C

................................................................................Selain itu, kita

mestilah……………………………….........................................................
Di samping itu, kita sewajarnya .............................................
….....................................Akhirnya,kita ……….............................

7. Kesilapan Semasa Menjawab

7.1 Menyalin petikan

Jangan menyalin petikan. Anda dianggap tidak menjawab tugasan dan

markah akan berada pada tahap Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

7.2 Meringkaskan petikan

Ada pelajar yang mengambil sebahagian ayat atau mengambil beberapa

ayat dalam petikan dan menyambungnya seolah-olah tidak menyalin
petikan. Ini juga tidak menepati tugasan dan berada pada pemarkahan
Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

7.3 Menyenarai nilai dalam bentuk poin atau frasa

Pelajar cuba ambil cara mudah dengan hanya menyenarai nilai dalam
bentuk poin atau frasa seperti contoh di bawah:

1. baik hati
2. berkerjasama

Ahzali Latif 09 16
Bahasa Melayu Bahagian C

- mesti bertanggungjawab
* Perlu berhati-hati

Pelajar yang berbuat sedemikian dianggap juga tidak menepati tugasan dan
berada pada pemarkahan Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

7.4 Ada nilai diberi tanpa huraian

Pelajar yang memberi nilai sahaja tanpa huraian pemarkahannya

berada pada aras memuaskan.
Contoh:
Selain itu kita mestilah rajin. Kita juga perlu
bertanggungjawab.

7.5 Ambil nilai dalam petikan tetapi huraian luar petikan

Ada pelajar yang dapat memberi nilai dengan tepat berdasarkan

petikan tetapi ulasan nilai di luar petikan. Pelajar yang berbuat sedemikian
tidak boleh cemerlang dan hanya berada pada pemarkahan Aras
Memuaskan. Cuba lihat contoh di bawah yang mana ulasan di luar petikan.

Ali membuat latihan bahasa Melayu yang diberikan oleh

gurunya.

Ulasan salah : Kita perlulah rajin kerana itu sikap yang

baik. (Ulasan di luar petikan)
Ulasan tepat : Kita perlulah rajin membuat kerja sekolah

Ahzali Latif 09 17
Bahasa Melayu Bahagian C

yang diberikan oleh guru.

7.6 Tidak menjelmakan nilai.

Pelajar tidak dapat menjelmakan nilai. Pelajar biasanya mengambil

semula nilai yang telah ada dalam petikan. Sepatutnya pelajar perlu
menjelmakan nilai dengan memberi sinonim nilai yang terdapat dalam
petikan. Perhatikan contoh di bawah :

Ali mengucapkan terima kasih kepada Abu yang

membantunya mengangkat mejanya.

Salah : Kita perlulah mengucapkan terima kasih kepada

rakan yang membantu kita.

Betul : Kita perlulah menghargai bantuan yang diberikan

oleh orang lain kepada kita.

7.7 Mengulang nilai atau idea

Pelajar tidak perlu mengulang idea yang sama walau pun dalam
petikan mengandungi nilai yang sama bagi aktiviti berbeza.

Ahzali Latif 09 18
Bahasa Melayu Bahagian C

Pengulangan nilai atau idea yang sama tidak memberi apa-apa markah.
Oleh itu, pastikan hanya lima idea yang berlainan sahaja diulas.

8. Bentuk Ulasan Bahagian C

8.1 Bentuk Ulasan

Terdapat dua cara yang tepat untuk menjawab soalan Bahagian C ini
menggunakan fomula ASSDA seperti yang telah dijelaskan pada para 5 .
Dua cara tersebut ialah:

i. Memberi nilai dan membuat ulasan berdasarkan petikan.

Contoh:

Farid baru pulang dari sekolah. Selepas mandi, dia ke dapur

menolong ibunya menghidang makanan tengah hari.

Nilai : membantu

Ulasan : Kita mestilah membantu ibu menghidangkan makanan

di dapur bagi meringankan kerja ibu.

ii. Memberi nilai dan mengambil contoh yang terdapat dalam petikan.
Contoh:

Farid baru pulang dari sekolah. Selepas mandi, dia ke dapur

menolong ibunya menghidang makanan tengah hari.

Nilai : membantu

Ulasan : Kita mestilah membantu ibu seperti Farid yang menolong

ibunya menghidang makanan tengah hari.

Ahzali Latif 09 19
Bahasa Melayu Bahagian C

* Pelajar boleh memilih salah satu cara menjawab mengikut kesesuaian.

Di bawah ini diberikan sepenuhnya contoh menjawab bahagian C
menggunakan kedua-dua cara yang telah diberikan.

