You are on page 1of 98

Modul

Bahasa Malaysia

1
Vokal ‘a’ Vokal ‘i’
 Kenal vokal ‘a’  Kenal vokal ‘i’
 Kenal sukukata  Kenal sukukata
melibatkan vokal ‘a’ (kv) melibatkan vokal ‘i’
 Bina perkataan  Bina perkataan kv
 Bina frasa  Bina ayat
 Bina ayat  Salin/baca perkataan,
 Salin / Baca perkataan, frasa,ayat.
frasa, ayat

Vokal ‘u’
 Kenal vokal ‘u’
Vokal ‘a’ dan ‘i’  Kenal sukukata
 Ulang sukukata ‘a’ melibatkan vokal ‘u’ (kv)
dan ‘i’
 Ulang vokal a, i
 Bina perkataan vkv
 Bina perkataan kv kv
MODUL 2  Bina perkataan vkv
 Bina perkataan kvkv
 Bina frasa MUDAHNYA
 Bina frasa
 Bina ayat MEMBACA  Bina ayat
 Salin / Baca
 Salin / Baca perkataan,
perkataan, frasa, ayat frasa, ayat

Vokal ‘o’ Vokal ‘e’


 Kenal vokal ‘o’  Kenal vokal ‘e’
 Kenal sukukata  Kenal sukukata
melibatkan vokal ‘o’ melibatkan vokal ‘e’
 Ulang sukukata a, i, u  Ulang sukukata a, i, u
 Bina perkataan vkv  Bina perkataan vkv
 Bina perkataan kvkv  Bina perkataan kvkv
 Bina ayat  Bina ayat
 Salin/baca perkataan,  Salin/baca perkataan,
frasa,ayat. frasa,ayat.

2
MUDAHNYA MEMBACA
PENGAJARAN 1

Cadangan Masa 30 Minit

Tunjang Utama Komunikasi – Bahasa Malaysia

Standard Pembelajaran Utama BM 3.4.3 Membina dan membunyikan


suku kata hasil gabungan huruf
konsonan dan huruf vokal (KV)

Standard Pembelajaran Lain yang ST 1.1.2 Menunjukkan sikap yang


Disepadukan sistematik, bekerjasama,
bertanggungjawab

Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat :

- Membunyikan sukukata KV.


- Menyalin suku kata KV

Konsep Utama Suku kata dan perkataan

Kosa Kata ba, ca, do, gu

Alatan dan Bahan Kad huruf vokal, kad huruf konsonan.

3
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan

Murid menyebut kad huruf yang ditunjukkan oleh guru secara berulang-ulang
(kad huruf a, m , p, d, t, h )
Perkembangan

1. Guru menunjukkan kad gambar.

paha dada

2. Guru membimbing murid mencantumkan kad huruf vokal ‘a’ dengan kad huruf
konsonan m, p, d, t, h untuk membentuk perkataan mata, paha dan dada.

3. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.

4. Murid diminta mencari pasangan secara mencantum kad yang ada pada
mereka.

5. Murid meletakkan kad yang dicantumkan pada papan


sisipan.

6. Murid mengeja dan menyebut secara kelas, kumpulan dan


induvidu.

7. Murid menyalin suku kata sambil menyebut bunyinya.


Penutup
Murid menyebut suku kata yang ditunjukkan oleh guru secara rawak secara berulang-
ulang.

Pentaksiran

Murid dapat mencantumkan kad huruf vokal dan huruf konsonan menjadi suku
kata.
* Kad sukukata yang berasingan

ba ca da Fa ga ha
ja ka la Ma na pa
qa ra sa Ta va wa
ya za

4
MUDAHNYA MEMBACA
PENGAJARAN 2

Cadangan Masa 30 Minit

Tunjang Utama Komunikasi - Bahasa Malaysia

BM 3.4.4 Membina dan membunyikan dua


Standard Pembelajaran Utama sukukata terbuka (KV + KV)
secara rawak
BM 3.5.5 Membatangkan (mengeja sambil
membaca) dua suku kata
terbuka untuk menjadi
perkataan KVKV (contoh :
buku)
BM 4.2.4Menyalin perkataan dengan cara
yang betul

Standard Pembelajaran Lain yang PFK 2.3.6 Membaling objek lembut ke


Disepadukan sasaran menggunakan satu
atau dua belah tangan

Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat :

- Membunyikan suku kata berasaskan KV


- Menyalin suku kata KV

Konsep Utama Sukukata

Kosa Kata bola, cuci, dagu

Alatan dan Bahan Kad huruf, kad gambar,carta


lagu,pundi kacang, carta sisip dan pita
pelekat.

5
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan

Guru mempamerkan kad suku kata KV dan membunyikan suku kata tersebut.

Perkembangan

1. Guru membimbing murid membunyikan kad suku kata yang telah dilekatkan
pada papan tulis.

2. Murid membaca secara kelas,kumpulan dan indvidu.

3. Guru menerangkan cara permainan ‘Lontar dan eja’.

4. Murid dikehendaki melontar pundi kacang kecil sebanyak dua kali pada carta
yang disediakan.

5. Murid menyebut dua suku kata yang didapati dan mengambil kad suku kata
yang disediakan. Contoh :

ba sa

6. Guru meletakkan kad secara sisipan dan mengulang aktiviti ini kepada murid
lain.

7. Murid membaca sukukata

8. Guru menunjukkan kad suku kata di carta sisip dan meminta murid
menyebut semula perkataan.

9. Murid memilih kad perkataan yang bermakna dan mengejanya dengan


bimbingan guru. Murid mengeluarkan kad suku kata yang tidak bermakna.

10. Murid menyalin suku kata bermakna berdasarkan kad suku kata.

6
Penutup

Murid mengeja sambil menyanyi lagu suku kata.

b a p a → bapa
b a w a → bawa
b a j a → baja

bapa, bawa, baja trek tek tek (melodi trek tek tek)

* Aktiviti ini boleh dijalankan mengikut tahap pencapaian murid, masa dan tempat

Pentaksiran

1. Murid apat menyebut dan membunyikan gabungan vokal ‘a’ dengan konsonan.

2. Murid dapat menyalin suku kata KV

* Aktiviti di atas boleh diadakan untuk suku kata gabungan vokal i, u, e, o dengan
konsonan.

* Kad sukukata, papan tulis, pelekat

ba ca da fa
ga ha ja ka
la ma na pa
ra sa ta va
wa ya za

7
MUDAHNYA MEMBACA
PENGAJARAN 3

Cadangan Masa 30 Minit

Tunjang Utama Komunikasi – Bahasa Malaysia

BM 3.4.4 Membina dan membunyikan dua


Standard Pembelajaran Utama sukukata terbuka (KV + KV)
secara rawak
BM 3.4.5 Membatangkan (mengeja sambil
membaca) dua suku kata
terbuka untuk menjadi perkataan
KVKV (contoh : buku)
BM 3.4.6 Menyalin perkataan dengan cara
yang betul

Standard Pembelajaran Lain yang PFK 2.3.6 Membaling objek lembut ke


Disepadukan sasaran menggunakan satu
atau dua belah tangan

Objektif Pelajaran
Pada akhir pengajaran murid dapat :
- Membaca perkataan KV KV.
- Membaca frasa

Konsep Utama Perkataan

Kosa Kata pipi, cili, lidi, gigi, pili, pipi, kiri

Alatan dan Bahan Carta sisipan, kad huruf, kad perkataan,


kad gambar

8
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan

Guru memanggil empat orang murid dan memakaikan mereka topi yang mengandungi
huruf c , i, l, i

c i l i

Perkembangan

1. Guru menunjukkan gambar biji kacang, cili, pili, pipi, gigi, lidi. tangan kiri.

2. Guru membimbing murid mencantumkan kad huruf vokal i dengan kad huruf
konsonan b, c, p, j, l, p, g, d untuk membentuk perkataan di atas.

3. Guru membahagikan murid kepada 3 atau 4 kumpulan

4. Murid diminta mencari pasangan secara mencantum kad yang ada pada
mereka.

5. Murid meletakkan kad yang dicantumkan pada carta sisipan.

6. Murid mengambil kad perkataan berdasarkan sebutan guru (wakil dalam


setiap kumpulan mengambil secara bergilir-gilir).

7. Murid menampalkan kad perkataan yang diambil.

Contoh biji pada manila kad.

8. Murid lain dalam kumpulan mengambil perkataan mengikut arahan guru


contoh dan menampalkan disebelahnya menjadi

biji cili cili

9. Guru menyebut perkataan biji . cili

Murid mengeja berdasarkan tampalan tadi. biji cili

9
10. Murid menyalin frasa dalam buku bergaris.

biji cili
______
______

Penutup

Murid mengeja dan menyebut perkataan yang ditulis

* Frasa lain – pipi kiri gunakan langkah di atas.

Gunakan perkataan-perkataan lain (selain di atas) untuk membentuk frasa.

10
MUDAHNYA MEMBACA
PENGAJARAN 4
30 Minit
Cadangan Masa

Tunjang Utama Komunikasi – Bahasa Malaysia

Standard Pembelajaran Utama BM 3.4.3 Membina dan membunyikan suku kata


hasil gabungan huruf konsonan dan
huruf vokal (KV)
BM 3.4.6 Membina dan membunyikan
Tiga sukukata terbuka (KV+KV+KV)
BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang
betul

Standard Pembelajaran Lain PSE 2.1.3 Bersikap positif tentang kebolehan


yang Disepadukan dan limition/ kekurangan/ kelemahan
kendiri
PSE 2.2.2 Menunjukkan semangat dan sifat positif
berkeyakinan

Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat :

- Membunyikan suku kata ( KV )


- Membaca perkataan ( KV KV KV)

Konsep Utama Suku kata

Kosa kata kelapa, kepala, kereta, berudu, keladi, tomato, bateri

Alatan dan bahan Kad huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad selak
dan lembaran kerja.

11
LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan

Guru menunjukkan gambar atau benda maujud dan murid menamakannya (contoh,
kereta, kelapa, berudu, keladi, tomato, bateri)

Perkembangan

1. Guru memberikan beberapa kad suku kata (KV) kepada murid.

2. Seorang murid diminta memegang gambar kereta.

3. Guru meminta murid yang memegang kad suku kata “ke” keluar ke hadapan diikuti
dengan suku kata ‘re’ dan ‘ta’

4. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang telah dihasilkan.


* Aktiviti di atas boleh diulang untuk perkataan yang lain

5. Murid menuliskan perkataan pada gambar dalam lembaran kerja yang diberikan.

Penutup

Murid membaca perkataan-perkataan dalam lembaran kerja.

Pentaksiran

1. Murid dapat membaca perkataan KVKVKV

2. Murid dapat menulis perkataan KVKVKV.

12
MUDAHNYA MEMBACA
PENGAJARAN 5
30 Minit
Cadangan Masa

Tunjang Utama Komunikasi – Bahasa Malaysia

Standard Pembelajaran Utama BM 3.4.4. Membunyikan tiga suku kata KV KV KV


BM 3.5.12 Membaca perkataan daripada suku kata
KV KV KV
BM 3.6.2 Membaca frasa yang terdiri daripada dua
perkataan

Standard Pembelajaran Lain FPK 1.10 Menggunakan tangan untuk memintal


yang Disepadukan FPK 2.1.13 Merangkak dengan teknik yang betul di
ruang tertentu

Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat :

- Membaca perkataan (KV KV KV)


- Membaca frasa

Konsep Utama Mengeja suku kata

Kosa Kata kelapa muda, ubi keladi, kereta kuda, jerami padi,
kepala batu, buku cerita

Alatan dan bahan Kad huruf, kad suku kata, kad perkataan dan kad
frasa

13
LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan

Guru menunjukkan beberapa keping gambar dan murid menyebutkannya.

