Professional Documents
Culture Documents
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert
yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyu
FOLIO
PENDIDIKAN
iopasdfghjklzxcvbnmqwertyuio
SIVIK DAN
KEWARGANEG
pasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa
ARAAN
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd
MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg
hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl
zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv
bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuio
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua
iaitu Tuan Hj. Ali bin Hj. Deros atas segala sokongan pihak beliau dalam pada saya
menyiapkan folio ini.
Kemudian, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kami iaitu [cik/puan] Zuzaida atas
segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, En. Sidek bin Hj. Said dan Pn.
Sarimah binti Yahu atas sokongan mereka tidak kira dari segi mental, fizikal serta kewangan.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada kawan-kawan
saya yang lain yang telah membantu saya untuk menghasilkan folio ini.
1
BIODATA
2
PENGENALAN
3
ISU 1 :BAHASA JIWA BANGSA
Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan
oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat
terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak
hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa masing-
masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun,
Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan
mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia.
Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita
sebagai penutur bahasa melayu tanpa mengambil kira latar belakang bangsa di tanah air yang
tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang
kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita
perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat
di Negara kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan
berbudi bahasa. Kita dikagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu
sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa
yang satu, iaitu bahasa Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita
sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi
jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan
tetamu dengan sopan. Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :
Hal yang demikian juga digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham
Tan Sri P.Ramlee iaitu:
4
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.
Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang
bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.
5
Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
6
ARKIB : 08/03/2006
Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas: Bahasa
kebangsaan (bahasa Melayu) kerana ``Bahasa Jiwa Bangsa''.
Ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa kita
yang sekali gus memercikkan jati diri kebangsaan.
Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa
kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa - bangsa
Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri
asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.
Untuk menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah, apatah lagi jika kita sebagai rakyat
Malaysia mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara kita sendiri - dogma pemikiran bahasa
yang aneh sekali pada zaman pascakolonialisme.
Perlu ditegaskan bahawa, dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara
menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan -
bukannya bahasa-bahasa asing.
Inilah prinsip umbi yang seharusnya kita junjung, jika benar kita serius untuk menghakikatkan
gagasan pembentukan bangsa Malaysia, seperti kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ
langit dijunjung.
Justeru, kita dituntut menguasai bahasa asing, tetapi janganlah pula jiwa dan pemikiran kita
dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju. Bangsa yang maju-moden
perkasa menjunjung tiga pacak ketamadunan: Mendaulatkan bahasa kebangsaannya,
menyintai jati diri kebangsaannya (bukan perkauman-kesukuan) dan setia pada nusanya yang
satu.
Secara jujur, perlu diakui bahawa kita belum mematuhi acuan tersebut. Lantaran itu, Malaysia
dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa Malaysia. Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi
itulah kebenarannya.
7
yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan
menyemarak jati diri kebangsaan (lawannya identiti perkauman), di samping pendaulatan
bahasa kebangsaan yang menjadi bukti ketaatsetiaan, penghormatan dan pemuliaan kepada
nusa tercinta.
Malah, bahasa kebangsaan jugalah yang berperanan sebagai bahasa ilmu (dalam segenap
bidang), bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan bahasa peradaban moden.
Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting - selain wadah pendidikan
dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia
bersemboyankan gagasan ``satu bahasa, satu bangsa, satu nusa'', jelas tidak sewajarnya
disangsikan oleh sesiapa pun.
Justeru, akan tercapaikah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika
rakyat tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka sendiri?
Sehubungan itu, kita perlu memperbetulkan beberapa kesilapan mengenai konsep bahasa
kebangsaan dan bahasa ibunda.
Justeru, bahasa Melayu dengan sendirinya menjadi hak milik orang Cina dan India yang
menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu juga. Lebih penting lagi, bahasa Melayu
itulah yang menjadi bahasa kebangsaan orang Cina-India yang telah menjadi warganegara
Persekutuan Tanah Melayu.
