You are on page 1of 17

PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara demokrasi yang aman dan maju. Sejak
Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai usaha dan program
telah diatur bagi memastikan masyarakat berbilang bangsa di negara ini hidup
dalam keadaan aman dan bersatu padu. Bagi sebuah negara yang terdiri
daripada masyarakat majmuk, perpaduan dan integrasi nasional merupakan
tunggak utama yang harus disemai kepada setiap anggota masyarakat agar
negara kita sentiasa bebas dari sebarang kekacauan atau pertelingkahan
sesama kaum. Seiring dengan kemajuan yang negara capai dari segi politik,
ekonomi dan sosial, isu perpaduan dan integrasi nasional tidak pernah
diabaikan. Ini kerana pembangunan dan kemajuan yang dirancang tidak akan
tercapai jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah belah.
Menurut Kamus Dewan edisi baru, integrasi membawa maksud
penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu
kesatuan. Nasional pula membawa maksud sesuatu yang berkaitan dengan
bangsa sendiri atau kebangsaan. Seterusnya perpaduan pula membawa
maksud bergabung menjadi satu atau berpakat. Berdasarkan huraian maksud di
atas, dapat disimpulkan iaitu integrasi merupakan satu proses yang
menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti
bersama. Manakala perpaduan ialah satu proses menyatupadukan anggota
masyarakat seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
kebangsaan bersama .
Integrasi nasional dan perpaduan sememangnya bermatlamat untuk
mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan bersatu padu. Untuk
mencapai matlamat ini, pelbagai usaha dan strategi telah dirancang oleh pihak
kerajaan. Usaha dan strategi ini dapat dilihat dari aspek ekonomi, politik dan
sosial. Setiap program yang dirancang memberi manfaat secara sama rata
kepada semua pihak bagi mewujudkan perpaduan. Selain itu, kita selalu
digambarkan sekolah, terutamanya sekolah rendah adalah tempat terbaik bagi
memupuk perpaduan.Ini kerana ketika itu kanak-kanak ini umpama kain putih
yang bersih dan belum tercemar dengan pengaruh-pengaruh asing. Justeru itu,
sekolah rendah dilihat sebagai tempat paling sesuai bagi kita memupuk asas
perpaduan di kalangan mereka. Bagi menjayakan hasrat kerajaan dalam
mencapai perpaduan dan integrasi nasional, pelbagai usaha boleh dilaksanakan
di peringkat sekolah.
Antara usaha yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
memantapkan perpaduan dan integrasi nasional dikalangan masyarakat ialah
melalui penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini lebih memfokuskan
perpaduan dalam bidang ekonomi. Seterusnya ialah melalui pendekatan politik.
Kerajaan telah menggabungkan beberapa parti politik iaitu MIC,MCA dan UMNO
dengan penubuhan Barisan Nasional. Dari segi sosial pula, bidang pendidikan
merupakan saluran utama untuk mewujudkan perpaduan. Antara usaha yang
dijalankan ialah penggunaan Bahasa Kebangsaan, keseragaman Kurikulum dan
banyak lagi.
Walaupun pelbagai usaha yang baik telah dirancang oleh pihak kerajaan
untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, masih terdapat beberapa
halangan yang menyekat usaha ini berjalan dengan lancar. Antara halangan
yang wujud ialah pengaruh budaya negetif dari luar, kebanjiran kemasukan
warga asing, usaha kerajaan yang tidak menyeluruh kepada semua masyarakat
dan fahaman masyarakat yang suka hidup berpuak-puak dan terlalu taksub pada
kaum masing-masing.
BACAAN LITERATUR