Perkembangan

1. Guru memberikan beberapa kad perkataan KV KV dan VKV kepada sekumpulan


murid. Contoh :

muda ubi kuda

batu buku padi

2. Guru memberikan beberapa kad perkataan KV KV KV kepada kumpulan murid kedua.


Contoh :

kelapa keladi kereta

jerami kepala cerita

3. Guru mengarahkan kumpulan murid pertama mencari pasangan kad perkataan yang
sesuai dengan kad perkataan murid kumpulan kedua bagi membentuk frasa.

4. Murid membaca frasa hasil aktiviti di atas.

kelapa muda ubi

kereta kuda keladi

5. Guru meminta murid melengkapkan frasa pada lembaran kerja. Contoh :

kelapa ____________ (muda),


kereta ____________ (baru),
jerami ____________ (padi),
kepala ____________ (batu),
buku ____________ (cerita)
ubi ____________ (keladi)

14
Penutup

Murid membaca frasa

Pentaksiran

1. Murid dapat membaca tiga frasa.

2. Murid dapat menulis dua frasa

15
MUDAHNYA MEMBACA
PENGAJARAN 6

Cadangan Masa 30 Minit

Tunjang Utama Komunikasi – Bahasa Malaysia

Standard Pembelajaran BM 3.4.6 Membina dan membunyikan suku kata


tertutup (KVK) secara rawak.

BM3.5.5 Membatangkan suku kata tertutup untuk


menjadi perkataan KVK (Contoh :
dan)

Standard Pembelajaran Lain PSE 2.3.8 Menunjukkan kebolehan sendiri melalui


yang Disepadukan pelbagai kaedah komunikasi seperti
melukis, menyanyi dan berlakon.

KTI 2.1.10 Menyanyi dengan sebutan yang jelas

Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat :

- membunyikan sukukata ( KVK )


- membaca perkataan ( KVK )

Konsep Utama Sukukata

Kosa Kata kek, tin, bas, gam , beg, zip, jam

Alatan dan Bahan Kad huruf, kad sukukata, kad perkataan dan
lembaran kerja

16
LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan

Guru menunjukkan beberapa keping gambar dan murid menamakannya.


Contoh: kek, tin, bas, gam, beg, zip, jam
Perkembangan

1. Guru menampalkan beberapa keping gambar yang labelnya bertulis huruf awal sahaja
di papan putih.
Contoh:

b_ _

2. Guru meletakkan beberapa keping kad perkataan KVK di satu tempat.


3. Guru meminta murid mengambil kad perkataan dan memadankan dengan gambar
yang betul

bas

4. Guru menyanyikan lagu bagi mengeja dan menyebut perkataan (Melodi : Are
You Sleeping)

Contoh:
* b...a...s bas, b...a...s bas, ,
bas, bas, bas
bas ,bas, bas
Mari kita eja bas
Mari kita eja bas
b......a......s bas, bas, bas
* Gantikan dengan perkataan kek, zip, jam, tin, gam
5. Guru meminta murid menyalin semula perkataan yang telah dinyanyikan.

Penutup

Guru meminta murid mengeja semula perkataan yang telah dipelajari

17
Modul
Bahasa Inggeris

18
MODULE 1

GETTING TO KNOW YOU & ME

19
MODULE 1

GETTING TO KNOW YOU & ME


NAME OF Activity 1 : Name Game
ACTIVITY
STRAND Communication – English Language
Listening and speaking skills

LEARNING BI 1.2.5: Listen to and repeat greetings


STANDARD BI 1.2.6 Listen to and respond verbally to greetings.

INTEGRATED PSE 2.2 Membina semangat dan sikap yang positif


LEARNING
STANDARDS
TEACHING CD Happy Birthday music, CD Player
MATERIALS

PROCEDURES

1. Pupils sit in a circle holding hands.

2. Teacher introduces herself / himself, “ My name is -------“

3. Teacher then sings a song using her name;


“My name is ----------. My name is ------------. “ to the tune of Happy Birthday Song)

4. Teacher repeats the song several times.

5. Pupils start introducing themselves one by one using the same tune,
“My name is --------“, My name is ---------“

6. Pupils form two circles with the pupils in the inner circle facing the pupils in the
outer pupils.

7. Pupils in the outer circle sing and introduce themselves to the friend facing them.

8. Pupils in the outer circles move in a clockwise direction to face a new friend.
Continue to introduce self until all the pupils have introduced themselves.

20
NAME OF Activity 2 : Greeting Song
ACTIVITY
STRAND Communication – English Language
Listening and speaking skills

LEARNING BI 1.2.5 Listen to and repeat greetings


STANDARD BI 1.5.1 Listen to and recite nursery rhymes and action songs.

INTEGRATED PSE 2.3 : Membina keyakinan untuk berkomunikasi


STRANDS KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi

TEACHING CD – good morning song, CD Player, Word card – good morning


MATERIALS

PROCEDURES

1. Teacher sings the good morning song and shows the word,” good morning” using
flash card/picture card (tune of Happy Birthday Song)
Good morning to you,
Good morning to you,
Good morning ………(name of a pupil)
Good morning to you,

2. Pupils repeat and practice the song. Pupils sit in a circle.

3. One child goes to the centre of the circle.

4. The whole class sings and greets the child in the centre of the circle.

5. Repeat with other pupils in the centre of the circle.

Note : Teacher can use the same steps to teach other greeting
(good afternoon, good night)

21
NAME OF Activity 3: Move Your Body.
ACTIVITY
STRAND Communication – English Language
Listening and speaking skills

LEARNING BI 1.5.1 Listen to and recite nursery rhymes and action songs
STANDARD
INTEGRATED PSE 2.3 : Membina keyakinan untuk berkomunikasi
STRANDS
KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi

TEACHING CD – If you’re happy and you know it


MATERIALS CD Player, Song chart

PROCEDURES
1. Teacher sings “If you’re happy and you know it” song

If you’re happy and you know it


Clap you hands.
If you’re happy and you know it
Clap you hands.
If you’re happy and you know it
Then you really ought to show it
If you’re happy and you know it
Clap you hands.

2. Pupils repeat and practice the song.

3. Pupils sit in a circle and sing the song with actions.

4. Pupils can suggest their own actions eg. Scratch your head, rub your chin,
pull your hair.

5. Variations – Pupils can sing in groups. Alternatively a group sings and the
other group performs the actions.

Note : Teacher can replace clap your hands with other actions :-
Eg; Stamp your feet, snap your fingers, shake your head , tap your toes

22
NAME OF Activity 4: Nice To Meet You
ACTIVITY
STRAND Communication – English Language
Listening and speaking skills

LEARNING BI 1.5.1 Listen to and recite nursery rhymes and action songs
STANDARD
INTEGRATED PSE 2.3 : Membina keyakinan untuk berkomunikasi
STRANDS
KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi

TEACHING Rhyme chart


MATERIALS

PROCEDURES
1. Teacher recites “Hello, my friend” rhyme

Hello, my friend.
How are you?
I am Siti,
Nice to meet you.

Hello, my friend.
How are you?
I am Nani,
Nice to meet you.

2. Pupils repeat and practice the rhyme.

3. Pupils sit in a circle and recite the rhyme with actions.

4. Pupils take turns to introduce themselves by reciting the rhyme.

23
NAME OF Activity 5: Magic Box.
ACTIVITY
STRAND Communication – English Language
Listening and speaking skills

LEARNING BI 1.3.2 Talk about familiar experiences, favourite things and


STANDARD activities around them with guidance.

INTEGRATED PSE 2.3 : Membina keyakinan untuk berkomunikasi


STRANDS

TEACHING
MATERIALS -

PROCEDURES

1. Pupils sit in a circle.

2. Teacher asks the pupils what they like to do.

2. Pupils pass the magic box (there is no magic box, pupils only imagine that there is a
magic box)

3. The first pupil pretend to take out an object that they like from the magic box. (eg: book)

4. The pupil will do the action using the object. (Pretend to open the book and read)

5. Other pupils will try to guess the action. (eg: He/She likes reading)

6. The pupil will pretend to pass the magic box to the next pupil.

6. This activity can be carried out until every child gets their turn.

Note* There are no teaching aids involved. Everything is imagination and actions.

24
NAME OF Activity 6 : Beware of the beanbag.
ACTIVITY
STRAND Communication – English Language
Listening and speaking skills

LEARNING BI 1.2.5 Listen to repeat greetings.


STANDARD
INTEGRATED PSE 2.3 : Membina keyakinan untuk berkomunikasi
STRANDS

TEACHING beanbags
MATERIALS

PROCEDURES
1. Pupils stand in a circle.

2. Teacher demonstrate the game in a small group.


Eg: Azhar says ‘Good morning Jeya ’and throw the beanbag to her. Jeya catches the
beanbag.
Jeya says Good morning to Alice and throws the beanbag to her. (Before throwing the
beanbag, the
pupil will call out the friend’s name so that he/she will be ready to catch the beanbag.

3. The activity goes on until everyone gets the chance to throw and catch the beanbag.

25
Modul
Pendidikan Islam

26
TAJUK: RUKUN IMAN
AKTIVITI 1

MASA 30 Minit

TUNJANG UTAMA : Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI1.1.2) Menyatakan enam rukun iman


PEMBELAJARAN: 1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

TUNJANG YANG
DISEPADUKAN : Fizikal, Estetika, Ketrampilan

OBJEKTIF : Menyatakan beriman kepada Allah dan Malaikat

KONSEP UTAMA : Umat, Bicara, Tercinta, Menyusul, Penutup

ALATAN : Carta rukun iman, carta nasyid, kad imbasan ,

LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid dibimbing membaca doa belajar.

2. Guru membimbing murid membaca puisi Rukun Iman

Puisi Rukun Iman

Rukun Iman enam perkara


Umat Islam wajib percaya
Percayakan Allah Rukun pertama
Kedua Malaikat usah dilupa

Percayakan kitab Rukun ketiga


Rukun keempat Rasul tercinta
Hari Kiamat menyusul pula
Qada’ dan Qadar penutup bicara

27
3. Gur u bersoaljawab tentang isi kandungan puisi
4. Guru meminta mendengar arahan dan melakukan perbuatan
Contoh:

Apabila guru menyebut :


- Percaya kepada Allah – murid duduk
- Percaya kepada Malaikat – murid berdiri

6. Guru meminta murid mendengar arahan dan melakukan perbuatan:

Contoh:
Apabila guru menyebut:
Percaya kepada Allah – murid duduk.
Percaya kepada Malaikat – murid berdiri
(ulang sebutan berselang seli)

28
TAJUK: RUKUN IMAN
AKTIVITI 2

MASA: 30 MINIT

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI 1.1.2) Menyatakan enam rukun iman


PEMBELAJARAN: - Beriman kepada Kitab
- Beriman kepada Rasul

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan penjagaan Kesihatan


DISEPADUKAN: dan Kreativiti, Ketrampilan , Bahasa Malaysia.

OBJEKTIF: 1. Menyatakan Rukun Iman yang ketiga dan


kempat.
2. Menyatakan empat daripada enam Rukun
Iman

KONSEP UTAMA: Yakin dengan kesucian Al-Quran


Al Quran, Malaikat, Rasul, Kitab, Nabi, Kalam, Umat

ALATAN: Carta rukun iman, carta nasyid, kad imbasan ,

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Membaca doa sebelum belajar.

2. Guru menunjukkan al-Quran kepada murid .

3. Bersoaljawab tentang kitab al-Quran.


Contoh :
Siapa pernah melihat kitab ini?

