You are on page 1of 9

BAHAGIAN B

40 markah

1 (a) Nyatakan tiga prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang


menjadi panduan pelaksanaan perkhidmatan di sekolah

(i) Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang


dan berterusan.
(ii) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar.
(iii) Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan
apabila mereka memerlukannya.
(iv) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami
dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan hidupnya,
dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
(v) Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa
depan.
(vi) Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari
kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatannya
(vii) Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama.
(viii) Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam
dan menyeluruh mengenai pelajar.

1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
3 fakta dan huraian = 6 markah

1
(b) Senaraikan empat bidang bimbingan/perkhidmatan akademik yang
perlu dilaksanakan oleh Guru Bimbingan sekolah rendah

(i) Kemahiran membaca


(ii) Kemahiran mencatat nota
(iii) Kemahiran mendengar
(iv) Kemahiran pengurusan masa
(v) Kemahiran menghadapi peperiksaan
(vi) Kemahiran mengurus tekanan
(vii) Kemahiran mengingat
(viii) Penempatan pelajar

1 fakta = 1 markah
4 fakta = 4 markah
Jumlah = 4 markah

2. a) Memandangkan bilangan murid di sekolah rendah semakin bertambah


ramai, maka semakin banyak kes atau masalah yang dihadapi murid
perlu diberikan perhatian. Oleh itu, setiap guru sama ada guru biasa
atau guru bimbingan perlu memainkan peranan dalam meningkatkan
kebajikan murid-muridnya.

Jelaskan empat daripada peranan guru biasa di sekolah rendah .

(i) Mengenal pasti murid-murid yang mengalami masalah dan


merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling jika perlu.
(ii) Mendapatkan maklumat dan menyimpan rekod latar belakang
murid.
(iii) Menolong murid membuat penyesuaian peribadi.
(iv) Memotivasikan murid dalam pelajaran mereka dengan tujuan
untuk meningkatkan prestasi akademik.
(v) Bekerja sama dengan ibu bapa
(vi) Membantu murid membentuk tabiat kerja yang baik.
(vii) Jawapan lain yang munasabah.

(4 Fakta + Huraian ringkas) x 1 markah = 4 markah

(4 markah)

2
b) M adalah seorang pelajar tahun 5. Dia seorang pelajar yang pendiam,
kerap ponteng dan sering tidak menyiapkan kerja sekolah.

Sebagai seorang guru biasa yang mengajar M, huraikan tiga langkah


yang perlu anda lakukan bagi membantu M.

(i) Memanggil M dan berbincang tentang masalah yang sedang


dihadapinya.
(ii) Mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi oleh M.
(iii) Merujuk M kepada guru bimbingan dan kaunseling.
(iv) Berbincang dengan ibu bapa tentang masalah yang dihadapi oleh
M
(v) Memberikan bimbingan mata pelajaran.
(vi) Membantu M membentuk tabiat kerja yang baik.

1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
3 fakta dan huraian x 2 markah = 6 markah
Jumlah = 6 markah

3 (a) Terdapat beberapa jenis bermain yang boleh digunakan dalam


Intervensi kaunseling kanak-kanak.

Namakan empat jenis main yang boleh digunakan dalam


Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak.

(i) Main Diri – sendiri ( solitary play)


(ii) Main Selari - ( paralled play )
(iii) Main asosiatif ( associative play)
(iv) Main koperatif ( cooperatif play )

1 fakta = 1 markah)
4 fakta = 4 markah

(b) Senaraikan tiga manafaat Terapi Bermain untuk kanak-kanak

3
yang menghadapi gangguan mental.

(i) Ia menolong kanak-kanak menjadi lebih bertanggungjawab


(ii) Membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah dengan
cara yang kreatif
(iii) Memupuk rasa hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain
(iv) Membantu kanak-kanak belajar mengalami dan melahirkan
emosi
(v) Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran relasional dengan
keluarga
(vi) Membentuk keberkesanan ( effiancy) kendiri dan
meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan diri.

1 fakta = 2 markah
3 fakta x 2 = 6 markah

4. (a) John L. Holland menekankan padanan individu dengan pekerjaan.


Terdapat enam jenis model persekitaran yang berhubung rapat dengan
enam jenis personaliti seseorang.

Nyatakan enam jenis personality tersebut mengikut susunan yang betul

(i) Realistik
(ii) Investigetif
(iii) Artistik
(iv) Sosial
(v) Enterprising
(vi) Konvensional
 
1 fakta = 1 markah
6 fakta x 1 markah = 6 markah
Jumlah = 6 markah

4
(b)   Nyatakan empat ciri-ciri sosial yang sesuai kepada individu yang
berpersonaliti sosial menurut pandangan John L. Holland.