Kedua, apabila orang Cina-India telah diberikan hak kerakyatan dan menjadi warganegara
yang sah, taraf bahasa Mandarin-Tamil dengan sendirinya menjadi bahasa asing kerana
bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa rasmi-kebangsaan China dan India. Ini juga
bermakna bahasa Mandarin-Tamil bukanlah bahasa ibunda mereka lagi kerana mereka telah
menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
8
Jika ditinjau semula akar sejarahnya, sejak 1957, (lihat pecahan fasal Perkara 153) kesilapan
ini tidak pernah dipinda, walhal bercanggah dengan hakikat sejarah kenegaraan Malaysia.
Kesilapan inilah yang menjadi antara pemunca utama yang mengakibatkan peranan bahasa
kebangsaan terus ditenggelami oleh gerakan mendaulatkan bahasa-bahasa asing, khasnya
sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Oleh itu, saranan dan gesaan mujahid-mujadid bahasa kebangsaan (seperti Gapena dan
Awang Sariyan dalam Mingguan Malaysia, 5 Mac 2006) amatlah wajar dilaksanakan secara
tuntas. Masanya telah hampir-hampir nazak, tetapi belum lagi terlambat. Keazaman politik
amat diperlukan.
Jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, bahasa asinglah yang beruntung kerana ia akan
terus kekal sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden; sebaliknya bahasa Malaysia
akan terus mundur dan `mandul' di negaranya sendiri.
Perlu ditegaskan bahawa kita bukan antibahasa asing. Prinsip kita jelas dan tegas: Pelajari dan
kuasailah bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri.
Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.
- Nordi Achie, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
9
RUMUSAN ISU 1; BAHASA JIWA BANGSA
Kita haruslah mencontohi negara-negara luar seperti negara Korea, Jepun dan German
dalam memperkasakan penggunaan bahasa mereka sebagai bahasa antarabangsa. Oleh itu,
kita haruslah berbangga dengan bahasa Melayu yang melambangkan kesopanan dan budi
bahasa masyarakat di negara kita.
10
ISU 2 ;AGAMA
1. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap bebas menganut
agama-agama lain.
2. Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan.
4. Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am.
11
FRIDAY, JANUARY 8, 2010
AGAMA DI MALAYSIA
1. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) menyatakan Islam ialah agama bagi
Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana Bahagian Persekutuan.
2. Dalam Perkara 11 (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan,
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
3. Ini bermakna Islam adalah agama yang utama di Malaysia dan agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai.
4. Dalam konteks ini, saya bukanlah ingin bersifat perkauman dan prejudis terhadap agama
lain tetapi saya berpendapat walaupun Islam adalah agama utama tetapi orang-orang Islam
dan pemerintah di Malaysia tidak pernah menyekat atau menghalang amalan penganut-
penganut agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian.
5. Amalan agama-agama lain ini mendapat layanan yang baik di Malaysia termasuk dalam
konteks pembinaan rumah ibadat seperti kuil, tokong dan gereja telah mendapat peruntukan
yang wajar. Terdapat banyak gereja, kuil dan tokong dibina serata tempat di hampir setiap
petempatan, daerah dan negeri. Adakalanya bangunan-bangunan dan binaan di kawasan
rumah ibadat itu dibina dalam saiz -saiz yang sangat besar dan sangat menonjol. Ini jarang
dibantah oleh umat Islam selagi ianya tidak mendominasi masjid-masjid yang terletak
berhampiran.
6. Dari aspek melakukan upacara dan aktiviti keagamaan agama lain juga, umat Islam di
Malaysia sangat mempunyai tolenransi yang tinggi untuk penganut agama lain melaksanakan
upacara agama serta budaya mereka misalnya seringkali agama-agama lain meraikan upacara
berkaitan agama mereka di luar rumah ibadah seperti perarakan di atas jalan raya, di tempat
awam dan terdapat juga sesetengah sambutan keagamaan mereka diberikan cuti am tahunan
oleh pemerintah di negara ini sebagai menghormati orang bukan Islam.
7. Inilah 'kenikmatan' yang sangat bernilai yang telah diberikan oleh pemerintah kepada orang
bukan Islam di Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.
