You are on page 1of 7

SMK TUN MUTAHIR 75350 BATU BERENDAM, MELAKA Bil 2/2011 _____________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI KEDUA Tarikh Tempat Masa KEHADIRAN : : 26 April 2011 : Perpustakaan Sekolah : 1.15 Petang

1. Pn. Kok Ah Cheng 2. E. Ghafar Bin Yahya


3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

En. Muhammad Izuan Bin Rejab En. Chua Kai Huat Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood Pn. Pang Fuie Shee Pn. Nur Eleeza Bt. Amir Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti Bt. Zorkornaini Cik Nur Fadiah Bt. Muhammad

( Ketua Panitia) ( GPK HEM) ( Setiausaha )

TIDAK HADIR :

1. Cik Siti Norhanes Bt. Zailani 2. Cik Sadiah Bt. Kamar


URUSETIA :

-Urusan di Jabatan Pelajaran Melaka -

1. En. Muhammad Izuan Bin Rejab

( Pencatat )

AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan Tuan Pengerusi Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua ahli panitia. 2.0 Ucapan GKMP Sains Sosial dan Kemanusiaan Pengerusi mewakili pihak Pn. Lim Lay Neo selaku GKMP Kemanusiaan menyampaikan pesanan yang telah dititipkan untuk semua ahli panitia. Pn. Lim Lay Neo meminta agar menghidupkan kembali KRA dan KPI serta Kad Laporan. Kad Laporan Panitia merupakan satu cara mengukur pencapaian panitia. Beliau juga menyatakan bahawa PCG tidak boleh digunakan untuk makan dan minum pegawai tetapi dalam hal ini boleh digunakan wang SUWA. Beliau juga mengingatkan guru subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5 wajib lulus dan kemungkinan besar akan bermula dengan format baru iaitu mempunyai 3 kertas. KBSM akan ditukar menjadi KSSM dan berkemungkinan semua guru Sejarah akan mengikuti kursus. Beliau juga mengatakan yang sukatan pelajaran Sejarah SPM akan ditukar pada tahun 2017 manakala PMR akan dimansuhkan pada tahun 2014. Oleh itu, PBS wajib dimulai dari Tingkatan 1. Tindakan : Ketua Panitia & Guru-Guru Sejarah 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama 2011 3.1 Pencadang : En.Chua Kai Huat Penyokong : Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood

4.0:

Bangkitan Minit Mesyuarat Kali Pertama 2011 4.1 Cik Azizi@ Nor Azizi Bt. Mahmood membangkitkan perkara 6.2.4 iaitu meminta penjelasan sama ada bengkel teknik menjawab soalan masih ingin dibuat ataupun tidak. Pengerusi memaklumkan bahawa program ini telah dibuat pada bulan Mac yang lalu bagi peringkat PMR dan SPM tetapi untuk peringkat SPM akan dibuat sekali lagi iaitu sasarannya bulan September. Tindakan : Ketua Panitia Sejarah En. Chua Kai Huat membangkitkan perkara 6.2.5 iaitu meminta agar Program Kembara Sejarah digabungkan dengan Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tetapi tidak dipersetujui oleh pengerusi kerana kertas kerja bagi projek Sejarah sudah dibuat dengan sasarannya melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan akan dilaksanakan pada bulan Jun. Tindakan : Ketua Panitia & Guru Tingkatan Tiga Melalui perkara 6.5.2, Pengerusi mengingatkan guru-guru Sejarah yang mencetak (fotostat) nota dan latihan di luar sekolah mesti mengemukakan resit. Pengerusi memaklumkan bahawa koleksi soalan sejarah bagi Tingkatan 3 dan 5 akan disediakan.

4.2

4.3

Tindakan : Ketua Panitia 4.4 Pengerusi membangkitkan perkara 7.1 iaitu beliau menjelaskan bahawa komik sejarah telah diserahkan kepada penyelaras Tingkatan 1. Bagi pembahagian markah dalam peperiksaan, beliau mengatakan 90% akan bergantung kepada peperiksaan manakala 10% lagi berdasarkan folio. Pengerusi mengutarakan rasa kurang berpuas hati dengan target Qnet sejarah tingkatan 3 tahun ini kerana semasa pelajar di Tingkatan 2, terdapat guru Sejarah yang memberi markah folio terlalu tinggi. Bagi perkara 7.3, Pengerusi mengatakan bahawa naskah contoh kertas model telah diberi kepada En. Ghafar B. Yahya. Tindakan : Ketua Panitia & Guru-Guru Sejarah

