You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

Kali ke 2/2011

Tarikh : 26 Mei 2011


Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik S/U Peperiksaan

Kehadiran :
1) Puan Azizah binti Besar – Ketua Panitia
2) Cik Intan Ilyana binti Mohd Yusof
3) Puan Nor Azily binti Yacob
4) Puan Suriyati binti Shamsuddin
5) Puan Noraslina binti Abu Hasan
6) Cik Aliah Hafezah binti Abdul Razak

Agenda :

1) Ucapan pengerusi
2) Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
3) Perkembangan P&P
4) Latihan pelajar
5) Bulan teknikal
6) Hal-hal lain

Bil Agenda / Perkara Tindakan


.
1.0 Ucapan Pengerusi – Ketua Panitia

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab. Pengerusi


mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
mesyuarat.

1.2 Pengerusi memaklumkan bertanyakan perkembangan Peperiksaan Ahli panitia


Pertengahan Tahun

1.3 Pengerusi meminta semua ahli panitia supaya menghabiskan Ahli panitia
silibus secepatnya agar latih tubi boleh dilakukan sebagai
persediaan pelajar menghadapi peperiksaan akhir tahun dan
peperiksaan PMR
Bil Agenda / Perkara Tindakan
.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat kali 1/2011

2.1 Pengesahan minit mesyuarat panitia kali 1/2011 dicadangkan


oleh Puan Nor Azily binti Yacob dan disokong oleh Puan Suriyati
binti Shamsudin.

3.0 Perkembangan P&P

3.1 Pengerusi bertanyakan setiap ahli panitia perkembangan silibus.

3.2 Bagi tingkatan 3, ahli panitia yang mengajar tingkatan 3


memaklumkan silibus telah tamat. Pengerusi meminta guru
melengkapkan fail kerja kursus calon PMR kerana markah akan Guru tingkatan 3
dihantar ke Lembaga Peperiksaan pada bulan Ogos.

3.3 Ahli panitia yang mengajar tingkatan 1 dan 2 memaklumkan


silibus belum tamat kerana kerja kursus yang banyak khususnya
tingkatan 2. Pengerusi meminta semua ahli panitia
menghabiskan silibus secepatnya agar latih tubi boleh dilakukan
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Semua ahli panitia

3.4 Pengerusi turut menyarankan agar guru membuat kelas


tambahan bagi menyiapkan kerja kursus jika dirasakan perlu. Semua ahli panitia

3.5 Pengerusi turut bertanyakan sekiranya guru bermasalah semasa


proses pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya bermasalah, Semua ahli panitia
boleh merujuk guru lain.

4.0 Latihan Pelajar

4.1 Pengerusi meminta semua ahli panitia memberi latihan yang


mencukupi kepada pelajar.

4.2 Pengerusi meminta semua ahli panitia memaklumkan sekiranya


ingin membeli buku latihan sebagai latihan tambahan kepada
pelajar. Pengerusi turut memaklumkan bahawa buku latihan
yang diberi akan disimpan di bengkel KHB sebagai simpanan
panitia untuk kegunaan akan datang.
4.3 Hasil perbincangan, buku latihan yang akan dibeli dan anggaran
harga buku tersebut adalah seperti berikut :
Bi Tingkatan Pilhan Elektif Buku Latihan Anggaran Harga
l
1 KT PEP RM 5.50
1
PK PEP RM 5.50
KT PEP RM 5.50
2 2
PK PEP RM 5.50
KT PEP RM 5.50
3 3
PK PEP RM 5.50
* KT - Kemahiran Teknikal
PK - Perniagaan dan Keusahawanan
5.0 Bulan Teknikal

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bulan teknikal akan


berlangsung pada 4 sehingga 29 Julai 2011.Pengerusi meminta
ahli panitia membuat sumbang saran cadangan aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang Bulan Teknikal yang bakal berlangsung.

5.3 Hasil perbincangan, semua ahli bersetuju untuk mengadakan


aktiviti mengikut minggu. Pihak panitia akan berbincang dengan
Kolej Komuniti untuk menyediakan tenaga pengajar bagi aktiviti
yang akan berjalan sepanjang minggu teknikal.

5.4 Aktiviti yang dipersetujui untuk dilaksanakan pada bulan


Teknikal ialah simen fero, jahitan manik, minggu keusahawanan
dan pertandingan membuat kertas kerja bagi menubuhkan
syarikat perniaagaan.

5.5 Pengerusi meminta semua ahli panitia untuk mencadangkan


gimik bagi pelancaran dan penutupan Bulan Teknikal.
6.0 Hal –hal lain

6.1 Tiada hal-hal lain yang diusulkan


6.0 Penutup - Pengerusi

6.1 Mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan


perkongsian maklumat sepanjang mesyuarat dijalankan.
Disediakan oleh,

…………………………....................
Intan Ilyana binti Mohd Yusof
Setiausaha
Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

You might also like