Semasa zaman penjajahan British di negara ini, tujuan utama pihak British
ialah hanya untuk mengeksploitasi kekayaan semula jadi yang terdapat di
negara ini tanpa menitik beratkan soal perpaduan. Malah pihak British telah
sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi kaum Melayu,
Cina dan India. Sebagai contoh, golongan bangsawan melayu diberikan jawatan
yang lumayan dalam perkhidmatan awam, sementara orang Melayu
kebanyakkan digalakkan supaya terus menetap di kawasan luar Bandar. Orang
Cina pula digalakkan untuk tinggal di lombong-lombong di bandar-bandar
manakala orang India die estet-estet. Interaksi antara kaum secara langsung
adalah terhad kepada pergaulan di pejabat dan pasar. Ini telah melahirkan sikap
prasangka dan memperkukuhkan keperibadian etnik.
Sesungguhnya masalah perpaduan dan integrasi nasional telah tercetus
sejak dahulu lagi kerana sistem pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh pihak
penjajahtelah membina jurang antara kaum sama ada dari segi politik, ekonomi
dan sosial.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, ahli-ahli politik telah membangkitkan
soal-soal sensetif berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kedudukan istemewa
Orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Tindakan tersebut telah
meningkatkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti perikatan telah
mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang
dipegang olehnya dalam Dewan Rakyat teah merosot daripada 89 pada
tahun1964 kepada 66 pada tahun 1969. Kerajaan perikatan telah hilang majoriti
dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Seterusnya, sebab serta-merta peristiwa 13
Mei 1969 ialah perarakan kemenangan parti-parti politik. Penyokong Parti
Gerakan dan DAP telah menghina Orang Melayu semasa berarak di jalan-jalan
raya Kuala Lumpur. Akibat perasaan emosi yang tidak terkawal dari kedua-dua
pihak, rusuhan kaum telah meletus pada hari tersebut.
Masalah perpaduan di negara ini pernah tercetus kerana peristiwa 13 Mei
1969. Ini menunjukkan persefahaman antara kaum dan menghormati budaya
kaum lain adalah strategi utama untuk mewujudkan perpaduan untuk semua
kaum.
Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan
ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi ini adalah perlu bagi menimbulkan
satu semangat dan identiti yang sama. Ideologi kebangsaan dapat mengeratkan
perpaduan negara memandangkan rakyat akan mempunyai fikiran, perasaan
dan nilai-nilai sama.
Langkah kerajaan mewujudkan rukun negara merupakan langkah yang
bijak agar semua rakyat bersatu padu dan satu identiti.
Seterusnya, MAGERAN telah ditubuhkan bagi tujuan mengembalikan
keamanan negara, membentuk pentadbiran yang licin dan teratur serta
mengembalikan keharmonian hubungan antara kaum di Malaysia. MAGERAN
juga sentiasa memastikan keamanan dan pentadbiran yang baik.
Sejajar dengan ucapan yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad, pada September 2003 iaitu ‘ Satu bangsa yang bersatu padu,
mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan
bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan
harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu bangsa
Malaysia yang kesetiannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa
tersebut.
Berdasarkan ucapan Tun Dr. Mahathir di atas, sememangya sebuah
mayarakat bersatu padu akan berkongsi nilai-nilai yang sama secara sejagat.
Negara akan bertambah maju dari segi semua aspek jika semua rakyat bersatu
padu.
Dewan Masyarakat Jun 1993 : Asas perpaduan yang rapuh yang ditulis
oleh Wan M. Zaini mengatakan bahawa perpaduan di kalangan kaum masih
berada dalam dilema kerana perbezaan ideologi politik, politik yang bercorak
perkauman, mengutamakan identiti kaum dari identiti kebangsaan dan
perpaduan boleh wujud dengan menjadikan sejarah lampau sebagai panduan,
penggunaan Bahasa Melayu yang sama dan peranan media massa.
Di sini jelas menunjukkan bahawa perpaduan masih tidak dicapai jika asas-asas
yang mudah tidak diberi perhatian dengan baik. Masyarakat mestilah
mengamalkan politik yang adil, mengutamakan identit kebangsaan dan
mengingati peranan setiap pihak.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bimbang dengan beberapa
persoalan baru mengenai isu hubungan antara kaum berpendapat, sudah tiba
masanya strategi dan pendekatan untuk membina perpaduan diperhalusi.
Ini bermakna, cara yang terbaik untuk mewujudkan perpaduan haruslah diberi
penekanan yang sebaik mungkin agar hubungan antara pelbagai kaum sentiasa
erat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili
berkata, “ Kami berharap agar mulai Oktober, semua sekolah serta institusi
pengajian tinggi dapat memulakan penubuhan kelab berkenaan dan menjelang
awal tahun depan, separuh daripadanya sudah pun mempunyai Kelab
Rukunegara yang aktif.
Kelab Rukunnegara di sekolah dapat mewujudkan perpaduan antara para
pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.
PERKAEDAHAN