5.0 :

Analisis Keputusan SPM 2010 5.1 Analisis dan Post Mortem Peperiksaan SPM 2010 Pengerusi memaklumkan bahawa target Qnet pada 2010 dapat dicapai. Terdapat perubahan apabila peningkatan dari segi kualiti dan kualiti. Bilangan A telah meningkat iaitu dari 7 orang pada tahun 2009 kepada 29 orang pelajar pada tahun 2010. Kualiti juga meningkat iaitu daripada GPMP 7.76 pada tahun 2009 meningkat kepada 6.67 pada tahun 2010. Butiran lanjut berdasarkan jadual di bawah : Analisis Post Mortem Keputusan SPM 2010-Matapelajaran Sejarah

TAH UN 200 9 201 0

JUM. AMB IL 258 A+

CEMERLANG A AJu m. 7 % 2. 7 1 29 0. 8 B+ B

KEPUJIAN C+ 1 2 1 9 C 2 1 2 2 Ju m. 45 % 1 7. 4 2 72 6. 8 D 2 4 3 4 E 4 4 2 6

LULUS Ju m. 68 % 2 6. 4 2 60 2. 3 G 1 3 8 1 0 8

GAGAL Ju m. 6 % 5 3. 5 4 4 0. 1

GPM P 7.7 6

BE ZA

1.0 6.6 7 9

269

1 2

1 3

1 4

1 7

Peningkatan dari segi kualiti Gred Purata Sejarah 2009 = 7.76 Gred Purata Sejarah 2010 = 6.67 Beza GP = +1.09 Peningkatan dari segi kuantiti Peratus lulus Sejarah 2009 = 46.5% Peratus lulus Sejarah 2010 = 59.9% Beza Peratus = +13.4%

Analisis :A. Kekuatan 1. Latih tubi intensif yang lebih banyak dan terancang. 2. Kelas tambahan dilakukan bermula bulan Februari hingga September. 3. Latih tubi soalan-soalan peperiksaan percubaan dari negeri lain. 4. Guru yang mengajar adalah guru opsyen Sejarah. 5. Ceramah teknik menjawab soalan telah dijalankan dalam bulan Mac dan Oktober. B. Kelemahan 1. Penguasaan Bahasa Melayu sangat lemah dalam kalangan pelajar kelas hujung seperti 5K1, 5K2, 5K3, 5K4 dan 5PD terutamanya pelajar bukan Melayu. 2. Masalah ponteng kelas dan ponteng sekolah. 3. Pelajar kurang minat terhadap matapelajaran Sejarah kerana menganggapnya tidak mempunyai nilai komersial. C. Strategi Untuk Meningkatkan Pencapaian 1. Menghabiskan sukatan pelajaran selewat-lewatnya pada bulan Ogos. 2. Memberi latih tubi terancang berdasarkan tajuk-tajuk kecil. 3. Mengadakan kelas tambahan. 4. Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan. 5. Memberi soalan peperiksaan percubaan SPM negeri lain sebagai latih tubi tambahan. 6. Melaksanakan program Qnet untuk memupuk minat pelajar terhadap Sejarah seperti : i. Memberi nota dalam bentuk peta minda kepada pelajar supaya nota menjadi lebih menarik, ringkas dan padat. ii.Memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang untuk meningkatkan kualiti. Tindakan : Semua Guru Sejarah 6.0 Analisis Ujian Berkala 1 Jadual keputusan Ujian Berkala 1 2011

TKN. 1 2 3

CEMERLANG LULUS Bil. Bil. % % (org) (org) 9 3.95 71 31.15 3 1.18 88 34.65 13 4.1 96 30.28

