You are on page 1of 3

Vokal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Cara artikulasi
Dalam bidang fonetik, vokal ialah satu komponen penting dalam bahasa lisan yang disebut dengan
Obstruen
membuka saluran vokal agar tekanan udara tidak terkumpul di mana-mana di atas glotis, berbeza
dengan konsonan yang mana adanya tutupan atau sumpatan di mana-mana sepanjang saluran vokal. Hentian
Vokal juga difahami sebagai sukuan; bunyi dari mulut terbuka tetapi bukan sukuan dipanggil Letusan
separuh vokal. Geseran
Sibilan
Perkataan vokal berasal dari perkataan Latin vocalis yang bermaksud "bertutur", kerana dalam Sonoran
kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal. Vokal juga merujuk Sengau
kepada huruf-huruf yang digunakan untuk menuliskan bunyi vokal (A, E, I, O, U).
Tamparan
Getaran
Artikulasi Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi
maklumat fonetik dalam
IPA yang mungkin tidak
dapat dipaparkan dengan
betul di sesetengah
pelayar web. [Bantuan]
Ciri-ciri artikulasi yang membezakan berbagai-bagai
bunyi vokal dikatakan menentukan sifat vokal itu. Daniel Vokal
Lihat juga: IPA, Konsonan
Jones mengembangkan sistem vokal kardinal untuk Hampir Hampir
menghuraikan vokal-vokal dari segi ciri-ciri amnya iaitu Depan Pusat Belakang
depan belakang
ketinggian (dimensi menegak), kebelakangan (dimensi
Sempit
melintang) dan kebundaran (kedudukan bibir).
Ketiga-tiga parameter ini dinyatakan dalam diagram vokal Hampir sempit
IPA di sebelah kanan. Selain ini, juga terdapat sifat-sifat
yang lain seperti kedudukan lelangit lembut (kesengauan), Separuh sempit
jenis getaran lipatan vokal (pembunyian), dan kedudukan Tengah
akar lidah.
Separuh luas

Ketinggian Hampir luas

Ketinggian vokal ialah kedudukan lidah secara menegak, Luas


berbanding dengan lelangit mulut atau liang rahang. Bagi aksara berpasangan, aksara kanan adalah vokal bundar.
Dalam vokal tinggi seperti [i] dan [u], lidah terletak Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
tinggi sekali dalam mulut, manakala bagi vokal rendah
seperti [a], lidah terletak rendah sekali dalam mulut. Kedua-dua ketinggian vokal
tersebut masing-masing juga diistilahkan vokal sempit dan vokal luas, iaitu
kedudukan rahang sama ada tertutup atau terbuka.

Abjad Fonetik Antarabangsa mengenal pasti tujuh ketinggian berbeza:

vokal sempit (tinggi)


vokal hampir sempit
vokal separuh sempit
vokal tengah
vokal separuh luas
vokal hampir luas Gambar sinar X [i, u, a, ɑ] oleh
vokal luas (rendah) Daniel Jones.

Vokal tengah sebenar tidak dibezakan dari vokal separuh sempit dan separuh luas
dalam mana-mana bahasa. Oleh itu, aksara-aksara [e ø ɤ o] digunakan untuk kedua-dua vokal separuh sempit atau tengah.

Kebelakangan

Kebelakangan vokal ialah kedudukan lidah ketika penyebutan vokal berbanding


dengan belakang mulut. Bagi vokal depan seperti [i], lidah terletak depan sekali dalam
mulut, manakala bagi vokal belakang seperti [u], lidah terletak belakang sekali dalam
mulut.

Abjad Fonetik Antarabangsa mengenal pasti lima darjah kebelakangan vokal:

vokal depan
vokal hampir depan
vokal pusat
vokal hampir belakang
vokal belakang
Kedudukan lidah bagi vokal-vokal
depan kardinal dengan bertanda
Kebundaran
titik tertinggi. Kedudukan titik
Kebundaran membincangkan sama ada bibir terbundar atau tidak. Dalam kebanyakan tertinggi ini digunakan untuk
bahasa, kebundaran ialah sifat penguatan vokal tengah hingga belakang yang tidak menentukan ketinggian dan
berapa distingtif. Biasanya, lebih tinggi vokal belakang, lebih menjadi kebelakangan vokal.
pembundarannya. Akan tetapi, terdapat sebilangan bahasa yang mengasingkan sifat
kebundaran dan kebelakangan, seperti bahasa Perancis dan Jerman (yang bervokal bundar depan), kebanyakan bahasa
Uralik (bahasa Estonia ada bezaan pembundaran bagi /o/ dan vokal depan), bahasa Turkik (ada /u/ tak bundar), bahasa
Vietnam (bervokal tak bundar belakang), dan bahasa Korea (ada bezaan dalam vokal depan dan belakang).