9. Contoh Membuat Ulasan Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya
jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk

kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam
menjalankan tugas yang diberikan.
Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari
makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai.
Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera
menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat
berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya
dengan bantuan Sang Merbuk.
Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang
pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang
Merbuk. Sang Semut segera mengiggit kaki pemburu itu.
Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang
Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang
Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.
Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk
bersahabat baik.
UPSR 2009

Nilai yang diperoleh dalam petikan

- rajin - bertindak pantas / bijak

- bersungguh-sungguh - membalas / mengenang budi

Ahzali Latif 09 20
Bahasa Melayu Bahagian C

- tekun / berusaha / berdisiplin - berhemah / menghargai

- berhati-hati - setiakawan / hubungan baik
- membantu / menolong / baik hati - berani / rasional
- prihatin / belas kasihan

Contoh Ulasan Bentuk 1 (Ulasan Berkaitan Petikan)

Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah rajin mencari

rezeki untuk keluarga kita. Seterusnya kita perlulah tekun
berusaha apabila menjalankan tugas yang diberikan. Selain itu, kita
sepatutnya menolong orang lain yang memerlukan pertolongan. Di
samping itu, kita perlulah bertindak pantas untuk menyelamatkan
diri daripada bahaya. Akhirnya, kita haruslah menghargai
pertolongan orang lain dengan mengucapkan terima kasih.

Contoh Ulasan Bentuk 2 (Ulasan Mengambil Contoh Dalam

Petikan)

Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah rajin membuat

kerja seperti Sang Semut menjalankan tugas yang diberikan.
Seterusnya kita perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam sungai
seperti Sang Semut. Selain itu, kita perlu tolong menolong seperti
Sang Merbuk yang menjatuhkan daun untuk Sang Semut berpaut. Di
samping itu, haruslah membalas budi seperti Sang Semut membantu
Sang Merbuk daripada ditembak pemburu. Akhirnya, kita
menghargai pertolongan orang lain seperti Sang Merbuk yang
mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

Ahzali Latif 09 21
Bahasa Melayu Bahagian C

10. Latihan

Contoh Latihan
Padankan nilai yang diberi dengan nilai yang sepadan.

berhati-hati dedikasi

amanah simpati

terima kasih waspada

belas kasihan jujur

rajin bijak

membantu menghargai

rasional baik hati

Ahzali Latif 09 22
Bahasa Melayu Bahagian C

murah hati menolong

Latihan
Baca ayat yang diberi dengan teliti dan tentukan nilai murni yang diperoleh. Kemudian
buat ulasan.

1. Ahmad bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah.

Nilai : ____________________
Ulasan : ________________________________________________________

2. Amin mengambil seekor anak kucing yang kesejukkan dari dalam

longkang di tepi jalan itu.
Nilai : ____________________
Ulasan : _______________________________________________________

3. Ah Meng membantu ibunya menanam sayur di belakang rumah.

Nilai : ____________________
Ulasan : ______________________________________________________

4. Krisnan membawa basikalnya dengan laju ke sekolah.

Nilai : ____________________
Ulasan : ______________________________________________________

5. Ah Chai sering tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.
Nilai : ____________________
Ulasan : ______________________________________________________

Ahzali Latif 09 23
Bahasa Melayu Bahagian C

6. Sobri memulangkan wang yang dijumpainya kepada tuannya.

Nilai : ____________________
Ulasan : ______________________________________________________

Latihan
Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak

dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik
ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat
daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang
baru pulang dari luar negeri.
Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan
cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba,
cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu
pecah berderai. Emak memarahi adik.
Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak
sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah
pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-
barang kepunyaan kakak lagi.

UPSR 2005

_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 24

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang

pelajarannya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi.
Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia
memiliki lima buah album setem yang disimpan dalam almari yang
berkunci. Setem-setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada
beberapa buah negara.Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-
kawannya sekolahnya dan sahabat pena dari negeri-negeri di
Malaysia dan luar negara. Kini, dia memiliki pelbagai setem dan
mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya, Nani dapat mengetahui
berbagai-bagai maklumat tentanh negara luar seperti mata wang,
kebudayaan, makanan dan pemimpin negara. Dia amat gembira
kerana hobinya mendatangkan banyak faedah.Di samping itu, dia
dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara
yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

UPSR 2006

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 25

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan,

aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk
mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang
yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil
melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari
dompetnya.
Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang
dompet itu. Dia menyuruh akau mengambil sahaja dompet itu. Aku
tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu
bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut
kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku
berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah
aku lakukan itu.

UPSR 2007

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 26
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Ana : Apa kahabar, Halim?

Halim : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak
berselera untuk makan.
Ana : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini
berkhasiat. Kalau tak makan, bagaimana nak sihat?
Halim : Terima kasih atas ingatan awak.
Ana : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.
Halim : Apa khabar kawan-kawan kita?
Ana : Oh,semuanya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak
segera sembuh. Apa kata doktor tentang penyakit awak?
Halim : Doktor mengatakan saya disyaki menghidap demam denggi.
Ana : Oh,begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk
aedes. Kita mesti pastikan air tidak bertakung agar nyamuk aedes
tidak membiak.
Halim : Betul tu,Ana.Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.
Ana : Baiklah,Halim.Saya minta diri dulu.Saya dah berjanji dengan
ibu saya untuk pulang awal. Ini ada beberapa buah buku yang
boleh awak baca untuk menghilangkan rasa bosan awak.
Halim : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi
masa lapang saya di sini. Berhati-hati semasa pulang. Sampaikan
salam saya kepada kawan-kawan dan keluarga awak.
UPSR 2008

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 27
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kamal anak yatim piatu. Sejak ibu bapanya meninggal dunia dalam
satu kemalangan, Kamal tinggal bersama-sama bapa saudaranya. Bapa
saudaranya bukanlah orang berada. Bapa saudaranya hanyalah seorang
pekebun sayur. Kamal seorang murid yang rajin dan pintar. Kamal
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran gurunya di dalam kelas.
Dia sering dijadikan contoh oleh guru-gurunya kerana sikapnya yang ringan
tulang dan bersopan santun. Pada sebelah petang, Kamal akan membantu bapa
saudaranya di kebun. Dia tidak pernah merungut walaupun keletihan kerana
dia sedar dia hanya menumpang kasih daripada keluarga bapa saudaranya itu.
Kamal juga sering membantu ibu saudaranya di dapur. Apabila ada masa
terluang, Kamal akan memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik saudaranya
tentang isi pelajaran yang tidak difahami oleh mereka. Kamal sangat sayang
akan keluarga bapa saudaranya.

