You are on page 1of 4

Ruj kami : SMKPK 30/002/04 ( )

Tarikh : 24 Julai 2008


Guru Bahasa Tamil
SMK Paya Kemunting
06000, Jitra, Kedah Darul Aman

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KEDUA 2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Bahasa Tamil akan mengadakan mesyuarat


berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)


Masa : 2.30 petang
Tempat: Kelas 3 Gigih

3. Agenda Mesyuarat :

3.1 Aluan Pengerusi


3.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Perkara-perkara berbangkit
3.4 Post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun
3.5 Pemantauan Kurikulum Berkualiti
3.6 Program Sekolah
- Program Kecemerlangan Tingkatan 3 dan 5
- Kelas Tambahan
- Kelas Terancang Tanpa Guru
3.7 Hal-hal lain

4. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.Kerjasama


tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………....
(SELVARAJAN SANTIAU)
Pengerusi Panitia Bahasa Tamil
SMK Paya Kemunting,
06000 Jitra,
Kedah.

s.k 1. Pengetua
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Fail Panitia
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KEDUA / 2008

Tarikh : 27 Julai 2008


Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kelas 3 Gigih

Kehadiran :

1. En. Selvarajan a/l Santiau (Ketua Panitia Bahasa Tamil)

Turut hadir Penolong Kanan Kokurikulum (En. Zulkifli bin Hashim)

Agenda 1: Aluan Pengerusi

En. Selvarajan selaku Pengerusi panitia telah mempengerusikan mesyuarat,


beliau telah :-

1.1 Memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan para hadirin dan mengucapkan


terima kasih kepada semua ahli kerana dapat menghadirkan diri.

1.2 Tujuan mesyuarat diadakan hari ini adalah untuk membincangkan Post Mortem
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan masalah-masalah dalam P&P Bahasa
Tamil.

Tindakan : K. Panitia Bahasa Tamil

Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2008 bertarikh 22 Januari


2008 untuk disemak dan disahkan.

Cadangan disahkan : En. Selvarajan


Sokongan : En. Selvarajan

Tindakan : Guru Bahasa Tamil

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1 Perkara 6.1, pengerusi memaklumkan soalan peperiksaan perlu ada JSU dan
Skema pemarkahan.

3.2 Perkara 9.3, kursus ICT yang dirancang juga tidak dapat diadakan kerana
masalah kekurangan komputer yang berfungsi.

3.3 Perkara 7.1, pengerusi memaklumkan headcount perlu juga dibuat untuk
tingkatan 1, 2 dan 4.

Tindakan : Guru Bahasa Tamil

Agenda 4 : Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun

Pengerusi membentangkan analisis keputusan PPT dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 :-

4.1 Daripada analisis yang dibentangkan, tingkatan 2 menunjukan pencapaian yang


paling lemah.
4.2 Punca kelemahan dikenalpasti ialah tidak menguasai kemahiran menjawab K2.
Penguasaan bahasa yang terlalu lemah.

4.3 Cadangan, pelajar lemah diberi tumpuan khusus.

4.4 Kebanyakan pelajar lemah kerap ponteng sekolah dan juga mempunyai masalah
disiplin. Cadangan untuk mengatasi masalah ini, perlu tindakan drastic pihak
pentadbiran.

4.5 Antara kelemahan pelajar ialah terdapat pelajar yang masih tidak menguasai
kemahiran membaca dan menulis, tidak mahu membuat latihan, dan masalah
kehadiran. Karangan yang dibuat tidak cukup panjang kerana tidak mahir
mengembangkan isi.

4.6 Terdapat beberapa pelajar dari tingkatan 5U yang lulus disyaki meniru daripada
bahan yang dibawa.

4.7 Cadangan cara mengatasi ialah tumpukan kepada bahagian peluang untuk lulus.
Guru tingkatan 4 diminta menyediakan bahan untuk rogram tingkatan 5.

4.8 En. Selvarajan sediakan bahan rumusan

- sediakan bahan grafik beserta cadangan isi dan huraian mudah.

- Sediakan rumusan dan bahan grafik.

4.9 Adakah kelas tambahan selepas sesi persekolahan untuk 2 kumpulan pelajar
yang lemah.

Tindakan : Guru Bahasa Tamil

Agenda 5 : Penamtauan Kurikulum Berkualiti

Pengerusi memaklumkan bahawa :-

5.1 Pemantauan Instruktional kali kedua telah diadakan pada 13 Julai.

5.2 Lawatan dan Pemantauan dari IAB ke sekolah pada 13Julai. Pihak IAB telah
membuat rakaman tentang perjalanan sekolah dan melancarkan program
Sekolah Gandingan dengan IAB pada 24 Julai 2008.

Tindakan : Guru Bahasa Tamil

Agenda 6 : Program Sekolah

6.1 Program Kecemerlangan Tingkatan 3 dan 5

Pengerusi memaklumkan Teknik Menjawab Bahasa Tamil Tingkatan 3 telah ditetapkan


pada28 Julai (Isnin) jam 2.30 hingga 5.00 petang. Manakala Tingkatan 5 – Kertas 1 pada
23 Mac dan Kertas 2 pada 28 Julai 2008.

6.2 Kelas Tambahan

Kelas tambahan melibatkan semua tingkatan 3 dan tingkatan 5 akan diadakan pada
bulan Ogos dan September melibatkan guru-guru mata pelajaran tingkatan 1, 2 dan 4.
Bahan-bahan ulangkaji akan disediakan oleh guru-guru mata pelajaran tingkatan 3 dan
5.
6.3 Kelas Terancang Tanpa Guru

Kelas terancang tanpa guru masih diteruskan. Guru-guru perlu menyediakan bahan P&P
sebelum meninggalkan sekolah untuk bermesyuarat, berkursus dan sebagainya.

Tindakan : Guru Bahasa Tamil

Agenda 7 : Hal-hal lain

7.1 Pengerusi memberitahu tentang jemputan menyertai pesta Syarahan Tamil di


UUM, Jumaat depan. Keputusan mesyuarat tidak menghantar peserta disebabkan kekangan
masa dan juga pelajar kurang berbakat. Oleh itu banyak masa diperlukan untuk melatih peserta.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Minit dicatat oleh :

…………………………
En.Selvarajan Santiau
S/U Panitia Bahasa Tamil
SMK Paya Kemunting
06000 Jitra
Kedah Darul Aman

You might also like