Pembibiran juga boleh dilakukan. Secara amnya, bagi vokal bundar belakang tengah hingga tinggi, bibir dijulurkan
("dimuncungkan") keluar sehingga terdedah permukaan dalaman lidah, maka namanya eksolabial; manakala bagi vokal
bundar depan tengah hingga tinggi pula, bibir "diketapkan" sehingga tepi-tepi lidah dirapatkan, maka namanya endolabial.
Apapun, bukan semua bahasa mengikut corak ini. Contohnya, /u/ dalam bahasa Jepun ialah vokal belakang yang terketap,
dan berlainan bunyinya dari vokal /u/ yang terjulur dalam bahasa Melayu. Bahasa Sweden dan bahasa Norway merupakan
dua bahasa sahaja yang membezakan vokal bundar depan sempit dan vokal bundar pusat sempit yang terjulur dan
terketap. Sesetengah ahli fonetik memandang "terjulur" dan "terketap" ini sebagai bentuk bibir yang berasingan, maka
dipakainya tiga istilah berikut, iaitu: bundar (eksolabial), ketap (endolabial), and hampar (tak bundar).

Penyengauan

Penyengauan merupakan pengeluaran udara melalui hidung. Bagi vokal sengau, velum direndahkan sambil udara
dilepaskan melalui rongga hidung dan mulut serentak, berbanding dengan vokal lisan yang mana udara hanya terlepas
melalui mulut. Bahasa-bahasa Perancis, Poland dan Portugis membezakan vokal sengau dan lisan.

Pembunyian

Penyuaraan menentukan sama ada pita vokal bergetar ketika penyebutan vokal. Kebanyakan bahasa cuma ada vokal
bersuara, tetapi terdapat sebilangan bahasa Pribumi Amerika, seperti Cheyenne dan Totonac yang membezakan vokal
yang bersuara dan tak bersuara. Bunyi vokal hilang apabila berbisik. Dalam bahasa Jepun dan bahasa Perancis Quebec,
vokal di antara konsonan tak bersuara sering tak bersuara.

Penyuaraan modus, garau, dan mengah (deruan) merupakan jenis-jenis pembunyian yang dibezakan dalam sebilangan
bahasa, selalunya berlaku selaras dengan pembezaan nada atau tekanan. Contoh: dalam bahasa Mon, vokal yang disebut
dengan nada tinggi juga bersuara garau. Namun demikian, selalunya tidak jelas sama ada bezaan fonemiknya adalah nada,
penyuaraan atau kedua-duanya sekali. Gabungan tanda-tanda fonetik ini (i.e. pembunyian, nada, tekanan) dikenali sebagai
laras atau kompleks laras.

Penyempitan sekundar dalam saluran vokal

Dalam sebilangan bahasa terdapat vokal yang difarinkskan, misalnya bahasa Sedang dan bahasa-bahasa Tungus.
Pemfarinksan ini serupa dengan pengunduran pangkal lidah dari segi penyebutan, tetapi berbeza dari segi akustik.

Pemfarinksan adalah lebih kuat lagi dalam bahasa-bahasa Kaukasia Timur Laut dan Khoisan. Ini sewajarnya dipanggil
pengepiglotisan, kerana penjerutan utamanya adalah pada hujung epiglotis.

Pemfarinksan adalah paling kuat dalam bentuk vokal lantang dalam bahasa-bahasa Khoisan, yang mana larinks
dinaikkan, dan farinksnya dijerutkan, agar epiglotis atau rawan aritenoid bergetar dan bukan pita vokal.

Vokal rotik

Vokal rotik ialah "vokal bercorak R" dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

Ketegangan

Ketegangan ialah perbandingan antara vokal tegang dan vokal kendur, yang timbul dari ketegangan otot.

Rujukan
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Vokal"
Kategori: Vokal

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 23:41, 4 April 2011.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan
mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

You might also like