You are on page 1of 32

Kata Nama Am dan Khas

Kata Nama
1. 2. Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan sebagainya. Kata nama terbahagi kepada: a. kata nama am b. kata nama khas c. kata ganti nama

Kata Nama Am Menyatakan manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya. ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu y y Contoh: doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi

Kata Nama Khas Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku. y ditulis dengan huruf besar di pangkalnya. y Contoh: Ruzila , Tompok , Petaling Jaya , Sabah , Bandar Baru Uda , Rentung

Kata Kerja
1. 2. 3. Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan. Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (a) kata kerja transitif (b) kata kerja tak transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat. Contoh : Kakak membasuh baju. Membasuh ialah kata kerja transitif manakala baju pula ialah objek bagi kata kerja membasuh. membasuh baju. merupakan predikat bagi ayat tersebut. Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu: (a) kata kerja transitif dalam ayat aktif Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik. (b) kata kerja transitif dalam ayat pasif. Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah. Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat. Contoh: Kumar berenang.. Berenang ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu (a) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap Contoh : Ibu saya masih tidur. (b) kata kerja tak transitif berpelengkap Contoh : Kami tinggal di Seremban.

4.

5.

6. 7.

8.

Kata Ganti Nama

Nota
1. 2. Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama terbahagi kepada: i. kata ganti nama diri ii. kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada: kata ganti nama diri pertama contoh :saya, aku, daku, patik, hamba , kita, i. kami dan lain-lain.

3. 4.

ii. iii.

kata ganti nama diri kedua contoh :anda, awak, kamu, engkau, tuanku dan lain-lain kata ganti nama diri ketiga contoh : baginda, beliau, mereka dan lain-lain

5.

Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk - contoh : ini, itu

Kata Ganti Nama Diri


Nota

1. 2.

Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu: i. ii. Kata ganti nama diri Kata ganti nama tunjuk

3.

Kata ganti nama diri terbahagi kepada: i. Kata ganti nama diri orang

ii. 4.

Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada: i. ii. iii. Kata ganti nama diri pertama Kata ganti nama diri kedua Kata ganti nama diri ketiga

5.

Contoh:

Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku Kata ganti nama diri kedua : awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu Kata ganti nama diri ketiga : dia, beliau, ia, baginda, mereka
6. Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat. Contoh: ini, itu 7. Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Contoh: apa, siapa, mana

Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama:

1. (a) Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat dalam banyak kejadian jenayah. (salah) (b). Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Dia terlibat dalam banyak kejadian jenayah. (betul)

Penjelasan : Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan seseorang. Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati.

2. (a) Kalian-kalian mesti bekerjasama dari sekarang, kata Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (salah)

(b). Kalian mesti bekerjasama dari sekarang, kata Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (betul)

Penjelasan :Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak perlu digandakan.

3. (a) Tompok sangat manja. Ia suka menggesel-geselkan bulunya pada kaki saya. (salah) (b) Tompok sangat manja. Tompok suka menggesel-geselkan bulunya pada kaki saya. (betul)

Penjelasan : Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

Penjodoh Bilangan
NOTA Senarai Penjodoh Bilangan serta Penggunaannya Penjodoh Bilangan 1. angkatan Penggunaannya dan Contoh Ayat Digunakan untuk kumpulan manusia dan benda seperti tentera, penulis, kapal, dan sebagainya.

Contoh Ayat: Seangkatan penulis muda sedang berbengkel di dewan itu. Digunakan untuk benda-benda yang luas seperti tanah, tikar, layar, dan sebagainya.

2. bidang

Contoh Ayat: Ayah Amiera memiliki empat bidang tanah di Kota Digunakan untuk benda-benda yang dikoyakkan seperti kertas, kain, dan sebagainya.

3. carik

Contoh Ayat: Secarik kain telah digunakan untuk mengesat luka adik. Digunakan untuk sesuatu yang dicucuk dengan lidi seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya.

4. cucuk

Contoh Ayat: Saya tidak termakan dua puluh cucuk sate yang dihidangkan oleh ibu Liza. Digunakan untuk bunyi tembakan atau letupan seperti pistol, senapang, dan meriam

5. das

Contoh Ayat: Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah sekumpulan pengganas bagi meredakan keadaan Digunakan untuk sesuatu yang dipotong tipis-tipis seperti daging, bawang, dan sebagainya.

