You are on page 1of 13

monarki

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis

kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal

kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada

dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai

raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan.

Perbezaan diantara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya,

manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-

negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari

negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya

adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau

institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.

Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada

kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan

bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta

monarki demokratik.

Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua

agama serta Panglima Besarangkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua

agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua

agama Kristian Protestan.

Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti Maharaja dan Kalifah.

Perbahasan menyokong

Beberapa sebab menyokong monarki adalah:

 Raja berkemungkinan lebih baik dari presiden yang dipilih kerana beliau telah dilatih sejak kecil untuk memimpin.

 Perbelanjaan mengekalkan sistem raja mungkin lebih murah dari republik yang terpaksa berbelanja besar untuk

pilihanraya presiden, rumah, pencen dan perkara lain bagi presiden dan bekas presiden.

 Persaingan dan kritik selalunya ditujukan ke atas presiden kerana beliau adalah pegawai yang dilantik. Ini mungkin boleh

memalukan negara.

 Presiden adalah ahli anggota parti politik yang mungkin bersikap bias sedangkan raja tidak mewakili mana-mana parti

politik serta bersikap neutral.

 Presiden harus bertindak mengikut polisi parti dan penyokongnya tetapi raja lebih bebas.

 Raja lebih baik untuk dijadikan simbol perpaduan nasional daripada presiden.
 Dalam sebuah republik pertukaran ketua kerajaan menyebabkan suasana tidak menentu politik. Sistem raja pula lebih

stabil dan melambangkan kesinambungan pemerintahan. Contohnya kekacauan dan peperangan saudara di Perancis,

Jerman, Rusia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja.


Perbahasan menentang

Beberapa sebab menentang monarki:

 Sistem monarki melambangkan keistimewaan, ketamakan dan exploitasi.

 Setiap masyarakat mempunyai hak untuk melantik ketua negara dan ketua negara adalah bertanggungjawab kepada

rakyat.

 Setiap manusia dilahirkan sama rata sedangkan raja dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kuasa tanpa perlu

berusaha.

 Kuasa prerogatif raja boleh digunakan untuk menghalang proses demokratik tanpa perlu rasa bertanggungjawab.

 Sistem raja yang diwaris menyebabkan kanak-kanak yang dilahirkan sebagai putera raja tidak dapat menjalani kehidupan

normal seterusnya tidak dapat berfungsi sebagai ketua kerajaan yang baik.

 Dalam beberapa kes, sistem monarki dikaitkan dengan fahaman fasis dan diktator. Di Itali misalnya, sistem raja

dimansuhkan kerana Raja Victor Emmanuel III menyokong regim fasis Mussolini pada tahun 1946.
 MONARKI / PEMERINTAHAN BERAJA (MONARCHY)
  
 Monarki merupakan sebentuk kerajaan di mana kuasa negara
(kedaulatan) terletak di tangan seorang raja. Dalam bentuk
pemerintahan ini, seorang raja, ratu atau maharaja (emperor)
mempunyai hak untuk memerintah seumur hidup dan hak ini
merupakan hak turun-temurun (hereditary).
  

 Terdapat dua jenis monarki: monarki mutlak (absolute


monarchy) dan monarki berperlembagaan  (constitutional
monarchy).
  
 Monarki mutlak merujuk kepada sebentuk kerajaan di mana
seorang raja mempunyai kuasa politik yang tidak terbatas untuk
memerintah negaranya. Dalam bentuk kerajaan ini, raja
memegang semua kuasa perundangan, eksekutif dan
kehakiman. Setiap undang-undang adalah di bawah kuasa dan
kelulusannya dan dialah punca / sumber kedaulatan.
  

 Di zaman pemerintahan monarki mutlak di negara-negara


Eropah pada kurun kelima dan keenam telah dipercayai bahawa
kuasa raja itu diturunkan oleh Tuhan (iaitu, kuasa
untuk  memerintah datang daripada Tuhan). Oman, Swaziland,
Arab Saudi dan Brunei Darussalam merupakan contoh negara-
negara yang mengamalkan monarki mutlak.
  
 Pemerintahan berrcorak monarki mutlak mempunyai ciri-ciri
positif seperti tindakan cepat dan pantas, kesinambungan dan
kekonsistenan dalam dasar awam. Semua ini adalah
dikehendaki bagi mentadbir sesebuah negara secara berkesan,
khususnya semasa kecemasan dan krisis nasional.
  

