You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA PERHIMPUNAN PAGI 18.02.

2007
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbilalamin Wassalatuwassala Muala Ashrafil Ambiya Iwal Mursalin Waala Alihi Wasahbihi Ajmain. Yang Berbahagia Tuan Haji Shahidan B. Abdul Rahman, Pengarah Institut Perguruan Darulaman, Yang Berusaha Tuan Haji Ismail B. Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Darulaman, En. Jusni B Nasirun, Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, merangkap Pengerusi Pengelola Perhimpunan Mingguan, Yang Dihormati Ketua ketua Jabatan, Ketua ketua Unit, Para Pensyarah, Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, serta para pelajar sekalian. Assalamualaikum WBT, Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Untuk makluman hadirin-hadirat sekalian, pada minggu ini Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan perhimpunan pagi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan & para pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana memberi kepercayaan kepada pelajar-pelajar PPRP4T SAINS untuk mengelolakan majlis. Untuk memohon keredhaan Allah SWT ke atas majlis kita pada pagi yang mulia ini, majlis dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Mohd Faisal Bin Salim, pelajar PPPRP4T SAINS 1 untuk membacakan doa . Dipersilakan. ( Bacaan Doa ). Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Mohd Faisal Bin Salim di atas bacaan doa itu tadi. Perhimpunan pagi ini diteruskan dengan nyanyian dua buah lagu : Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah di bawah pimpinan Saudara Syed Yusri Bin Syed Isa, pelajar PPPRP4T SAINS 2 ( Nyanyian Lagu ). Terima kasih diucapkan kepada Saudara Syed Yusri Bin Syed Isa Meneruskan aturcara, majlis menjemput Saudari Ku Liana Farhany Bt Ku Abdul Halim dari kelas PPPRP4T SAINS 3 untuk menyampaikan renungan yang bertajuk Sains : Bukti Ketuhanan Di Dalam Al-Quran. ( Renungan Pagi ). Terima kasih diucapkan kepada di atas renungan sebentar tadi . Seterusnya majlis menjemput, En. Jusni B Nasirun, Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkap Pengerusi Pengelola Perhimpunan Mingguan, untuk memperkenalkan barisan pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dipersilakan. ( Memperkenalkan Barisan Pensyarah ). Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada En. Jusni B Nasirun. Di sini terdapat beberapa pengumuman : Pertama : _______________ Kedua : _______________ Aturcara majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Shahidan B. Abdul Rahman, Pengarah Institut Perguruan Darulaman, untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan. ( Ucapan Pengarah ). Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Shahidan B. Abdul Rahman, Pengarah Institut Perguruan Darulaman. Perhimpunan pagi ini diakhiri dengan nyanyian Lagu IPDA, sekali lagi dibawah pimpinan Saudara Syed Yusri Bin Syed Isa. ( Nyanyian ). Terima kasih diucapkan kepada Saudara Syed Yusri Bin Syed Isa. Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi maka tamatlah sudah perhimpunan pada pagi ini. Segala yang baik datangnya daripada Pencipta dan yang lemah itu merupakan takdir yang Maha Berkuasa. Sekian, Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum wbt. Perhimpuanan bersurai.

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbilalamin Wassalatuwassala Muala Ashrafil Ambiya Iwal Mursalin Waala Alihi Wasahbihi Ajmain. Assalamualaikum WBT, Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Tuan Haji Shahidan B. Abdul Rahman, Pengarah Institut Perguruan Darulaman, Yang Berusaha Tuan Haji Ismail B. Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Darulaman, Tuan Haji Shamsudin B. Abdul Rahman, Ketua Jabatan, Jabatan Kajian Sosial merangkap Pengerusi Pengelola Perhimpunan Mingguan, Yang Dihormati Ketua ketua Jabatan, Ketua ketua Unit, Para Pensyarah, Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Para Pelajar seterusnya Tuan tuan, Puan puan, Hadirin dan Hadirat sekalian. Diucapkan selamat kembali ke Institut Perguruan Darulaman setelah bercuti pertengahan semester selama seminggu. Untuk makluman, pada minggu ini Jabatan Kajian Sosial telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan perhimpunan pagi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan & pensyarah di Jabatan Kajian Sosial kerana memberi kepercayaan kepada pelajar PKPG Bimbingan Dan Kaunseling IPDA UPSI untuk mengelolakan majlis. Untuk memohon keredhaan Allah SWT ke atas majlis kita pada pagi yang mulia ini, majlis dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Mohd Ridzuan Bin Ismail. Dipersilakan. ( Bacaan Doa ). Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Mohd Ridzuan Bin Ismail. Perhimpunan pagi ini diteruskan dengan nyanyian dua buah lagu : Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah di bawah pimpinan Saudari Asma Bt Mohd Ali. ( Nyanyian Lagu ). Terima kasih diucapkan kepada Saudari Asma Bt Mohd Ali.

Meneruskan aturcara, majlis menjemput Saudari Norzuraidah Bt Haji Awal untuk menyampaikan renungan pagi yang bertajuk KECEMERLANGAN MILIK KITA SEMUA. ( Renungan Pagi ). Terima kasih diucapkan kepada Saudari Norzuraidah Bt Haji Awal. Seterusnya majlis menjemput Tuan Haji Shamsudin B. Abdul Rahman, Ketua Jabatan, Jabatan Kajian Sosial merangkap Pengerusi Pengelola Perhimpunan Mingguan, untuk memperkenalkan barisan pensyarah di Jabatan Kajian Sosial. Dipersilakan. ( Memperkenalkan Barisan Pensyarah ). Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Shamsudin B. Abd Rahman. Di sini terdapat beberapa pengumuman : Pertama : _______________ Kedua : _______________ Aturcara majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Shahidan B. Abdul Rahman, Pengarah Institut Perguruan Darulaman, untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan. ( Ucapan Pengarah ). Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Shahidan B. Abdul Rahman, Pengarah Institut Perguruan Darulaman. Perhimpunan pagi ini diakhiri dengan nyanyian dua buah lagu : Lagu IPDA dan Lagu Kami Guru Malaysia sekali lagi dibawah pimpinan Saudari Asma Bt Mohd Ali. ( Nyanyian ). Terima kasih diucapkan kepada Saudari Asma Bt Mohd Ali. Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi maka tamatlah sudah perhimpunan pada pagi ini. Segala yang baik datangnya daripada Allah dan kelemahan itu datangnya daripada saya semasa mengendalikan majlis. Sekian, Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum wbt. Perhimpuanan bersurai.

You might also like