4. Penerangan beriman kepada kitab dan rasul


- bilangan kitab yang diturunkan oleh Allah
- bilangan rasul yang wajib diketahui
- Fokuskan kepada Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pesuruh
Allah (Nabi terakhir)

5. Murid menyebut Rukun Iman yang ketiga dan keempat secara kelas/ kumpulan
dan individu.

29
6. Bersoal jawab Rukun Iman pertama dan kedua (latihan ulangan)

7. Murid menyebut Rukun Iman pertama hingga kempat secara rawak.

8. Murid menyebut Rukun Iman mengikut urutan dengan bimbingan secara individu.

9. Menyanyikan nasyid Rukun Iman bersama-sama.

Nasyid Al Quran

Al Quran
Kitab suci kalam Tuhan
Bacaan umat yang beriman
Menjadi amal ibadah seharian
Al Quran a….a….a….
Kalam Tuhan

30
TAJUK: RUKUN IMAN
AKTIVITI 3

M ASA: 30 MINIT

Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam


TUNJANG UTAMA:

STANDARD (PI 1.1.2) Menyatakan enam rukun iman


PEMBELAJARAN: - Beriman kepada Allah
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada Kitab
- Beriman kepada Rasul
- Beriman kepada Hari Akhirat
- Beriman kepada Qada’ dan Qadar

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan penjagaan Kesihatan,


DISEPADUKAN: Kreativiti , Ketrampilan.

Menyatakan beriman kepada:


OBJEKTIF: 1. Hari Kiamat
2. Qada’ Qadar.

KONSEP / KEMAHIRAN Percaya kewujudan Allah

Qada’ dan Qadar, Kiamat, Wujud, Rukun,


menciptakan

ALATAN: Carta rukun iman, carta nasyid, kad imbasan ,


Bahan maujud ( tumbuhan dan manusia )

LANGKAH PENGAJARAN:
Pendahuluan:
1. Murid dibimbing membaca doa belajar.

2. Murid mendengar nasyid “Rukun Iman”

3. Guru menyebut 6 Rukun Iman kepada murid melalui carta senikata nasyid.

4. Guru dan murid bernasyid :

31
Nasyid Rukun Iman

Rukun Iman enam perkara


Mesti yakin setiap masa
Percayakan Allah yang maha Esa
Itulah ia Rukun pertama

Percaya malaikat rukun kedua


Yakinlah kita segala tugasnya
Ketiga kitab wajib percaya
Membimbing umat supaya berjaya

Percaya kepada para Rasul


Itulah rukun Iman keempat
Kelima percaya Hari Kiamat
Enam yang akhir Qada’ dan Qadar

( Irama : Indung-indung )

5. Guru bersoaljawab tentang isi kandungan lagu Nasyid Rukun Iman.


Contoh :
1. Apakah Rukun Iman yang kelima
2. Apakah rukun iman yang keenam

32
TAJUK: MARI MENGENAL ALLAH
AKTIVITI 4

M ASA: 30 MINIT

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI 1.2.2) Menyatakan sifat wajib bagi Allah


PEMBELAJARAN:

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan penjagaan Kesihatan ,


DISEPADUKAN: Kreativiti, Ketrampilan, Bahasa Malaysia.

OBJEKTIF: Menyatakan Allah bersifat wujud (ada)

KONSEP UTAMA: Meyakini Allah itu wujud (ada)

ALATAN: Carta, CD, carta nasyid, kad imbasan ,

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid dibimbing membaca doa belajar.

2. Memperdengarkan rakaman nasyid sifat 20

3. Bersoaljawab dan mengaitkan nasyid dengan tajuk/ isi pelajaran

4. Guru membawa murid keluar kelas untuk melihat kebesaran Allah.

5. Penerangan sifat wujud Allah dengan wujudnya alam ini:

- Cuaca panas dari sinaran matahari dapat dirasa tetapi tidak dapat dilihat
kepanasannya.
- Pokok bergoyang, bukti ada angin tetapi kita tidak dapat melihat angin.
- Bangunan sekolah tidak boleh terjadi dengan sendirinya melainkan ada orang
yang membuatnya. Alam yang indah ini mesti ada penciptanya iaitu Allah
- Kita ada nyawa yang membolehkan kita hidup tetapi kita tidak dapat melihat di
mana dan bagaimana nyawa itu.

33
6. Murid menyebut berulang kali sifat Allah ‘Wujud’ ertinya ‘Ada’.

7. Bersoaljawab dengan murid

Contoh:
a. Sebutkan sifat Allah yang baru dipelajari
b. Apakah erti Wujud?

34
TAJUK: MARI MENGENAL ALLAH
AKTIVITI 5

M ASA: 30 MINIT

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD 1.2.2 Menyatakan sifat wajib bagi Allah (Basar)


PEMBELAJARAN:

TUNJANG LAIN YANG Fizikal dan Estetika, Literasi Sains dan Teknologi.
DISEPADUKAN:

OBJEKTIF: Menyatakan Allah bersifat Basar (melihat)

KONSEP UTAMA: Meyakini Allah itu Basar (melihat)

ALATAN: Carta Nasyid

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan kelas dengan doa belajar.

2. Murid dibimbing mengalunkan nasyid “Sifat Allah” bersama-sama.

Sifat Allah

Allah wujud, pasti ada


Qidam Allah sedia ada
Baqa’ kekal selamanya
Kita percaya Allah itu ada. (Irama: Trek tek tek)

3. Guru meminta murid menutup mata dan guru melakukan perbuatan.


Contoh : Meletakkan kedua-dua belah tangan di atas kepala. Guru bertanya
kepada murid , “Apakah yang sedang guru lakukan?

4. Guru membahagi murid kepada 2 kumpulan.

- Kumpulan A mengadap guru, manakala kumpulan B membelakangkan

35
guru.
- Guru melakukan perbuatan.
Contoh : Guru menyentuh hidung, mata atau telinga.
- Guru bertanya kepada murid kumpulan B. Adakah mereka nampak apa
yang sedang guru lakukan?

5. Guru menerangkan bahawa Allah jadikan penglihatan mata kita ini adalah
terhad. Walaupun dekat kita tidak dapat melihat tetapi Allah dapat melihat apa
yang nyata dan tersembunyi.

6. Guru menasihati murid supaya sentiasa melakukan perbuatan yang baik.


Contoh: tidak mengambil barang-barang kawan tanpa izin. Walaupun orang lain
tidak Nampak tetapi Allah nampak.

36
TAJUK: MARI MENGENAL ALLAH
AKTIVITI 6

M ASA: 30 MINIT

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI1.2.2) Menyatakan sifat wajib bagi Allah (Sama’)


PEMBELAJARAN:

TUNJANG LAIN YANG Fizikal dan Estetika, Ketrampilan, Literasi Sains dan
DISEPADUKAN: teknologi

OBJEKTIF:
Menyatakan Allah bersifat Sama’ ‫ﺳﻤﻊ‬
(Mendengar)

KONSEP UTAMA: Meyakini Allah itu Sama’(Mendengar)

KOSA KATA Sama’

ALATAN: Kompang

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Guru membimbing murid membaca doa belajar.

2. Guru menerangkan kepada murid bahawa telinga kita hanya boleh mendengar
suara atau bunyi terbatas. Oleh itu murid perlu menumpukan perhatian kepada
arahan yang diberi.

3. Murid diminta mendengar tepukan kompang dan meniru aksi mengikut rentak
kompang. (Gajah berjalan, manusia berjalan dan tikus berlari)

4. Guru menunjukkan cara pergerakan sambil menepuk kompang

5. Guru menepuk kompang dengan kiraan 1 hingga 4.


Contoh :
Gajah berjalan – 4 kali

Manusia berjalan – 3 kali

37
Tikus berlari – 2 kali

6. Guru menjelaskan bahawa Allah mempunyai sifat Sama’ iaitu mendengar


bahkan Allah mendengar dan mengetahui walaupun niat kita dalam hati.

7. Penutup : Murid dinasihatkan supaya bertutur dengan bahasa yang baik, tidak
sekali-kali menyebut dengan perkataan yang kasar dan tidak baik, dan segala
perkataan yang tidak disukai oleh orang lain. Ini adalah kerana setiap pertuturan
kita didengari oleh Allah dan kita dipertanggungjawabkan segala pertuturan.

38
Modul
Awal Matematik

39
Aktiviti 1 : MEMADANKAN OBJEK

Cadangan Masa : 60 minit

Tunjang Utama : ST

Standard Pembelajaran Utama : ST 6.1.3 Memadankan dua kumpulan objek


yang mempunyai bilangan sama

Standard Pembelajaran lain yang : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas


disepadukan mengikut arahan yang mudah
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran
murid dapat memadankan dua kumpulan
objek yang mempunyai bilangan sama

Konsep Utama : Memadankan objek

Kosa kata : Bunga , daun, bilangan sama, tidak sama.

Alatan dan Bahan : Kertas A4, gam, bunga dan daun tiruan.

Langkah Pengajaran

1. Murid berkumpul di ruang perbualan pagi.

2. Guru menunjukkan tiga kuntum bunga tiruan dan tiga helai daun tiruan.

3. Guru meminta murid memadankan dua kumpulan objek tersebut.

4. Guru ulangi aktiviti di atas dengan objek yang lain. (Contoh : 4 biji cawan dengan 4
biji piring atau 5 batang sudu dengan 5 batang garfu)

5. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

6. Setiap kumpulan perlu mengambil 5 kuntum bunga dan 10 helai daun tiruan yang
telah disediakan oleh guru .

40
7. Murid kembali semula ke kelas. Bunga dan daun dikumpulkan dalam kumpulan
masing-masing.

8. Setiap kumpulkan diberi sekeping kertas lukisan dan gam.

9. Murid diminta menampal bunga dan daun tersebut mengikut bilangan yang sama.

Penilaian
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai hasil kerja mereka.

41
Aktiviti 2 : MEMBANDING OBJEK

Cadangan masa : 30 minit

Tunjang Utama : ST

Standard Pembelajaran utama : ST 6.2.1 Membandingkan dua kumpulan


objek untuk menyatakan sama banyak, lebih
atau kurang.

Standard Pembelajaran yang : BM 2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan


disepadukan bertatasusila

Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran


murid dapat:-
Membuat perbandingan dua kumpulan objek
dengan menyatakan sama banyak, lebih atau
kurang.

Konsep utama : Membuat perbandingan objek

Kosa kata : Lebih banyak, sama banyak atau kurang

Alatan dan Bahan : Gula-gula, buah-buahan, atau pensel

Langkah Pengajaran

1 Guru serakkan gula-gula di atas meja dan meminta murid-murid untuk


mengambilnya. (pastikan semua murid dapat gula-gula)

2. Murid mengira dan memberitahu bilangan gula-gula masing-masing yang telah


dikumpul.

3. Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan dan bandingkan gula-gula yang


dikumpul. (seorang mempunyai lebih dan seorang lagi kurang)

4. Guru bertanya:
Gula-gula siapa lebih banyak?
Gula-gula siapa kurang?

5. Guru membimbing murid-murid menyebut contoh:-


Gula-gula Ali lebih banyak daripada gula-gula Amin
Gula-gula Ahmad kurang daripada gula-gula Aminah.

6. Guru memanggil 2 orang murid yang lain ( gula-gula yang diperolehi sama banyak) ke
depan untuk membanding gula-gula yang mereka dapat.

42
” Gula-gula mereka sama banyak”

7. Aktiviti 1 – 5 boleh diulang dengan dengan menggunakan objek yang


berlainan sehingga murid-murid boleh membuat perbandingan.

8. Cadangan lembaran kerja :


a. Tandakan ( √ ) pada bilangan yang
lebih banyak.

b. Tandakan ( √ ) pada bilangan yang


kurang.

C. Lukiskan bilangan yang sama banyak

Penilaian

Membanding dua kumpulan objek dan menyatakan lebih banyak, sama banyak dan
kurang.

43
Aktiviti 3 : MARI MENYUSUN

Cadangan Masa : 30 minit

Tunjang Utama : .ST

Standard Pembelajaran : ST 6.3.1 Menyusun objek mengikut kriteria


berikut:-
a) kecil ke besar
utama b) pendek ke panjang
c) rendah ke tinggi
d) nipis ke tebal
dan sebaliknya

Standard pembelajaran yang : B.M 2.2.6 Menjawab soalan dengan tepat


disepadukan PSE 2.2.2 Menunjukkkan semangat positif
seperti berkeyakinan

Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran


murid dapat menyusun objek secara:-
a) kecil ke besar
b) pendek ke panjang
c) rendah ke tinggi
d) nipis ke tebal

Konsep Utama : Seriasi ( menyusun )

Kosa kata : kecil, sederhana, besar, pendek, panjang,


rendah, tinggi, nipis, tebal, susun, urutan

Alatan dan Bahan : Duit syiling (50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5
sen),
5 batang penyedut minuman yang sama saiz
tapi panjang berbeza,
4 bongkah kayu dengan ketinggian yang
berbeza,
5 buah buku berlainan ketebalan,
3 buah kotak bersaiz kecil, sederhana dan
besar.