 Oleh kerana semua kuasa kerajaan – kuasa eksekutif, legislatif


dan kehakiman dan ketenteraan – terletak di tangan raja, ia
berkebolehan untuk melaksanakan dasar yang mantap dan
mentadbir negaranya secara cekap dan berkesan. Namun
demikian, apabila seseorang raja mempunyai kuasa yang
mutlak, ia boleh membahayakan negara.  Ini akan berlaku
apabila raja tidak peka atau prihatin atau responsif
terhadap  kepentingan dan keperluan rakyat dan mentadbir
sewenang-wenangnya. Kecuaian dan sikap tidak
bertanggungjawab raja boleh menjadikan rakyat memberontak
dan berikutan itu negara mungkin akan berada dalam keadaan
huru-hara dan anarki.
  
 Monarki berperlembagaan  bermaksud sebentuk kerajaan di
mana kuasa seseorang raja ditetapkan oleh perlembagaan.
Raja yang merupakan ketua negara dikehendaki menjalankan
tugas serta tanggungjawabnya mengikut kuasa yang
diberikannya di bawah perlembagaan.
  

 Dalam kata lain, raja berperlembagaan perlu berkongsi kuasa


kerajaan dengan wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Di
Malaysia, Yang di-Pertuan Agong yang merupakan raja
berperlembagaan, dikehendaki menjalankan fungsinya mengikut
peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia –
iaitu, bertindak mengikut nasihat kabinet (artikel 40). Great
Britain, Sweden, Norway, Denmark, Belanda, New Zealand,
Nepal, Bahamas dan Malaysia mengamalkan sistem raja
berperlembagaan.
  

 Di bawah bentuk kerajaan ini, pemerintahan dijalankan


berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi dan juga mengikut
lunas-lunas yang terkandung dalam perlembagaan. Hak asasi
manusia terjamin dan kepentingan golongan majoriti serta
golongan minoriti dilindungi.
Autokrasi

Maksud mudah di sini adalah AUTOKRASI adalah satu bentuk pemerintahan secara 'kuku besi'
iaitu segala keputusan adalah hak mutlak seseorang kepala negara dan DEMOKRASI pula
adalah sistem pemerintahan yang memerlukan sokongan suara majoriti untuk memilih seorang
ketua sebagai pemimpin sesebuah masyarakat. Mungkin ramai yang akan berkata, demokrasi
adalah sistem yang paling sesuai diamalkan zaman ini.

Pada pandangan saya, di Malaysia ini kita perlukan lebih satu daripada sistem pemerintahan
iaitu "Democracy Authoritarian" yang saya definisikan bahawa seseorang perlu dipilih untuk
menjadi wakil mereka dan dilantik sebagai ketua untuk memimpin dan apa sahaja keputusan
yang melibatkan hak penduduk majoriti atau peribumi tidak boleh dipersoalkan atau diganggu
gugat oleh sesiapa yang berkepentingan. Mereka yang mempersoalkan hak peribumi perlu
terus dihukum tanpa memerlukan prosiding yang panjang (contoh: ISA).

Kita boleh lihat sejak berakhir PRU-12, tiba-tiba sahaja muncul jaguh dari kaum masing-masing
untuk menuntut 'hak' mereka di bumi bertuah ini. Jika sejarah (yang betul bukan sejarah yang
direka-reka) dikaji secara mendalam, nescaya pihak ini tidak akan mengungkitnya. Yang
menjadi masalah adalah mereka menolak bulat-bulat fakta sejarah dan mereka merasakan apa
yang berlaku selepas merdeka itu lebih penting daripada apa yang berlaku sebelum merdeka.

Walaupun tiada istilah khusus untuk menggambarkan situasi "Democracy Authoritarian", kita
boleh mengambil contoh ketika pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4.
Tun telah mengambil langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih
buruk walaupun keputusan yang dilakukannya mendapat tentangan daripada rakyat yang tidak
mengerti hal sebenarnya.
Contoh peristiwa yang kita boleh lihat:

1. Pengharaman UMNO Februari 1988. Tun menasihati Agong supaya memecat Ketua
Hakim Negara ketika itu dan segala bentuk undang-undang dikawal supaya keadaan menjadi
tenteram dan perbalahan tidak berpanjangan.
2. Penggunaan ISA kepada individu yang mempunyai potensi mencetuskan huru-hara di
dalam negara walaupun kata sesetengah pihak yang mereka ini tidak pernah ingin mengucar-
kacirkan negara. (Operasi Lalang 1987 dan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim 1998)
3. Tuntutan yang tidak dilayan oleh Tun daripada kaum-kaum lain yang mahukan "sesuatu"
supaya mereka dapat lebih daripada apa yang dinikmati oleh peribumi. (Suqiu, dll.)