Buku Teks tahun 5 (m.s 209)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 28
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.

Arif menyertai lawatan sambil belajar ke Putrajaya. Arif dan rakan-

rakannya asyik melihat keindahan pemandangan di sekitar Masjid Putra. Tiba-
tiba, Arif ternampak sebuah telefon bimbit terjatuh berhampiran dengan
pemuda yang hendak menunggang motosikalnya. Pemuda tersebut tidak
menyedari hal itu. Arif dengan segera mengambil telefon bimbit itu lalu
mendapatkan pemuda tersebut. Arif pun menyerahkan telefon bimbit kepada
tuannya. Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih kepada Alif dan
memberikan sedikit sagu hati. Walau bagaimanapun, Arif menolak pemberian
tersebut dengan baik. Arif memberikan pertolongan secara ikhlas tanpa
mengharapkan apa-apa balasan.
Buku Teks tahun 5 (m.s 209)
Latihan

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 29
Bahasa Melayu Bahagian C

Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jehan sahabat baik saya. Kami akan menduduki Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun depan. Dia rajin dan gigih dalam
pelajaran. Dia menjadi harapan guru-guru di sekolahnya. Namun, Jehan
bukanlah seperti kawan-kawannya yang lain. Dia dilahirkan cacat Kecacatan
tidak pernah mematahkan semangatnya untuk berjaya seperti orang lain. Rasa
rendah diri tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Jehan tidak pernah
rasa terpinggir dan disisihkan. Malah, keluarga, guru-guru dan kawan-kawan
menjadi pendorong untuk Jehan mengekalkan kecemerlangan dalam
pelajaran.
Jehan seorang pemidato terbaik di sekolahnya. Keberanian dan
kelantangan suaranya sering kali membawa kejayaan sehingga dia berjaya
mewakili sekolahnya hingga ke peringkat negeri. Jehan juga tidak lokek
dengan ilmu yang dimilikinya. Dia menjadi sumber rujukan kawan-
kawannya. Kegigihan Jehan menjalani hidupnya dalam serba kekurangan
serta sikapnya yang suka membantu dan gigih mengejar ilmu menjadi ikutan
semua. Tekad Jehan hanya satu, iaitu mendapat 5A dalam UPSR.

Buku Teks tahun 5 (m.s 172)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 30
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Latihan
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ketika pertama kali menjejakkan kakinya ke ibu kota, Nazuan ”seperti

rusa masuk kampung”. Bukan hajatnya untuk meninggalkan kampung.
Nazuan hidup sebatang kara. Dia yatim piatu dan tiada sesiapa untuk menjadi
tempat mengadu. Dia sudah malu untuk mengharapkan ihsan orang lain.
Untuk mencari sesuap nasi, Nazuan bekerja di sebuah restoran. Berkat
kerajinannya, dia berjaya mengumpulkan sejumlah wang. Dengan wang itu,
dia mengusahakan sebuah gerai burger.
Berbekalkan sikap peramah dan usahanya yang berterusan, perniagaan
burgernya semakin maju. Nazuan tidak suka membazir. Dia bercita-cita untuk
menjadi seorang pengedar daging burger.
Impiannya telah menjadi kenyataan. Daripada menjadi pengedar kecil-
kecilan, dia berjaya mengusahakan sebuah kilang kecil memperoses daging
burger. Dia menyimpan cita-cita untuk membuka kilang burger yang lebih
besar pula.
Buku Teks tahun 5 (m.s 77)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 31
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Berhati-hati di lebuh raya,

Itulah amalan orang yang mulia,
Tua dan muda semua gembira,
Lambang kemakmuran dik oi maju negara.
Terbentang indah luas dan megah,
Laluan utama negara kita,
Perjalanan cepat hati tak gundah,
Kemudahan dik oi semuanya ada.
Kepada pemandu nasihat diberi,
Bertimbang rasa sayang pegangan diri,
Amalkan sikap nilai murni,
Kejadian buruk dik oi kita hindari.
Kalaulah penat kita memandu,
Berehatlah dulu di mana perlu,
Jangan memaksa jika tak mampu,
Bimbang bahana nanti dik oi datang bertamu
Selamat jalan kami ucapkan,
Pemandu berhemah diberi pujian,
Doa dan restu kami iringkan,
Orang tersayang dik oi jangan lupakan.
Buku Teks tahun 5 (m.s 183)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 32
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Cikgu Hisyam : Ahmad, saya kagum akan kebolehan Aizat. Dengan