6. iris

Contoh Ayat: Beberapa iris timun telah diletakan dalam pinggan sebagai hiasan. Digunakan untuk sesuatu yang disukat dengan genggam tangan seperti pulut, nasi, dan sebagainya. Contoh Ayat: Ibu menyuapi adik sekepal nasi lembik. Digunakan untuk kayu, rokok, dan sebagainya yang berlebih daripada yang terbakar.

7. kepal

8. puntung

Contoh Ayat: Kebakaran itu berpunca daripada sepuntung rokok.

Penjodoh Bilangan
Nota 1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.

Penjodoh Bilangan baris

batang

biji

cucuk

das ekor gugus

ikat

jambak

keping

ketul

laras

lembar

Penggunaan Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayursayuran, dan sebagainya Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buahbuahan, dan sebagainya Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang

sikat ulas

utas

Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, antinganting, kasut, dan sebagainya Untuk pisang Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Tip

Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1.

(a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (salah) (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (betul)

Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. (salah) (b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang bernas. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. (salah) (b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.

Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. 3. Yang berikut adalah contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya. Penjodoh Bilangan Penggunaan baris Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya batang Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya biji Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya cucuk Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya das Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam ekor Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya gugus Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat

jambak

keping ketul

laras lembar pasang

sikat ulas utas

Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya Untuk pisang Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Kata Sendi
NOTA 1. Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah:

2.

di ke dari daripada pada kepada

bagi demi tentang seperti bagai umpama

laksana sejak terhadap akan oleh hingga

antara untuk dengan dalam sampai

3.

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. Yang berikut ini ialah contoh panduan penggunaan kata sendi dalam ayat.

4.

Kata Sendi

Penggunaannya

Ayat Contoh

1. Aminah sayang akankucing itu. akan/kepada/terhadap untuk menunjukkan emosi 2. Ya Allah,kepada-Mu, aku dan sikap berserah. 3. Ali mengambil beratterhadappelajaran.

bagi/untuk

1. Pen itu untuk menentukan sesuatu dibeli untukanaknya. yang dibezakan daripada yang lain 2. Jamuan itubagi guruguru baru. 1. Mereka baru pulang dariLondon. 2. Dia tidurdari petang semalam. 1. Pasukan itu lebih hebatdaripadapasukan lain. untuk orang, 2. Kuih itu perbandingan, asal dibuatdaripadatepung kejadian, dan menunjukkan sagu. keanggotaan 3. Anggota pancaragam itu terdiridaripadamurid-murid sekolah.

dari

untuk menunjukkan tempat dan masa

daripada

di

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

1. Ibunya bekerja disekolah itu. 2. Pengembara itu sesat didalam hutan. .3. Beg tangannya terletak di atas meja.

1.Aminah ke kedai dengansuaminya 2. Di dapat memenangi pertandingan untuk menyatakan makna itu denganusaha bersama-sama, bandingan bersungguh-sungguh. setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu 3. Ahmad sebagai alat. menulisdengan pen. 4. Pendapatan bulanan ayah Ali samadengan ayah Muthusamy..

dengan

hingga/sampai

untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu

1. Dia bermainhingga lewat senja. 2. Pembawa obor sukan Olimpik itu berlari dari Johor BahrusampaiChanglun.

ke

untuk tempat dan benda konkrit

1. Pada cuti penggal, ramai yang menujuke Kuala Lumpur. 2. Gelas kaca itu terhempaske lantai lalu pecah berderai.

kepada

Kes jenayah berat itu menunjukkan orang atau diserahkankepada pihak ganti diri polis. 1. Buku itu dibaca olehSalmi 2. Bukit yang tinggi itu terdakiolehnya. 1. Kereta api tiba padapukul lima petang. 2. Novel itu untuk menunjukkan masa ada padaRahim. dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, 3. Perkara itu dan benda konkrit tertentu. benar padapandangan saya. 4. Serikaya itu disapukanpada roti. untuk menyatakan makna Dia tidak suatu jangka masa makan sejaksemalam.

oleh

untuk menunjukkan pelakuan pasif yang berawalan di- dan ter-

pada

sejak

1. Suasana dalam kelas itu bising sepertikeadaan di pasar. seperti/umpama/bak untuk menunjukkan 2. Badannya persamaan dengan yang besarumpama ahli gusti lain Sumo Jepun. 3. Hidung Aminah mancung bakseludang.

tentang

Beliau untuk menyatakan makna berucaptentangmasalah mengenai sesuatu penagihan dadah.