Apabila kita memberikan 'kebebasan' kepada rakyat untuk menentukan hala tuju negara, inilah
yang akan terjadi seperti yang dilihat hari ini. Banyak perkara mula dipersoal tanpa pihak
pemerintah melakukan sesuatu untuk membendungnya. Alasan "kita boleh duduk berbincang"
tidak sepatutnya digunakan. Perbincangan tidak semestinya membuahkan hasil yang baik atau
situasi menang-menang. Keputusan kadangkala nampak seperi berpihak kepada kita tetapi kita
tidak tahu apa yang berlaku kemudian, barangkali ia akan memihak kepada lawan.

Kebebasan ada hadnya. Islam memang menggalakkan kebebasan tetapi kebebasan yang
terkawal. Inilah yang dimaksudkan dalam makna "Democracy Authoritarian". Saya harap
pandangan ini dapat diperkatakan bersama.

Definisi
Aristokrasi merupakan sebentuk kerajaan di mana kuasa politik
terletak di tangan rakyat yang terdiri daripada sekumpulan kecil yang
dianggap sebagai paling  layak untuk memerintah. Biasanya,
aristokrasi berasaskan kepada kekayaan, kebijaksanaan, keturunan,
hartanah, kuasa tentera, kaum, kedudukan istimewa dalam
masyarakat atau  pencapaian dalam bidang kebudayaan atau
perniagaan.
 

Ciri-ciri
a. D a l a m c o r a k p e m e r i n t a h a n A r i s t o k r a s i , k u m p u l a n y a n g m e m e g a n g
kuasa tergolong kepada satu kelas sosial yang mempunyai
keistemewaan. Keistimewaan ini tidak terdapat di kalangan orang-
orang kebanyakan. Pemerintah juga terdiri daripada golongan
terpelajar dan pakar-pakar dalam bidang industri, perniagaan,
agama dan pentadbiran awam.
 

b. A r i s t o k r a s i t e l a h w u j u d dan berkembang dalam rangka monarki


(pemerintahan beraja).
 

Contoh

Di England dari 1688 hingga 1832 sekumpulan Aristokrat yang mempunyai


hartanah telah memerintah negara itu. Dalam abad yang ke-18,
Aristokrasi telah wujud di Perancis tetapi ditamatkan berikutan Revolusi
Perancis. Aristokrasi telah hapus kerana inflasi yang telah menjejaskan
pendapatan yang tetap, kehilangan peranan tentera yang dimainkan oleh
aristokrasi turun-temurun, pembangunan industri dan kemerosotan
kepentingan hartanah.
 

AUTOKRASI (AUTOCRACY)
 

Definisi

Autokrasi merupakan sebentuk kerajaan di mana kuasa dan autoriti


untuk memerintah negara  terletak di tangan seorang atau satu parti
politik. Pemerintah ini biasanya dikenali sebagai ‘dictator’. Pada
zaman dahulu, kebanyakan pemerintah autocrat telah mengekalkan
kuasa serta kedudukan autoriti mereka melalui pewarisan (harta
pusaka) atau melalui penggunaan kuasa tanpa belas kasihan.
 
Contoh
Contoh-contoh kerajaan autokratik ialah: Negara Jerman di bawah
Adolf Hitler, Indonesia di bawah Suharto, Filipina di bawah
pemerintahan Ferdinand Marcos, Cuba di bawah pemerintahan  Fidel
Castro  Chile di bawah pemerintahan Augusto Pinochet (1973-
1990),  Iraq di bawah Saddam Hussein dan Libya di bawah Muamar
Qaddafi.
 