rekod yang didiciptanya, saya yakin dia dapat mewakili
Malaysia dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah
ASEAN hujung bulan ini. Saya mahu dia berlatih secara
intensif untuk memastikan dia meraih kejayaan.
Ahmad : Saya juga berasa yakin dengan kebolehannya, cikgu.
Cikgu Hisyam : Tapi, yang merungsingkan saya, sejak kebelakangan ini
Aizat tidak hadir untuk sesi latihan.
Ahmad : Saya akan cuba bertanya tentang hal itu kepada Aizat,
cikgu. Saya rasa tentu dia ada sebab tertentu.
Keesokannya...
Ahmad : Aizat, semalam saya berbual-bual dengan Cikgu Hisyam.
Dia menaruh harapan tinggi kepada awak untuk
mewakili Malaysia dalam Kejohanan Majlis Sukan
Sekolah ASEAN. Katanya awak selalu tidak menghadiri
sesi latihan yang diadakan. Mengapa?
Aizat : Sebenarnya saya tidak dapat berlatih kerana terlalu
banyak kerja sekolah yang perlu saya siapkan.
Tambahan lagi, saya akana menduduki peperiksaan
hujung tahun ini. Saya perlu bersiap sedia untuk
menghadapinya. Saya rasa hendak mengundurkan diri
daripada menyertai pasukan olahraga sekolah.

Buku Teks tahun 5 (m.s 177)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 33
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Selamat sejahtera guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. Saya

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ketua kelas
yang telah dilantik.
Ketua kelas yang terpilih merupakan murid yang mempunyai kriteria
kepimpinan dan berwibawa. saya pasti mereka akan berjaya melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan dengan cekap,amanah dan tegas.
Sekiranya terdapat sebarang masalah di dalam kelas, ketua kelas
haruslah mengadukan hal tersebut kepada guru kelas atau kepada guru
disiplin.
Saya berharap agar ketua kelas memastikan setiap peraturan dipatuhi
murid-murid. Peraturan di sekolah tidak dapat dilaksanakan sekiranya tidak
mendapat kejasama semua murid. Oleh itu, semua murid mesti menanamkan
semangat untuk berkerjasama dengan ketua kelas.
Akhir kata, saya amat berharap agar semua murid menghormati ketua
kelas seperti mana kamu menghormati pengawas sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Buku Teks tahun 4 (m.s 34)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 34
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aku anak petani.Namaku Firdaus. Walau pun hidupku “ibarat kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang’hubungan kekeluargaan kami masih
erat. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian kepada kami. Walaupun
kami hidup susah, ibu tidak pernah mengeluh.
Harapan ayah dan ibu ingin melihat aku berjaya. Aku membuat
persediaan awal untuk menghadap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Di
sekolah aku sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Di rumah
pula, aku menyediakan jadual waktu untuk belajar.
Kegiatan sukan di skolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan,
badanku menjadi cergas. Justeru, aku akan dapat belajar dengan selesa.
Aku bertekad mengubah nasib keluarga aku. Untuk itu aku berjanji
akan belajar dengan gigih dan menjadi model terbaik kepada adik-adikku. Aku
akan membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang mencapai kejayaan.
Buku Teks tahun 4 (m.s 42)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 35
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jambatan kayu di Kampung Binjai runtuh akibat bah besar yang

melanda kampung tersebut. Sehubungan dengan itu, Ketua Kampung telah
memanggil anak buah beliau bermesyuarat di balai raya.
Dalam mesyuarat, mereka bersetuju untuk membaiki jambatan yang
runtuh itu secara gotong-royong. Pada hari gotong-royong penduduk
berkumpul lebih awal di tepi sungai. Masing-masing membawa alat yang
diperlukan.
Mereka mandi peluh melakukan kerja-kerja membaiki jambatan.
Masing-masimg berkerja dengan tekun. Tidak seorang pun yang curi tulang.
Beberapa orang wanita pula membantu menyediakan makanan dan
minuman. Pada waktu tengah hari, mereka berehat sambil makan-makanan
yang disediakan bersama-sama.
Aktiviti gotong-royong selesai pada pukul 5.30 petang. Penduduk
Kampung Binjai besar hati kerana jambatan di kampung mereka telah dapat
digunakan semula, berkat kerjasama penduduk.
Buku Teks tahun 4 (m.s 65)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 36
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Nordin berbakat besar dalam permainan bola sepak. Sejak di bangku

sekolah, Nordin menjadi ayam tambatan pasukannya. Cikgu Jalil yang
menjadi jurulatih pasukan sekolahnya berasa yakin bahawa Nordin akan
menjadi bintang bola sepak negara pada masa depan. Walaupun aktif dalam
permainan ini, Nordin tidak lupa akan pentingnya pelajaran. Dia pandai
membahagikan masa antara sukan dengan pelajaran. Sementara itu, Nina
dipilih sebagai Olahragawati Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas. Dia
aktif dalam sukan permainan dan olahraga. Nina selalu berkerja keras untuk
berjaya. Guru besar selalu memberikan galakan kepada Nina. Beliau
mengambil berat tentang kebajikan Nina. Di sekolah, pelbagai kelengkapan
sukan disediakan.
Nina pernah mengharumkan nama negara. Dia mewakili negara
dalam acara boling. Walaupun mendapat tempat kedua dalam kejohanan itu,
Nina menganggapnya sebagai satu kejayaan besar baginya.