8. Berbeza pula bentuk layanan dan penghormatan kepada agama Islam di kebanyakan negara
bukan Islam. Kebebasan agama Islam disekat dan diganggu. Bangunan masjid tidak boleh
dibina dengan saiz yang besar dan rekabentuk masjid juga dikawal supaya penonjolan Islam
tidak terlalu ketara. Ada negara yang laungan azan tidak dibenarkan sehingga didengari oleh
awam, cukup sekadar didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid. Bilangan masjid
12
yang dibenarkan amat terhad dan kadang kala tidak mengcukupi. Ada juga negara bukan
Islam yang menghalang wanita Islam memakai pakaian yang melambangkan Islam misalnya
memakai tudung kepala. Umat Islam sentiasa diragui di sesetengah negara bukan Islam,
mereka sering diperhatikan, menerima layanan pemeriksaan yang buruk di lapangan-lapangan
terbang akibat sering dikaitkan dengan imej 'pengganas' kononnya. Dengan kata lain, agama
Islam menerima layanan yang buruk dan tidak adil di kebanyakan negara-negara bukan Islam.
9. Tetapi di Malaysia, orang bukan Islam diberikan layanan yang baik. Inilah sifat sebenar
orang Islam, kerana Islam tidak mengajar penganutnya bermusuhan atau menyekat kebebasan
penganut agama lain. Saya fikir toleransi umat Islam di Malaysia sangat baik dan tinggi ke
atas bukan Islam. Kadang kala kelebihan yang diberikan kepada penganut agama lain untuk
meraikan upacara agama mereka dengan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa dengan
baik sekali termasuk pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan untuk mereka melakukan
upacara agama misalnya terdapat kerjasama pihak berkuasa seperti PDRM yang sanggup
memberi kerjasama menutup jalan raya tertentu dan mengawal keselamatan orang-orang
bukan Islam sewaktu mereka menyambut perayaan atau upacara agama. Ini tidak dibantah
oleh orang Islam kerana mereka hormat kepada keperluan penganut agama lain.
10. Di Malaysia, walaupun Islam merupakan agama rasmi dan utama, namun, tidak pernah
umat Islam memaksa bukan Islam agar memeluk Islam atau gerakan-gerakan dibuat untuk
meng'Islam'kan orang bukan Islam. Tetapi sebaliknya wujud laporan yang mendakwa wujud
gerakan-gerakan oleh agama lain misalnya Kristian yang cuba memurtadkan orang Islam.
Inilah balasan yang diterima walaupun tolerasi umat Islam terhadap bukan Islam adalah
tinggi.
11. Sebagai contoh, di tempat dan negara saya berada sekarang, iaitu Australia ,umat Islam di
sini tidak mempunyai kebebasan beragama sepertimana kelebihan yang diberikan kepada
orang bukan Islam di Malaysia. Bangunan masjid yang ada adalah sangat terhad, manakala
saiz bangunan masjid pula bolehlah dikatakan sekadar bertaraf 'surau' yang ada di Malaysia,
laungan azan hanya boleh setakat didengari oleh jemaah yang ada di dalam Masjid sahaja.
Tiada kemudahan infrastruktur yang khusus untuk masjid, dan kadang kala risiko masjid
boleh dibubarkan oleh pihak berkuasa di sini jika ada isu umat Islam yang datang
bersembahyang Jumaat salah meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak dibenarkan.
Hanya kerana masalah tempat letak kereta, maka orang Islam boleh kehilangan masjid atau
hak untuk beribadah secara berjemaah. Di sini juga disebabkan isu berkenaan, umat Islam
terpaksa bersolat Jumaat di gelanggang bola keranjang kerana mendapat bantahan pihak
berkuasa tempatan (local authority). Manakala, gerakan-gerakan oleh pihak gereja untuk
meng'Kristian'kan orang ramai dilakukan secara terbuka dan terang-terangan di tempat awam.
Saya sendiri mempunyai pengalaman pernah beberapa kali didekati oleh petugas-petugas
gereja untuk menerangkan tentang agama Kristian sewaktu berjalan ke universiti dan tidak
cukup aktiviti penyebaran agama Kristian di tempat-tempat awam, mereka juga turut datang
rumah ke rumah untuk menerangkan tentang Kristian dalam usaha mereka mempengaruhi
orang ramai menganut agama itu.