44
Langkah Pengajaran

1. Guru dan murid bersoaljawab mengenai saiz kotak yang diletakkan di atas meja.
a. Guru meminta murid membuat perbandingan saiz antara 3 buah kotak.
b. Guru minta murid tunjukkan kotak yang kecil, sederhana dan besar.
c. Guru meminta murid menyusun kotak mengikut urutan dari kecil ke besar.

2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan .

3. Setiap kumpulan diminta menyusun dan melekatkan bahan-bahan yang disediakan di


atas kad manila:
a. duit syling – dari kecil ke besar
b. penyedut minuman- dari pendek ke panjang
c. menyusun ketinggian gambar pokok dari rendah ke tinggi.
d. span dari nipis ke tebal.

4. Guru membimbing murid semasa aktiviti dijalankan.


Guru bersoaljawab dengan murid:-

Duit syiling mana yang paling besar?


Tunjukkan penyedut minuman mana yang paling pendek.?
Mengapakah span ini diletak di hujung sekali?

45
Aktiviti 4 : MARI MELENGKAP POLA

Cadangan Masa : 40 minit

Tunjang utama : ST

Standard Pembelajaran Utama : ST 6.4.5 Mengecam corak berulang di


persekitaran.
ST 6.4.6 Melengkapkan corak berulang yang
diberi.

Standard pelajaran yang : KTI 1.2.10 Mereka corak bebas dengan


disepadukan menggabung jalinkan pelbagai aktiviti
membuat corak dan rekaan.

Konsep Utama : Mengecam corak


Susunan corak.

Bahan Bantu Belajar : Langsir, jubin, kertas pembalut hadiah.


(Objek yang mempunyai corak berulang)

Sistem bahasa : Warna, merah, biru,kuning, hijau, bentuk,segi


tiga,segi empat sama,segi empat tepat, bulat.

Langkah Pengajaran

1. Guru membawa murid melawat persekitaran luar prasekolah sambil membuat


pemerhatian terhadap objek yang mempunyai corak yang berulang. Murid
bersoaljawab berkenaan objek yang mempunyai corak berulang tersebut.

2. Guru meminta murid menunjukkan objek yang mempunyai corak berulang di dalam
kelas.

3. Guru memperkenalkan corak berdasar warna.Contohnya:

4. Murid diminta melengkapkan corak yang diberikan bersama guru.

5. Guru menunjukkan corak yang sama dengan mengeluarkan beberapa bentuk

46
6. Guru bersoal jawab tentang perbezaan yang dilihat.

7. Minta murid lengkapkan secara bergilir-gilir.

8. Ulangi aktiviti ini dengan corak yang berbeza.

9. Guru mengedarkan untaian manik dan meminta murid melengkapkan untaian manik
tersebut mengikut corak yang disediakan.

Penilaian :

i. Murid dapat menamakan objek yang bercorak di dalam kelas.


ii. Murid dapat melengkapkan pola-pola yang beri dalam lembaran kerja.

47
Aktiviti 5 : BOLEHKAH ADIK LAKUKAN

Cadangan Masa : 30 minit

Tunjang utama : ST

Standard Pembelajaran Utama : ST 6.4.7 Membina corak berulang mengikut


kreativiti sendiri menggunakan bahan yang
disediakan dan menyatakan coraknya.

Standard Pembelajaran yang : KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan


disepadukan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai
aktiviti dengan bimbingan.

Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran


murid dapat:-
1. Membina corak berulang mengikut
kreativiti sendiri dengan bentuk yang
disediakan.
2. Dapat menyatakan corak yang dibina.

Konsep Utama : Membina corak dan membina pola

Kosa kata : segi tiga, silinder, bulat, segi empat tepat, segi
empat sama, bina,corak.

Alatan dan Bahan : Bongkah, kad bentuk: segi tiga , segi empat,
silinder, bulat, segi empat tepat, segi empat
sama, bintang.

Langkah Pengajaran

1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan disediakan 5 kotak yang mempunyai bongkah kecil pelbagai


bentuk di dalamnya.

3. Murid diminta membina corak menggunakan bongkah pelbagai bentuk tadi bagi
menghasilkan corak.

4. Murid diminta bercerita tentang corak yang dibina.

5. Murid memindahkan corak yang dibina tadi dengan cara melukis semula.

48
6. Ulang aktiviti tersebut, murid bebas memilih bentuk-bentuk yang disukai
untuk membina corak.

7. Setiap kumpulan diedarkan kertas sebak berserta kad pelbagai bentuk .

8. Murid dikehendaki menampal kad-kad tersebut bagi menghasilkan satu


corak.

Penilaian :

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai corak yang dibina.

49
Aktiviti 6 : MARI MEMBILANG

Cadangan masa : 60 minit

Tunjang utama : ST

Standard Pembelajaran utama : ST 7.1.3 Membilang objek 1-10.

ST 7.1.5 Memadankan angka 1-10 dengan


bilangan objek yang betul.

Standard Pembelajaran yang : P.M 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
disepadukan
Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
a) Membilang objek 1-10
b) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan
objek yang betul.

Konsep utama : Membilang dan memadankan nombor

Kosa kata : Bilang, susun, kira, padankan, jumlah,

Bahan bantu belajar : Pensel, kad nombor, kad gambar, lembaran


kerja.

Langkah pengajaran

1. Murid membilang 1-10 dengan menggunakan jari bersama-sama dengan guru

2. Murid diberi bongkah dan menyusun bongkah sambil membilang 1-10.

3. Guru menunjukkan nombor 1-10 dan murid menyebut nama nombor tersebut.

4. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap ahli kumpulan 1 akan


memegang pensel berlainan bilangan ( 1-10 ) dan setiap ahli kumpulan 2 akan
memegang satu kad nombor ( 1-10).

5. Murid akan mencari pasangan masing-masing. ( padanan bilangan pensel dengan


kad nombor ).Pensel perlu ditukar dengan objek lain.

50
6. Aktiviti seterusnya, murid akan bertukar kad nombor dan bilangan Pensel.

7. Murid diminta mengulangi permainan memadan ini sehingga murid-murid dapat


memadankan objek dan nombor dengan betul.

Penilaian

Murid memadankan nombor dengan bilangan objek yang betul.

51
Modul
Aktiviti Luar

52
AKTIVITI 1
TAJUK : LOMPAT GETAH
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :
Menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar berdasarkan aktiviti
yang di lakukan.
TEMPOH MASA : 40 minit
BAHAN : Gelang getah pelbagai warna, pembaris 1 meter, wisel
TUNJANG UTAMA : PFK 2.1.1.5 Melompat pelbagai aras dan mendarat dengan
kedua-dua belah kaki menggunakan laluan yang betul
TUNJANG YANG DISEPADUKAN : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas
mengikut arahan mudah

PERBENDAHARAAN KATA : Wisel, getah, merah, hijau, gelang, kuning, rantai


PENDAHULUAN / SET INDUKSI :

1. Murid berbaris dan dibawa ke padang oleh guru.


2. Murid membuat bulatan besar dan menarik/menghembus nafas
3. Guru menunjukkan beberapa kotak yang berisi gelang getah pelbagai warna
(merah, hijau,kuning)
4. Minta murid meneka apa yang dibawa oleh guru dan kegunaannya.

LANGKAH
1. Murid dibahagi kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi sekotak gelang
getah. Minta murid mengasing gelang getah mengikut warna ( merah,hijau,kuning

MERAH HIJAU KUNING

10 15 16

53
2. Murid membilang setiap gelang getah tersebut mengikut warna dan menyatakan kepada
guru jumlah tersebut.
3. Murid menulis angka pada setiap kumpulan gelang getah
4. Murid diminta menyambung getah untuk menjadi rantai berselang warna.
5. Ukur panjang pintalan sehingga 2 meter (2 kali panjang pembaris

PERMAINAN KECIL ( LOMPAT GETAH )


1. Murid berbaris mengikut kumpulan masing-masing
2. Minta 2 orang murid memegang pintalan getah itu

Rantai getah

Mula 3 Meter Akhir

3. Jarak antara murid dengan rantai getah ialah 3 meter.


4. Murid berlari ke arah rantai getah dan melompat mengikut giliran pada paras buku lali
dan lutut serta mendarat dengan kedua-dua belah kaki menggunakan laluan yang betul.
Aktiviti ini diulang beberapa kali.

PENUTUP :
1. Murid membuat bulatan besar sambil memegang tangan
2. Murid menarik nafas dan tangan diangkat ke atas, menghembus nafas dan tangan di
bawah
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti hari ini dan memberi nasihat agar
menjaga kesihatan dengan cara bersenam.
4. Murid berbaris masuk ke kelas.

CATATAN : Guru boleh membuat aktiviti memanaskan badan ( sebelum aktiviti ) dan
menyejukkan badan ( selepas aktiviti )

54
AKTIVITI 2
TAJUK : RANTAI KERTASKU
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :
Menggunakan jari untuk menggunting dan Membuat rantai kertas

TEMPOH MASA : 40 minit

BAHAN : Kertas A4 pelbagai warna, stapler dan gunting

TUNJANG UTAMA : PFK 1.1.15 Menggunakan jari untuk menggunting menghasilkan satu
bentuk

TUNJANG YANG DISEPADUKAN :


BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah
KTI 1.1.4 Memilih pelbagai bahan untuk penghasilan karya
LST 2.1.5 Memerhati warna-warna di persekitaran dan mengenalpasti warna jingga, ungu,
merah jambu, coklat, dan lain-lain

PERBENDAHARAAN KATA:
Merah, jambu, warna, rantai, kertas, coklat, jingga, unggu, gunting

LANGKAH-LANGKAH:

PENDAHULUAN / SET INDUKSI ( situasi di pondok luar kelas )


1. Guru membawa bakul yang berisi rantai kertas yang telah disiapkan terlebih dahulu
2. Guru meminta seorang murid menarik rantai tersebut dan menunjukkan kepada rakan-
rakan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid;
 “Cuba lihat rantai ini cantik tak ?”
 “apa bentuk rantai ini ?”
 “mari kita kira berapa bulatan yang terdapat pada rantai ini”
 “apakah warna yang terdapat pada rantai ini ?”
 “di mana kita boleh letak rantai ini ?”
 “mari kita cuba lakukan bersama-sama”
4. Guru menunjukkan cara-cara membuat rantai kertas kepada murid

AKTIVITI
1. Guru membahagi murid kepada 4 kumpulan memberi alatan yang secukupnya.
2. Murid menggunting kertas warna saiz A4 pelbagai warna mengikut garisan yang
telah dibuat oleh guru.

55
3. Kemudian, murid menyambungkan pangkal dan hujung kertas dengan stepler

4. Ulang langkah di atas dengan menyambungkan setiap kertas berselang warna /pola

PENUTUP:
1. Setelah selesai minta murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan-
rakan lain. Memberi pandangan tentang hasil kerja rakan.
2. Guru mempamer hasil kerja murid di dalam kelas.

CATATAN :
Pastikan guru menerangkan langkah-langkah keselamatan ketika menggunting dan
menggunakan stepler

56
AKTIVITI 3
TAJUK : JARI BADANG
OBJEKTIF :
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :
Menggunakan jari untuk menjentik

TEMPOH MASA : 20 minit

BAHAN : Alatan permainan “carrom”

TUNJANG UTAMA : PFK 1.1.12 Menggunakan jari untuk menjentik

TUNJANG YANG DISEPADUKAN : BM 1.1.2 Mendengar dan bertindak balas mengikut


arahan mudah dengan bimbingan , PM 10.1.1 Beresedia menunggu giliran.