Buku Teks tahun 4 (m.s 111)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 37
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Penduduk Kampung Muhibah hidup bagai aur dengan tebing.

Jika ada majlis kenduri-kendara, mereka bermaufakat dan membantu
tuan rumah yang mengadakan majlis tersebut.
Ketika jambatan di kampung mereka runtuh, mereka
membaiki jambatan tersebut. Mereka tidak mengharapkan bantuan
daripada kerajaan semata-mata. Mereka juga sentiasa mengadakan
gotong-royong bagi membersihkan kawasan kampung. Mereka
sedar bahawa rakyat yang sihat lahir daripada negara yang bersih.
Selain itu, penduduk Kampung Muhibah juga menggunakan
masa yang terluang untuk membuat kerja-kerja yang berfaedah. Ada
yang bercucuk tanam di belakang rumah. Jadi, mereka tidak perlu
membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, ada juga penduduk yang
menjalankan perusahaan kecil seperti memproses ubi kayu dan
menghasilkan kraf tangan daripada bahan terbuang. Kita patut
mencontohi sikap penduduk Kampung Muhibah.

Buku Teks Tahun 6 (m.s 13)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 38

Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Pada hari Sabtu yang lalu, warga Sekolah kebangsaan Seri

Kasih telah menjayakan aktiviti Gotong-royong Perdana. Ibu bapa
turut serta dalam gotong-royong itu.
Sebelum bergotong-royong, guru besar menyampaikan
ucapannya. Menurut beliau, gotong-royong itu diadakan untuk
menyahut seruan Perdana Menteri supaya rakyat Malaysia
mengutamakan kebersihan alam sekitar. Katanya lagi, sekolah yang
bersih dan selesa akan mencerminkan perwatakan warga sekolah.
Tujuan aktiviti gotong-royong itu diadakan untuk
membersihkan persekitaran sekolah, termasuk bilik-bilik darjah,
taman, padang, longkang dan tandas. Setiap kelas telah diagihkan
kawasan tertentu untuk dibersihkan. Contohnya, murid-murid tahun
Enam Bestari diminta mencuci tandas di Blok Amanah.
Sesungguhnya, maufakat membawa berkat. Menerusi gotong-
royong, warga sekolah dapat berkerjasama untuk mewujudkan
persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan indah.

Buku Teks Tahun 6 (m.s 30)

_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 39
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Ibu meminta Fauzan pergi ke kedai runcit untuk membeli

barang. Dia berjalan kaki walaupun dia mempunyai basikal. Fauzan
seorang atlet olahraga. Dia berjalan kaki untuk mengekalkan
kecergasannya. Dia berjalan di bahu jalan dan menentang arus lalu
lintas. Semasa hendak melintas Fauzan ternampak seorang buta
ingin melintas jalan. Fauzan kasihan melihat orang buta itu. Dia pun
memimpin lelaki itu menyeberang jalan. Fauzan menggunakan
lintasan pejalan kaki semasa melintas. Fauzan memastikan tiada
kenderaan yang lalu dengan memandang ke kanan dan ke kiri jalan
sebelum melintas jalan. Apabila sampai di kedai runcit, Fauzan pun
membeli barang yang telah dipesan oleh ibunya. Fauzan
memastikan semua barang yang dipesan oleh ibunya telah dibeli.
Dia melihat catatan yang telah dibuatnya. Setelah selesai, Fauzan
terus pulang ke rumah. Dia memulangkan baki wang kepada ibunya.
Dia berasa gembira kerana dapat menolong ibunya. Ibu fauzan
mengucapkan terima kasih kepada Fauzan.

Buku Teks Tahun 6 (m.s 55)

________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 40
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Latihan
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Negeri Ganga Negara amat kaya dengan hasil buminya.

Rajanya memerintah dengan adil dan bijaksana. Baginda dibantu
oleh seorang bendahara yang bijak bernama Puwirajaya.
Pada suatu hari, raja telah memanggil Puwirajaya.
“Aduhai Bendahara, telah lama bendahara berkhidmat dengan
beta. Beta berhajat memberikan ganjaran atas kesetiaan bendahara.
Namun, beta tidak mahu menentukan hadiahnya.Katakanlah kepada
beta apa permintaan bendahara,” kata Raja Zarul Syah.
Puwirajaya terdiam sambil memikirkan sesuatu. Kemudian,
dia mendapat satu akal.
“Ampun, tuanku. Seandainya patik diberi pilihan, sudi apatah
kiranya tuanku memberi secupak beras pada hari pertama, dua
cupak beras pada hari kedua, empat cupak beras pada hari ketiga,
dan seterusnya dalam gandaan dua selama sepurnama,” kata
Puwirajaya.
“Oh,Alangkah mudahnya permintaan bendahara itu! Baiklah,
akan beta tunaikan,” kata Raja Zarul Syah.