Untuk mendapatkan maklumat mengenai usaha dan strategi yang diambil


oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan integrasi
nasional serta bentuk-bentuk halangan yang wujud, saya telah menggunakan
pelbagai kaedah. Antara kaedah yang saya gunakan ialah melalui kaedah
bacaan, perbincangan, pemerhatian, melayari laman web dan internet serta
laporan berita di media elekronik dan cetak.
Proses saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk
tugasan ialah dengan membaca buku dan artikel yang mempunyai maklumat
mengenai perpaduan dan integrasi nasional di perpustakaan. Langkah pertama
ialah saya akan merujuk kepada isi kandungan sesuatu buku dan meneliti satu
persatu tajuk yang terdapat di dalamnya. Apabila saya mendapati buku tersebut
sesuai dijadikan bahan rujukan, saya akan mendapatkan isi-isi penting dengan
menandakan di dalam buku tersebut. Untuk lebih memudahkan saya mencari isi-
isi penting, saya akan membuat salinan fotostat pada buku tersebut.
Selain itu, saya juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat
dengan menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu kemudahan internet.
Jaringan tanpa sempadan yang terdapat di dalam internet, lebih memudahkan
saya untuk mencari artikel-artikel dari seluruh negara dengan lebih cepat dan
mudah. Saya akan melawati laman web-laman web yang berkaitan dengan
integrasi dan perpaduan seperti laman web Jabatan Perpaduan Negara,
Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Melalui laman web, saya dapat memperolehi fakta-fakta kes atau isu yang
berkaitan tentang perpaduan dengan lebih mudah dan cepat.
Semasa melaksanakan tugasan iaitu melawat ke sekolah, saya turut
mengambil peluang mencari maklumat di sekolah melalui kaedah pemerhatian.
Saya melakukan pemerhatian dengan melihat corak pergaulan pelajar yang
terdiri dari pelbagai kaum. Saya dapat melihat pergaulan mereka di dalam
kawasan sekolah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
aktiviti kokurikulum seperti persatuan dan sukan serta sewaktu di kantin. Saya
juga dapat melihat bagaimana pihak pentadbir sekolah mengambil langkah untuk
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional di kalangan para pelajar.
Seterusnya, saya juga melakukan perbincangan bersama rakan-rakan
dan pensyarah. Melalui kaedah ini, saya dapat bertukar-tukar idea dan pendapat
mengenai topik yang dibincangkan.
Secara keseluruhannya, saya berasa yakin bahawa cara saya mencari
maklumat dengan menggunakan semua kaedah di atas, dapat membantu saya
dalam menjawab soalan tugasan yang diberikan.

ANALISIS DAN DAPATAN


Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha
mencapai perpaduan dan integrasi nasional.

