You are on page 1of 5

Motivasi Belajar

Motivasi Belajar – Pelajar Perlu Bijak Kawal


Nafsu dan Keinginan
OCT 31ST

Posted by Lia Nadia Qistina in Motivasi Belajar

4 comments
Letak Di Facebook!

Untuk berjaya dalam pelajaran, Anda perlukan lebih dari sekadar kerajinan.

Anda perlukan kekuatan hafalan, ketahanan melawan nafsu, stamina mental,


matlamat hidup.

Seorang pelajar tugasnya adalah untuk memahami pelajaran kemudian


mengingatinya. Sebab apa nak ingat? Sebab Anda akan menduduki peperiksaan.

Kecemerlangan seorang pelajar di ukur dari keputusan peperiksaannya.

Ke’genius’an seorang pelajar bergantung pada keputusan peperiksaannya, tanpa


mengira latar belakang keluarganya dan siapa dirinya.

Untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, Anda kena menjadi seseorang yang
lain daripada yang lain.

Anda kena ada ketahanan melawan nafsu orang muda, iaitu keinginan mahu
bersuka-suka dan bermalas-malasan. Sebagai pelajar, pasti Anda di kerumuni
oleh kawan-kawan.

Kawan-kawan Anda ni pula ada citarasa masing-masing. Ada yang funky, moden,
ada juga yang menggunakan pendekatan simple.

Citara berbeza ini akan mempengaruhi Anda, kesannya Anda akan jadi terikut-
ikut. Lantas, dek terikut-ikut Anda akan keliru dengan diri sendiri. Anda tidak
tahu apa stail yang sesuai dengan Anda.

Satu lagi, Anda akan tergoda dengan sikap orang muda yang suka ber’enjoy’,
berhepi-hepian, leka berhibur dan bersuka-sukaan.
Apabila Anda mahu menjadi pelajar cemerlang, Anda kena lupakan kenikmatan
berenjoy. Anda akan banyak meluangkan masa mengadap buku, menghafal,
membuat latihan.

Menjadi orang berjaya memang banyak cabarannya. Bila Anda mahu berjaya,
Anda perlu bersedia menempuh cabaran-cabaran itu satu persatu, kesemuanya.

LETAK ARTIKEL NI DI FACEBOOK ANDA

Nawaitu motivasiku
JUN 5TH

Posted by Lia Nadia Qistina in Motivasi Belajar

No comments
Letak Di Facebook!

Kecemerlangan seorang pelajar terletak pada niatnya.

Sedar atau tidak, motivasi kita ketika belajar di dalam kelas sebenarnya di
pengaruhi oleh niat kita di dalam hati.

Niat di hati adalah penggerak motivasi.

Tanya diri Anda, apa niat Anda pergi ke sekolah?

Untuk apa Anda ke sekolah? Sebab apa Anda masuk ke kelas? Soalan-soalan ini
akan dapat merungkai apa nawaitu kita sebenarnya.

Apabila kita meletak niat ke sekolah kerana mahu mencari ilmu, mahu
membina kecemerlangan atau mahu membina masa depan lebih baik untuk
kita dan keluarga, niat itu akan mendorong kita untuk mahu mencapai
kecemerlangan dalam mata pelajaran yang kita ambil.

Niat yang ‘kecil’ memberi impak amat besar.

LETAK ARTIKEL NI DI FACEBOOK ANDA

Sebab apa pelajar sekolah tidak suka


membaca buku
JUN 4TH

Posted by Lia Nadia Qistina in Motivasi Belajar

3 comments
16
Letak Di Facebook!

Sebab apa ramai pelajar sekolah tidak suka membaca buku?

Sebab apa mereka kurang minat mahu belajar?

Mungkin, mereka tidak ada matlamat. Jika Anda salah seorang daripada pelajar
sebegini, inilah saat yang paling ngam untuk Anda teliti hati Anda.

Ilmu yang kita pelajari di dalam kelas akan masuk ke fikiran.

Hati yang bersih akan membuat kita senang memahami apa yang di ajar oleh
guru.

Hati yang kurang bersih membuat fikiran kita bercelaru.

Hati ‘kotor’ akan membuat kita tidak tahu apa matlamat kita sebagai seorang
pelajar.

Kita akan malas belajar, malas mahu membaca buku, terasa berat nak
mengulangkaji.

Masuk ke kelas pun malas-malas saja. Kesan paling ketara, kita tidak akan minat
untuk belajar. Bangun pagi pergi ke sekolah hanya semata-mata untuk memenuhi
tanggungjawab menjadi seorang pelajar sekolah sahaja.