Buku Teks Tahun 6 (m.s 103)

_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 41
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Latihan
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Tanam ciku di tepi jalan,

Tanam belimbing di luar kota,
Tekun dan usaha jadikan amalan,
Barulah maju negara tercinta.
Buah mangga enaknya rasa,
Ditanam bersama buah delima.
Sungguh rajin petani di desa,
Hasil dituai dinikmati bersama.
Buah duku berguni-guni,
Manisnya sungguh tidak terkira,
Tidak kulupa jasamu petani,
Berkorban tenaga untuk negara.
Pohon seruntun, pohon markisa,
Segar sentiasa sirih junjungan,
Mengerah tenaga, tak kira masa,
Pengorbananmu tuan jadi sanjungan.

Buku Teks Tahun 6 (m.s 166)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 42
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Latihan
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Si Camba suka bercakap benar dan tidak pernah berbohong. Oleh

itu Si Camba disayangi oleh penduduk kampung. Jirannya yang bernama
Kamit sakit hati terhadap Si Camba. Pada suatu hari, Kamit membawa
sebuah karung yang diisikan kala jengking. Kamit ingin memberikan
karung itu kepada Si Camba.
“Camba,ibuku menyuruh aku memberikan emas ini kepada ibu
kamu,” ujar Kamit.
“Terima kasih kerana memberikan emas ini” kata Si Camba. Dia
membawa pulang karung itu.
“Karung apakah ini? Berat sangat isinya,” kata ibu Si Camba.
“Setahu Camba di dalamnya ada emas. Kamit yang berikan.Ibu
Kamit kirimkan kepada ibu,” kata Si Camba.
Ibu Si Camba membukanya.Alangkah terkejutnya dia apabila
mendapati banyak emas di dalam karung itu. Ibu Si Camba pun pergilah
menemui Kamit dan mengucapkan terima kasih kerana memberikan
kepadanya. Kamit amat terkejut lalu menceritakan niat buruknya.
“Saya minta maaf,mak cik. Saya sedar sekarang. Tuhan sentiasa
menolong orang yang jujur.” Sejak itu Kamit insaf atas perbuatannya.

Buku Teks Tahun 6 (m.s 110)

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 43
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Latihan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di

bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Rizal leka memerhatikan seorang lelaki tua duduk di kaki lima

menadah tangan. Orang yang lalu-lalang tidak mempedulikan lelaki tua
itu langsung. Hanya segelintir sahaja yang sudi memberi sedekah. Dia
berasa kasihan akan lelaki itu.
Berbagai persoalan bermain dalam fikiran Rizal. Ke manakah
anak lelaki tua itu? Jika ada, mengapakah ada anak yang sanggup
membiarkan ibu bapanya hidup merempat? Tiba-tiba, bahu Rizal
dipegang oleh seseorang. Rizal berasa sungguh terkejut.
Melihat Rizal terkejut, Siew Lin rakan sekelas Rizal pantas
meminta maaf. Rizal tersenyum dan menjelaskan apa yang sedang
dilakukannya. Siew Lin berasa terharu mendengar cerita Rizal.
Selepas ini, dia tidak akan memandang jijik terhadap pengemis lagi.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 44

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Azlan merupakan seorang murid Tahun 6. Dia merupakan

seorang murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajarannya.
Setiap malam Azlan akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan
oleh gurunya. Selain itu, dia juga akan mengulang kaji pelajarannya
sebelum tidur. Setiap hari Azlan akan tidur pada pukul 10.00 malam.
Sebelum tidur dia akan menggosok gigi dan minum susu. Amalan ini
telah dilakukan sejak dia kecil lagi.
Azlan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Mulia. Setiap
hari dia ke sekolah dengan menaiki bas. Sebelum menaiki bas Azlan
akan beratur mengikut barisan tanpa berebut-rebut. Sebelum bas tiba,
dia membaca nota-nota ringkas yang dibuatnya semalam.Semasa di
dalam kelas Azlan mendengar dengan teliti setiap pengajaran
daripada guru-gurunya. Dia bercita-cita untuk memperoleh 5A dalam
peperiksaan UPSR yang bakal tiba nanti.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 45
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Rusli sering datang lewat ke sekolah. Dia juga selalu ponteng

sekolah. Dalam kelas dia suka menganggu rakan-rakannya yang sedang
belajar. Rusli juga sering mengingkari arahan yang diberikan oleh ketua
darjah atau pengawas. Semasa ketiadaan guru, dia suka membuat bising
dan menconteng papan hitam. Walaupun dilarang oleh ketua darjah, dia
tetap melakukan perbuatan itu. Sikapnya menimbulkan perasaan tidak
senang dalam kalangan rakan-rakannya.

Suatu hari, Rusli telah diarahkan berjumpa dengan guru disiplin.

Dia dimarahi oleh guru disiplinnya. Setelah diberi nasihat, Rusli mula
menunjukkan perubahan. Dia mula berubah sikap. Rusli telah sedar akan
kesilapannya selama ini. Semenjak hari itu, Rusli tidak ponteng lagi. Dia
sering membantu rakan-rakannya dan mula menumpukan perhatian ketika
guru mengajar. Rusli belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai
keputusan yang cemerlang dalam setiap ujiannya.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 46
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hujung minggu, Faiz mengikut ibunya menjual pisang goreng

