You are on page 1of 10

Penanda Wacana A 1. Andaikan perkara ini berlanjutan, 2. Apa yang membimbangkan kita ialah 3.

Abad yang mementingkan material ini mengajar kita ... 4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah... 5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa... 6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa 7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini, 8. Ada pihak yang beranggapan bahawa 9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa 10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan 11. Adalah dipercayai bahawa... 12. Adalah lebih Afdal (baik) jika... 13. Adalah memalukan kita kerana 14. Adanya perkara ini kerana 15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika.... 16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan 17. Adat di dunia memang begitu, 18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana... 19. Adiwarna (memang bagus) jika kita...... 20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan... 21. Advis (nasihat) saya ialah ... 22. Aduan yang kita sering terima uialah... 23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan 24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa... 25. Agak membimbangkan kita kerana... 26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah...
1

27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan.... 28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana.. 29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya, 30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa 31. Alam terbentang menjadi saksi, 32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa 33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita.... 34. Amnya, (Umumnya) 35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana.... 36. Angkara perbuatan ini, 37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa.... 38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah ... 39. Atas dasar perikemanusiaan, 40. Ayuhai manusia,.... B 41. Bagaimana pun, 42. Bahang masalah in semakin terasa kerana 43. Bagunlah wahai rakyatku, 44. Barangkali kita terlupa bahawa... 45. Baru-baru ini, 46. Belakangan ini, 47. Bayangkan suatu hari nanti, 48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan... 49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka... 50. Belukar kehidupan ini mengajar kita.... 51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa 52. Bernas sekali anggapan bahawa... 53. Biasanya, 54. Bobroknya (rosaknya) masyarakat hari ini kerana...

55. Bulan dan bintang menjadi saksi bahawa C 56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor... 57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana 58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan.. 59. Cukuplah sekadar ini, 60. Cukup malu kerana... D 61. Dada manusia yang kejam ini.. 62. Dada insan yang rakus (tamak) ini... 63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan... 64. Dakwaan yang mengatakan bahawa... 65. Dakwaan ini memang tepat kerana 66. Dakwaan ini tidak berasas kerana 67. Dalam mengharungi arus globalisasi, 68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini, 69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari, 70. Dalam hal ini, 71. Dalam ajaran agama dan moral, 72. Dalam mengaplikasikan nilai ini, 73. Dalam pada itu, 74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah 75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa... 76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa.... 77. Dapat kita simpulkan bahawa... 78. Daripada membiarkan masalah ini kronik, 79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa... 80. Dalam hal sedemikian, 81. Dengan berbuat demikian, 82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..
2

83.

Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan... 84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana 85. Diskriminasi kaum menyebabkan... E 86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita 87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan. 88. Ekoran daripada peristiwa ini, 89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa.. 90. Entah mengapa, F 91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa... 92. Faktor utama ialah.. 93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah 94. Fasal (berkenaan) itu, 95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah... 96. Fokus utama topik kita ialah... 97. Fungsi utama ialah.. G 98. Galakan ini datangnya daripada... 99. Gamatlah suasana kerana ... 100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana... 101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa 102. Gejala ini ada kaitan dengan.... 103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila... 104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan.... 105. Generasi dotkom ini mementingkan.. 106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila...

107. Gundah sekali apabila.... 108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,, H 109. Habis (jadi), 110. Hala tuju kerajaan ialah... 111. Hal ini demikian kerana 112. Hal ini berlaku kerana... 113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana... 114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana... 115. Hal ini berpunca daripada... 116. Hal ini menyebabkan... 117. Hal ini menghalang usaha kita... 118. Hampanya ibu bapa apabila... 119. Harapan kita ialah... 120. Harapan negara ialah... 121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan 122. Hipotesisnya ialah... 123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana... 124. Hujah yang dikatakan... 125. Hujah itu memang tepat kerana... I 126. Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan... 127. Idea ini menyebabkan 128. Ideologi ini memang benar kerana... 129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana 130. Ijtihad pelbagai pihak ialah... 131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan... 132. Iman manusia semakin menipis kerana.. 133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik, 134. Impaknya(kesannya) ialah 135. Impak daripaha hal ini menyebabkan...
3

136. Ingatlah bahawa... 137. Ingat, 138. Insaflah wahai manusia, 139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana... 140. Istilah malas memang bahaya kerana... 141. Izinkan saya katakan bahawa.... J 142. Jika ditinjau dari sudut agama, 143. Jauhari berpendapat bahawa, 144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa 145. Jadi, 146. Berjaga-jagalah kita, 147. Jagat (dunia) ini amat luas, 148. Jagatraya (seluruh dunia) ini, 149. Jago (juara) politik beranggapan, 150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana 151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin 152. Jak ( semenjak / dari) 153. Jalan hidup yang lurus ini 154. Jauh di sudut hati, 155. Jauh berbeza daripada orang lain, 156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan 157. Jentera kerajaan mestilah 158. Jihad (perjuangan) manusia 159. Justifikasinya, (alasannya) 160. Jurang pemisah in menyebabkan K 161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa 162. Kaca mata ini sentiasa melihat 163. Kadangkala,

