You are on page 1of 4

1.

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar melibatkan semua guru dan murid. Penglibatan murid tahap dua iaitu darjah empat, lima dan enam diutamakan. Murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum akan memakai pakaian seragam pengakap lengkap pada hari tersebut. Ini bagi memastikan murid-murid diterapkan dengan disiplin di samping menimbulkan rasa semangat dalam diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar diadakan pada hari Selasa dan Rabu setiap minggu mengikut giliran seperti berikut : Hari Minggu pertama Minggu kedua Masa : Rabu : Persatuan/ kelab : Badan beruniform : 12.30 1.30 tengah hari

Latihan sukan/ permainan Hari Masa : Selasa : 7.40 8.40 pagi Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Untuk memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur, Pn. Zainab bt Abdul Rahman sebagai guru penolong kanan kokurikulum akan memastikan dan memantau setiap perjalanan aktiviti supaya berjalan dengan baik dan lancar. Pemantauan yang dijalankan adalah bagi memastikan murid-murid menjalankan aktiviti dalam keadaan selamat dan berjaya. Selain itu juga, semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara seperti semua aktiviti perlu mendapat

kebenaran daripada Guru Besar, kebenaran bertulis daripada ibu bapa, guru penasihat perlu sentiasa mengawasi murid sepanjang aktiviti dijalankan dan juga murid perlu diberitahu tentang segala peraturan dan undang-undang penyertaan aktiviti kokurikulum. 2. KELEBIHAN

Terdapat kelebihan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar. Antaranya Guru Penolong Kanan Kokurikulum menyediakan jadual waktu gerak kerja kokurikulum dan memaklumkannya kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa. Kedatangan pelajar juga direkodkan setiap kali latihan atau aktiviti diadakan. Selain itu, Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar juga mempunyai prasana yang baik dan sesuai untuk menganjurkan apa-apa aktiviti kokurikulum di sekolah seperti berikut : 1. Sukan i. ii. iii. i. ii. Mempunyai padang sekolah yang luas dan lengkap. Mempunyai gelanggang untuk bola jaring, badminton dan lain-lain. Peralatan sukan yang mencukupi. Dewan untuk menjalankan program ceramah, motivasi dan lain-lain. Bilik-bilik untuk aktiviti kelab dan persatuan.

2. Persatuan/ Kelab

Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar juga bertuah kerana mempunyai guru-guru yang berdedikasi dan akan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Hari ko-kurikulum sekolah adalah pada hari Selasa dan Rabu setiap minggu seperti berikut : Selasa

: Sukan/ permainan (7.40 8.40 pagi) : Persatuan/ kelab (minggu pertama) 12.30 1.30 tengah hari Badan beruniform (minggu kedua) 12.30 1.30 tengah hari

Rabu

Guru-guru penyelaras juga sentiasa menganjurkan apa-apa program sepeti ceramah dan seminar untuk persatuan/ kelab dan pasukan beruniform mereka. Aktiviti yang dijalankan juga memberikan keseronokan kepada murid sesuai dengan konsep bermain sambil belajar. Aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar juga Berjaya memupuk perpaduan di kalangan murid. Contohnya : Pertandingan sukan di antara rumah dapat memupuk murid bersatu dalam rumah sukan masing-masing, menyayangi rakan sepasukan dan menyayangi rumah sukan masing-masing. Murid-murid juga ditanamkan semangat menghormati dan menyayangi guru masing-masing dengan mengadakan Sambutan Hari Guru. 3. KELEMAHAN

Terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar. Antaranya ialah kehadiran murid pada hari ko-kurikulum masih belum mencapai sasaran. Hal ini didorong oleh beberapa faktor iaitu :

Murid terlibat dengan tuisyen luar. Tiada kesedaran terhadap aktiviti ko-kurikulum (sengaja tidak hadir kerana tidak berminat) dan lain-lain.

Aktiviti yang dijalankan juga akan terbantut sekiranya wujud masalah seperti guru penyelaras yang terlibat pada hari aktiviti tiada tiada di sekolah kerana berkursus. Oleh sebab tiada pengganti dari guru yang berkelayakan maka aktiviti menjadi hambar dan ini tentunya mempengaruhi penilaian murid terhadap aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Di samping itu, aktiviti ko-kurikulum yang dilakukan pada waktu tengah hari juga telah mengakibatkan murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya

terhadap aktiviti yang dijalankan. Hal ini didorong oleh rasa penat yang dialami muridmurid selepas P&P di dalam kelas.

You might also like