You are on page 1of 9

X PENGENALAN

Tarannum Sikah adalah sebuah lagi tarannum yang mahsyur di kalangan


tarannum-tarannum lain yang muktabar. Bagi dunia Melayu, ia amat popular
sebagai salah satu daripada lagu yang diaplikasikan di dalam bacaan berzanji. Di
kalangan masyarakat Arab pula, ia sering juga digunakan di dalam nyanyian
lagu dan bacaan al-Quran mereka. Selain itu, ia tidak kurang popularnya
daripada tarannum-tarannum lain di sisi para Qurra Mesir.

Dengan memiliki ciri yang bersahaja dan menarik, ia telah berkembang
keseluruh dunia termasuklah di Malaysia pada zaman bermulanya
perkembangan ilmu tarannum yang dipelopori oleh Almarhum Masom Pergau
dari Kelantan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Sikah, sifat-sifat dan
peranannya dalam bacaan al-Quran;
2. Menerapkan tarannum Sikah dalam surah-surah yang mengandungi
Mad Aridh Lissukun, Mad Iwad dan yang tidak mengandungi mad
di kepala ayat; dan
3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan
dengan Sikah.
AKTIVITI 1.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
9
9
X Tarannum
Sikah
X TOPIK 9 TARANNUM SIKAH

114

SEJARAH TARANNUM SIKAH

9.1.1 Definisi Sikah dan Sejarah Perkembangannya


Tarannum Sikah adalah sebuah lagu yang berasal dari negara Parsi. Setelah
diubahsuai, ia diterima pakai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari negara
Hijazi dan dipopularkan kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia ini
mengikut lahjah Arab Hijazi bermula dari kurun ketujuh sehingga kurun
kesembilan belas Masihi. Sehingga kini, ia telah dipopularkan semula oleh para
Qari Mesir yang dikenali dengan nama Sikah Misri, di mana bentuk dan
alunannya lebih lembut dan lebih bersopan.

9.1.2 Sifat-sifat Tarannum Sikah


Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang unik. Gerakannya yang tampak
ringan dan bersahaja membuatkan ia berbeza daripada tarannum-tarannum lain
dari sudut bentuk lagunya. Ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang
menceritakan tentang kerohanian, kisah-kisah nabi atau sesuatu kaum di dalam
al-Quran, hari kiamat dan sebagainya. Di antara Qari-qari Mesir kontemporari
yang masyhur dan sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu
mereka ialah Syeikh Shahhat Mohammad Anwar, Dr. Nuana dan lain-lain.
Manakala Syeikh Saad al-Ghamidi yang sering dikumandangkan bacaannya oleh
rakyat Malaysia pula sering juga menggunakan tarannum ini dalam bacaan
murattalnya. Rajah 9.1 berikut memberikan ciri-ciri umum tarannum Sikah.

AKTIVITI 9.1
Sila cari maklumat berkaitan dengan kaedah membawa rawi (berzanji)
dengan menggunakan lagu Sikah.
9.1
AKTIVITI 9.2
Bincangkan dalam kumpulan tentang sejarah perkembangan Tarannum al-
Quran di Malaysia.

TOPIK 9 TARANNUM SIKAH W 115


Rajah 9.1: Sifat-sifat/ciri-ciri umum tarannum sikah

9.1.3 Peranan Tarannum Sikah


Tarannum Sikah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sesebuah
persembahan. Di antara peranan-peranan tersebut dapat kita lihat dalam Rajah
9.2.



Senaraikan nama-nama johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di
Malaysia yang anda kenali.

SEMAK KENDIRI 9.1
X TOPIK 9 TARANNUM SIKAH

116

Rajah 9.2: Peranan tarannum sikah



Demikian antara peranan yang dibawa oleh tarannum Sikah dalam sesuatu
bacaan. Jika ia dibawa dengan baik, maka para pendengar akan lebih mudah
terkesan dan mudah mendapat gambaran tentang bentuk atau kisah ayat yang
dibaca.







AKTIVITI 9.3
Dengan merujuk pada surah al-Muminun ayat 24, al-Furqan ayat 19 dan al-
Qamar 32, sila tatbiqkan tarannum Sikah dengan berpandukan contoh dari
bacaan guru anda.
TOPIK 9 TARANNUM SIKAH W 117
TATBIQ TARANNUM SIKAH DALAM AL-
QURAN

9.2.1 Tatbiq Tarannum Sikah dalam Surah yang


BerMad Aridh Lissukun
Surah al-Muminun: 24

`0 !# q9# m9#
$) #=9# %!# #`. % $ # ) 0 /3=W ` & G
6= 9 $ !# { 3= $ $ #5 $$/# ,!{# )
) `_ / _ #/ I / Lm m $% > # $/ /2

9.2.2 Tatbiq Tarannum Sikah dalam Surah yang
BerMad Iwadh
Surah al-Furqan: 19

`0 !# q9# m9#
) ./2 $/ 9)? $ `F`@ $ #` =
6 % $/# #72 $ $=& =6% =9# ) )
=.'9 $9# #`{# $=_ 6/ 79 F
9`?& %2 7/ #/