PERBENDAHARAAN KATA
papan, jari, buah, merah, lubang

LANGKAH-LANGKAH
PENDAHULUAN / SET INDUKSI
1. Guru membawa murid ke luar kelas dan menunjukkan papan “carrom” serta
buahnya.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang permainan “carrom”
 “pernahkah kamu lihat papan ini ?”
 “cuba rasa permukaan papan ini dengan jari , apa yang kamu rasa”
 “cuba teka bagaimana kita boleh bermain dengan papan ini?”
 “apa yang kita perlukan ?”

3. Kemudian guru menunjukkan gambar daripada keratan akhbar tentang


permainan ini.
4. Guru juga mengeluarkan buah “Carrom” dan menunjukkan cara bermain kepada
murid.

MARI BERMAIN “CARROM”


1. Murid dibahagi kepada 6 orang satu kumpulan dan dibekalkan satu set
permainan“carrom”
2. Murid membuat undian siapa yang akan memulakan permainan dengan
mencabut undi.
3. Peserta pertama akan meletakkan buah “carrom” merah di tengah-tengah
papan.
4. Ambil buah “carrom” hitamdan kuning , letak di keliling buah merah.
5. Jentik dengan kuat ke tengah-tengah papan, jika ada buah merah yang masuk
ke dalam lubang rekodkan ke dalam jadual ( rujuk gambar )
6. Ulang langkah 4 hingga 5 dengan peserta lain.

57
CONTOH BORANG KOSONG

NAMA PUSINGAN PUSINGAN PUSINGAN PUSINGAN PUSINGAN JUMLAH


1 2 3 4 5
AZAHAR
GANI
ASIAH
EZAHAR
GOH
BYZURA

CONTOH BORANG YANG TELAH DIISI SELEPAS PERMAINAN

NAMA PUSINGAN PUSINGAN PUSINGAN PUSINGA PUSINGAN JUMLA


1 2 3 N4 5 H
AZAHAR 1 1 1 1 0 4
GANI 0 0 1 1 0 2
ASIAH 1 1 1 0 0 3
EZAHAR 0 0 0 1 0 1
GOH 1 1 0 0 0 2
BYZURA 1 0 0 0 1 2

PENUTUP :
1. Murid mengira markah mereka bersama-sama dan menulis pada ruang jumlah
2. Guru memberi hadiah kepada pemenang.

CATATAN : Lakukan aktiviti ini di kawasan lapang yang berbumbung dan selesa.

58
AKTIVITI 4
TAJUK : PASANGANKU DI MANA
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat : Menggunakan tangan untuk memulas penutup
botol.

TEMPOH MASA: 30 minit


BAHAN : Botol plastik pelbagai saiz dan bentuk, gelung rotan, jam randik
TUNJANG UTAMA : PFK 1.1.13 Menggunakan tangan untuk memulas penutup botol
TUNJANG YANG DISEPADUKAN :
BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah
BM 2.1.1 Berbual dengan sebutan yang betul
KM 5.1.4 Bergaul mesra dan tolong menolong
PM 14.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan

PERBENDAHARAAN KATA : Jam randik, gelung rotan, bulatan, botol, plastik

LANGKAH-LANGKAH :

PERSEDIAAN
1. Guru memberi pesanan kepada murid beberapa hari sebelum aktiviti dijalankan
supaya murid membawa botol plastik pelbagai saiz.
2. Kumpulkan botol mengikut kumpulan masing-masing ( 4 kumpulan ).

PENDAHULUAN / SET INDUKSI


1. Guru membawa murid ke kawasan lapang
2. Ketua kumpulan membawa botol plastik yang dikumpul
3. Guru meminta murid membuat bulatan besar dan guru berada di tengah bulatan.
4. Kemudian guru mengeluarkan beberapa biji botol plastik kosong dan menyanyi
lagu sambil menepuk botol kosong.

59
Kalau anda gembira ketuk botol ( sambil tepuk botol ) 2x
Kalau anda gembira beginilah caranya
Kalau anda gembira ketuk botol

LANGKAH PERMAINAN
1. Guru meminta murid membuka penutup botol dan mengasingkannya.
2. Kemudian, murid berbaris mengikut kumpulan masing-masing
3. Guru menyusun gelung rotan dan meletakkan penutup botol pada stesen pertama dan
botol plastik pada stesen kedua.

Stesyen 2

Stesyen 1

Stesyen 3

4. Peserta akan dilepaskan serentak, masa diberi selama 3 minit


5. Murid akan berlari menuju ke stesen pertama mengambil penutup botol.
6. Kemudian lari ke stesen ke-2 untuk mencari botol yang sesuai dengan penutupnya.
7. Ketatkan penutup botol pada botol plastik dan lari ke stesen ke-3.
8. Ulang langkah 4-6 dengan peserta lain sehingga masa yang ditetapkan tamat.

PENUTUP :
1. Kumpulan yang berjaya melengkapkan pasangan botol yang terbanyak dalam masa yang
ditetapkan dikira sebagai pemenang.

CATATAN : Masa boleh di ubah mengikut kesesuaian

60
AKTIVITI 5
TAJUK : BOLA AIR
OBJEKTIF :
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :
Menyambut objek dengan menggunakan dua belah tangan.
TEMPOH MASA : 60 minit
BAHAN : Belon, air, cawan plastik, baldi , jarum peniti,
TUNJANG UTAMA : PFK 2.3.5 Menyambut objek lembut dengan menggunakan dua tangan
TUNJANG YANG DISEPADUKAN :
BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah
BM 2.1.5 Menyatakan permintaan dengan sopan
BM 2.1.6 Memberikan arahan kepada rakan secara bertatasusila
PM 10.2.2 Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi tertentu

PERBENDAHARAAN KATA : Belon, air, pecah, cawan, besar, kecil, baldi,jarum


LANGKAH-LANGKAH :
PENDAHULUAN / SET INDUKSI
1. Guru membawa murid ke padang
2. Guru membawa plastik hitam yang berisi belon yang sudah di tiup
3. Minta murid rasa menggunakan tangan, teka apakah objek yang di bawa
4. Pilih seorang murid dan minta murid cucuk dengan jarum peniti objek tersebut
(dengan pemerhatian guru)
5. Apabila belon pecah, buka plastik dan lihat belon yang sudah pecah.
6. Tiup satu belon dan ikat . guru berbual dengan murid tentang belon tersebut.

 “Apakah nama objek ini?”………………..belon


 “Apa yang ada dalam belon ini ?”…………udara
 “Kenapa belon ini pecah ?”…………dicucuk jarum, tekanan luar dan dalam
berbeza
 “Nyatakan perbezaan saiz sebelum dan selepas belon ini
pecah ?”….besar/kecil
 “Apakah bunyi yang terhasil apabila jarum dicucuk pada belon
ini ?”…..minta murid buat bunyi tersebut

61
PERMAINAN 1: ISI AIR DALAM BELON
1. Murid berbaris dalam kumpulan. 5 kumpulan
2. Guru menyusun gelung rotan di hadapan setiap kumpulan dan meletakkan satu baldi
air dan satu cawan plastik.
3. Pada jarak 5 meter letak satu gelung rotan dan satu belon ( rujuk gambarajah )

5 meter
4 3 2 1

Stesen 1 Stesen 2

4. 4 orang murid akan menunggu di stesen 1 dan seorang lagi menunggu di stesen 2.
5. Peserta pertama akan mencedok air dan membawa dengan cawan ke stesen 2
6. Apabila sampai di stesen 2 murid akan menuang air ke dalam belon yang dipegang oleh rakan di
stesen 2
7. Kemudian murid pertama akan berpatah balik ke stesen 1 dan peserta ke-2 mengulangi langkah
yang sama sehingga belon dipenuhi air.
8. Apabila belon dipenuhi air dan saiznya besar, guru menolong murid mengikat belon tersebut
untuk aktiviti seterusnya.

Permainan 2: Membaling & menyambut belon selaras berpasangan (kesinambungan


daripada aktiviti di atas)

1. Murid memilih pasangan


2. Murid berada pada jarak yang telah ditetapkan secara berhadapan.
3. Murid membaling belon kepada pasangannya dan pasangannya menyambut
belon tersebut
4. Sekiranyan belon jatuh dan pecah, kumpulan tersebut dikira kalah
5. Permainan diteruskan pada jarak yang lebih jauh., sehingga terdapat
pemenang.

PENUTUP:
Apabila selesai aktiviti ini guru boleh minta murid pecahkan belon yang berisi air dan lihat
perubahan yang berlaku. Guru buat rumusan daripada aktiviti dan menyatakan nilai murni
kerjasama dalam kumpulan.

CATATAN :
Aktiviti ini tidak semestinya di jalankan serentak kerana kadangkala masa terhad dan boleh
dijalankan pada hari berikutnya .

62
AKTIVITI 6
TAJUK : BINA ISTANA PASIR
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :
Membina istana pasir yang kreatif.
TEMPOH MASA : 40 minit
BAHAN : Pasir, acuan pelbagai bentuk, air, apron
TUNJANG UTAMA : PFK 1.1.3 Menggunakan tangan untuk meramas
PFK 1.1.11 Menggunakan jari untuk merenjis

TUNJANG YANG DISEPADUKAN :


PM 8.1.3 Mematuhi arahan guru dan ketua kumpulan
PM 10.2.2 Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi yang tertentu
PM 14.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan

PERBENDAHARAAN KATA : Istana, pasir, baldi,acuan, merenjis


LANGKAH-LANGKAH :
PENDAHULUAN / SET INDUKSI
1. Guru menunjukkan pelbagai acuan plastik kepada murid
2. Guru meminta murid memberi cadangan aktiviti yang boleh dilakukan
menggunakan bahan tersebut

AKTIVITI BINA ISTANA PASIR


1. Guru membawa murid ke tempat bermain pasir secara berkumpulan sambil membawa
air di dalam baldi
2. Murid juga dikehendaki memakai apron sebelum aktiviti dilakukan.
3. Murid membuat bulatan mengelilingi ruang berpasir dan bersama-sama merenjis air
ke atas pasir tersebut.
4. Murid meramas-ramas pasir agar ia mudah dibentuk dan juga mudah dimasukkan ke
dalam acuan..
5. Murid menggunakan acuan yang di bawa untuk membentuk pelbagai binaan yang
disukai.
6. Murid membina istana pasir mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan
guru.
7. Selepas siap guru meminta wakil dari kumpulan menceritakan hasil binaan (fungsi /
konsep) istana tersebut.
8. Guru memberi cadangan untuk menambahbaikan hasil kerja mereka.

63
PENUTUP:
Guru meminta murid-murid merenjis air ke atas istana tersebut supaya keadaan menjadi
seperti asal. Murid perlu basuh tangan dengan sabun.

CATATAN :
Guru memastikan supaya semua peralatan yang digunakan oleh murid telah dibersihkan. Guru
juga perlu menerapkan nilai-nilai murni supaya murid sentiasa menjaga kebersihan diri dan
persekitaran.

64
AKTIVITI 7
TAJUK : JOM ISI AIR
OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran murid dapat:
Menuang air dari jug ke dalam bekas :botol/cawan/gelas
Menyukat air dalam bekas secara perbandingan sikit dan banyak.
TEMPOH MASA : 40 minit
BAHAN : Jug air , Baldi, Cawan / gelas / botol, Balang, Air berwarna
TUNJANG UTAMA : PFK 1.2.12 Menuang air dari jug ke dalam bekas pelbagai bentuk seperti
botol, cawan, gelas
TUNJANG YANG DISEPADUKAN :
LST 2.1.5 Memerhati warna-warna di persekitaran dan mengealpasti warna merah, kuning,
hijau, biru dan jiigga )
PM 10.2.2 Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi tertentu.
PERBENDAHARAAN KATA:
Jug, botol,cawan, gelas,, baling, ukur, banyak, sedikit

LANGKAH-LANGKAH :
PENDAHULUAN / SET INDUKSI

1. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai teh tarik.