Ciri-ciri
a.    Di bawah sistem kerajaan ini, pemerintah mempunyai semua kuasa
politik, ekonomi, tentera dan kehakiman.
 

b.   Pemerintah menentukan nilai-nilai masyarakat dan mengawal selok-


belok (semua aspek) kehidupan rakyat – iaitu, mengawal kehendak
dan  pilihan rakyat; memantau pengerakan rakyat; menghadkan
kebebasan mereka; dan mengawal media massa.

c.    Bentuk kerajaan ini mempunyai sesuatu ideologi yang tertentu dan


seluruh rakyat dikehendaki menganut (mengikut) ideologi itu.
 

d.   Di bawah bentuk kerajaan  ini, pematuhan kepada arahan


pemerintah dititikberatkan dan hak-hak asasi rakyat tidak dianggap
penting – hanya maruah dan ideologi negara diberi keutamaan.
 
e.    Jika dibandingkan dengan pemerintahan berdemokrasi, sistem
politik ini tidak memberi pertimbangan yang sewajar kepada suara
dan kepentingan dan kemahuan rakyat- rakyat tertakluk kepada
penyeksaan dan penindasan jika menentang pemerintah atau
arahan, dasar dan programnya. Boleh dikatakan autokrasi adalah
bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi.
 

AUTORITI (AUTHORITY)
 

Definisi

Autoriti merupakan kuasa yang sah dan diterima umum. Autoriti


boleh juga didefinisikan sebagai hak untuk menuntut rasa hormat,
kuasa untuk membuat sesuatu keputusan dan kuasa untuk memberi
arahan atau perintah.
 

Autoriti juga ditakrifkan sebagai hubungan antara individu, seorang


ketua dan  seorang lagi subordinat.
Biasanya, autoriti dikaitkan dengan seseorang pemimpin.
 

Ciri-ciri
a. L e g i t i m a s i ( k e a b s a h a n ) m e r u p a k a n c i r i u t a m a a u t o r i t i .
 

b. S a t u l a g i c i r i a u t o r i t i i a l a h p e n g u a s a a n . A u t o r i t i m e r u p a k a n
keupayaan seseorang untuk memberi perintah atau arahan kepada
orang lain. Seseorang yang mempunyai autoriti menguasai orang
lain. Autoriti ialah perintah yang dikeluarkan oleh pihak atasan
kepada orang bawahan.
 

c. A k a u n t a b i l i t i ( k e b e r t a n g g u n g j a w a p a n ) m e r u p a k a n s a t u l a g i c i r i
utama autoriti. Seseorang yang mempunyai autoriti adalah juga
bertanggungjawab kepada orang atasannya.
 

d. ‘ L o g i c ’     m e r u p a k a n satu lagi ciri autoriti. Seseorang yang


mempunyai autoriti memberi alasan-alasan yang kukuh untuk
sesuatu tindakan yang diambilnya atau sesuatu keputusanya. Kita
terima autoriti kerana ia berasaskan logik.
 

e. A u t o r i t i m e n g a w a l t i n g k a h l a k u o r a n g m e l a l u i k a t a - k a t a serta
ucapan dan bukan melalui paksaan atau kekerasan.
 
f. Autoriti berpunca daripada jawatan yang dipegang oleh seseorang;
undang-undang; harta dan kekayaan seseorang; dan sifat-sifat
peribadi seseorang seperti kebolehan berpidato; kebolehan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah secara berkesan; karisma (daya
penarikan) seseorang; kejujuran, bersih, cekap dan amanah dan
kepakaran dan pengalaman dalam sesuatu bidang khusus (seperti
agama, ekonomi, undang-undang,dll).
 

Jenis-jenis*
* Sila lihat contoh jawapan bagi soalan peperiksaan
 

Bagaimana seseorang pemimpin boleh hilangkan autoritinya?


 

Seseorang pemimpin boleh hilangkan autoritinya apabila kerajaannya


tidak mempunyai kekuatan tentera yang mencukupi untuk
menumpaskan pemberontakan  dalam negaranya. Rasuah yang
berleluasa, ketidakadilan, ketiadaan kestabilan politik dan ekonomi,
pengangguran yang berleluasa, kemiskinan dan juga ketidakcekapan
pentadbiran, kepimpinan yang tak bijaksana, tidak adil dan tidak
tegas akan menyebabkan seseorang pemimpin hilangkan autoritinya.
 

