You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat AJK Pertandingan Kejohanan Hoki MSSD Sabak Bernam 2011 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : Tn.

Hj. Abd. Malek B. Hj. Jailani En. Mohd Hishamuddin B. Darmo En. Amizar B. Mahadi En. Ahmad Matsom B. Hj. Mahbut En. Muhammad Norhisham B. Ayub En. Mohd Shah Rizat En. Musa B. Razali En. Mohd Radhi B. Rahim Pn. Nor Haliza Bt. Basir Pn. Halimatonor Bt. Sabran En. Samat Yahya B. Bahran En. Mohd Khair B. Kamaruddin En. Zaid B. Ghazali En. Idris B. Mansor Pn. Meizratul Salmiah Chew Bt. Abdullah Hadir Bersama : Pn. Fariha Bt. Hj. Yaacob AGENDA MESYUARAT 1 Ucapan Pengerusi : Tn. Hj. Abd. Malek B. Jailani (Wakil Pengetua SMK TAR Putra) 1.1 Mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan mengucapkan salam serta salam 1 Malaysia. 1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPD kerana memberi kepercayaan untuk mengelolakan Kejohanan Hoki MSSD 2011. 1.3 Memaklumkan bahawa tujuan kejohanan dianjurkan untuk mencungkil bakat-bakat baru sambil berharap kejohanan 2011 dapat berjalan dengan lancar dan sekaligus memberikan gambaran yang terbaik untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang. 1.4 Beliau menyebut 8 buah sekolah menengah yang mengesahkan penyertaan dan 3 buah sekolah rendah akan mengambil bahagian dalam pertandingan. 1.5 Beliau juga berharap segala kekangan seperti tahun-tahun yang lepas dapat dielakkan dan sebagai tuan rumah akan cuba sedaya-upaya untuk melaksanakan kejohanan sebaik mungkin, agar tidak ada pihak yang tidak berpuas hati serta meminta maaf terlebih dahulu andai ada kekurangan yang mungkin terjadi. Makluman Ucapan wakil PPD : Pn. Fariha Bt. Hj. Yaacob (Wakil SK Seri Sekinchan) 2.1 Beliau mengucapkan selamat datang kepada guru-guru yang hadir. 2.2 Memaklumkan akan mula bertugas di SK Seri Sekinchan pada 14 Mac 2011 sebagai Guru Besar dan secara tidak langsung turut mewakili sekolah tersebut. 2.3 Mengucapkan tahniah kepada tuan rumah SMK TAR Putra dan SK Seri Sekinchan. 2.4 Memberitahu tarikh kejohanan yang telah dicadangkan pada : MSSD, 4 5 April 2011 (6 April sebagai hari tambahan jika ada masalah teknikal atau hujan) dan MSSS, 10 14 Mei 2011. Wakil PPD Sabak Bernam / SK Seri Sekinchan SMK TAR Putra / Pengerusi SBPI Sg. Lang SMK TAR Putra SMKA Spg. Lima SMJK Yoke Kuan SMK Munshi Abdullah SMK TAR Putra / Peng. Teknik Sek. Menengah SMK Sg. Besar SMK Dato` Mustaffa SMK TAR Putra / Pencatat SK Spg. Lima / Peng. Teknik Sek. Rendah SK Seri Sekinchan SK Spg. Lima SK Seri Sekinchan SK Seri Makmur : 9 Febuari 2011 : 8.30 pagi : Bilik Mesyuarat Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Sabak Bernam