(i) berpengaruh       
(ii) bekerjasama
(iii) sabar
(iv) peramah
(v) pemurah             
(vi) suka menolong
(vii) idealistik
(viii) empati                  
(ix) Baik hati
(x) pemujuk               
(xi) bertanggungjawab
(xii) sosial                    
(xiii) bijaksana
(xiv) memahami        
(xv) Mesra
1 fakta = 1 markah
4 fakta x 1 markah = 4 markah
Jumlah = 4 markah

5
BAHAGIAN C
(40 Markah)

1. Teori behaviourisme merupakan salah satu teori kaunseling digunakan


oleh ramai guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Role play atau main peranan merupakan satu teknik teori Behaviourisme
yang dapat membantu klien mengubah tingkah laku. HURAIKAN kebaikan
teknik ini dan bagaimana teknik ini boleh digunakan ka atas murid pemalu
dengan jayanya.

(i) Teknik main peranan ini merupakan satu teknik yang baik untuk
meluaskan kesedaran klien dan menunjukkan bahawa ada banyak
alternatif untuk melakukan tingkah laku lain yang terdapat dalam
diri klien.

(ii) Kaunselor memainkan peranan seorang pemalu.

(iii) Klien akan meluahkan perasaan atau menyatakan sesuatu

(iv) Klien dan kaunselor sebenarnya berlakon seolah-olah berada di


keadaan atau situasi sebenar.

(v) Untuk menjayakan kaedah main peranan ini, ia amat bergantung


kepada kesungguhan kaunselor dan juga kesedian klien itu sendiri.

1 fakta = 2 markah
1 fakta dan huraian = 4 markah
5 fakta dan huraian = 20 markah
Jumlah = 20 markah

6
2. Dalam proses sesi kaunseling individu, Guru Bimbingan harus menguasai
pelbagai kemahiran asas bagi membantu klien memahami dirinya sendiri.

Huraikan lima kemahiran asas dan tujuan kemahiran itu digunakan dalam
sesi kaunseling individu.

(i) Soalan Terbuka:

Tujuan :
 Untuk mendapat maklumat lanjut
 Merangsang jawab dengan lebih perinci
 Galakkan klien kongsi maklumat dengan kaunselor

Contoh :……

(ii) Pernyataan Semula/ parafrasa

Tujuan
 Memberi tahu klien kaunselor cuba memahaminya
 Meringkaskan dengan lebih jelas apa yang dicakapkan klien
 Menyemak apa yang dipersepsi kaunselor sama dengan maksud klien

Contoh:……

(iii) Merefleksi Perasaan

Tujuan
 Mencadangkan satu perasaan yang telah dialami oleh klien bila membuat
satu kenyataan
 Menyemak ketepatan perasaan yang dialami
 Komunikasi yang bersifat penerimaannya terhadap klien yang merasai
dia diberi perhatian dan didengari serta difahami kaunselor

Contoh:…..

(iv) Rumusan

Tujuan
 Meringkas perkara yang penting yang telah dibincangkan untuk
menyemak kedua-dua setuju tentang yang yang dibincangkan.
 Memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh
perhatian oleh kaunselor.

Contoh:….

7
(v) Dorongan minima

Tujuan

 Mengatakan yang kita sedang mendengar dan sedang mengikuti apa


yang sedang dicakapkan

Contoh:……

1 fakta = 2 markah
1 fakta dan huraian = 4 markah
5 fakta dan huraian = 20 markah
Jumlah = 20 markah

3. Seorang pelajar ingin mengetahui tentang perbezaan antara Kaunseling

8
Kelompok dan Kaunseling Individu.

Dengan menggunakan Pengurusan Grafik Banding Beza, Huraikan lima


aspek perbezaan antara Kaunseling Kelompok dan Kaunseling Individu.

Perbezaan antara Kaunseling Individu dengan Kaunseling Kelompok

Kaunseling Individu Aspek Kaunseling Kelompok


1.Proses terapeutik di antara Proses 1.Proses terapeutik berlaku antara
Seorang kaunselor dengan kaunselor dengan beberapa orang
seorang individu sahaja individu dalam kelo mpok.
2.Hanya satu hala,daripada Bimbingan 2.Peserta berpeluang memberi dan
kaunselor sahaja.walaupun menerima bimbingan.Komunikasi
bentuk komunikasi adalah dua pelbagai hala.
hala.
3.Fungsi kaunselor tidak Fungsi 3.Fungsi kaunselor sebagai
berubah pemimpin kumpulan boleh
berubahdiambil alih oleh peserta
Lain.
4.Lebih mudah bina Kepercayaan Sukar bina suasana selesa dan
kepercayaan. Intrraksi dengan percaya kerana pesertanya ramai.
dua orang sahaja
5.klien hanya beri tumpuan Tumpuan/ 5.Peserta dapat beri tumpuan dan
pada masalahnya sahaja Fokus memerhati tingkah laku peserta
lain
6. Kaunselor dapat beri Perhatian 6. Perhatian kaunselor terpaksa
perhatian sepenuhnya kepada ramai peserta. Peserta akan rasa
kliennya kurang selamat.

1 Fakta Aspek = 1 markah


5 Fakta Aspek = 5 markah
(lain-lain aspek yang relevan)
5 Fakta dan huraian Kaunseling Individu = 5 markah
5 Fakta dan huraian Kaunseling Kelompok = 5 markah
Borang Pengurusan Grafik = 5 markah

Jumlah Markah Keseluruhan = 20 Markah

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

You might also like