Bagi mencapai perpaduan dan integrasi nasional, kerajaan telah


mengambil beberapa usaha dan strategi. Usaha yang dijalankan boleh
dibahagikan dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
Dari aspek ekonomi, kerajaan telah menggubal Dasar Ekonomi Baru
(DEB). DEB ini telah digubal bagi membetulkan keseimbangan sosioekonomi
antara kaum dan wilayah di Malaysia. Ini kerana, semasa zaman pemerintahan
British, British telah melahirkan pengenalan kaum mengikut ekonomi dan
kawasan penempatan melalui sistem ”pecah dan perintah”. Kewujudan DEB
adalah langkah yang bijak untuk membasmi kemiskinan bagi semua rakyat tanpa
mengira kaum dan kefahaman serta menyusun semula masyarakat untuk
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Seterusnya
perpaduan dan integrasi nasional dapat dipupuk melalui DEB dengan beberapa
strategi iaitu kewujudan banyak peluang pekerjaan, pembangunan seimbang,
kehidupan di luar bandar dibaiki dan dimodenkan, mewujudkan kumpulan
perusahaan dan perdagangan Bumiputera serta taraf dan kualiti hidup rakyat
ditingkatkan. Kesemua strategi ini secara langsung dapat mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan atau ekonomi antara kaum, kawasan Bandar dan luar
Bandar serta antara wilayah.
Pelbagai usaha dan strategi turut dirancang dari aspek sosial. Antara
usaha yang dijalankan ialah penubuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal
untuk menyatupadukan semua kaum, menyediakan tenaga kerja yang
mencukupi untuk pembangunan negara, melahirkan masyarakat yang berdisiplin
dan menggalakkan perkembangan bidang kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politik. Strategi pelaksanaan yang mampu mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dijadikan
bahasa pengantar utama, kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia
diadakan, pendidikan asas ditetapkan untuk kanak-kanak iaitu sembilan tahun,
kokurikukum yang menitikberatkan disiplin di kalangan ahli dan
memperbanyakkan kemudahan pendidikan. Selain itu beberapa bahagian dan
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mencapai cita-cita dasar ini, iaitu Biro Buku
Teks, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional dan Jawatankuasa Pusat Kurikulum.
Apabila strategi pelaksanaan diatas dapat berjalan lancar, tenaga rakyat
yang terhasil melalui pendidikan yang mantap akan dapat memenuhi keperluan
guna tenaga negara. Pendidikan juga dapat merapatkan jurang pengenalan
pekerjaan mengikut kaum dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan
penduduk. Seterusnya, kesedaran kebangsaan Malaysia juga dapat dirasai
antara pelbagai kaum di peringkat di sekolah.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga merupakan satu usaha kerajaan
untuk memantapkan perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat
di Malaysia. Objektif utama dasar ini adalah untuk mewujudkan kebudayaan
yang bersifat sejagat bagi mewujudkan perpaduan negara, menjamin identiti
kebangsaan serta mengimbangi kerohanian dan pembangunan fizikal negara.
Antara strategi pelaksanaan yang dijalankan melalui dasar ini ialah, memupuk
kesedaran dan perasaan menghormati kebudayaan etnik-etnik di Malaysia,
memperbanyakkan pertunjukkan kebudayaan dan meningkatkan taraf kualiti
keseniaan melalui usaha sama penyelidikan, pendidikan dan perhubungan
budaya. Pelaksanaan ini telah dijalankan dengan usaha sama beberapa
kementerian, seperti Kementerian Belia dan Sukan yang telah menjalankan
penyelidikan ke atas kebudayaan penduduk tempatan, Kementerian Penerangan
melalui rangkaian televisyen dan radio yang membantu menonjolkan identiti
kebangsaan serta bahasa Cina dan Tamil yang turut diajar di sekolah-sekolah
jenis kebangsaan. Secara keseluruhannya, kebudayaan merupakan salah satu
medium untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional dengan
menyeluruh.
Dari aspek politik pula, kerajaan telah mengukuhkan lagi asas perpaduan
politik negara ini melalui struktur perikatan parti di antara UMNO, MCA dan MIC
dengan penubuhan Barisan Nasional. Dengan adanya, kerjasama,
persefahaman dan persetujuan di kalangan semua parti politik, kestabilan dan
perpaduan politik akan dapat dicapai. Setiap parti politik akan mempertahankan
nasib kaum masing-masing yang diwakili, dengan cara ini perpaduan dapat
disemai kerana setiap pemimpin akan menjaga setiap keperluan rakyatnya.
Konsensus atau persetujuan yang diamalkan oleh sebuah negara yang
menjalankan amalan demokrasi seperti Malaysia juga boleh mewujudkan
perpaduan. Ini kerana rakyat diberi kuasa untuk memilih pemerintah yang
dirasakan layak untuk menerajui negara. Sistem pilihan raya yang diadakan
setiap lima tahun sekali merupakan saluran rakyat untuk memilih mana-mana
calon sebagi pemerintah. Melalui cara ini, pemimpin-pemimpin akan
mengamalkan semangat perundingan dan kerjasama di kalangan parti-parti
politik bagi memastikan penyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara.

Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah bagi


menjayakan hasrat kerajaan itu.

Pada hakikatnya sesebuah sekolah berkesan bukan sahaja diukur dari


segi fungsinya sebagai  memberi pendidikan kepada murid-murid tetapi juga ia
meliputi berbagai-bagai aspek. Sekolah bukan semata-mata diwujudkan untuk
tujuan akademik bahkan ia juga merupakan satu landasan untuk proses
perpaduan dan integrasi nasional di pupuk pada kalangan murid-murid.
Seiring dengan usaha dan strategi kerajaan untuk memantapkan usaha
mencapai perpaduan dan integrasi nasional, pelbagai usaha perlulah dijalankan
di peringkat sekolah agar segala hasrat kerajaan dapat dijayakan dengan sebaik
mungkin. Tentunya, jangka masa 12 tahun bergaul, belajar dan bermain
bersama bermula seawal usia tujuh tahun hingga peringkat awal dewasa iaitu
ketika berumur 17 tahun, mampu memupuk perpaduan di kalangan generasi
akan datang. Jalinan erat perpaduan di peringkat sekolah ini pastinya sukar
dileraikan dengan mudah apabila mereka meneruskan pengajian di peringkat
tertinggi, berkarier dan menjalani kehidupan seharian dalam masyarakat
majmuk. Untuk itu, pelbagai usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan sejak di
peringkat sekolah perlu diwujudkan.
Pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan yang melibatkan semua
kaum di sekolah. Misalnya persatuan sejarah. Melalui penubuhan persatuan ini,
setiap kaum akan memegang jawatan tertinggi dalam ahli jawatankuasa
persatuan. Pengisian untuk persatuan ini juga adalah menjurus ke arah
memupukkan perpaduan, seperti mengkaji sejarah kemerdekaan negara dan
mengenali budaya setiap etnik di Malaysia. Melalui pencarian maklumat dan
aktiviti yang dilakukan bersama-sama antara semua kaum, secara tidak
langsung jurang perhubungan antara kaum dapat dirapatkan dan sentiasa
bekerjasama serta tolong-menolong.

Di samping itu, penubuhan Sekolah Wawasan yang telah dijalankan oleh


pihak kerajaan juga merupakan langkah yang bijak untuk menyemai perpaduan
sejak di peringkat sekolah rendah. Sekolah Wawasan menempatkan tiga buah
sekolah berbeza iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil dan Sekolah Kebangsaan di bawah satu kawasan yang
sama. Semua sekolah ini akan berkongsi kemudahan yang sama seperti padang
permainan, kantin dan lain-lain. Cara ini dapat mewujudkan sikap bertolak ansur
dan hormat-menghormati antara kaum sejak dari kecil.

Seterusnya pihak sekolah boleh mengadakan “Minggu Perpaduan”.


Minggu Perpaduan ini akan mengandungi pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan
melibatkan ke semua pelajar dari pelbagain kaum. Antaranya ialah pertandingan
kuiz yang berkaitan dengan sejarah negara, persembahan kebudayaan setiap
kaum, ceramah perpaduan dan banyak lagi. Setiap aktiviti yang dijalankan juga
haruslah mewajibkan penglibatan semua kaum untuk setiap pertandingan.
Dengan cara ini, secara tidak langsung, para pelajar akan lebih mengenali kaum
yang lain dan dapat memahami kebudayaan masing-masing.

Peranan yang paling penting untuk memastikan perpaduan dan integrasi


nasional dapat di capai di peringkat sekolah ialah peranan para pendidik atau
guru. Setiap guru perlu menyemai sikap tolong-menolong dan bekerjasama
antara pelajar pelbagai kaum semasa proses pengajaran dan pembelajaran
diadakan. Penerapan nilai-nilai murni ini boleh dilakukan secara langsung atau
pun secara tidak langsung. Guru juga harus menunjukkan contoh tauladan atau
menjadi “role model” kepada setiap pelajar untuk dicontohi dan diikuti.

Bentuk-bentuk halangan yang wujud dan bagaimana mengatasinya?