Untuk memupuk minat pada pelajaran, terlebih dahulu berlatihlah selalu


membersihkan hati.

Rajin-rajinkan lidah beristighfar, rasakan bahawa kita sudah banyak membuat


kesalahan di masa lalu kemudian kita betul-betul minta ampun. Selain meminta
ampun daripada Allah swt, minta ampun daripada ibu dan bapa kita.

Kegembiraan mereka merestui usaha kita, pembuka jalan kejayaan buat


pembelajaran kita.

LETAK ARTIKEL NI DI FACEBOOK ANDA


Motivasi belajar – dekatkan diri dengan buku
JAN 29TH

Posted by ShueQry in Motivasi Belajar

4 comments
Letak Di Facebook!

Jika Anda seorang pelajar dan anda mahu berjaya dalam pelajaran, Anda kena
membentuk diri menjadi seorang insan yang dekat dengan buku. Tak kisalah
orang nak cakap apa pasal Anda, biarkan saja. Cakapan orang hanya boleh
mengkritik tapi tak akan dapat mengganggu Anda selagi Anda memilih untuk
membiarkan saja cakapan mereka. maafkan cakapan-cakapan mereka jika Anda
terasa, lupakan dan teruskan mengejar matlamat Anda.

Untuk menjadi seorang pelajar berjaya, dekatkan diri dengan buku. Baca banyak
kali supaya Anda ingat apa yang dah dipelajari tanpa perlu menghafal setiap satu
point-point penting. Biasakan diri untuk membawa sebuah buku ke mana-mana
saja Anda pergi.

Kebanyakan pelajar takut untuk digelar kaki buku atau ulat buku sebab
mereka takut akan kehilangan kawan. Dalam usaha mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran, nak ke tak nak Anda kena terima hakikat Anda kena berkorban,
termasuklah mengorbankan masa untuk ‘hanging out’ bersama kawan-kawan.
Kawan yang sebenar-benar kawan adalah kawan yang tak memilih kawan, walau
siapapun Anda, walau apapun yang Anda lakukan.

LETAK ARTIKEL NI DI FACEBOOK ANDA

Nak berjaya dalam pelajaran di universiti


kita tak boleh tertekan
JAN 16TH

Posted by ShueQry in Motivasi Belajar

9 comments
14
Letak Di Facebook!
Anda berjaya masuk ke universiti sedangkan kelulusan Anda tak sepower mana.
Pastu, mak dan ayah Anda orang susah dan Anda adalah satu-satunya harapan
mereka untuk mencetus perubahan hidup. Anda takut nanti seandainya Anda tak
berjaya skor habis dalam peperiksaan universiti, Anda akan menghampakan
mereka.

Anda tertekan dengan situasi ni. Jika saya menjadi Anda, saya akan pinggirkan
rasa tertekan tu. Saya akan berusaha memupuk minat pada pelajaran-pelajaran
yang saya kena ambik pada semester tu di universiti tempat saya belajar.

Kita akan mudah untuk cemerlang dalam pelajaran jika kita seorang yang suka
belajar, suka membaca, suka berkepit dengan buku ke mana-mana. Sesusah
cemanapun hidup Anda, jangan fikir dulu hal-hal kesusahan tu sebab Anda
akan tertekan.

Anda tak boleh nak fokus dengan pembelajaran. Nak bukak buku pun mesti takde
semangat punya.

Fokuskan untuk membina minat belajar kerana dari situ Anda bleh skor habis
dalam peperiksaan universiti. Memang kita nak berjaya sebab nak membalas jasa
mak dan ayah kita, tapi bila di universiti seboleh mungkin fokuslah untuk diri
sendiri dulu, sebabnya apa jua yang kita usahakan sebagai seorang pelajar
hasilnya tu tetap akan mengalir pada mak dan ayah kita nanti.

Tugas Anda sebagai pelajar universiti, belajar, belajar, belajar. Ingat hukum
sebab dan akibat. Kita rajin belajar hari ini, dah tentu kita akan berjaya jadi
pelajar cemerlang bila dah tamat nanti.

Dengan itu dah tentu kita boleh apply kerja kerajaan yang bagus, kemudian
dengan gaji dari kerja tetap kita tu kita boleh membina kehidupan yang dua kali
ganda lagi bagus dari taraf kehidupan kita sebelumnya. Mak dan ayah akan
gembira dengan kejayaan kita bahkan berbangga apabila menceritakan kisah kita
pada sesiapa saja.

LETAK ARTIKEL NI DI FACEBOOK ANDA

You might also like