Imbuhan juru-, pra-, tata-, -man, -wan, -wati


1. Imbuhan juru-, pra-, tata-, -man, -wan, -wati digunakan untuk membentuk kata nama terbitan. 2. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. 3. Imbuhan juru-, pra-, dan tata- dikenali juga sebagai awalan kerana terletak di depan kata dasar. 4. Imbuhan -man, -wan dan -wati dikenali sebagai akhiran kerana letaknya di akhir kata dasar. Contoh-contoh kata yang menggunakan awalan juru-, pra-, dan tata-. Awalan Kata Dasar rawat teknik bahasa latih selam Awalan + Kata Dasar jururawat juruteknik jurubahasa jurulataih juruselam

Juru-

Awalan

Pra-

Kata Dasar sejarah sangka kata syarat sekolah

Awalan + Kata Dasar prasejarah prasangka prakata prasyarat prasekolah

Awalan

Tata-

Kata Dasar buku bahasa cara tertib kerja

Awalan + Kata Dasar tatabuku tatabahasa tatacara tatatertib tatakerja

Contoh-contoh kata yang menggunakan akhiran man dan -wati Akhiran Kata Dasar seni

Kata Dasar + Akhiran seniman

budi

budiman

Akhiran

Kata Dasar harta usaha cendekia budaya juta

-wan

Kata Dasar + Akhiran hartawan usahawan cendekiawan budayawan jutawan

Akhiran

-wati

Kata Dasar seni drama olahraga peraga biara

Awalan + Kata Dasar seniwati dramawati olahragawati peragawati biarawati

* Akhiran -wati menyatakan makna bahawa orangnya ialah perempuan atau wanita

Kata Penegas, Kata Nafi, dan Kata Pemeri


1. Kata penegas, kata nafi dan kata pemeri merupakan antara jenis-jenis kata tugas. 2. Kata penegas ialah kata yang memberikan penekanan pada bahagianbahagian tertentu dalam ayat. 3. Contoh-contoh kata penegas adalah seperti -kah, -tah, -lah, juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang. 4. Perhatikan contoh penggunaan kata penegas dalam ayat-ayat yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Siapakah yang datang itu? Apatah nasib kita. Pemuda itulah tunangnya. Kami juga ingin ke sana. Cikgu Halim pun turut serta dalam lawatan itu. Hamid memang kuat makan. Hujan masih belum berhenti lagi.

5. Kata nafi ialah kata yang menafikan atau menidakkan frasa-frasa predikat ayat. 6. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak. 7. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh: (a) (b) Rashidah bukan rakan sekelas saya. Hadiah ini bukan untuk saya.

8. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh: (a) (b) Ali tidak datang ke sekolah semalam. Tuduhannya itu tidak benar.

9. Kata ialah merupakan kata pemeri yang diletakkan di hadapan kata nama,

manakala kata adalah diletakkan di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama. Contoh: (a) (b) (c) Pemenang pertandingan itu ialah Kumpulan Biru. Cerita yang kamu dengar itu adalah karut semata-mata. Kelemahan penyanyi itu adalah dari segi komunikasinya dengan penonton.

Simpulan Bahasa
1. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. 2. Simpulan bahasa membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya. 3. Penggunaan simpulan bahasa yang tepat amat digalakkan terutamanya dalam penulisan. 4. Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan yang memuatkan simpulan bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah gaya bahasanya. 5. Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang. Contoh : Simpulan Bahasa Maksud

banyak mulut besar kepala otak cair ringan mulut tangkai jering

suka bercakap degil cerdik peramah kedekut

7. Selain simpulan bahasa, murid-murid perlu juga mempelajari bentuk-bentuk peribahasa yang lain seperti:
a. perumpamaan b. bidalan c. pepatah

8. Perhatikan contoh simpulan bahasa, maksudnya, dan penggunaannya dalam ayat yang ditunjukkan dalam jadual berikut.

Sinonim
Nota

1. 2. 3.