Walaupun pelbagai usaha dan strategi telah dirancang dengan sebaik


mungkin. Masih ada halangan atau masalah yang wujud dalam menghasilkan
sebuah masyarakat yang bersatu padu. Bak kata pepatah “ Kerana nila setitik,
habis rosak susu sebelanga” Kerana perkara-perkara yang tertentu hasrat untuk
melahirkan sebuah negara yang mantap dengan perpaduan dan integrasi
nasional akan terjejas.
Bentuk-bentuk halangan yang wujud dalam mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu ialah pengaruh negetif dari negara luar. Pada zaman sekarang
golongan remaja dan anak muda terutamanya merupakan golongan yang begitu
mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak elok dari luar. Kumpulan
Black Metal, Punk, Hip Hop dan sebagainya telah merosakkan identiti dan
kebudayaan masayarakat kita. Adat-adat ketimuran semakin dilupakan dan
budaya barat kian diagung-agungkan. Selain daripada imej yang tidak bermoral,
kelakuan para remaja juga turut terjejas. Ada yang terlibat dengan perbuatan
jenayah seperi membunuh, samseng menghisap dadah. Jika perkara-perkara
seperti ini kian menular, perpaduan dan identiti bersama yang cuba disemai tidak
akan berhasil.
Selain itu, pembangunan dan kemajuan yang tidak sama rata atau tidak
adil antara masyarakat di bandar dan luar bandar merupakan salah satu lagi
halangan untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Jurang ekonomi,
pendidikan dan politik di antara masyarakat bandar dan luar bandar
mengakibatkan masyarakat di luar bandar ketinggalan dari sedala aspek.
Masyarakat di luar bandar begitu berpegang kepada puak ataupun etnik masing-
masing. Mereka takut untuk bercampur dan keluar berinteraksi dengan
masyarakat dari kumpulan yang berbeza. Ini semua berpunca dari pendidikan
yang sepatutnya diterima tetapi tidak diterima. Kemudahan seperti elektrik,air
dan pengangkutan yang menjejaskan aktiviti harian juga merupakan halangan
untuk maju.
Kemasukan warga asing ke negara kita juga merupakan salah satu
penghalang untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Kebanjiran warga
asing yang tidak terkawal ke negara ini telah membawa bersama beberapa
masalah sosial. Antara masalahnya ialah kes kecurian, budaya melepak, rogol
dan kegiatan vendalisme. Apabila masalah ini tidak dibendung, keselamatan
masyarakat setempat akan terancam. Malah apa yang lebih teruk ialah
penduduk setempat turut sama terpengaruh dan terjebak dengan gejala yang
tidak sihat yang di bawa oleh warga asing ini. Keadaan ini menyebabkan
perpaduan sesama masyarakat di negara ini sedikit sebanyak akan goyah. Apa
yang lebih membimbangkan ialah, apabila berlaku usaha-usaha untuk
menggulingkan atau menentang kerajaan melalui cara keganasan.

Terdapat juga halangan kepada perpaduan dan integrasi nasional yang


wujud dalam bidang pendidikan. Misalnya, terdapat beberapa penubuhan IPTA
dan IPTS yang hanya menjurus kepada kepentingan sesuatu kaum sahaja. Hal
ini menyebabkan berlakunya diksriminasi kaum untuk mendapat pendidikan
secara adil dan saksama. Dengan hanya membetulkan di peringkat sekolah
seperti mewujudkan satu aliran pendidikan tidak akan mengubah apa-apa jika
lepasan sekolah ini memasuki sistem sosial yang tidak sealiran dan dibeza-
bezakan berdasarkan kaum selepas itu. Seterusnya, generasi yang dilahirkan
akan berpecah belah dan tidak bersatu padu.

