You are on page 1of 5

REFLEKSI KESELURUHAN

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


GURU PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2008
KEM TASIK BIRU, JASIN, MELAKA

Program BIG untuk guru-guru pelatih PISMP ambilan Januari 2008 telah
dijalankan pada 28-31 Januari 2008 di Kem Tasik Biru, Jasin, Melaka. Pelbagai
persediaan dilakukan sebelum kami bertolak ke sana terutamanya dari aspek
penyediaan barang-barang keperluan seperi khemah dan makanan. Pada pagi
Isnin, 28 Januari 2008, kami telah berkumpul di hadapan Balai Pelawat. Sebelum
bergerak ke kem tersebut, En. Abu Bakar bin Miskun telah memberikan kami
taklimat ringkas di gimnasium. Perlantikan penghuluwati, ketua dan penolong
telah dilakukan semasa di IPPM lagi bagi melicinkan pelaksanaan semua tugas
yang diberikan. Penghuluwati kami adalah Shakila binti Nahrorawi dari PISMP
Matematik. Pemilihannya adalah berdasarkan bilangan undian antara peserta-
peserta BIG. Di sana kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan
kumpulan mentor masing-masing agar memudahkan mentor memantau para
guru pelatih, di mana semua aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kumpulan
tersebut. Di dalam kumpulan itulah kami bekerjasama mendirikankan khemah
dan empat orang daripada kami pula ditugaskan untuk memasak di dapur.
Dalam melaksanakan aktiviti ini, semangat berpasukan dan bersepakat adalah
penting bagi memudahkan pelaksanaannya.

Program BIG kami dimulakan dengan sesi Ice-Breaking yang dikelolakan


oleh kaunselor pelajar, Pn Noraidah. Sesi ini dapat dilaksanakan dengan lancar
di dalam dewan yang selesa walaupun kami masih belum menyesuaikan diri
sepenuhnya di sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa sesi Ice-Breaking ini
menyebabkan kami lebih saling mengenali antara satu sama lain kerana
walaupun kami telah bersama di IPPM selama setahun setengah, masih terdapat
di antara kami yang masih belum mengenali latar belakang rakan-rakan dari unit
yang lain. Dengan secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan lagi tahap
komunikasi di antara rakan-rakan guru pelatih.

Banyak perkara yang kami pelajari di sini terutama dari aspek kerohanian.
Pengisian rohani di dalam Program BIG ini bagaikan menjadi pengisian utama
kerana setiap waktu solat fardhu ia di sertai dengan tazkirah-tazkirah yang
banyak memberi kami ilmu-ilmu pengetahuan tidak kira untuk bekalan di dunia
mahupun di akhirat kelak. Topik-topik yang diketengahkan dalam tazkirah yang
diberikan antaranya ialah akal yang sihat terdapat pada badan yang sihat, zikir,
cemerlang gemilang dan terbilang, tuntutan, maratabat dan kepentingan ilmu,
mencari hidayah, doa, ruqyah dan munajat, serta penerangan mengenai solat
Jamak dan Qasar. Semua slot tazkirah ini telah disampaikan oleh guru-guru
pelatih yang telah dipilih sebagai wakil bagi setiap kumpulan. Tazkirah Subuh
dilaksanakan selama 30 minit, tazkirah Zuhur selama 20-25 minit, tazkirah Asar
selama 10 minit sahaja manakala tazkirah Maghrib pula dilaksanakan selama 60
minit atau 1 jam. Kebiasaannya, pada akhir slot tazkirah, ulasan akan dibuat oleh
Ustaz Mat Nawi. Beliau akan mengulas topik yang dibincangkan semasa tazkirah
dan menambah sedikit input-input yang patut diketahui oleh guru-guru pelatih. Di
sini kami dapat menimba banyak ilmu agama dan sentiasa menyedari bahawa
betapa besar dan luasnya ilmu Allah yang meliputi langit dan bumi. Solat-solat
fardu yang didirikan secara berjemaah pada setiap waktu pula memupuk
semangat perpaduan dan kesepakatan antara kami. Ia juga secara tidak
langsung menunjukkan bahawa kehidupan secara berjemaah ini adalah amat
penting dalam usaha untuk memakmurkan bumi Allah ini. Selain itu, program
BIG ini juga menyedarkan kami tentang pentingya kewajipan solat yang
difardhukan kepada umat Islam. Walaupun kami berada di dalam hutan atau di
tasik, kami masih boleh menunaikan ibadah solat fardhu dengan berpandukan
syarat-syarat rukhsah solat yang telah ditetapkan oleh Islam.
Selain dari itu, di dalam program BIG ini ia turut mengandungi sesi
panduan kecemasan dan asas bantu mula dimana, kami dapat mempelajari
pelbagai cara dan kaedah rawatan segera atau rawatan awal sekirannya berlaku
kecederaan seperti luka sama ada di bahagian luar atau bahagian dalam. Cara-
cara untuk membuat ikatan juga turut diajar dan dipraktikkan semasa sesi
tersebut. Di sini, banyak ilmu yang kami timba iaitu rawatan-rawatan awal dalam
hal-hal kecemasan yang kita tidak boleh diduga bila perkara itu berlaku.