9.2
X TOPIK 9 TARANNUM SIKAH

118
9.2.3 Tatbiq Tarannum Sikah dalam Surah yang Tidak
BerMad di Kepala Ayat
Surah al-Qamar: 32

`0 !# q9# m9#
)9 $ #)9# .%#9 . M/. `% 9 9$/ $)
$=& = $7%n ) # 9 g s0 $ 79.
g 3




TARANNUM YANG SESUAI
DIWASLAHKAN DENGAN TARANNUM
SIKAH
Terdapat beberapa tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum
Sikah. Ini kerana terdapat persamaan pada air lagu ataupun wazan lagu tersebut.
Di antara tarannum-tarannum tersebut dapat kita lihat dalam Rajah 9.3.



Berpandukan pengajian tarannum sebelum ini, cuba praktiskan waslah al-
mumaslah tarannum Sikah dengan tarannum Soba dan Rast.

SEMAK KENDIRI 9.2
9.3
TOPIK 9 TARANNUM SIKAH W 119


Rajah 9.3: Tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum sikah

Adalah menjadi kebiasaan para Qurra mewaslahkan tarannum-tarannum di atas
pada lagu Sikah. Seperti biasa, kaedah waslah tarannum Sikah dengan lagu lain
boleh dilaksanakan sama ada mengikut kaedah waslah di tengah ataupun di
hujung lagu tersebut.

9.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah dalam Tarannum
Sikah
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarannum Sikah adalah sebuah tarannum
yang memiliki ciri-ciri keunikan yang tersendiri. Pada ketika-ketika tertentu, ia
boleh diwaslahkan dengan beberapa tarannum lain seperti Soba, Husaini, Rast
dan Jiharkah dengan tujuan menambah seri pergerakan lagu Sikah tersebut.
Namun begitu, terdapat beberapa peranan lain mengapa sesuatu tarannum itu
digandingkan dengan lagu Sikah. Di antaranya diterangkan seperti berikut:

(a) Mengurangkan Ketegangan di dalam Persembahan
Tarannum yang amat sesuai untuk diwaslahkan dengan lagu Sikah,
khususnya apabila Qari merasa sedikit ketegangan dalam
persembahannya, ialah Rast dan Jiharkah.

(b) Mencantikkan Persembahan
Tarannum Soba boleh diwaslahkan ke dalam harakat jawab Sikah kerana ia
akan menambahkan lagi kesan khas yang menarik di dalam persembahan.

(c) Memanaskan Bacaan
Bagi menjadikan persembahan lebih berkesan, maka ia boleh juga diwaslah
dengan Husaini ataupun Hijaz.

X TOPIK 9 TARANNUM SIKAH



120

KENDIRI9.3


Tarannum Sikah antara tarannum muktabar yang terkenal. Di dunia
Melayu, ia amat sinonim dengan bacaan berzanji. Di kalangan masyarakat
Arab pula, ia sering digunakan di dalam nyanyian dan bacaan al-Quran
mereka. Ia memiliki ciri yang bersahaja dan menarik.

Tarannum Sikah berasal dari negara Parsi dan telah diubah suai dan
dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum negara Hijazi mengikut lahjah
mereka kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia. Ia kemudiannya
dipopularkan lagi oleh para Qari Mesir dengan bentuk dan alunan yang
lebih lembut serta lebih bersopan dan dikenali dengan nama Sikah Misri.

Gerakan tarannum Sikah yang tampak ringan dan bersahaja membuatkan
ia unik dan berbeza dari tarannum-tarannum lain. Selain daripada

Sila ulang kaji semula apa yang anda pelajari dalam topik ini dengan
menjawab semua soalan yang dikemukakan berikut.

1. Huraikan serba sedikit tentang latar belakang tarannum Sikah.

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Sikah.

3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Sikah tersebut,
apakah ayat-ayat yang bersesuaian unutk diaplikasikan tarannum
Sikah ke atasnya? Berikan contohnya.

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Sikah
di dalam sesebuah bacaan.

5. Menurut pembelajaran anda, apakah tarannum lain yang paling
sesuai dan mudah untuk diwaslahkan dengan tarannum Sikah?

6. Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan
dengan tarannum Sikah dan huraikan mengenai keperluan waslah
al-mumasalah tersebut.

7. Apakah pendapat anda tentang tarannum Sikah yang telah
dipelajari?

SEMAK KENDIRI 9.3


TOPIK 9 TARANNUM SIKAH W 121
menonjolkan keindahan seni lagu al-Quran, tarannum Sikah turut
memainkan peranan tersendiri dalam menzahirkan keagungan dan sifat
mukjizat al-Quran.

Antara tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Sikah
ialah tarannum Rast, Soba, Husaini dan Jiharkah.


Lahjah
Mukjizat
Sifat-sifat alunan dan peranan Sikah


Tarannum Sikah
Tatbiq


Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.
Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-Itisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.
Dimashq: Dar al-Qalam.
KATA KUNCI

You might also like