republik

sebuah negara di mana tampuk pemerintahan akhirnya bercabang dari rakyat, bukan


dari prinsip keturunan bangsawan. Istilah ini berasal dari bahasa Latin res publica,
atau “urusan awam”, yanng artinya kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun
republik berbeda dengan konsep demokrasi. Terdapat kasus dimana negara republik
diperintah secara totaliter. Misalnya, Afrika Selatan yang telah menjadi republik sejak
1961, tetapi disebabkan dasar apartheid sekitar 80% penduduk kulit hitamnya dilarang
untuk mengikuti pemilu. Tentu saja terdapat juga negara republik yang melakukan
perwakilan secara demokrasi.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal yaitu Republik Roma, yang
bertahan dari 509 SM hingga 44 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip seperti anualiti (memegang pemerintah
selama satu tahun saja) dan “collegiality” (dua orang memegang jabatan ketua negara) telah dipraktekkan.

Dalam zaman modern ini, ketua negara suatu republik biasanya seorang saja, yaitu Presiden, tetapi ada juga beberapa
pengecualian misalnya di Swiss, terdapat majelis tujuh pemimpin yang merangkap sebagai ketua negara, dipanggil
Bundesrat, dan di San Marino, jabatan ketua negara dipegang oleh dua orang.

Republikanisme adalah pandangan bahwa sebuah republik merupakan bentuk pemerintahan terbaik. Republikanisme juga
dapat mengarah pada ideologi dari banyak partai politik yang menamakan diri mereka Partai Republikan. Beberapa dari
antaranya adalah, atau mempunyai akarnya dari anti-monarkisme. Untuk kebanyakan partai republikanhanyalah sebuah
nama dan partai-partai ini, serta pihak yang berhubungan dengan mereka, mempunyai sedikit keserupaan selain dari
nama mereka.
14. Sistem parlementer adalah sebuah sistem pemerintahan di mana parlemen memiliki peranan penting dalam
pemerintahan. Dalam hal ini parlemen memiliki wewenang dalam mengangkat perdana menteri dan parlemen pun dapat
menjatuhkan pemerintahan, yaitu dengan cara mengeluarkan semacam mosi tidak percaya. Berbeda dengan sistem
presidensiil, di mana sistem parlemen dapat memiliki seorang presiden dan seorang perdana menteri, yang berwenang
terhadap jalannya pemerintahan. Dalam presidensiil, presiden berwenang terhadap jalannya pemerintahan, namun dalam
sistem parlementer presiden hanya menjadi simbol kepala negara saja.

Sistem parlementer dibedakan oleh cabang eksekutif pemerintah tergantung dari dukungan secara langsung atau tidak
langsung cabang legislatif, atau parlemen, sering dikemukakan melalui sebuah veto keyakinan. Oleh karena itu, tidak ada
pemisahan kekuasaan yang jelas antara cabang eksekutif dan cabang legislatif, menuju kritikan dari beberapa yang
merasa kurangnya pemeriksaan dan keseimbangan yang ditemukan dalam sebuah republik kepresidenan.

Sistem parlemen dipuji, dibanding dengan sistem presidensiil, karena kefleksibilitasannya dan tanggapannya kepada
publik. Kekurangannya adalah dia sering mengarah ke pemerintahan yang kurang stabil, seperti dalam Republik Weimar
Jerman dan Republik Keempat Perancis. Sistem parlemen biasanya memiliki pembedaan yang jelas antara kepala
pemerintahan dan kepala negara, dengan kepala pemerintahan adalah perdana menteri, dan kepala negara ditunjuk
sebagai dengan kekuasaan sedikit atau seremonial. Namun beberapa sistem parlemen juga memiliki seorang presiden
terpilih dengan banyak kuasa sebagai kepala negara, memberikan keseimbangan dalam sistem ini.

berpresedin

KERAJAAN BERPRESIDEN (PRESIDENTIAL GOVERNMENT)


 
Definisi
Kerajaan berpresiden merupakan sebentuk kerajaan di mana pihak
Eksekutif (yang terdiri daripada Ketua Negara {Presiden} dan ahli-
ahli kabinetnya) tidak bertanggungjawab kepada badan perundangan.
 
Contoh
Contoh-contoh negara yang mengamalkan bentuk kerajaan
berpresiden  ialah: Amerika Syarikat, Argentina, Perancis, Korea
Selatan, Filipina, Brazil, Kenya, Mexico, Mesir, dll.
 
