You are on page 1of 3

AZFA HANANI : ANALISIS PERISTIWA BAB 1 (THE FIRST CHAPTER

DISCUSSION ON AZFA HANANI)

Antara kemahiran penting kajian novel komponen sastera Bahasa Melayu menengah atas
ialah dari segi penulisan peristiwa. Secara mudah, peristiwa ialah kejadian khusus yang
membabitkan jangka masa terhad, watak, tempat dan masa. Peristiwa yang ditulis boleh
menjadi bukti atau hujah untuk menyokong sesuatu idea yang hendak dikemukakan.

Contoh peristiwa 1:

Azfa Hanani disindir oleh Kamilah supaya berjumpa Cikgu Zamin, guru kaunseling
daripada mengelamun semasa sesi uji kaji makmal. Sindiran Kamilah berbaur cemburu.

Perwatakan (watak utama): Bijak. Azfa Hanani dapat mengesan nada cemburu di sebalik
sindiran   
                                          Kamilah.

Latar masyarakat:  Masyarakat yang bijak. (gunakan peristiwa di atas sebagai huraian)

Nilai:   Ketelitian. Azfa Hanani dapat membaca niat yang tersirat di sebalik sindiran Kamilah.

Persoalan: Kebijaksanaan dalam membaca percakapan orang.

Pengajaran: Kita hendaklah bijak membaca percakapan orang.

Latar tempat: Makmal kimia.

Latar masa: Pagi / Waktu persekolahan / Waktu amali Kimia

Contoh peristiwa 2:

Kedatangan dua orang pengawas (Nordin dan Rozlan) membawa khabar Azfa Hanani
dikehendaki berjumpa dengan pengetua. Azfa Hanani berasa takut, lalu nekad untuk
membuat pengakuan bersalah.

Perwatakan (watak utama):  Mudah panik

Latar masyarakat: Masyarakat yang mudah panik. (gunakan peristiwa di atas sebagai huraian)

Nilai: Kejujuran.

Persoalan: Kejujuran dalam pengakuan.

Pengajaran: Kita hendaklah jujur dalam membuat pengakuan.

Latar tempat: Makmal kimia.

Latar masa: Pagi / Waktu persekolahan / Waktu amali Kimia

You might also like