di kawasan kilang. Semenjak ayahnya sakit lumpuh, ibunya sahaja yang
mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Faiz merupakan anak sulung
dalam keluarganya. Dia mempunyai tiga orang adik yang masih kecil.
Oleh itu, Faiz yang menjadi sandaran ibunya untuk membantunya berniaga
pisang goreng. Gerai pisang goreng ibunya sentiasa dipenuhi pelanggan.
Pisang gorengnya sedap dan harganya berpatutan. Sikap ramah dan mesra
mereka sewaktu melayan pelanggan menyebabkan gerai mereka sentiasa
dikunjungi pelanggan.
Gerai pisang goreng Faiz dan ibunya sering mendapat pujian
daripada para pengunjung. Gerai mereka bersih, kemas dan teratur. Pisang
goreng yang dijualnya masih panas. Selain itu, Faiz dan ibunya juga
menjual air sirap, air kelapa dan soya. Air yang dijual itu ditutup supaya
tidak dihinggapi lalat. Para pelanggan berasa yakin dan selamat apabila
membeli makanan dari gerai mereka.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 47
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Imran dan Amin bercadang untuk melakukan perkara yang

berfaedah sepanjang cuti penggal pertama nanti. Mereka berpakat untuk
membantu ayah mengusahakan sebidang tanah terbiar di tepi rumah
mereka. Ayah mereka bercadang untuk menanam pisang di tepi tanah
tersebut. Daripada terbiar ditumbuhi semak-samun lebih baik di tanam
dengan pokok pisang supaya dapat hasilnya.
Ayah mereka merestui niat baik itu. Encik Jaafar membeli peralatan
untuk berkebun dan membeli anak pokok pisang. Mereka mula membersih
tanah tersebut. Seminggu selepas itu, mereka membuat batas untuk
menanam anak pokok pisang,
Minggu seterusnya, anak-anak pokok pisang mula ditanam di atas
batas yang dibina. Imran dan Amin sangat gembira. Mereka melakukan
kerja itu dengan tekun. Anak pokok pisang dibubuh baja supaya hidup
dengan subur. Apabila pokok pisang berbuah nanti, sudah pasti mereka
mendapat hasil yang lumayan.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 48
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada pagi itu, Hakim tidak sempat untuk bersarapan di rumah

kerana dia terlewat bangun. Apabila sampai di sekolah, dia berlari ke
kantin. Setibanya di kantin, Hakim tidak beratur seperti murid-murid
lain. Dia terus menuju ke barisan hadapan. Seorang pengawas
bernama Akmal bertugas di kantin pada masa itu. Akmal menegur
perbuatan Hakim itu. Hakim tidak pedulikan teguran Akmal itu malah
dia cuba menunjukkan kekuatannya. Akmal melaporkan perbuatan
Hakim itu kepada guru disiplin. Guru disiplin memanggil Hakim
masuk ke biliknya. Hakim diberi nasihat agar mematuhi disiplin dan
tingkah laku. Pada hari itu Hakim dikenakan tindakan tatatertib atas
perbuatannya itu. Sejak itu Hakim merasa amat menyesal dan berjanji
tidak akan mengulangi perbuatan melanggar disiplin.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 49
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jam menunjukkan tepat pukul 4.00 petang. Ishak menyimpan

buku ke dalam beg sekolah. Dia tergesa-gesa masuk ke bilik air untuk
mandi. Tidak lama kemudian, dia telah siap memakai pakaian sukan.
Ibu menyediakan pisang goreng dengan secawan air milo. Ishak
makan dengan tertib. Sebelum bertolak ke sekolah, dia sempat
bersalam dengan ibunya. Ishak ingat kata-kata ibunya supaya berhati-
hati semasa menunggang basikal di jalan raya. Ishak tiba di sekolah
lebih awal daraipada kawan-kawannya. Dia duduk di bangku kantin
sambil membaca buku yang dibeli ibunya di kedai buku semalam.
Setengah jam kemudian, dia terdengar suara kawan-kawannya yang
baru saja tiba. Mereka menghampirinya dan duduk di bangku kantin
sambil menunggu Cikgu Salim untuk berlatih bola sepak

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 50
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada suatu hari, Hamid menonton televisyen. Rancangan pada hari

itu mengenai permainan gasing di Kelantan. Semasa menonton rancangan
tersebut, Hamid mencatat maklumat tentang permainan gasing. Maklumat
itu dapat menambahkan pengetahuannya mengenai permainan gasing.
Hamid bercadang untuk mencari maklumat tambahan di perpustakaan
sekolah. Dia juga bercadang mendapatkan maklumat permainan gasing di
internet.
Maklumat yang diperoleh dapat digunakan sebagai bahan
pembelajaran. Sikap rajin Hamid itu telah menyebabkan dia sentiasa
mendapat markah yang tinggi dalam semua mata pelajaran. Hamid telah
berjumpa dengan guru kelasnya bagi memberitahu hasratnya untuk
memasuki pertandingan menulis esei yang dianjurkan Jabatan Pelajaran
Negeri.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 51
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hafiz seorang budak yang rajin. Selepas menyiapkan kerja-kerja

sekolah, dia membantu ibunya menyapu sampah di halaman rumah.
Kemudian dia membantu ayahnya mencuci kereta. Selesai semua kerja
itu, Hafiz pergi ke taman permainan untuk berjogging. Hafiz masih
ingat kata-kata gurunya ”Bersenam baik untuk kesihatan badan. Badan
sihat otak cerdas”. Pulang ke rumah, Hafiz terus ke bilik air untuk
membersihkan badan. Kemudian ia pergi ke surau untuk menunaikan
solat Maghrib. Sebelum tidur dia pasti membaca buku. Tabiat itu sudah
menjadi amalannya.