13
12. Saya fikir keharmonian beragama di Malaysia haruslah dipelihara sebaik-baiknya. Jika
umat Islam boleh bertoleransi dan hormat kepada agama lain, maka seharusnya orang bukan
Islam juga harus menghormati agama Islam. Elakkan tindakan-tindakan yang boleh
mengganggu sensitiviti orang Islam. Justeru, saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan
beberapa ahli politik yang bukan Islam yang pernah mempertikaikan tentang isu laungan azan
dan bilangan masjid di Malaysia.
13. Ingatlah, isu tentang agama mempunyai sensiviti yang sangat tinggi. Oleh itu, seharusnya
sebarang tindakan yang boleh menggugat anutan dan kepercayaan sesuatu agama harus
dikendalikan secara bijak.
LABELS: AGAMA
14
RUMUSAN ISU 2; AGAMA
Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Namun begitu, rakyat Malaysia diberi
kebebasan untuk menganuti agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya.
Walaupun rakyat di negara kita menganut agama yang berlainan, namun perpaduan tetap
terjalin dengan erat.
15
ISU 3 ; KEWARGANEGARAAN
Kewarganegaraan
Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf
kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak
menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak
menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara.
Bagi permohonan di bawah Perkara 16 dan 19 pemohon disyaratkan menduduki ujian Bahasa
yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Asas-Asas Pertimbangan Bagi
Permohonan Kewarganegaraan :
Mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini.
Setiap permohonan akan menjalani proses Tapisan Keselamatan oleh pihak PDRM
(Polis Diraja Malaysia).
Taraf Kewarganegaraan adalah merupakan satu anugerah tertinggi yang diberikan oleh
Kerajaan Persekutuan kepada orang asing.
16
Kehilangan Taraf Kewarganegaraan
Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua
keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara Tolakan (Perkara
23 Perlembagaan Persekutuan) dan Perlucutan Taraf Kewarganegaraan (Perkara 24
Perlembagaan Persekutuan).
Proses Memperoleh Semula Taraf Kewarganegaraan Bagi Mereka Yang Telah Dilucut
Atau Menolak Kewarganegaraan Malaysia
Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia perlu
mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan (Perkara 18(2) Perlembagaan Persekutuan)
sebelum boleh didaftar kan semula sebagai warganegara.
Pemohon mestilah terlebih dahulu memegang Permit Masuk dan taraf Pemastautin Tetap (PR)
untuk layak memohon. Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan
Malaysia yang masih belum memegang taraf Pemastautin Tetap (PR) boleh mengemukakan
permohonan taraf Pemastautin Tetap (PR) di Jabatan Imigresen Malaysia melalui
permohonan Permit Masuk.
17
RUMUSAN ISU 4; KEWARGANEGARAAN
18
ISU 4 ;HAK ASASI
Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
19
Hak asasi manusia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948.
Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
3. kebebasan bersuara
4. kebebasan kepercayaan.
Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
20
Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan
diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan
perubatan;
Latar belakang
Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep Hak
kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang
sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor
tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.
Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi
perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusian merupakan
satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub
dalam undang-undang negara berkenaan. Contohnya,dalam perlembagaan malaysia terdapat
penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Percabulan
hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-
undang yang sewajarnya. Penakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah
berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.
Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh
anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui
wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai
"sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam
undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba megelakkan diri
daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral.
Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu pendebatan
dalam bidang falsafah dan sains politik. Dari segi perundangan, Hak kemanusiaan telah
termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan juga dalam undang-
undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara penakrifan dan pelakasaan hak
kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian.
Pada tahun 1948,resolusi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat [1] telah diterima oleh
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan tidak mengenakan
kuatkuasa undang-undang, ia mendesak negara anggotanya supaya menegakkan sejumlah hak
kemanusiaan, termasuklah hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial. Resolusi ini juga
menekankan bahawa hak berkenaan merupakan teras untuk mewujudkan "kebebasan,keadilan
dan keamanan di Dunia".
21
Perisytiharan ini menyarankan supaya kelakuan kerajaan terhadap rakyat seharusnya
disempadankan bersamping tanggugjawab kerajaan terhadap rakyat diperjelaskan.