Ciri-ciri
a.   Di bawah sistem pemerintahan ini terdapat pemisahan kuasa di
antara ketiga-tiga badan kerajaan: badan
perundangan dan badan eksekutif merupakan dua badan
yang berasingan – iaitu, di sini kuasa eksekutif   dan kuasa
legislatif adalah dipisahkan mengikut prinsip “checks and
balances” (sekatan and imbangan). Pemisahan kuasa antara
kedua-dua badan ini menjadi pelindung terhadap kezaliman,
penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak serta
kebebasan  rakyat jelata.
 

b.   Ketua eksekutif yang dikenali sebagai Presiden merupakan


Ketua Negara serta Ketua Kerajaan. Kedua-dua kuasa nominal
dan sebenar  digabungkan dan terletak di tangan seorang. Ini
dikenali sebagai “Single Executive.”
 

c.   Ketua Eksekutif (Presiden)  merupakan wakil yang dipilih


secara langsung oleh rakyat untk satu tempoh yang tertentu
mengikut peruntukan perlembagaan: di Amerika Syarikat untuk
empat (4) tahun sekali dan ia tidak boleh memegang jawatan
lebih daripada  dua tempoh (lapan tahun berturut-turut) dan ia
tidak boleh dipecat daripada jawatannya kecuali melalui proses
“impeachment” (kerana melakukan jenayah atau perbuatan
yang lain) oleh Kongres. Ketua eksekutif bertanggungjawab
hanya kepada pengundi (rakyat).
 

d.   Ketua-ketua jabatan-jabatan eksekutif (menteri-menteri) dan


ketua-ketua agensi-agensi pentadbiran dilantik oleh presiden
dan diusir olehnya. Menteri-menteri (yang dikenali sebagai
Setiausaha {Secretaries}) adalah subordinat kepada Ketua
Eksekutif dan hanya bertanggungjawab kepadanya dan mereka
tidak menjadi ahli Kongres (kerana mereka tidak dipilih oleh
rakyat). Tempoh jawatan / perkhidmatan mereka bergantung
kepada kehendak hati Presiden.
 

e.   Badan perundangan tidak boleh dibubarkan sebelum


tempohnya tamat. Presiden tidak mempunyai kuasa untuk
membubarkannya.
 

f.    Di bawah bentuk pemerintahan ini, badan Eksekutif tidak


mempunyai peluang langsung untuk menerangkan cadangan,
dasar atau undang-undang atau pendiriannya tentang sesuatu
isu / perkara kepada Kongres secara langsung: Presiden hanya
boleh menghantar kepada Kongres cadangan-cadangannya
seperti undang-undang termasuk “budget message” kepada
Kongres untuk pertimbangan. Kongres boleh meminda atau
menolak cadangan Presiden. Presiden dan kabinetnya tidak
mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam
perbahasan di Kongres.
 
Kekuatan (Strengths)
a.  Sistem pemerintahan ini mewujudkan satu Eksekutif yang stabil
dan mantap yang tidak bergantung kepada kehendak hati badan
perundangan. Tempoh jawatan Eksekutif adalah ditetapkan oleh
perlembagaan dan ini memastikan perjalanan kerajaan secara
licin dan lancar dan terus serta dasar dan programnya semasa
tempoh itu tanpa apa-apa halangan atau hambatan. Tambahan
pula, satu tempoh yang tertentu memastikan kesinambungan
dalam polisi serta program dan keberkesanan dan kecekapan
pentadbiran kerajaan.
 

b.  Pemisahan kuasa antara ketiga-tiga badan kerajaan yang


terdapat dalam bentuk kerajaan ini merupakan satu pelindung
yang berkesan terhadap kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan
pencabulan  hak asasi rakyat.
 

c.  Dalam bentuk kerajaan ini, kuasa Eksekutif terpusat


(centralised)  dan terletak di tangan presiden dan kabinetnya
dan ini memudahkan pihak eksekutif merancang, menggubal
serta melaksanakan program awam jangka panjang tanpa
halangan atau dengan pantas tanpa campur tangan badan lain.
 

d.  Sistem kerajaan ini merupakan bentuk kerajaan perwakilan.


