You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA EPA KALI PERTAMA TAHUN 2011

SMK TUN MUTAHIR,75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tarikh   : 8 Januari 2011


Hari   : Sabtu
Masa  : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.
Tempat  : Pusat Sumber

KEHADIRAN :
En Ismail Bin Abdullah (GKMP Teknik & Vokasional)
Pn Koh Siok Len
Pn Rohana Bte Mamat
En Nazrul Fazly Bin Che Din
Pn. Siti Munirah Bte Shahari
Pn. Yong Siok Fang 

TIDAK HADIR -Tiada

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua guru.


1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru kerana menjalankan tugas
dengan cemerlang sepanjang tahun. Pengerusi juga mengalu-alukan
kedatangan guru baru, Pn Siti Munirah bte Shahari selaku setiausaha baru
Panitia EPA dan MPV.

Tindakan : Makluman
2.0 Ucapan GKMP T& V

2.1 Tn Hj Ismail mengalu-alukan kedatangan guru-guru.


2.2 Tn Haji Ismail mengucapkan terima kasih kerana memberikan kerjasama
sepanjang tahun.
2.3 Tn Hj. Ismail menjelaskan bahawa ketua mata pelajaran perlu menguruskan
fail matapelajaran masing-masing seperti sedia ada. Bagi Panitia Perdagangan
diuruskan oleh Siti Munirah, bagi Panitia Ekonomi diuruskan oleh Pn Rohana Bte
Mamat dan Panitia Prinsip Akaun diuruskan oleh Pn Koh Siok Len. Hanya fail
minit mesyuarat disatukan dan diuruskan oleh setiausaha EPA 2011.
2.4 Tn Hj Ismail menjelaskan bahawa bilangan guru EPA semakin berkurangan.
Ini kerana mengikut dasar pengetua mengelakkan seorang guru mengajar terlalu
banyak subjek.
2.5 Tn Hj Ismail juga mengingatkan semua guru untuk menghantar sukatan
pelajaran & brosur pada Tn Hj Ismail.
2.6 Beliau juga menjelaskan bahawa 2011 adalah tahun inovasi dan usaha guru
mestilah lebih pada tahun ini.Tn Hj Ismail juga mengingatkan supaya bekerja
dalam pasukan.

3.0 Ucapan Pengetua

1. Tn Hj Zolkaply mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana hadir.


2. Beliau menasihat setiap panitia membuat perbelanjaan secara berhemah
untuk baki peruntukan panitia tahun lepas.

4.0 Membentang dan mengesahkan minit.

1. Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


2. Dicadangkan Pn Rohana Bte Mamat

3. Disokong En Nazrul Fazly B. Che Din

Tindakan : Makluman

5.0 Bangkitan minit

5 .1 Perkara 4.5 iaitu berkaitan dengan mengurangkan kelas ekonomi bagi


tingkatan 4 diterima di bahagian pentadbiran. Menurut pandangan Tn Pengetua,
ia berikutan untuk mengurangkan tahap kegagalan pelajar.
5.2 Perkara 4.6 iaitu Pn Koh Siok Len menyuarakan rasa kebimbangan dan
tertekan kerana dipertanggungjawabkanuntuk mengajar 6 kelas peperiksaan
bagi 2 matapelajaran berlainan. Beliau meminta pihak pentadbiran
mempertimbangkan dan memahami kesulitan & kesukaran beliau.

Tindakan : Makluman

6.0 Pengurusan Panitia

6.1 Pn. Koh Siok Len mengingatkan guru-guru matapelajaran seperti Ekonomi,
Perdangan dan Prinsip Akaun supaya menjaga fail panitia masing-masing

7.0 Perancangan Belanjawan

7.1 Pengurusan kewangan adalah diuruskan oleh ketua matapelajaran masing-


masing.
7.2 Hasil perbincangan, ahli panitia bersetuju untuk menggunakan wang panitia
untuk membeli printer bagi pengurusan panitia masing-masing.

8.0 Perancangan Program Kecemerlangan /Inovasi

8.1 Blog Panitia EPA & MPV (diuruskan oleh Pn. Yong Siok Fang dan dibantu

oleh Pn Siti Munira.)

8.2 Teknik menjawab soalan bagi setiap mata pelajaran

8.2 Program Bank Soalan Negeri

8.3 Modul Pengajaran & Pembelajaran

8.4 Kelas Tambahan untuk kelas-kelas peperiksaan

8.5 Minggu Teknik & Vokasional

Tindakan : Makluman 
9.0 Hal-hal lain.

9.1 Pengagihan soalan dilakukan oleh panitia masing-masing

9.2 Pn Koh Siok Len meminta guru-guru mengisi maklumat & email
memudahkan pengurusan Panitia EPA.Beliau juga melampirkan borang biodata
dan jadual waktu kelas untuk di isi oleh guru-guru dan disimpan dalam fail
masing-masing.

9.3 Pengerusi menjelaskan bahawa penyelarasan mengikut standard kualiti yang


telah ditetapkan. Seorang pelajar mempunyai sebuah buku nota, sebuah buku
latihan dan sebuah fail untuk latihan berbentuk subjektif dan esei.

9.4 Guru perlu menyemak latihan pelajar 5 hari selepas latihan diberi, guru harus
memberi ulasan dan memeriksa indeks pelajar.

Tindakan : Makluman

10.0 Penutup

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana kerjasama yang diberikan oleh guru-
guru sepanjang mesyuarat berlangsung

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00pagi

 
 
Disediakan oleh : Pn. Siti Munirah Bte Shahari

Disemak oleh    :  Pn. Koh Siok Len (Ketua Panitia EPA)

Tarikh                 : 11 Januari 2011

You might also like