You are on page 1of 4

Fonem Suprasegmental

Fonem ini juga disebut sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi yang

menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Fonem ini terdiri daripada tekanan,

kepanjangan, jeda, tona dan intonasi.

Tekanan

Jeda Kepanjangan
Fonem
Suprasegm
-ental

Intonasi Tona

Tekanan

Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya

berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku dalam

vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya

ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti “ki ta”, “ba pa”, “sa tu” dan

seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris tekanan boleh membezakan makna. Contohnya,


Prog res bermaksud kemajuan (kata nama) Pro gres bermaksud memajukan (kata

kerja) Dengan perkataan conduct insult dan semuanya boleh membawa maksud yang

berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza.

Kepanjangan

Ia juga disebut sebagia pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada

perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini

juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab,

Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi bahasa Melayu. Ia di tanda dengan

tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik . kepanjangan bunyinya

setengah mora ; dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik :: kepanjangan

ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan

ini digunakan. Contoh, sit bermaksud duduk, dan si:t bermakna tempat duduk.

Jeda

Disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda

pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau persendian

ini ditanda dengan + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan makna. Contoh, I

scream ‘’saya menjerit’’ dan ice cream ‘’aiskrim” bunyinya sama sukar dibezakan tetapi

maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan
jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan tin). Bagi membezakan

makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut:

Belikan + tin “ membelikan tin = tin yang dibeli”

Beli + kantin “ membeli kantin = kantin yang dibeli”

Jeda atua persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk

membezakan makna ayat. Contoh :

‘Saya membaca buku kakak’ boleh dibezakan seperti berikut,

1. # Saya membaca buku kakak# (maksudnya saya membaca buku kepunyaan

kakak)

2. # Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu kakak bahawa saya

membaca buku)

Tona

Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona dan

ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk

membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona mendatar,

seperti “ibu”. Kedua tona meninggi, contoh “guni”. Ketiga tona turun-naik, contoh “kuda”

dan akhir sekali tona menurun, contohnya “marah”. Yang kedua memakia tanda

nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona, Tona tinggi (keras)

menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah
(lemah) menggunakan tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah) menggunakan

empat.

Intonasi

Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut lagu

bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat.

Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanyapula meninggi apaila di

akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda, tona

secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam

pertuturan seharian.

You might also like