Cara-cara untuk mengatasi halangan-halangan yang menyekat


perpaduan dan integrasi nasional perlu diberi perhatian oleh semua pihak sama
ada pihak kerajaan atau setiap individu. Pengaruh negetif yang di bawa masuk
ke negara ini haruslah dibendung. Misalnya pihak penyiaran televisyen dan radio
perlu menapis setiap rancangan yang datang dari luar. Terdapat rancangan-
rancangan yang ditayangkan memaparkan unsur-unsur yang tidak bersesuaian
dan bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran serta agama. Oleh itu, pihak
Kementerian Penerangan perlu memperbanyakkan rancangan yang bersesuaian
dengan masyarakat di negara ini dan memberi pengajaran untuk setiap kaum.
Seterusnya, pihak kerajaan perlu merancang setiap pembangunan yang
akan dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik agar kemajuan yang
dilaksanakan diterima secara sama rata oleh semua rakyat berbilang kaum.
Tumpuan juga haruslah diberikan kepada masyarakat di luar bandar yang
kekurangan kemudahan dan kemajuan. Masyarakat yang bertaraf hidup rendah
perlulah diberi bantuan. Misalnya biasiswa untuk mendapatkan pendidikan.
Dengan bantuan yang diberikan, setiap masyarakat akan mendapat hak yang
sama rata dengan orang lain. Untuk mewujudkan perpaduan, pendidikan yang
baik haruslah diterima dengan sebaik mungkin.
Pihak berkuasa seperti polis dan tentera juga perlu mengawal
keselamatan negara agar tidak diganggu gugat oleh pihak luar. Kemasukan
warga asing secara haram melalui sempadan-sempadan negara perlu di kawal
rapi. Ini seterusnya dapat mengelakkan kemasukkan warga asing yang
menyumbang kepada masalah sosial dan mengancam keselamatan dan
keamanan negara.
Dalam menubuhkan IPTA dan IPTS, pihak kerajaan perlu memikirkan
kegunaanya untuk faedah masyarakat bersama. Pelajar yang diambil masuk
perlulah seimbang iaitu dari semua kaum dan tidak prejudis terhadap mana-
mana kaum. Bidang pengajian yang ditawarkan juga perlulah melibatkan semua
kaum dan pelbagai.

CADANGAN

Usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memantapkan


perpaduan dan integrasi nasional sentiasa bergerak seiring untuk kepentingan
masayarakat dan negara. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang digubal oleh
pihak kerajaan banyak memberi faedah kepada masayarakat dan negara.
Masyarakat akan lebih berdaya saing dan memajukan diri untuk bersaing
dengan masyarakat dari negara luar. Manakala negara kita juga akan setanding
dengan negara-negara maju yang lain dari segi kestabilan ekonomi dan
perdagangan.
Usaha yang dilakukan sejak di peringkat sekolah juga akan melahirkan
generasi muda yang bersatu padu dan berwibawa tinggi. Dengan ini, generasi
pemimpin pada masa akan datang adalah lebih berkaliber dan dapat memacu
negara ke arah kemajuan. Masyarakat yang terhasil juga adalah sebuah
masyarakat yang berilmu dan produktif.
Sistem politik yang kukuh juga dapat mencerminkan sebuah negara yang
maju. Sistem pentadbiran di Malaysia yang berteraskan prinsip demokrasi,
sentiasa menjamin keamanan negara kerana rusuhan atau pertelingkahan tidak
berlaku kerana setiap masyarakat diberi hak untuk memilih pemerintah yang
dirasakan sesuai melalui sistem pilihan raya yang adil dan saksama.
Langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menghalang
kemasukan warga asing secara haram ke negara ini juga akan mewujudkan
sebuah negara yang aman damai dan bebas dari pengaruh negetif. Masyarakat
juga tidak akan berpecah belah atau berpuak-puak kerana budaya negetif yang
di bawa masuk dari luar tidak akan tersebar ke negara ini.
Kesimpulannya, setiap usaha dan cadangan untuk memantapkan
keamanan dan integrasi nasional merupakan usaha yang turut menjurus ke arah
masyarakat dan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

INSTITUT BAHASA MELAYU MALAYSIA

NAMA : NOR FAIZAH BT ARIFFIN


NO K/P : 860506-26-5672
NO MATRIK : PISMP KPM OUM 6961158
KELAS : PISMP 1B
SUBJEK : PENGAJIAN MALAYSIA
UNTUK PERHATIAN : PN. ROSE BT AROPE

You might also like