164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan 165. Kala manusia bermain dengan kezaliman, 166. Kalakian, ( ketika itu) 167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila 168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan 169. Kancah politik menyebabkan 170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga 171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan 172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana 173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila 174. Kata Perdana Menteri, 175. Kata golongan intelek, 176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa 177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa 178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah 179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila 180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan 181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya) 182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana 183. Kelak, 184. Kemudiannya, 185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan 186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan 187. Kekentalan hidup mengajar kita 188. Kerenah manusia pada zaman moden ini, 189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila 190. Khususnya, 191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana 192. Kini,
4

193. Kira-kira sedekad lalu, 194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa 195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila 196. Kombinasi ini menyebabkan 197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan 198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana 199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa 200. Konklusinya, 201. Konsep ini sesuai kerana 202. Kontradiksinya, (sebaliknya) 203. Kekosongan jiwa menyebabkan 204. Kotornya sanubari seseorang jika 205. Kreativiti ini menyebabkan 206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana 207. Kritikalnya masalah ini kerana 208. Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila 209. Kurangnya pendidikan menyebabkan L 210. Lagipun, 211. Lagi pula, 212. Langkah yang sesuai ialah 213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa 214. Lebih-lebih lagi, 215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana 216. Lahiriahnya ( pada awalnya) 217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana 218. Lanjutan daripada peristiwa itu, 219. Lantangnya suara manusia menyebabkan 220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang 221. Lebih-lebih lagi, 222. Leganya kita jika 223. Lillahi, (demi Tuhan) 224. Lumrahnya, (lazimnya)

225. Lumpur hidup ini memang begitu, M 226. Maknanya, 227. Maka, 228. Masa sekarang 229. Malangnya, 230. Malang tidak berbau, 231. Masihkah anda ingat, 232. Misalnya, S 233. Sementelahan, T 234. Tempiasnya (kesannya)

A. PERENGGAN EMPAT UNSUR iaitu Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur: 1. 2. 3. 4. Unsur 1 (ayat utama) Unsur 2 (ayat huraian) Unsur 3 (ayat contoh) Unsur 4 (ayat penegas)

B. AKSESORI KARANGAN 1. Kosa Kata Menarik 2. Penanda Wacana Menarik 3. Ungkapan Menarik 4. Frasa Menarik

BAHASA MALAYSIA 1 PANDUAN PENULISAN KARANGAN CEMERLANG CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI PANDUAN: Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah
6

PERENGGAN 4 UNSUR: 1. Ayat Utama:


Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan. Gunakan ayat mudah.

2. Ayat Huraian:

anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk. (TUGASAN) Contoh Perenggan 4 Unsur Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK). Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya, ketua keluarga harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama (AYAT HURAIAN). Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. menyatakan institusi keluarga Fadhillah Kamsah

Pengembangan isi berdasarkan isi utama. Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana/ kesan) Menggunakan penanda wacana yang sesuai. Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik

3. Ayat Contoh: Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:


Data statistik Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati Penemuan atau kajian sains. Contoh langsung

4. Ayat Penegas: Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan


Penutup kepada perenggan Menegaskan semula isi utama

Contoh Soalan Karangan: Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat
7

merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah

penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).

Teknik Mengembangkan Isi Karangan Formula : IMPAK soalan langkah/usaha KESAN soalan kesan PUNCA soalan punca FAEDAH soalan kebaikan/kepentingan KAEDAH 5W 1H soalan laporan peristiwa Formula IMPAK - Formula IMPAK sesuai untuk karangan jenis langkah atau usaha I - Isi tentang langkah / usaha (cara yang dilaksanakan) M - Mengapa perlu dijalankan ( masalah sebelum ini) P - Pengembangan / penerangan bagaimana langkah tersebut harus dilaksanakan/dijayakan oleh sesuatu pihak /agensi berkenaan A - Masukkan alibi(bukti dan keterangan tentang langkah tersebut sebagai contoh) K - Kesan positif langkah yang diambil/bakal dijalankan Setiap perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 6-8 ayat. Susunan ayat / idea bebas sama ada deduktif, indukif dan gabungan. Soalan Contoh Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa Rangka Jawapan I -Isi / langkah ~ memperkenalkan Malaysia di luar negara. M - Mengapa/ masalah sebelum ini ~ Malaysia indah tetapi belum dikenali ( iklim, flora-fauna, masyarakat majmuk, pelbagai budaya, syurga makanan dll) P - Pengembangan / bagaimana melaksanakan ~ Malaysia
8