Bagi negara yang telah menandatangai perjanjian ini, mereka mempunyai tanggungjawab
untuk menegakkan hak kemanusian yang disenarikan dalam perjanjian yang berkenaan.
22
RUMUSAN ISU 4; HAK ASASI
Terdapat sebuah badan yang telah ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam hal-hal
pendidikan dan pengalaman hak asasi manusia iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM). Selain itu, terdapat sebuah perlembagaan yang menjamin kebebasan
untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan beragama dan juga
hak-hak bersangkutan pendidikan. Perlembagaan tersebut dikenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan
23
ISU 5 ;HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH DAN
SARAWAK
Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat
yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah
Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-
hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-
perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum
perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan
dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila
kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua
Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain
selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan
Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan
Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan
syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang
ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas
tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk
tujuan orang Melayu.
24
Jawatan-jawatan kana dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah
diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan
Melayu.
3. Peruntukan biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-
penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
4. Bantuan Ekonomi
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung.
Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri,
dan segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah
berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri
Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan.
25
ARKIB : 07/08/2010
MARANG 6 Ogos - Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera
yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian
diskaun dalam pemilikan hartanah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia kerana majoriti penduduk yang
miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan
keistimewaan tersebut.
"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoriti adalah yang berhak kerana majoriti yang miskin
adalah bumiputera, yang bukan bumiputera tidak lah besar (jumlah) jika dibandingkan
bumiputera," katanya selepas majlis pelancaran buku bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik
Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, hasil karya beliau sempena Jubli Perak Maahad Darul al-Quran di
Rusila di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar
kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan
hartanah komersial dan mewah di Selangor.
Kenyataan itu mendorong Pergerakan Pemuda UMNO Selayang dan Gombak membuat
laporan polis semalam, supaya pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengambil tindakan
tegas mengenainya.
Ahli Parlimen DAP itu dikatakan menimbulkan provokasi dan mencabar Perlembagaan
Persekutuan di bawah Perkara 153 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata, pada masa yang sama, kaum lain yang miskin juga wajib
mendapat hak dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
Menurutnya, ketika keistimewaan kaum bumiputera dijaga dan dibela, kaum lain tidak boleh
diabaikan atau dizalimi.
"Realiti yang ada dalam negara kita, majoriti rakyat terutama yang miskin adalah bumiputera,
jadi sebab itu kita kena lihat majoriti rakyat yang alami masalah kemiskinan.
26
"Dalam masa yang sama, kita wajib bela kaum lain yang miskin. Bukan bermakna kita jaga
majoriti tapi kita abaikan kaum lain, kita tak boleh menzalimi kaum lain ketika kita membela
kaum sendiri," katanya.
Abdul Hadi menjelaskan, buat masa ini, tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat
kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan itu dianggapnya lebih bersifat peribadi.
"Kita kena bincang di peringkat pakatan pembangkang, pandangan itu mungkin lebih bersifat
peribadi," ujarnya.
27
RUMUSAN ISU 5;HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA
SABAH DAN SARAWAK
Semua kaum di Malaysia mendapat hak masing-masing termasuk kaum Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak istimewa ini berkaitan dengan bantuan-bantuan khas yang
diberikan kepada kaum-kaum tersebut.
28
PENUTUP
Sesungguhnya, negara Malaysia merupakan negara yang berdaulat dan telah perkasa dari
segi perpaduan dan sedang meningkat dalam kemajuan serta teknologi. Oleh itu, kita hendaklah
sentiasa menjaga keamanan perpaduan antara kaum di negara kita serta memelihara kehormatan
agama antara satu sama lain. Penggunaan bahasa Melayu juga dapat melambangkan kebanggaan
kita terhadap Malaysia. Selain itu, kita juga haruslah mengambil kira tentang hak asasi serta hak
istimewa orang Melayu serta kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini.
29
BIBLIOGRAFI
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=7137:bahasa-jiwa-bangsa&catid=36:mengenai-
pendidikan
http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-lagu-bahasa-jiwa-bangsa.html
http://syahrilsaid.blogspot.com/2010/01/agama-di-malaysia.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
http://www.moha.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=18&Itemid=84&lang=ms
http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovConstitution/GovHumanRights/Pages
/Human_Rights.aspx
30