2. Guru menunjukkan aksi membuat teh tarik menggunakan jug.

LANGKAH AKTIVITI

1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan kecil.


2. Guru menyediakan 5 set peralatan permainan seperti berikut :
 Jug air
 Baldi
 Cawan / gelas / botol
 Balang
 Air berwarna ( Merah, Kuning, Hijau, Biru dan Jingga )

3. Guru meletakkan 5 set peralatan seperti berikut :


 Stesen 1 : Baldi ( Air berwarna ) dengan jug
 Stesen 2 : Cawan/Gelas/Botol dengan balang.

65
Stesen 1 Stesen 2

4. Jarak antara stesen 1 dan stesen 2 ialah 50 meter

5. Peserta pertama setiap kumpulan akan berdiri selari pada stesen 1 untuk
permulaan.

6. Seorang murid akan menceduk air dalam baldi menggunakan jug. Kemudian dia
berlari membawa jug berisi air pergi ke stesen 2.

7. Di stesen 2, murid akan menuang air ke dalam cawan. Kemudian air dalam cawan
dituang ke dalam balang.

8. Selepas itu murid akan berlari semula kepada rakan dengan membawa jug untuk
bertukar ganti di stesen 1.

9. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah air yang paling banyak dimasukkan
ke dalam balang.

PENUTUP
 Guru menerangkan kepada murid konsep cecair yang akan memenuhi ruang mengikut
bekas yang ditakunginya.
 Guru menyatakan kepentingan air dalam kehidupan harian / jimatkan penggunaan air.

CATATAN :

 Guru boleh menukar cecair dengan air berwarna.


 Guru juga boleh menjalankan permainan ini dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.

66
AKTIVITI 8
TAJUK : TIRU MACAM SAYA
OBJEKTIF :
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Berjalan di atas bangku dengan mengimbang badan
TEMPOH MASA : 30 minit
TUNJANG UTAMA : 2.1.9 Berjalan dan mengimbang badan di atas bangku panjang.
BAHAN : Bangku panjang , wisel, gelung rotan
TUNJANG YANG DISEPADUKAN : KT 2.4.6 Menggunakan anggota badan secara kreatif
mengikut muzik untuk meneroka ruang.

PERBENDAHARAAN KATA : Wisel, bangku, gelung, rotan, lari, jengket, imbang, pusing
LANGKAH-LANGKAH :
PENDAHULUAN / SET INDUKSI
1. Guru membawa murid ke luar kelas
2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan
3. Guru memasang muzik rancak dan minta murid berlari sambil mendepa tangan
seperti burung ( 2 minit )
4. Setelah itu minta murid berbaris mengikut kumpulan masing-masing

AKTIVITI IMBANGAN

1. Guru menyediakan 2 gelung rotan dan bangku panjang yang rendah ( lihat
gambarajah )

Mula Akhir

2. Murid akan melompat dua belah kaki ke dalam gelung rotan, kemudian menaiki kerusi
panjang dan berjalan sambil mengimbang diri sehingga tamat.
3. Apabila tamat murid dikehendaki berlari semula kea rah rakan.
4. Seterusnya murid kedua akan melakukan aktiviti yang sama sehingga semua peserta
selesai.
5. Jika jatuh, murid akan mengulang semula dari awal.

PENUTUP
1. Guru membuat senaman ringan untuk menyejukkan badan
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perasaan mereka setelah menjalankan aktiviti
tersebut ( gembira, takut, ingin mencuba lagi)
CATATAN
Guru boleh meminta murid:
 Berjalan secara perlahan.
 Berjalan dengan laju.
 Berjalan dengan meletakkan beban (pundi kacang atau buku di atas kepala).

67
Modul Bertema

68
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MODUL
PENGAJARAN BERTEMA

ALAM HIDUPAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

69
HAIWAN

70
71
WEB UMUM

Haiwan Peliharaan
 ayam
 burung
 arnab
 kucing
 kambing
 lembu
 kuda
 anjing
 itik
 kura-kura

Serangga Haiwan Liar


 Rama-rama  Harimau
 Semut  Singa
 Kumbang  Gajah
 Lipas  Ular
 Beruang
 Anai-anai
 Belalang HAIWAN
DIRI SAYA  Serigala
 Pepatung  Buaya
 Lalat  Zirafah
 Lebah  Kuda belang

Haiwan di air
 Sotong
 Udang
 Ikan
 Ketam
 Kerang
 Belangkas
 Kuda laut
 Tapak sulaiman
 Siput

72
Nama haiwan (
Siapa saya?) Fizikal
 ayam  Kaki dua
 burung Hasil / Faedah  Kaki empat
 arnab  Telur  Berbulu
 kucing  Susu  Bertanduk
 kambing  Daging  Bersisik
 lembu  Kulit  Berparuh
 kuda  Bulu  Berkepak Apa saya
 anjing  Tanduk  Bertaji makan? (
 itik Makanan)
 kura-kura  Bijirin
 Tumbuhan
 Daging
 Makanan yang
diproses
Apa kegunaan  Buah
saya?  Rumpai air
(Kegunaan)
 Sumber
pendapatan HAIWAN Dimana saya
- telur, kulit, bulu, PELIHARAAN tinggal?
tanduk, susu, (Habitat)
daging,  Kandang
hiburan/  Reban
pertunjukkan
 Sangkar
 Sumber
 Rumah
makanan
 Akuarium
- telur, susu,
daging, tulang  Air
 Sumber  Sarang
keselamatan
- anjing
Cara saya
membiak
(Pembiakan)
 Beranak
Bagaimana saya Bagaimana saya
bergerak?  Bertelur
berbunyi? ( Bunyi
haiwan) (Pergerakan)
 Berkokok  Melompat
 Berkicau  Berjalan
 Terbang
 Mengembek
 Berenang
 Mengiau
 Merangkak
 Menyalak

73
WEB AKTIVITI
KETERAMPILAN DIRI – FIZIKAL DAN ESTETIKA
SOSIOEMOSI

Aktiviti 1: NYANYIAN DAN


AKTIVITI 6: AKUARIUM GERAKAN “LAGU ANAK
- Membina akuarium AYAM”
- Membina semangat Membuat pergerakan bebas
kerjasama mengikut lagu “Anak Ayam
- Memerhati dan Turun
menceritakan tentang
ikan peliharaan mereka

KETERAMPILAN PERKEMBANGAN
DIRI – SOSIOEMOSI FIZIKAL DAN
ESTETIKA -
KREATIVITI
AKTIVITI 5: AYAM Aktiviti 2: IKAN KU
DAN MUSANG HAIWAN
SAYANG
- Main peranan PELIHARAAN
Menghasilkan bentuk
mengikut watak binaan mengikut
yang dipilih
kreativiti sendiri
- Meluahkan melalui lipatan
perasaan berkaitan
origami.
dengan tindakan
watak yang
berkenaan.

LITERASI SAINS DAN LITERASI SAINS DAN


TEKNOLOGI TEKNOLOGI

AKTIVITI 4: AKTIVITI 3: DI MANA


KEHIDUPAN KU SAYA TINGGAL?
- Bercerita semula - Mengelaskan haiwan
mengenai kitaran hidup mengikut habitatnya
seekor ayam. - Membuat lipatan
- menyusun kad kitaran origami haiwan
hidup seekor ayam

74
AKTIVITI 1 : NYANYIAN DAN GERAKAN “LAGU ANAK AYAM”

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Fizikal dan Estetika

Standard pembelajaran utama (KTI 2.4.5) Membuat pergerakan bebas mengikut muzik

Standard Pembelajaran lain (ST 8.2.1) Mengeluarkan objek dari himpunan dan
yang disepadukan membilang baki.
(ST 8.2.2) Menggunakan bahasa harian untuk
menerangkan operasi tolak.

Objektif pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Membuat pergerakan mengikut muzik.
b) Memahami konsep asas tolak.

Kemahiran utama Konsep tolak

Kosa kata Tolak, baki, tinggal, mati, anak ayam

Alatan dan bahan CD lagu Anak Ayam Turun Sepuluh, carta lagu, radio/CD
player

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru memainkan lagu ”Anak Ayam Turun Sepuluh”, murid menyanyi bersama.

“Anak Ayam Turun Sepuluh”


Anaklah ayam
Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor, mati seekor
tinggal sembilan
Anaklah ayam
Anak ayam turun sembilan
Mati seekor, mati seekor
tinggal lah lapan

dan seterusnya sehingga semua anak ayam mati.

2. Guru berbual dan bersoaljawab dengan murid mengenai lirik lagu yang diperdengarkan.

3. Guru memilih sepuluh orang murid berdiri dalam satu barisan atau mengikut
kreativiti guru seperti bentuk huruf ’U”, bentuk huruf ’V’, piramid dan bulatan.

4. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan seperti berkepak dan anak ayam mati.

5. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai baki anak ayam yang masih tinggal/ada.

75
6. Murid diminta mengulang aktiviti 4 sebagai pengukuhan.

7. Murid bercerita semula dan menyatakan situasi yang melibatkan operasi tolak dengan
menggunakan bahasa harian.
Contoh: Ada sembilan ekor anak ayam, seekor telah mati. Berapa ekor yang tinggal?

8. Murid menyanyikan semula lagu ”Anak Ayam Turun Sepuluh” dengan iringan muzik.

76
AKTIVITI 2 : IKAN KU SAYANG

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Perkembangan Fizikal dan Estetika - Kreativiti

Standard pembelajaran utama (KTI 1.2.11) Menghasilkan bentuk binaan mengikut


kreativiti sendiri melalui lipatan origami.

Standard pembelajaran lain (KM 6.3.5) Bercerita tentang kesan pencemaran udara
yang disepadukan dan air.
(PFK 1.1.14) Menggunakan tangan untuk mengikat
sesuatu objek.

Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Membuat lipatan origami ikan dengan cara yang
betul.
b) Menceritakan keadaan ikan jika air tercemar.
c) Meningkatkan koordinasi mata-tangan.

Kosa kata Ikan, sirip, mata, ekor, mulut.

Alatan dan bahan Kertas warna, tali, penebuk lubang ,peyangkut baju.

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menunjukkan contoh origami ikan yang telah disiapkan.

2. Guru membimbing murid membuat lipatan untuk menghasilkan origami ikan. seperti
berikut.

3. Guru meminta murid membuat beberapa ekor ikan tanpa bimbingan.

4. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai keadaan ikan jika air tercemar.

5. Guru membimbing murid membuat lubang pada origami.

6. Murid memasukkan tali pada lubang dan menggantungkan origami ikan yang telah
disiapkan.

77
AKTIVITI 3 : DI MANA SAYA TINGGAL?

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Literasi Sains dan Teknologi

Standard pembelajaran utama (ST 3.4.5) Mengecam tempat tinggal haiwan (ikan di
dalam air, burung di atas pokok, arnab di darat).
(ST 3.4.6) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya
(darat, air)

Standard pembelajaran lain (KTI 1.2.11) Menghasilkan bentuk binaan mengikut


yang disepadukan kreativiti sendiri melalui lipatan origami.
(KTI 1.3.7) Menyatakan pandangan secara lisan hasil
kerja sendiri dan rakan.

Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Mengelaskan haiwan mengikut habitatnya
b) Membuat lipatan origami haiwan

Konsep utama Haiwan ada tempat tinggalnya masing-masing.

Kosa kata Ikan, arnab, penyu, burung.

Alatan dan bahan Carta gambar haiwan dihabitat masing-masing, kertas


warna untuk membuat origami

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang haiwan berpandukan carta habitat haiwan yang
ditunjukkan.

2. Guru membimbing murid melipat origami ikan, penyu, arnab dan burung.

3. Murid menampal origami mengikut habitat haiwan pada gambar diberi.

4. Murid diminta melihat keseluruhan gambar dan bersoal jawab dengan guru sama ada
kedudukan origami yang diletakkan betul mengikut habitatnya. Murid menceritakan
semula habitat haiwan yang telah dilengkapkan dengan lipatan origami.