Sila buat latihan berdasarkan soalan berikut: Soalan : Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan pidato kemerdekaan. Anda berminat untuk menyertai pidato tersebut.Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Tuliskan pidato tersebut selengkapnya.

boleh diperkenalkan melalui media elektronik dan cetak (internet, halaman, risalah, iklan, dokmentari) A - Alibi (contoh / bukti ) ~ pembikinan Majalah 3 oleh TV3, Warisan Sungai oleh RTM, Rencana dalam Majalah Going Places oleh MAS. K - Kesan ~ kedatangan pelancongan bertambah / pertukaran wang asing meningkat. Formula KESAN - Menghuraikan isi kesan sesuatu perkara. K - Kesan (isi) / ayat topic E - Explain bagaimana berlaku / terjadi kesan tersebut S - Sebab terjadi demikian A - Alibi ( contoh/ bukti kejadian) N - Natijah/ kesan keseluruhan Soalan Contoh Kemasukan warganegara asing ke negara ini secara haram menimbulkan pelbagai kesan kepada rakyat negara ini. Huraikan kesan-kesan tersebut. K -Kesan(isi) ~ merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan. E - Explain / bagaimana ~ majikan lebih suka mengupah mereka ~ suka membelakangkan warga tempatan ~ sanggup berhentikan pekerja tempatan untuk memberikan laluan kepada warga asing S - sebab ~ merupakan pekerja yang rajin dan baik ~ berasal dari keluarga yang miskin ~ sanggup melakukan sebarang pekerjaan ~ tidak memilih / cerewet tentang upah A - Alibi / contoh ~ berlaku di sektor perladangan ~ berlaku di sektor pembinaan, perkilangan N - Natijah (akibat) ~ kadar penggangguran pekerja tempatan
9

meningkat ~ kadar jenayah meningkat Formula PUNCA Huraian isi sebab / punca / faktor sesuatu perkara P - Point (sebab / punca / faktor) U - Ulasan isi / point (definisi, mengapa,bila, di mana, siapa) N - Naratif (ceritakan) bagaimana terjadi / berlaku C - Contoh / bukti A - Akibat / Natijah / Kesan Contoh soalan Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah P - Point (punca) punca tertarik / terpengaruh oleh dorongan material U - Ulasan ~ dorongan material tersebut ialah mahu hidup bergaya, kelihatan cantik dan anggun, merasai nikmat keduniaan N - Naratif tergoda oleh cerita rakan meninggalkan sekolah dan membelakangi ibu bapa akibat mentah dalam pemikiran / kurang asam garam kehidupan C - Contoh kajian oleh pihak polis membuktikan faktor tersebut, hasil temu ramah dengan mangsa / reaksi mangsa dalam Kisah Benar di TV 3 A - Akibar Remaja menggilai nilai-nilai kebendaan tetapi malang tidak berbau remaja terjebak ke dalam kancah maksiat / lembah kehinaan seperti menagih dadah, pelacuran Formula KAEDAH Menghuraikan isi faedah sesuatu perkara Fa - Fakta iaitu Faedah / Kebaikannya E - Explain bagaimana terjadi / berlaku / diperolehj

Da - Dalil (keterangan, bukti, contoh faedah) H - Hujah pendirian { penulis / ayat kesimpulan } Contoh Faedah / Kebaikan Teknologi maklumat Dalam bidang perubatan Fa - Teknologi maklumat untuk mendiagnosis pesakit dan mengenal pasti penyakit E - Data maklumat lengkap mudah dibandingkan / dianalisis Da - Komputer menerima imput tentang status pesakit memproses input contoh H - Terbukti bahawa Teknologi maklumat dapat dimanipulasikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan negara kita Dalam bidang pendidikan Fa - Memudahkan pelajar-pelajar berhubung dengan pensyarah-pensyarah di dalam atau di luar negara E - Pelajar dapat berkomunikasi secara langsung dengan pensyarah berhubung masalah pembelajaran Da - Telesidang dan internet memungkinkan komunikasi dua hala berlangsung H - Dalam hal ini, Teknolgi Maklumat bukan sahaja menjimatkan kos malah menjimatkan masa. Formula KEDAH 5 W 1 H Huraikan untuk soalan laporan peristiwa Apa - Apa peristiwa yang ingin dilaporkan Bagaimana - Bagaimana peristiwa tersebut berjalan atau dilaksanakan atau berlaku Siapa - Siapa yang terlibat dalam peristiwa terebut Di mana - Di mana peristiwa itu berlaku Bila - Bila ia berlaku / tarikhnya Mengapa - Mengapa berlaku atau mengapa diadakan
10

You might also like