4.

Sinonim ialah perkataan yang sama erti atau maknanya. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata denganmakna. Di dalam kertas UPSR, soalan yang berkaitan dengan sinonim kerap ditanyakan. Ada kalanya, soalan tentang sinonim turut ditanyakan dalam bahagian pemahaman. Yang berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan dengan sinonimnya.

Perkataan Askar Awas Azab Benar Bijak Buruk Carik Cerdik Cocok Daya

Sinonim perajurit; soldadu; tentera hati-hati; hemat; ingat-ingat; waspada derita; kesengsaraan, penderitaan, seksaan, sengsara. betul, sah, sejati, sungguh berakal, cendekia, cerdik, pintar, pandai hodoh, lama; usang cabik; koyak; robek; sobek berakal; bijak; pandai; pintar akur; sama; sepadan; sepakat; sesuai; setuju; tepat. akal; ikhtiar; jalan; kekuatan; kemampuan; muslihat; pengaruh; tenaga; tipu (memperdaya) menipu karib; kuat; rapat; teguh cekap; bijak; gagah; setia angan-angan ikhlas, jujur

Erat Handal Khayal Tulus

Cakap Ajuk & Cakap Pindah


1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. 2. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya. Contoh: Tutup pintu bilik itu, kata Helmi kepada adiknya. 3. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk. 4. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya. 5. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah. Contoh: Helmi menyuruh adiknya menutup pintu bilik itu.

Contoh:
Cakap Ajuk ``Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok, kata Cikgu Halimah kepada Musa. ``Di bilik makmal sekolah, saya dapati terdapat enam buah kerusi. Saya juga melihat ada satu unit televisyen dan lima unit komputer yang diletakkan di atas meja di sebelah pintu masuk, kata Ah Ling. ``Datang ke kantin segera!, jerit Cikgu Linggam kepada murid-murid Tahun Enam Melur. ``Saya hendak ke kedai, kata Mahani sambil mengayuh basikalnya. ``Selamat Hari Guru, kata murid-murid sekolah itu secara serentak semasa perhimpunan pagi. Cakap Pindah Cikgu Halimah berharap agar Musa dapat datang ke sekolah esok. Kata Ah Ling, di bilik makmal sekolahnya terdapat enam buah kerusi serta satu unit televisyen dan lima unit komputer yang diletakkan di meja bersebelahan dengan pintu masuk. Cikgu Linggam berteriak mengarahkan murid-murid Tahun Enam Melur datang ke kantin segera. Sambil mengayuh basikalnya, Mahani memberitahu dia hendak ke kedai. Murid-murid sekolah itu mengucapkan Selamat Hari Guru secara serentak semasa perhimpunan pagi.

Kata Banyak Makna


Yang berikut adalah senarai beberapa kata yang mempunyai banyak makna. baik i. ii. iii. iv. v. i. ii. iii. iv. v. i. ii. i. ii. iii. i. ii. i. ii. iii. i. ii. iii. iv. i. ii. i. ii. iii. iv. i. ii. i. ii. tidak jahat bagus; elok sihat sembuh; pulih sesuai dan rapat terang berseri; tidak muram jernih agak putih baik; bahagia sejuk tidak meriah panas masih baru (berita) meriah terang; nyata selesai; beres bekas; jejak akibat perasaan atau fikiran yang timbul selepas berlakunya sesuatu sudah berlaku; lepas berjalan atau melintas selepas itu sanggup; berdaya rasa seperti rasa cuka tidak jernih (muka) kerana marah penuh dan rapat sekali banyak sekali penduduk banyak isinya; bernas pejal tempat diam burung tempat persembunyian (lanun, samseng, dll) bayaran untuk mengangkut penumpang atau barang-barang lombong

cerah

dingin hangat

jelas kesan

lalu

masam padat

sarang tambang

Kata Hampir Sama Makna


Maksud
1. 2. 3. 4.