2.5 Sumbangan penyertaan sebanyak RM50.00 setiap kategori untuk makanan serta minuman dan perlu dibayar pada hari pertandingan kepada sekolah penganjur. 2.6 PPD akan menyediakan 3 sijil : 2.6.1 Sijil pencapaian 2.6.2 Sijil penyertaan 2.6.3 Sijil penghargaan 2.7 Latihan pusat akan diserahkan kepada tuan rumah. Latihan dibenarkan pada waktu petang sahaja dan kadar bayaran untuk makanan sebanyak RM2.00 / pelajar. 2.8 Di peringkat MSSS kontinjen akan ditanggung sebanyak RM12.00 untuk makanan dan RM15.00 untuk penginapan. Guru pengiring atau sebagainya boleh membuat tuntutan perjalanan, elaun makan dan elaun lojing mengikut kadar yang ditetapkan. 2.9 Harapan beliau pada kejohanan MSSS, Daerah Sabak Bernam dapat memberikan aksi yang lebih baik lagi dari tahun 2010 dan memohon semua pihak beri kerjasama. Makluman Ucapan Pengerusi Teknik : En. Musa B. Razali 3.1 Memaklumkan laporan pertandingan Hoki MSSD 2010 sebanyak 8 penyertaan begitu juga pada 2011 juga sebanyak 8 penyertaan. 3.2 Mengharapkan kejohanan 2011 berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dengan sekolah yang mengambil bahagian. 3.3 Setiap pasukan mesti mempunyai pengurus dan jurulatih. 3.4 Masalah kekurangan pengadil kerana ada beberapa pengadil pada kejohanan lepas telah berpindah ke tempat lain serta telah dinaikkan pangkat. 3.5 Peraturan pertandingan / permainan boleh didapati didalam fail yang telah dibekalkan untuk setiap sekolah. Contoh peraturan yang digunakan di kejohanan MSSS : 3.5.1 Kad hijau : pemain direhatkan 2 minit 3.5.2 Masa perlawanan : 15 minit 3.5.3 Sistem Autoplay diguna pakai 3.5.4 Mesti membuat hantaran 5 m lebih kepada rakan terlebih dahulu di dalam kawasan 25 ela 3.5.5 Semasa penalti corner, pelari yang keluar terlebih awal sebelum bola ditolak akan didenda pergi ke tengah padang. 3.6 Jadual perlawanan mengikut peraturan MSSS iaitu kumpulan XY. 3.7 Jurulatih pasukan yang menjadi juara kejohanan akan diberi mandat untuk membawa pasukan ke peringkat negeri. 3.8 Untuk penyertaan pada tahun ini, pelajar tingkatan enam tidak dibenarkan mengambil bahagian. Tindakan : Pengerusi teknik dan pengurus pasukan Format Pertandingan 4.1 Tempoh masa pertandingan adalah 7 1 7. Satu pasukan mempunyai 18 orang pemain. 4.2 Tarikh perlawanan : 4 & 5 April 2011. Hari pertama untuk kategori Lelaki Bawah 18 dan hari kedua untuk kategori Perempuan Bawah 18. 4.3 Semua perlawanan akan dijalankan secara liga. Penyertaan dan undian pasukan adalah seperti berikut : Lelaki Bawah 18 Tahun A SMK Seri Bedena SMK Munshi Abdullah SMK Sg. Besar SMK TAR Putra B SMKA Spg. Lima SMK Yoke Kuan SBPI SMK Dato` Mustaffa

Perempuan Bawah 18 Tahun A B SBPI SMK Sg. Besar SMK Dato` Mustaffa SMK Yoke Kuan SMKA Spg. Lima SMK Seri Bedena SMK TAR Putra SMK Munshi Abdullah 4.4 Kedudukan tempat ketiga dan keempat akan ditentukan secara pukulan flik untuk memudahkan sided pada tahun 2012. Tindakan : Pengerusi teknik dan pengurus pasukan Hal-hal Lain 5.1 Pendaftaran peserta menggunakan borang penyertaan MO1 dan MO2 yang disediakan dan menyertakan salinan kad pengenalan saiz A4 setiap seorang palajar MO1 dan salinan kad pengenalan hendaklah disahkan oleh pegawai yang sama (kad pengenalan asal juga perlu dibawa) serta diserahkan pada hari pertandingan kepada urusetia. 5.2 Setiap pasukan digalakkan untuk menyediakan dua warna jersi atau bip. Stokin dan kasut tidak dibenarkan berwarna putih dan diwajibkan memakai shin guard. Bagi pemain perempuan digalakkan memakai stokin di luar seluar supaya dapat membezakan kedua-dua pasukan. 5.3 Memohon pada bahagian teknikal untuk menyediakan seseorang untuk menjaga masa. 5.4 Satu taklimat khas teknikal kejohanan akan diadakan pada 24hb Mac 2011 (Khamis) pukul 2.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat UPK, PPD Sabak Bernam dan dihadiri oleh Pengurus, jurulatih dan pengadil. 5.5 Memohon alat keselamatan untuk pemain yang mewakili daerah ke peringkat MSSS seperti pelindung muka (face mask) atau headgear. 5.6 Memohon PPD dapat menanggung latihan pusat menggunakan padang astroturf. 5.7 Inisiatif sekolah untuk melakukan perlawanan persahabatan dan meminta kerjasama dari sekolahsekolah lain . Tindakan : PPD, pengerusi teknikal dan pengurus pasukan Penutup 6.1 Memohon kerjasama kepada semua yang hadir agar dapat bekerjasama dan membantu agar kejohanan MSSD 2011 berjalan lancar serta sempurna. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi.

Di sediakan oleh: (HALIMATONOR BT. SABRAN) Setiausaha Kejohanan Hoki MSSD 2011

Di sahkan oleh: (Dr. HJH. ROSNAH BT. SELAMAT) Pengerusi Kejohanan Hoki MSSD 2011

You might also like