GAGAL Bil. % (org) 148 64.91 163 64.17 208 65.62

4 5
6.1

18 23

6.48 9.95

74 76

23.04 32.91

186 132

66.91 57.14

Tingakatan 1 Cik Nur Fadiah Bt. Muhammad menjelaskan bahawa terdapat sedikit kemerosotan dari segi pencapaian. Hal ini disebabkan masalah disiplin pelajar yang kerap ponteng kelas dan tidak mendengar apa yang diajar oleh guru. Pengerusi meminta agar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sejarah di dalam kelas menggunakan peta konsep yang memudahkan pemahaman pelajar. Tindakan : Cik Nur Fadiah Bt. Muhammad & Penyelaras Tingkatan Tingkatan 2 Pn. Nur Eleeza Bt. Amir menjelaskan bahawa kebanyakan pelajar kurang memahami isi pelajaran yang disampaikan di samping kurang fasih berbahasa Melayu. Hal ini mendorong kepada ketidakpekaan terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pengerusi mencadangkan agar banyak latihan difotostat supaya pelajar dapat meningkatkan pemahaman terhadap pelajaran. Tindakan : Pn. Nur Eleeza Bt. Amir & Penyelaras Tingkatan Tingkatan 3 En. Muhammad Izuan Bin Rejab menjelaskan bahawa kebanyakan pelajar kurang penghayatan terhadap matapelajaran ni. Pelajar kurang bersedia dan ditambah dengan masalah tidak memahami dan kurang fasih berbahasa Melayu. Pengerusi mencadangkan sama seperti yang diperkatakan untuk Tingkatan 2. Tindakan : En. Muhammad Izuan Bin Rejab Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 En.Chua Kai Huat memaklumkan pelajar SPM kekurangan modul pembelajaran. Oleh itu, beliau mencadangkan agar duit PCG digunakan untuk mendapatkan semua modul untuk pelajar khususnya bagi pelajar Tingkatan 5. Selain itu, beliau juga meminta panitia menyediakan kertas jawapan untuk melatih pelajar menjawab soalan esei. Soalan-soalan peperiksaan 5 tahun yang lepas boleh digunakan oleh pelajar dan guru dalam sesi perbincangan. En. Ghafar Bin Yahya akan memberikan soalaon-soalan esei untuk digunakan oleh pelajar. Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng & En. Ghafar Bin Yahya

6.2

6.3

6.4

7.0

Program Qnet Tingkatan 1 hingga 5 Semua penyelaras tingkatan sudah menetapkan sasaran Qnet. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan sasaran Qnet bagi tahun 2011 :
Sasaran Sekolah Cemerlang Lulus Harapan 24 28 34 21 115 135 161 263 88 100 125 17 Sasaran Panitia Cemerlang Lulus Harapan 41 47 58 45 181 200 243 172 14 16 19 65 Penyelaras Cik Siti Norhanes Bt. Zailani Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti En. Muhammad Izuan Bin Rejab Cik Azizi @ Nor Azizi

Tkn. 1 2 3 4

17

208

14

38

146

55

Bt. Mahmood Cik Sadiah Bt. Kamar

Tindakan : Semua Guru Sejarah

8.0

Laporan Kewangan 8.1 Pembentangan Laporan Kewangan Suku Pertama oleh Pengerusi. Pengerusi memaklumkan bahawa sumber kewangan PCG sejumlah RM 3326.00. Namun, setakat bulan April, perbelanjaan hanya digunakan sebanyak RM 290 kerana peruntukan tahun 2011 baru diterima pada bulan Mac. Pengerusi memaklumkan juga bahawa sekiranya guru-guru sejarah membeli sesuatu peralatan atau mencetak nota dan latihan pembelajaran boleh merujuk kepada beliau. Pengerusi menjelaskan bahawa segala alatan bantu mengajar seperti pen marker dan refil sudah ditempah tetapi masih dalam proses penerimaan. Tindakan : Ketua Panitia & Guru-Guru Sejarah

9.0

Hal-Hal Lain Perkembangan Staf 9.1 Taklimat PBS Sejarah PMR Rujuk lampiran di belakang. Tindakan : Semua Guru Sejarah Tingkatan 1,2 & 3 Pembentangan Kertas Kerja Program Panitia Pn. Pang Fuie Shee membentangkan Program Panitia iaitu lawatan sambil belajar. Dalam hal ini, sasaran pelajar ditumpukan kepada pelajar sejarah kelas yang agak cemerlang. Pengerusi meminta Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood menyediakan borang kebenaran ibu bapa untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program tersebut manakala En. Muhammad Izuan Bin Rejab ditugaskan untuk mengawal disiplin dan keselamatan pelajar. Tindakan :Cik Azizi @ Nor Azizi Bte Mahmood, En. Muhammad Izuan Bin Rejab & Ketua Panitia Sejarah Guru yang menyediakan kertas soalan ujian dan peperiksaan harus memberikan satu salinan jawapan kepada guru matapelajaran pada hari ujian atau peperiksaan. Pengerusi juga mengingatkan bahawa JSU wajib dibuat dan analisis item juga perlu dibuat bagi tiga kelas pertama setiap tingkatan. Tindakan : Semua Guru Sejarah

9.2

9.3

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.

Disediakan oleh : Muhammad Izuan Bin Rejab Setiausaha Panitia Sejarah 29 April 2011

You might also like