5. Murid diminta mengenalpasti haiwan yang habitatnya di dalam air, di darat dan atas
pokok.

78
AKTIVITI 4 : KEHIDUPAN KU

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Literasi Sains dan Teknologi

Standard pembelajaran utama (ST 3.4.8) Memerhati dan menceritakan kitaran hidup
haiwan yang biasa dijumpai.

Standard pembelajaran lain (BM 2.4.1) Menceritakan semula apa yang didengar
yang disepadukan menggunakan ayat yang mudah dan betul.
(ST 10.1.1) Menyusun peristiwa mengikut urutan masa.

Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Bercerita semula mengenai kitaran hidup seekor
ayam.
b) menyusun kad kitaran hidup seekor ayam

Konsep utama Haiwan membesar mengikut satu kitaran yang tertentu.

Kosa kata Ayam betina, bertelur, menetas, anak ayam.

Alatan dan bahan Kad gambar telur, kad gambar anak ayam, kad gambar
ayam betina, kertas manila, gam, gunting, gambar reban,
gambar pokok padi.

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Guru menunjukkan gambar reban dan gambar padi kepada murid.

2. Guru meminta murid meneka haiwan yang hidup di tempat tersebut dan makan padi.

3. Guru mengedarkan keping kad gambar kepada murid (kad gambar telur, kad gambar
anak ayam dan kad gambar ayam betina).

4. Guru meminta murid yang mempunyai kad gambar yang sama untuk berkumpul bersama.

5. Guru meminta murid mencari murid lain yang mempunyai kad gambar yang berbeza untuk
melengkapkan kitaran hidup ayam.

6. Murid berbaris mengikut urutan gambar kitaran hidup ayam yang dipegang.

7. Guru mengedarkan ”mounting board”, gambar, gam dan gunting kepada setiap
kumpulan.

8. Murid menggunting dan menampal gambar pada ”mounting board” mengikut urutan.

79
9. Murid menyelit atau menyilang mounting board seperti gambar rajah berikut.

10. Murid diminta melakukan aktiviti pergerakan kreatif berdasarkan cerita yang disampaikan
oleh guru (cerita ayam betina bertelur, telur ditetas dan lahirlah anak ayam, anak ayam
membesar dan menjadi ayam betina yang kemudian bertelur).

80
AKTIVITI 5 : AYAM DAN MUSANG

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Keterampilan Diri – Sosioemosi

Standard pembelajaran utama (PSE 1.1.6) Menyatakan emosi mengikut situasi

Standard pembelajaran lain (KT 3.1.5) Main peranan mengikut imaginasi mengikut
yang disepadukan watak yang diberi.
(ST 7.1.5) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan
objek yang betul.

Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Main peranan mengikut watak yang dipilih
b) Meluahkan perasaan berkaitan dengan tindakan
watak yang berkenaan.

Kosa kata Musang, ayam, tangkap,topeng.

Alatan dan bahan Topeng , selempang, wisel

LANGKAH PENGAJARAN :

1. Guru menunjukkan topeng ayam kepada murid dan bersoal jawab mengenai ayam.
Contoh soalan:
a) Siapa suka makan ayam?
b) Haiwan apa yang suka makan haiwan?

2. Guru menunjukkan topeng musang kepada murid dan bersoal jawab mengenai musang.

3. Guru menerangkan cara permainan ’ayam dan musang’.

4. Murid diberi pilihan untuk memegang watak sebagai ibu ayam, musang atau anak ayam.

5. Murid diberi topeng ibu ayam dan musang.

6. Murid yang memegang watak sebagai anak ayam diberi selempang berlainan warna
mengikut kumpulan.

7. Murid bermain permainan ayam dan musang. Musang akan mengambil selempang anak
ayam yang telah berjaya ditangkap.

81
Musang

Ibu ayam

Anak ayam

8. Guru boleh menetap tempoh masa permainan atau menamatkan permainan sehinnga
semua anak ayam berjaya ditangkap oleh musang.

9. Murid membilang selempang yang dikumpulkan oleh musang dan memadankannya


dengan angkanya.

10. Guru meminta murid yang memainkan peranan sebagai anak ayam untuk menceritakan
perasaan apabila ditangkap musang.

11. Guru meminta murid yang memainkan peranan sebagai ibu ayam untuk menceritakan
perasaan apabila gagal melindungi anak ayam.

82
AKTIVITI 6 : AKUARIUM

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Keterampilan Diri - Sosioemosi

Standard pembelajaran utama (PSE 2.2.2) Menunjukkan semangat dan sikap positif
seperti tolong-menolong, belas kasihan.

Standard pembelajaran lain (ST 3.4.4) Memerhati dan menceritakan tentang


yang disepadukan beberapa jenis ikan daripada aspek saiz, warna dan
bentuk.

Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Membina akuarium
b) Membina semangat kerjasama
c) Memerhati dan menceritakan tentang ikan peliharaan
mereka

Kemahiran utama Membina akuarium.


Kebolehan bekerjasama.

Kosa kata Akuarium, air, ikan, batu, pokok

Alatan dan Bahan Bekas kaca/plastik, lut sinar saiz sederhana, pasir, batu
kecil, pokok plastik, air, ikan

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Guru membawa sebuah akuarium yang ditutup dengan kain.

2. Dengan diberi maklumat berikut, murid diminta meneka apakah objek yang tersembunyi
dibawah kain ini.

Bentuknya segi empat tepat.


Boleh dilihat dari luar.
Dalamnya ada air.
Terdapat benda hidup yang cantik di dalamnya.
Apakah benda ini?

3. Guru menunjukkan apa yang tersembunyi disebalik kain tersebut.

4. Guru dan murid berbincang tentang bagaimana membina sebuah akuarium. Murid
dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan bahan dan peralatan
untuk membina akuarium.

5. Murid berbincang sesama mereka dan membahagi-bahagikan tugas. Guru dan pembantu
memberi bimbingan.

83
6. Murid membina akuarium dalam kumpulan masing-masing dengan bimbingan guru dan
pembantu.

7. Hasil akuarium dipamerkan.

8. Murid diminta memerhatikan ikan-ikan peliharaan dalam akuarium mereka dan


menceritakan ciri-ciri, kesamaan dan perbezaan antara ikan-ikan ini.

84
TUMBUH-TUMBUHAN

85
WEB AKTIVITI PERKEMBANGAN
FIZIKAL DAN ESTETIKA –
Muzik dan gerakan badan
PERKEMBANGAN
FIZIKAL DAN
AKTIVITI 6: TIRU
ESTETIKA - Muzik
LITERASI SAINS DAN MACAM SAYA
TEKNOLOGI - Membuat gerakan badan
seperti tumbuhan Aktiviti 1: NYANYIAN
menjalar dan melilit LAGU “BUNGA
mengikut muzik MERAH”
: JOM PANCING - Menyanyi sambil
- Murid-murid beraksi lagu “Bunga
mengenali bahagian- Merah”
bahagian tumbuhan.
- Murid-murid boleh
berlari mengikut jarak
. yang ditentukan PERKEMBANGAN
FIZIKAL DAN ESTETIKA
– Kraftangan

LITERASI SAINS
DAN TEKNOLOGI TUMBUH- Aktiviti 2: LAYANG-
TUMBUHAN LAYANGKU
Menghasilkan layang-
AKTIVITI 5: layang menggunakan
KENALI SAYA bahagian tumbuhan
- mengelas buah-
buahan yang
mempunyai banyak
biji dan berbiji
sedikit. PERKEMBANGAN
FIZIKAL DAN
PERKEMBANGAN ESTETIKA –
FIZIKAL DAN Kraf tangan
ESTETIKA - Kreativiti
AKTIVITI 3:
RAMBUTAN OH
AKTIVITI 4: SIRAP RAMBUTAN
BUAH-BUAHAN - Menghasilkan
CAMPUR (FRUIT setangkai buah
PUNCH) rambutan
- Menghasilkan sirap
buah-buahan
campuran secara
bekerjasama

86
AKTIVITI 1: BUNGA MERAH

Cadangan masa 30 minit

Tunjang utama Perkembangan Fizikal & Estatika - Muzik

Standard pembelajaran utama (KTI 2.1.9) Menyanyi mengikut tempo (Kelajuan


muzik).

Standard pembelajaran lain (BM 3.8.3) Membaca ayat-ayat dalam konteks dengan
yang disepadukan intonasi yang betul.

Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Menyanyi lagu dengan sebutan yang betul.
b) Menyanyi sambil membuat pergerakkan mengikut
senikata lagu.

Kosa kata Merah, bunga, cantik, kembang, berseri.

Alatan dan bahan CD lagu, carta lagu.

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menamakan bunga yang berwarna merah (bunga raya) dan murid bercerita tentang
bunga tersebut.

2. Guru memainkan lagu ”Bunga Merah’’.

Bunga Merah
Bunga merah sangat cantik ,
Kembang mekar waktu pagi,
Ku jaga sepenuh hati,
Agar bunga berseri
(Melodi air terjun)

3. Murid membaca senikata lagu baris demi baris.

4. Murid menyanyi lagu sambil bertepuk tangan mengikut tempo.

5. Murid menyanyi secara kumpulan, kelas dan individu dengan iringan muzik.

6. Murid menyanyi sambil beraksi dengan iringan muzik.

87
AKTIVITI 2 : LAYANG-LAYANGKU

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Perkembangan Fizikal dan Estetika

Standard pembelajaran utama (KTI 1.2.13) Menghasilkan kraf tradisional yang


mudah dengan menggunakan bahan yg sesuai.

Standard pembelajaran lain (PFK 1.1.14) Menggunakan tangan untuk mengikat


yang disepadukan sesuatu objek.
(BM 2.1.3) Berbual menggunakan ayat yang mudah
dengan sebutan yang betul.

Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Mengetahui buluh boleh digunakan untuk membuat
layang-layang.
b) Menghasilkan layang-layang.

Kemahiran utama Kemahiran membuat layang-layang.

Kosa kata Ikat,buluh. pelekat,kertas warna.

Alatan dan bahan Buluh, benang kasar,gam,pita selofan,kertas warna lidi


kelapa.

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru mempamerkan model layang-layang yang telah siap.

2. Guru berbual dengan murid berkenaan dengan pengalaman mereka bermain layang-
layang. Guru meminta murid menceritakan pengalaman mereka bermain layang-layang.

3. Guru menunjukkan rangka layang-layang (yang dibuat daripada buluh) dan meminta
murid meneka apakah bahan yang digunakan untuk membuat rangka itu.

4. Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan dengan sumber buluh tersebut (pokok buluh
yang merupakan satu jenis tumbuh-tumbuhan).

5. Guru menunjukkan cara mengikat buluh untuk dijadikan rangka layang-layang.

6. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mengikat buluh menjadi
rangka layang-layang dengan bantuan dan bimbingan daripada guru dan pembantu.

88
7. Murid menampal kertas warna pada rangka layang-layang dengan bimbingan guru dan
pembantu.

8. Murid menghias layang-layang tersebut.

Langkah-langkah menghasilkan layang-layang adalah seperti berikut:


a) Silangkan buluh bentuk ’t’.
b) Ikat dengan benang.
c) Letakkan rangka di atas kertas warna.
d) Potong mengikut rangka.
e) Lipat dan gam.
f) Hiaskan layang-layang.

89
AKTIVITI 3 : RAMBUTAN OH RAMBUTAN

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Perkembangan Fizikal dan Estetika

Standard pembelajaran utama (KTI 1.2.11) Menghasilkan bentuk binaan mengikut


kreativiti sendiri melalui teknik membuat model.

Standard pembelajaran lain (ST 3.2.2) Menggunakan deria penglihatan, rasa dan
yang disepadukan penyentuhan dalam penerokaan alam persekitaran

Objektif pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Menghasilkan model setangkai buah rambután.
b) Mencirikan bentuk fizikal dan rasa buah rambutan

Kosa kata Setangkai, gumpal, tampal,benang.