Pengundi diberi kuasa dan peluang untuk memilih seorang
ketua eksekutif negara yang paling berpengaruh dan berkuasa.
Memandangkan ia dipilih oleh rakyat jelata, ketua eksekutif
perlu mengambil kira atau memberi perhatian dan pertimbangan
yang sewajar kepada kepentingan, kehendak dan hasrat rakyat.
 

e.  Di bawah sistem pemerintahan berpresiden, pakar-pakar dalam


pelbagai bidang seperti pengurusan, pertahanan, perniagaan,
kewangan, keselamatan, teknologi, hubungan antarabangsa
dan undang-undang (termasuk mereka yang terdiri daripada
parti pembangkang) boleh dilantik sebagai ahli kabinet atau
sebagai ketua jabatan eksekutif untuk membantu presiden
menjalankan tugas serta tanggungjawabnya secara berkesan.
Mereka dianggap sebagai tulang belakang pemerintahan.
 

f.   Di bawah sistem politik ini, semangat parti tidak menjadi


dominan atau berpengaruh dalam kerajaan dan lantaran itu
merit memainkan perananyang  lebih penting daripada
hubungan parti.
 

g.  Bentuk kerajaan ini lebih berkesan semasa keadaan darurat,


kemelesetan atau kegawatan ekonomi. Ini adalah kerana
presiden mempunyai kuasa eksekutif yang tertinggi dan ia
boleh mengambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan
tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.
 

h.  Sistem kerajaan bercorak presiden adalah lebih sesuai bagi


negara-negara di mana penduduknya terdiri daripada berbilang
kaum dengan pelbagai kepentingan, budaya, tradisi dan
sejarah.
 
Kelemahan (Weakness)
a.  Kerajaan berpresiden merupakan sebentuk kerajaan yang tidak
bertanggungjawab kerana eksekutif adalah bebas daripada
badan perundangan (iaitu, berada di luar badan perundangan).
Ini bermakna eksekutif tidak tertakluk kepada kawalan atau
jagaan badan perundangan. Oleh itu, Ketua Eksekutif boleh
menggunakan kuasanya secara sembarangan semata-mata dan
ini mungkin boleh menjejaskan kepentingan, kehendak dan
hasrat rakyat.
 

b.  Satu lagi kelemahan yang terdapat dalam bentuk kerajaan ini


ialah kegagalannya untuk memastikan kerjasama dan harmoni
di antara eksekutif dan badan perundangan. Kebuntuan
(stalemate) sering berlaku antara eksekutif dan Kongres,
terutamanya apabila ketua Eksekutif terdiri daripada parti
politik yang tidak mempunyai majoriti di kedua-dua badan
perundangan. Keadaan buntu (deadlock) boleh menjejaskan
perjalanan kerajaan secara licin dan lancar. Undang-undang,
program dan dasar awam tidak dapat dilaksanakan seperti
terancang dan mengikut kehendak kerajaan / Ketua Eksekutif
kerana penolakannya oleh badan perundangan.
 

c.  Bentuk kerajaan berpresiden merupakan satu sistem politik


yang terlalu ketat dan kaku. Apabila seseorang presiden dipilih,
dia tidak boleh dipecat walaupun rakyat tidak selesa dan tidak
berpuas hati dengan dasar dan pentadbirannya. Dibawah
sistem ini, peruntukan perlembagaan mengenai tempoh jawatan
presiden perlu dipatuhi. Presiden hanya boleh diusir melalui
“impeachment process”, jika ia terlibat dalam perbuatan
jenayah.
 

d.  Kuasa veto (pembatalan) yang dipunyai oleh Presiden (di


bawah perlembagaan) merupakan satu lagi kelemahan yang ada
pada corak pemerintahan ini. Jika Presiden tidak berpuas hati
dengan undang-undang yang diluluskan oleh Kongres, ia boleh
menolaknya dengan menggunakan kuasa veto ini. Ini boleh
menimbulkan masalah politik jika undang-undang yang
dianggap sebagai berguna bagi negara oleh kebanyakan wakil
rakyat ditolak. Ini boleh disifatkan sebagai sesuatu yang tidak
berdemokratik.
 

e.  Sistem pemerintahan berpresiden tidak sesuai untuk


menjalankan dasar luar negara secara berkesan. Ini adalah
kerana Presiden perlu mendapat sokongan dan kerjasama
badan perundangan untuk mengikat sesuatu perjanjian
antarabangsa atau memberi bantuan tentera atau mengambil
tindakan tentera terhadap negara-negara lain. Jika seseorang
Presiden dan badan perundangan selalunya bermusuhan atau
bertentangan satu sama lain, pelaksanaan dasar luar negara
akan terjejas.

You might also like