You are on page 1of 15

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

TAJUK 5 Penilaian dalam Kemahiran Matematik

5.0 SINOPSIS

Tajuk ini memperkenalkan konsep dan kaedah penilaian di dalam kelas.


Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan
membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan kriteria

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;


i. Menjelaskan konsep penilaian dalam pendidikan
ii. Menyenaraikan dan menghuraikan jenis-jenis penilaian
iii. Membezakan bentuk penilaian formatif dan sumatif
iv. Membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria

5.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Penilaian Dalam Matematik

Jenis-jenis Penilaian

Penilaian Rujukan Norma Penilaian Rujukan Kriteria

Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

36
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

5.3 PENGENALAN

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan


dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan
seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan.
Penilaian ialah proses yang digunakan untuk membuat keputusan atau
pertimbangan nilai daripada beberapa pemerhatian. Oleh itu tujuan menilai
dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan
pelajar ‘belajar’. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperolehi hasil penilaian
yang dijalankan akan dapat membantu guru memperbaiki pengajaran. Sekiranya
penyampaian kurang berkesan, maka guru boleh membuat keputusan untuk
menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang difikirkan lebih bersesuaian.

Dalam segi pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian tersebut, guru


boleh mendiagnos kelemahan dan kekuatan pelajar tentang sesuatu topik
pembelajaran Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam
mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru
bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru
juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod
hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan
susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan


sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis.
Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian
merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.

Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti,


memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
37
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan


jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan”
dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan
profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar


seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan
Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat
keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan
pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan
berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai
satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dicapai.

5.4 JENIS-JENIS PENILAIAN

Penilaian yang dilaksanakan oleh guru boleh diklasifikasikan kepada beberapa


bentuk seperti penilaian rujukan norma, rujukan kriteria, penilaian formatif dan
penilaian sumatif.

5.4.1 Penilaian Rujukan Norma

Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya guru ingin membandingkan


keputusan yang diperolehi oleh murid-murid A dengan keputusan murid B yang
mengambil ujian yang sama atau kedudukan seseorang murid boleh
dibandingkan dengan murid lain dalam bilik darjah yang sama atau dalam
sesebuah negara. Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan
pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah
menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan

38
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan


perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian
rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan
mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu
mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma
juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah
yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang
menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara
pelajar.

Ujian atau penilaian yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan
yang maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai
tujuan berkenaan, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan
terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25%
mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian
akan mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan seseorang
pelajar dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.

Ujian rujukan norma ini tidaklah memberikan maklumat secara terperinci tentang
kemahiran seseorang murid. Sebaliknya apa yang diberikan penekanan ialah
tentang siapa lebih baik daripada siapa. Keadaan ini memerlukan item penilaian
benar-benar dapat memastikan perbezaan (mendiskriminasikan) antara pelajar.

Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status
seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian
berkenaan. Misalnya, seorang murid dapat menjawab 50 item dengan betul
daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50. Kedudukan murid ini
dibandingkan dengan calon lain dengan menggunakan satu jadual norma.
Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk pangkat
peratusan berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan
skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual
norma, maknanya muri tersebut berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus
daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma.

39
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah,
markah lulus lazimnya cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan
itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan lulus kerana terdapat murid-murid
lain yang lebih lemah.

5.4.2 Penilaian Rujukan Kriteria

Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi


pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan
kriteria memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai
sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak
mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain.
Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada
Popham, 1971). Menurut Glaser (1973) kriteria yang digunakan tidak bermaksud
akhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung kepada penetapan oleh
guru, yakni pada aras mana yang ingin guru tetapkan kriteria yang harus dicapai
oleh murid-murid.

Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untuk menentukan


status individu berhubung domain tingkah laku yang didefinisikan. Ujian rujukan
kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan.

Latihan 1

Keputusan ujian dan peperiksaan sering menjadi isu sensitif di


kalangan ibu bapa dan masyarakat. Pada pendapat anda
mengapakah keputusan ujian dan peperiksaan menjadi isu
sensitif?

Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda


memulakan latihan kedua

40
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Latihan 2

Nyatakan perbezaan diantara ujian rujukan norma dengan


ujian rujukan kriteria

Layari Internet

5.4.3 Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan bagi menilai matlamat dan objektif yang dirancang
tercapai. Aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru
untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna
bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat
dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia
untuk mengikuti pelajaran berikutnya pada aras yang lebih tinggi dan rumit.
Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat
sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu
kemahiran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

Penilaian juga adakalanya mendatangkan kesan negatif sama ada


kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian
sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu,
penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa
membandingkan pencapaian antara pelajar. Sehubungan itu pendidik harus
amanah dan telus dengan memberikan penerangan dan bimbingan kepada
murid serta ibu bapa murid akan tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk
dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat

41
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti


pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Manakala maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk
memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-
sama memperolehi manfaat daripadanya. Contohnya, guru dapat mengenal pasti
kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui
kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Contoh penilaian formatif seperti
sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak
ditentukan gred.

Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau


prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu:

i. Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran,


mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi
persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan
memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan
berkenaan. Langkah terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut
peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan
yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan
dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat
memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih
dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum
beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk
melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

ii. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik


pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap
topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal
warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik
berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh
menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-

42
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80%
hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu
topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai
topik berkenaan.

iii. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.


Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik
pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan
taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan
selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang
terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

iv. Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan,


misalnya ada sepuluh elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu
soalan.

v. Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan


ialah antara lain untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik
pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.
Dengan itu tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan
ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid masih menunjukkan
kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang
harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau
mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh
menguasai topik tersebut.

Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran
dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling
memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa
pengajaran pembelajaran berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang
ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki

43
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala


murid memperbaiki strategi pembelajaran.

5.4.3.1 Tujuan Penilaian Formatif

Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran


pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara
langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar
pada akhir sesuatu pelajaran. Melalui ujian-ujian yang dikendalikan guru akan
dapat:

i. Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada


penyampaian guru atau penguasaan murid agar guru dapat memperbaiki
kaedah pengajaran.

ii. Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Guru dapat
meninggikan atau mengekalkan pencapaian yang memuaskan melalui
perbandingan rekod ujian formatif. Dengan cara ini, guru dapat
mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir
penggal persekolahan.

iii. Mengubah suai pengajaran seseorang guru. Pendekatan kaedah


pengajaran yang diambil oleh guru tidak semestinya sama dalam semua
sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang
dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Situasi ini
memerlukan kebijaksanaan guru dalam membuat pengubahsuaian
penyampaian, agar pembelajaran lebih berkesan.

iv. Mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan tahap penguasaan
murid. Oleh itu guru dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam
penyampaian.

v. Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat


yang diperolehi daripada ujian formatif yang dijalankan akan dapat

44
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka


boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat
daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid-murid berkenaan dapat
mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan
pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk
menduduki ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan
dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.

5.4.4 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar


dalam keseluruhan tajuk yang diajar. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir
tahun dan ujian pertengahan tahun. Markah dari penilaian sumatif biasanya lebih
berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki
kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Selain menentukan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan, ia juga digunakan
untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

5.4.4.1 Tujuan Penilaian Sumatif

Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai


satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan
gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk

Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam
sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai
perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya.
Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada
kemahiran untuk menyusun huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa
depan.

Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu


kursus baru yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baru murid-

45
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat


pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah
menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru
berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai peringkat
tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut.

Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat


pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada
beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian yang
diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam
menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik
darjah) yang lemah dan cemerlang.

Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama


dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk
memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga
dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum
kerana keputusan yang diperolehi lebih menyeluruh.

Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-


langkah berikut harus diberikan penekanan:

i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang


lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian,
kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang
bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

ii. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang
ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah
ditetapkan.

46
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

iii. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item


mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item
mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun
mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya
menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.

iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini
dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-
murid.

v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid


lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel
pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah
dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang
wujud pada item berkenaan.

vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras
kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan
kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang
disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Jadual 5.2 Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Konsep Ujian yang boleh dibentuk dan Ujian yang dijalankan


ditadbir secara formal atau tidaksecara formal bagi
formal bagi mengesan kemajuanmengesan pencapaian
atau penguasaan murid terhadapmurid dalam tempoh
sesuatu pembelajaran tertentu persekolahan.

Tujuan Mengenal pasti tahap penguasaanMengenal pasti

47
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

dan kemajuan murid dan seterusnyapencapaian pelajar untuk


mengambil langkah susulan bagibeberapa topik
membaiki kelemahan yang wujud. pembelajaran dan
seterusnya memberikan
skor dan gred
pencapaian pelajar.

Waktu Sepanjang pengajaran danSelepas beberapa topik


penilaian pembelajaran berlangsung pembelajaran atau pada
pertengahan atau akhir
penggal persekolahan.

Kaedah Formal : pensel-kertas Dibuat secara formal –


ujian pensel-kertas, lisan.
Tidak formal : pemerhatian, soal
jawab, tugasan, latihan Dijalankan secara
berkumpulan
Dibuat secara individu atau dalam
kumpulan

Selepas Membaiki kelemahan murid serta Menempatkan murid


penilaian merta dengan mengulang semulamengikut kumpulan
dijalankan topik pembelajaran – pemulihan pencapaian yang
sesuai.Memberikan
Menjalankan aktiviti pengukuhan –
pengiktirafan – sijil,
pengayaan
hadiah dsb.Membaiki
kurikulum / mata
pelajaran

Latihan 1

Sediakan dalam bentuk peta minda jenis-jenis ujian kertas pensil


yang biasa digunakan dalam sekolah

48
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda


memulakan latihan kedua

Latihan 2

Nyatakan perbezaan diantara ujian formatif dengan ujian sumatif

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 3

Anda dikehendaki membuat penilaian tidak formal ke atas setiap


satu masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan dua hasil
kerja di bawah.

Itu saja yang perlu anda lakukan ....... SELAMAT BERJAYA

RUJUKAN

Cohen & Spenciner (2007). Assessment of Children & Youth with Special
Needs.
Allyn & Bacon: Pearson.

49
(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement:


Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan
Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Vaughn, Bos & Schumm (2006). Teaching Exceptional, Diverse, and At-Risk
Students in the General Education Classroom. Allyn & Bacon: Pearson.

50

You might also like