Dalam pada itu, antara aktiviti utama yang dijalankan dalam program BIG ini
ialah aktiviti kembara di darat. Semasa aktiviti ini kami terpaksa berjalan dalam
keadaan panas terik. Walaubagaimanapun, kami tidak pernah patah semangat
dan berputus asa dalam meneruskan perjuangan ke tempat yang ditujui
ditambah pula kami terpaksa membawa beban seperti periuk, kuali dan
barangan dapur untuk kegunaan memasak masakan tengahari di hutan. Barang-
barang tersebut dibawa secara bergilir-gilir agar dapat meringankan beban, bak
kata pepatah Melayu, berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Setelah meredahi
jalan sehingga hampir 3 jam, kami akhirnya sampai di tempat yang telah
ditetapkan untuk berehat dan memasak serta bersolat Zuhur. Di sana, kami telah
diberikan pisang, dan ikan keli sebanyak 5 ekor bagi setiap kumpulan sebagai
juadah untuk makan tengahari. Kami telah bekerjasama dalam menyediakan
hidangan makan tengahari walaupun barang-barang yang disediakan untuk
memasak adalah terhad. Selain itu, kami turut melakukan solat Zuhur di dalam
hutan tanpa menggunakan telekung.

Antara aktiviti menarik lain yang diadakan bagi mengisi program BIG ini
ialah berkayak dan berakit. Pengalaman berkayak dan berakit di Kem Tasik Biru
ini amat menyeronokkan. Sebelum aktiviti tersebut dijalankan, kami terlebih
dahulu didedahkan tentang penggunaan ‘buoyancy aid’ (BA) supaya tiada
sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kami juga turut mempelajari cara-
cara untuk mengapungkan diri. Selain dari itu, kami juga turut diberi peluang
bermandi-manda di sekitar tepi tasik disamping mempraktikkan BA tersebut.
Semasa aktiviti berkayak dijalankan, ia sebenarnya banyak memerlukan
kesepakatan di antara kedua belah pihak, barulah kayak itu dapat dipandu
dengan baik. Dalam aktiviti berakit pula, kerjasama diantara ahli kumpulan
adalah amat penting bagi memastikan rakit tersebut berada dalam keadaan yang
seimbang dan dapat bergerak dengan lancar. Ketua pasukan pula perlu sentiasa
memastikan pergerakan pendyung adalah serentak agar pergerakan rakit lebih
cepat. Keadaan ini sebenarnya memerlukan semangat bepasukan yang kuat
serta daya ketahanan yang tinggi.

Di samping itu, dalam keseluruhan sesi LDK yang dijalankan sepanjang


program BIG ini, pada keseluruhannya ia banyak memupuk nilai-nilai murni
seperti kerjasama, tolong menolong dan hormat menghormati. Sesi LDK ini juga
memberi peluang untuk setiap ahli dalam kumpulan mendekatkan diri di antara
satu sama lain yang mungkin sebelum ini masih lagi tidak pernah bergaul mesra.
Peluang inilah yang perlu diambil untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim
di antara rakan-rakan seperjuangan. Selain dari itu, terdapat juga sesi
penghargaan kendiri dan perubahan sikap yang dijalan dalam LDK yang ke 3.
Dalam sesi ini, kami banyak berkongsi tentang masalah yang kami alami kepada
rakan-rakan. Kami turut berbincang bersama-sama cara untuk mengatasinya
dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri sekiranya masalah itu datang dari
kami sendiri. Selain itu, aktiviti LDK ini sebenarnya banyak memberi keceriaan
kepada kami dengan kehadiran Puan Noraidah dan Encik Isnin serta mentor-
mentor yang sentiasa bersama dengan anak-anak menteenya. Ia juga secara
tidak langsung mendidik kami menjadi insan yang terbaik yang boleh mendidik
anak-anak bangsa pada masa akan datang .

Berdasarkan ujian Self-Directed Search (SDS) yang juga dikenali dengan


nama Ujian Kerjaya di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah, ujian ini
dapat memberi gambaran mengenai kerjaya yang sesuai dengan diri kita pada
masa akan datang. Berdasarkan jawapan saya, saya mempunyai satu sifat yang
bersesuaian dengan kerjaya sebagai guru matematik iaitu social hasil daripada
ujian ini, saya perlu memperbaiki dan mengubah sifat atau sikap saya agar lebih
cenderung ke arah menjadi seorang guru. Bak kata pepatah Islam, tidak akan
berubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri. Oleh itu,
kita haruslah berusaha untuk manjadikan diri kita seorang guru yang sebenar-
benarnya agar dapat membimbing anak didik kita pada masa hadapan dengan
ikhlas dan jujur.

You might also like