Alatan dan bahan Kertas surat khabar, ranting pokok, gam, kertas tisu,
berus lukisan, warna air, benang bulu.

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menunjukkan setangkai buah rambutan yang sebenar.

2. Guru meminta murid menyentuh buah rambutan dan menceritakan bentuk fizikal buah
rambutan. Guru meminta murid merasa buah rambutan dan menceritakan rasanya.

3. Guru memberitahu murid mereka akan membuat kraftangan rambutan hari ini. Guru
meminta murid mengikut setiap langkah yang ditunjukkan oleh guru.

4. Murid menggumpal kertas surat khabar sebesar bola ping pong dan kemudian menampal
kertas tisu di atas gumpalan surat khabar tersebut dengan menggunakan gam.

5. Murid mengecat kertas tisu tersebut dengan warna air dan seterusnya melekatkan benang
bulu pada gumpalan kertas yang telah diwarnakan.

6. Murid mengikat beberapa model buah rambutan tadi pada ranting pokok untuk
membentuk setangkai buah rambutan.

7. Murid mempamer dan menceritakan hasil kerja mereka.

90
AKTI VITI 4 : SIRAP BUAH-BUAHAN CAMPUR (FRUIT PUNCH)

Cadangan masa 40 minit

Tunjang utama Perkembangan Fizikal dan Estetika

Standard pembelajaran utama (PFK 1.2.12) Menuang air dari jag ke dalam bekas
seperti cawan atau gelas.
(PSE 2.2.2) Menunjukkan semangat dan sifat positif
sabar, berkeyakinan dan tolong menolong.

Standard pembelajaran lain (BM 2.4.1) Menceritakan apa yang didengar semua
yang disepadukan menggunakan ayat yang mudah dan betul.
(PFK 5.2.4) Menjaga keselaman diri.

Objektif pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


a) Melakukan koordinasi mata tangan semasa
memotong buah.
b) Bercerita tentang proses membuat sirap buah-
buahan campur.
c) Bekerjasama menghasilkan sirap buah-buahan
campur.

Kemahiran utama Menghasilkan sirap buah-buahan campur.

Kosa kata Buah,potong, gula ,kacau.

Alatan dan bahan Buah tembikai ,betik,epal,tembikai susu, gula, air, gelas
plastik, pinggan, pisau plastik, papan pemotong, apron,
air, buah-buahan dalam tin.

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru mempamerkan buah-buahan (buah yang telah dikupas) untuk membuat ’fruit punch’
dan membimbing murid menyebut nama buah-buhan tersebut.

2. Guru mempamerkan fruit cocktail dalam tin dan memberitahu murid ini hasil yang mereka
akan buat hari ini.

3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

4. Guru memberi penerangan cara untuk membuat ’fruit punch’ seperti berikut:
a) Potong buah yang pelbagai.
b) Campur buah ke dalam air sirap.
c) Menambahkan air dan kacau

5. Guru mengingatkan murid tentang langkah-langkah keselamatan dan kebersihan.

91
6. Setiap kumpulan memotong buah yang pelbagai dibawah bimbingan guru dan pembantu.

7. Setiap kumpulan campurkan buah ke dalam air sirap dan kacau.

8. Setiap kumpulan menuangkan sirap buah-buahan campur ke dalam gelas pelbagai saiz
dan menghidang di atas meja makan.

9. Murid menikmati sirap buah-buahan campur bersama guru dan pembantu.

10. Guru meminta murid mencerita semula proses membuat sirap buah-buahan campur.

Rajah : buah-buahan

92
AKTIVITI 5 : KENALI SAYA

Cadangan masa 30 minit

Tunjang utama Sains dan Teknologi

Standard pembelajaran utama (ST 3.3.7) Memerhati,membanding dan mengumpulkan


sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa dijumpai
mengikut biji benih.

Standard pembelajaran lain (PSE 2.3.7) Bercerita dan memberi pendapat.


yang disepadukan

Objektif pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat mengelas buah-


buahan yang mempunyai banyak biji dan berbiji sedikit.

Kosa kata Tembikai susu, betik, rambutan, mata kucing.

Alatan dan bahan Kotak misteri yang berisi dengan tembikai susu, betik,
rambutan dan mata kucing; gambar buah-buahan,mata
kucing, betik, tembikai susu, rambuatan, pisau, papan
pemotong, pinggan plastik dan kain pengelap.

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru membawa satu kotak misteri/ajaib bertutup yang berisi dengan objek (buah-buahan
yang berbiji banyak dan berbiji satu). Guru meminta murid menggunakan tangan bagi
menyentuh objek di dalam kotak misteri dan menekanya.

2. Guru membuka penutup kotak misteri untuk mengesahkan jawapan murid.

3. Murid menamakan buah-buahan yang terdapat dalam kotok misteri.

4. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan diberikan buah-buhan yang
mempunyai banyak biji dan biji satu. Murid dikehendaki memotong dan meneroka buah-
buahan tersebut dengan bimbingan guru.

5. Murid dan guru bersoal jawab mengenai buah-buahan yang mempunyai banyak biji dan
biji satu.

6. Murid diminta mengasingkan buah yang berbiji banyak dan berbiji satu.

7. Murid dikehendaki menampal gambar buah pada ruang yang betul (berbiji banyak dan
berbiji satu) dalam lembaran kerja.

8. Murid menamakan semula buah-buahan yang mempunyai banyak biji dan berbiji satu.

9. Murid makan buah-buahan tersebut bersama rakan dan guru.

93
AKTIVITI 6 : TIRU MACAM SAYA

Cadangan masa 30 minit

Tunjang utama Perkembangan Fizikal dan Estetika- Kreativiti.

Standard pembelajaran utama (KTI 2.4.2) Menggerakkan anggota badan secara kreatif
mengikut muzik dengan bimbingan guru.

Standard pembelajaran lain (KTI 2.4.6) Menggerakkan anggota badan secara kreatif
yang disepadukan mengikut muzik untuk meneroka ruang

Objektif pelajaran Di akhir pengajaran murid dapat :


a) Membuat pergerakan mengikut gaya sendiri.
b) Menghayati muzik yang berkaitan

Kosa kata Menjalar, melilit.

Alatan dan bahan Kaset, CD, radio, kad imbasan, kad gambar, gambar
pokok menjalar atau melilit.

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menunjukkan gambar pokok menjalar dan melilit. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang gambar tersebut.

2. Murid diminta membuat pergerakan kreatif seperti pokok menjalar atau melilit mengikut
kreativiti masing-masing dengan diiringi dengan muzik yang bersesuaian.

3. Murid mendengar muzik kemudian diminta membuat pergerakan kreatif secara


berkumpulan.

94
AKTIVITI 7 : JOM PANCING

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Literasi Sains dan Teknologi

Standard pembelajaran utama (ST 3.2.2) Menggunakan deria penglihatan dan


penyentuhan dalam penerokaan alam persekitaran
penyentuhan
(PFK 2.1.12) Berlari ke arah yang ditentukan.

Standard pembelajaran lain (PM 10.1.1) Bersedia menunggu giliran.


yang disepadukan (PM 14.1.1) Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.

Objektif pelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran :


a) Murid-murid mengenali bahagian-bahagian
tumbuhan.
b) Murid-murid boleh berlari mengikut jarak yang
ditentukan

Kosa kata Pancing, label, ranting, akar, buah, daun, batang, biji,
bunga, pucuk, kulit, duri dan tunas.

Alatan dan bahan Pancing, kad perkataan bahagian pokok, gambar pokok/
model pokok dalam pasu.

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid dibawa untuk melihat tumbuhan sebenar di luar kelas.

2. Guru membimbing murid memerhatikan bahagian-bahagian tumbuhan seperti batang,


daun, bunga, ranting, akar dan buah. Murid digalakkan menyentuh bahagian-bahagian
tumbuhan ini.

3. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan dengan nama bahagian-bahagian


tumbuhan, kegunaan serta ciri-ciri fizikal bahagian-bahagian tersebut.

4. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberi batang pancing, kad
perkataan dan kotak.

5. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan.

6. Setiap kumpulan diberi satu kawasan dan guru membantu setiap kumpulan mendirikan
Stesen A (kotak dengan kad perkataan bahagian tumbuhan) dan Stesen B (satu pasu
tumbuhan/tumbuhan pada tanah).

95
7. Dalam setiap kumpulan, seorang murid mengambil pancing dan berlari ke Stesen A lalu
memancing kad perkataan di dalam kotak.

8. Murid yang sama berlari dan meletakkan kad perkataan yang dipancing pada bahagian
tumbuhan yang berkenaan di Stesen B.

9. Murid berlari ke arah rakannya dan menepuk tangan rakannya. Rakan-rakannya akan
mengulangi permainan tersebut sehingga lengkap.

10. Kumpulan yang dapat melengkapkan tugas melabel bahagian tumbuhan tersebut dengan
betul dan pantas adalah pemenang.

11. Murid menyebut bahagian-bahagian tumbuhan yang telah dilabelkan.

96
AKTIVITI 8 : JENIS-JENIS SAYA

Cadangan masa 60 minit

Tunjang utama Sains dan Teknologi

Standard pembelajaran utama (ST 3.2.2) Menggunakan deria penglihatan dan


penyentuhan dalam penerokaan alam persekitaran
(ST 3.3.7) Memerhati, membanding sayur-sayuran atau
buah-buahan yang biasa dijumpai mengikut warna dan
biji benih.

Standard pembelajaran lain (PM 10.1.1) Bersedia menunggu giliran.


yang disepadukan (PM 14.1.1) Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.

Objektif pelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran :


a) Membandingkan dan mengumpulkan sayuran
mengikut jenis berdaun, berbuah dan berubi.
b) Menyediakan sup sayur-sayuran.

Kosa kata Warna, biji benih, berbuah, berubi dan berdaun

Alatan dan bahan Sayuran berdaun (sebenar): sawi, kangkung, kalian,


kubis dan bayam.
Sayuran berbuah(sebenar): petola, cili, tomato, peria dan
terung
Sayuran berubi(sebenar) : keledek, ubi kayu, kentang,
sengkuang dan lobak
Kad label: sayur berdaun, sayur berubi, sayur berbuah
pisau, papan pemotong, peralatan memasak

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Guru membentangkan beberapa sayur-sayur sebenar (sayur-sayur ini mesti daripada tiga
kategori iaitu yang berdaun, berbuah dan berubi)yang dibawa di atas meja. Guru juga
boleh meminta murid membawa sayur-sayur dari rumah.

2. Guru membimbing murid memerhatikan sayur-sayur ini dari aspek warna, ciri-ciri fizikal
dan lain-lain.

3. Guru memperkenalkan nama ‘daun’, ‘buah’ dan ‘ubi’ serta menunjukkan sayur yang ada
daun, buah dan ubi dan memberi nama sayur itu.

4. Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan.

5. Guru mengeluarkan banyak lagi sayur-sayur, membentangkan di atas meja dan meminta
setiap kumpulan secara bergiliran mengelaskan sayur-sayur ini mengikut jenis yang
berdaun, berbuah dan berubi.

97
6. Murid meletakkan label ‘sayur berdaun’, ‘sayur berbuah’ dan ‘sayur berubi’ di atas
kumpulan sayur yang berkenaan.

7. Guru boleh menggunakan skema pemarkahan untuk membuatkan aktiviti ini sebagai satu
pertandingan, contohnya setiap sayur yang diletak di kategori yang betul diberi 10 markah.
Pada akhirnya guru membimbing murid menghitung markah untuk melihat kumpulan
mana dapat markah yang paling tinggi.

8. Guru membimbing murid menamakan semula sayur-sayuran mengikut jenisnya (berdaun,


berbuah dan berubi).

9. Guru dan Pembantu bersama murid mencuci sayur-sayur itu dan memotongnya untuk
dijadikan sup sayur-sayuran.

98

You might also like