Ahzali Latif 09 52
Bahasa Melayu Bahagian C

Latihan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

. Azmir dan ayahnya menonton televisyen di ruang

tamu.”Kenapa ikan-ikan itu mati, ayah?” tanya Azmir untuk
mendapatkan kepastian daripada ayahnya.
”Ikan-ikan itu mati kerana air sungai itu tercemar. Bahan-bahan
dari kilang dibuang ke dalam sungai itu. Tengok itu sampah-sampah
yang memenuhi sungai itu! Sebab itulah sungai itu kotor,” kata Encik
Hashim kepada Azmir.
”Apakah tindakan kita ayah?” tanya Azmir lagi.
”Kita mesti menjaga kebersihan sungai. Sungai merupakan
sumber air kepada kita. Selain itu, sungai merupakan punca
pendapatan kepada nelayan,” jelas Encik Hashim.
”Dalam hal ini, kita hendaklah melaporkan kepada pihak
berkuasa jika terlihat pihak yang membuang sampah-sarap atau
bahan toksik ke dalam sungai,” jelas Encik Hashim lagi.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 53
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Naim murid yang pintar. Namun, dia agak malas belajar. Naim lebih
suka bermain dan menganggu murid-murid lain. Naim mahu semua murid
menghormatinya. Sesiapa yang tidak mahu menghormatinya akan
dipukulnya. Guru selalu memarahi Naim kerana tidak menyiapkan kerja
sekolah. Naim selalu memberi alasan tertinggal buku di rumah, sedangkan
dia membawanya. Pada suatu hari, guru kelas memeriksa beg Naim. Guru
kelas terkejut apabila melihat buku latihan yang dikatakan tidak dibawa
sebenarnya ada dalam beg Naim. Guru kelas juga menjumpai sekotak
rokok di dalam beg tersebut.
Ibu bapa Naim dipanggil ke sekolah. Ibu bapa Naim berasa malu
dan marah dengan laporan yang disampaikan oleh guru disiplin tentang
sikap Naim di sekolah. Naim berasa menyesal kerana dia memalukan ibu
bapanya. Dia berazam akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Naim
berjanji akan meninggalkan semua tabiat buruknya.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Ahzali Latif 09 54
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Latihan

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sungai sangat penting kepada manusia. Selain menjadi sumber

air kepada manusia, sungai juga merupakan habitat bagi pelbagai
hidupan air sungai. Pada masa kini, keadaan sungai sangat
menyedihkan. Sungai telah dijadikan tempat pembuangan sampah-
sarap. Keadaan ini sudah pasti akan mencemarkan air sungai.
Sampah-sarap dan bahan sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai
boleh menjejaskan kualiti air sungai.
Air sungai yang tercemar boleh membahayakan kesihatan jika
diminum. Orang ramai seharusnya bersama-sama memelihara sungai
daripada dicemari. Mereka patut menghalang sebarang kegiatan
menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah-sarap.

Ahzali Latif 09 55
Bahasa Melayu Bahagian C

_________________________________________________________________________

11. Pemarkahan

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

i. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan

bahan rangsangan/tugasan.
Cemerlang 18 – 20 ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang luas serta
(Lima nilai) sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
iii. Ejaan dan tanda baca yang betul. (Beri 20
markah jika tiada kesalahan langsung)
iv. Pengolahan idea menepati tugasan.

12 - 17 i. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan

bahan rangsangan/tugasan.
Baik ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana
(Empat nilai) (15 – 17) serta masih sesuai dengan bahan rangsangan /
tugasan.
iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda
(Tiga nilai) (12 – 14) baca.
iv. Pengolahan idea masih menepati tugasan.

06 - 11 i. Menggunakan ayat mudah serta ringkas

berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
Memuaskan (09 – 11) ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan
(Dua nilai) terdapat yang kurang sesuai dengan bahan
(06 – 08) rangsangan / tugasan.
iii. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda
baca.
iv. Pengolahan idea kurang menepati tugasan.

i. Menggunakan ayat yang tidak gramatis

berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
Pencapaian 01 - 05 ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad /
Tahap tidak sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan

Ahzali Latif 09 56
Bahasa Melayu Bahagian C

Minimum iii. Tidak menguasai ejaan dan tanda baca.

(Kosong atau iv. Pengolahan idea kurang /tidak menepati
satu nilai) tugasan.

12. Simbol Penandaan

√ Idea / isi

( ) Kesalahan isi / tidak berkaitan

˘˘˘˘˘˘˘ Kesalahan Struktur ayat

— Kesalahan penggunaan kata

О Kesalahan tanda baca

⊛ Kesalahan tanda baca berulang

/ Kesalahan ejaan

// Kesalahan ejaan berulang

=== Kesalahan imbuhan

≡≡ Kesalahan imbuhan berulang

-F Kesalahan format

POL Pengalaman orang lain

Ahzali Latif 09 57
Bahasa Melayu Bahagian C

bp Bilangan perkataan

Ahzali Latif 09 58

You might also like