You are on page 1of 2

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia dan juga
berpunca daripada kilang-kilang di mana masing-masing mahu memenuhi keperluan
hidup yang semakin bertambah setiap hari. Aktiviti yang dilakukan tidak mengira tempat
di laut, di darat mahupun di udara. Bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia.
Beban pencemaran juga semakin hari semakin berat termasuk bahan kumbahan daripada
kilang-kilang yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Pencemaran alam sekitar boleh
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1) Pencemaran air
2) Pencemaran udara
3) Pencemaran tanah

Pencemaran air merupakan suatu perubahan yang berlaku di suatu tempat


penampungan air seperti danau, sungai laut, dan air tanah kesan daripada aktiviti
manusia. Pencemaran air boleh dipengaruhi oleh pelbagai factor dan mempunyai
karakteristik yang berbeza-beza. Walaupun begitu, fenomena alam seperti gunung berapi,
ribut, gempa bumi tidak dianggap sebagai pencemaran walaupun menyumbang
perubahan yang besar kepada kualiti air.

Aktiviti pengindustrian yang meluas tika ini banyak memberi kesan buruk kepada
ekosistem dengan membuang bahan-bahan tercemar seperti logam berat, toksin organic,
petrol, nutrient dan sebagainya. Sampah organic ini menyebabkan keperluan oksigen
semakin rendah dan membahayakan seluruh ekosistem. Ia juga mengarah kepada
pembentukan eutrofikasi dengan meningkatnya kandungan nutrien. Keadaan ini
menyebabkan tumbuhan air yang bersaiz mikro seperti alga membiak dengat cepat kesan
daripada bekalan fosfat yang berlebihan. Hal ini akan menyebabkan warna air menjadi
kehijauan, berbau busuk dan keruh. Akibatnya, kualiti air menurun dan kepekatan
oksigen terlarut juga rendah. Ini menyebabkan kehidupan air seperti ikan dan species lain
tidak dapat tumbuh dengan baik, akhirnya mati. Selain daripada itu, cyanobakteria juga
memberi masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan kerana mengandungi toksin.

Pencemaran udara pencemaran udara berpunca daripada aktiviti manusia seperti


pengankutan, pengindustrian dan pembakaran mahupun alam semulajadi seperti gunung
berapi dan sebagainya. Pencemaran udara boleh didefinisikan seperti pencemaran suara,
radiasi, atau cahaya. Pencemaran ini berlaku dengan hadirnya satu atau lebih bahan-
bahan fizik, kimia atau biologi di atmosfera dengan jumlah yang dapat membahayakan
kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan.

Pencemaran udara dapat diklasifikasikan kepada primer dan sekunder. Primer merupakan
bahan pencemaran yang secara langsung daripada sumber pencemaran udara. Contohnya
karbon monoksida yang merupakan hasil dari pembakaran. Manakala sekunder adalah
bahan pencemaran yang terbentuk daripada tindakbalas pencemaran primer di atmosfera.
Contohnya seperti pembentukan ozon. Kesan daripada pencemaran udara terhadap
kesihatan manusia adalah seperti asma, bronkitis, dan gangguan pernafasan lain. Selain
daripada itu, hujan asid, efek rumah hijau dan kerosakan pada lapisan ozon akan berlaku
sekiranya pencemaran udara berterusan berlaku tanpa pencegahan.
Pencemaran tanah adalah di mana berlakunya perubahan struktur tanah apabila
bahan kimia buatan manusia menyerap masuk ke dalam tanah. Pencemaran ini terjadi
akibat daripada kebocoran air kumbahan dan bahan kimia industri, penggunaan pestisid,
kemalangan pengankut minyak yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi
syarat. Apabila bahan kimia beracun menyerap masuk ke permukaan tanah, ia akan
menguap. Pencemaran tersebut akan termendap sebagai zat kimia beracun secara
langsung memberi kesan negatif kepada manusia apabila bersentuhan dengan tanah.

Kesan pencemaran terhadap kesihatan manusia bergantung pada jenis


pencemaran, kromium dan herbasid sangat berbahaya kepada kanak-kanak kerana
menyebabkan kerosakan otak serta ginjal pada seluruh populasi. Pendedahan secara
berterusan terhadap benzene pada kepekatan tertentu boleh menyebakan penyakit
leukemia. Selain itu terdapat beberapa simptom seperti sakit kepala, letih, iritasi mata dan
ruam kulit jikalau terdedah dengan merkuri, siklodiena, organofosfat dan karmabat.
Jikalau pada dos yang besar ia bleh menyebabkan kematian. Pencemaran tanah juga
memberi kesan terhadap ekosistem. Perubahan kimia pada struktur tanah yang radikal
walaupun bahan kimia hadir dengan dos yang rendah, ia tetap merbahaya. Perubahan ini
menyebabkan metabolism mikroorganisma endemik dan antropoda turut berubah.
Akibatnya dapat memusnahkan pelbagai spesis primer dari rantai makanan sekaligus
memberi kesan pada ekosistem.

Untuk menangani masalah tersebut, terdapat 2 cara, remediasi iaitu kegiatan


untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Ada dua jenis remediasi tanah,
yaitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site adalah
pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari
pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi. Pembersihan off-site meliputi
penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa ke daerah yang aman. Manakala,
bioremediasi adalah proses pembersihan pencemaran tanah dengan menggunakan
mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah atau
mendegradasi zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun
(karbon dioksida dan air).

Oleh itu, untuk mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,
kita harus menjaga alam sekitar dengan baik sepertimana kita menjaga barang-barang
yang kita sayang agar semua warga bumi berada dalam keadaan selamat dan selesa.

You might also like