Kata lempar campak baling buang

1. membuang sesuatu jauh-jauh 2. membuang sesuatu dengan sesuka hati sahaja 3. melempar sesuatu dengan menghayunnya melepasi

kepala
4. membuang sesuatu dari tempatnya ke tempat lain

1. 2. 3. 4.

bengkok condong serong bongkok

1. 2. 3. 4.

tidak lurus; berkelok-kelok tidak sama rata letaknya; senget tidak tepat atau lurus melengkung ke depan; tidak lurus

1. 2. 3. 4.

dekat rapat damping mesra

1. 2. 3. 4.

tidak jauh jaraknya dekat sangat berada dekat dengan seseorang erat; karib

1. membawa sesuatu di atas kepala 2. membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke 1. 2. 3. 4.

menjunjung menjinjing mengelek menatang

bawah
3. mengepit sesuatu di rusuk atau di bawah ketiak 4. membawa sesuatu di atas tapak tangan

1. 2. 3. 4.

menjolok merodok mencucuk mencolok

1. 2. 3. 4.

merodok sesuatu dengan galah supaya gugur menusuk sesuatu dengan senjata tajam dan lain-lain menikam atau menusuk dengan benda tajam menusuk atau mencucuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu

1. 2. 3. 4.

menggigit memagut menggerit mengunyah

1. 2. 3. 4.

mencengkam atau memotong dengan gigi menggigit (ular) menggigit sedikit-sedikit dengan gigi hadapan (tikus) melumatkan makanan di dalam mulut dengan gigi sebelum menelan

1. 2. 3. 4.

mengelap menggilap menggosok menyapu

1. mengeringkan air dan lain-lain 2. menggosok supaya berkilat 3. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya

berkilat 4. membersihkan sesuatu dengan penyapu

Kata Ganda
1. Kata ganda terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya atau digandakan sebahagiannya sahaja. 2. Terbahagi kepada empat: i. Kata ganda seluruh Contoh: ibu-ibu , pokok-pokok, murid-murid dan sebagainya ii. Kata ganda separa Contoh: bebuli, pepohon, lelayang, kekuda dan sebagainya iii. Kata ganda bersajak Contoh: licin-licau, ulang-alik , suku-sakat dan sebagainya iv. Kata ganda berimbuhan Contoh: sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan sebagainya

Kata Hubung
1. Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua atau lebih kata, frasa, klausa, atau ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: a. kata hubng gabungan b. kata hubung pancangan c. kata hubung berpasangan 3. Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat majmuk gabungan. Contohnya: atau, dan, kecuali, lalu, maka, serta 4. Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk memancangkan satu klausa dengan klausa yang lain untuk membantuk ayat pancangan. Contohnya: agar, supaya, bahawa, hingga, jika, kalau, kerana, manakala, sebelum 5 Kata hubung berpasangan pula ialah kata yang hadir berpasangan dalam bentuk ayat majmuk. Contohnya: baikmahupun, entahentah, jangankanpun, sungguhpunnamun, makinmakin

Simpulan Bahasa
1. Adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. 2. Biasanya terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya. 3. Yang berikut merupakan contoh simpulan bahasa berserta dengan maksudnya:

Simpulan Bahasa Ada hati Ajak-ajak ayam Anak emas Batu api Buah mulut Buah tangan Jauh hati Kepala batu Makan angin Oatak cair Otak udang Panas hati Ringan mulut Ringan tangan Ringan tulang Sampai hati Serkap jarang Tajam akal Tawar hati Tangkai jering

Maksudnya Mempunyai keinginan terhadap sesuatu Mempelawa seseorang tanpa sungguh-sungguh Orang yang amat disayangi Penghasut Perkara yang menjadi sebutsebutan orang Oleh-oleh Tersinggung oleh percakapan atau perbuatan orang lain Degil; enggan mendengar nasihat Bersiar-siar di sesuatu tempat Cerdik; bijak Bodoh Sangat marah Peramah Suka menolong orang Rajin bekerja Tergamak Tuduhan yang dibuat secara agakagak Cerdik; pintar Tidak bersemangat Orang yang kedekut

You might also like