You are on page 1of 25

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDU4153 Pengurusan Dan Pentadbiran Gerakerja Kokurikulum

TAJUK:
Kompetensi Jurulatih Sukan Di Sekolah

Disediakan Oleh :

NAMA

: Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen

(201400)

PENSYARAH

En. Mohd Rosli Bin A Rahman


1

Kandungan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pengenalan Definisi Kokurikulum Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia Peranan Ibu Bapa Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Di Negara Kita Kompetensi Jurulatih di sekolah Ciri-Ciri Seorang Jurulatih Yang Profesional Rumusan Rujukkan

3 5 7 9 12 16 18 21 24

PENGENALAN

Kokurikulum merupakan aktiviti berfaedah yang mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar terutama dalam membentuk keterampilan pelajar melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Semua pelajar adalah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum iaitu aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhi masa lapang para pelajar. Mereka tidak akan ada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka akan sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih hampir setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, penglibatan dalam kegiatan kokurikulum juga dapat mencungkil dan mengasah bakat kepimpinan di kalangan para pelajar. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti

persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar memimpin, berkerjasama dan berfungsi dalam satu kumpulan dan pasukan. Penglibatan di dalam kegiatan kokurikulum juga akan dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin hampir mustahil untuk berjaya. Kegiatan kokurikulum akan membina dan mengukuhkan perpaduan antara kaum. Setiap persatuan dan kelab akan ada ahli-ahlinya yang terdiri dari pelbagai kaum. Dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul, berbincang dan berkerjasama. Ini akan mengeratkan perhubungan antara kaum dan membantu mencapai Gagasan 1Malaysia.

DEFINISI KOKURIKULUM "Kegiatan Kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai KEGIATAN KUMPULAN

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; seperti dalam Warta Kerajaan, PU (A) 531/97

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut ; a) b) c) d) Penyertaan dalam Sukan dan Permainan Penyertaan dalam Persatuan dan Kelab Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragam Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, 5

Peraturan-Peraturan ( Kokurikulum Kebangsaan ) telah memberi difinisi Kokurikulum. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktivitiaktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)} Kegagalan atau keenganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986) 6

DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran telah memulakan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah. Dasar ini akan memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah masing-masing. Usaha ini pastinya akan meningkatkan penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4 juta di 10,000 buah sekolah di dalam negara.

Menurut Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah telah diminta untuk membuat perancangan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun supaya memberi peluang yang luas untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah.

Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. Jawatankuasa ini, yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah ini. Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk melaksanakan program ini. Perincian strategi ini akan dilakukan apabila data dan maklumat

berkaitan diperolehi daripada sekolah-sekolah bagi menentukan supaya strategi yang dikenal pasti menepati sasaran yang dikehendaki.

Semua pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan Konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

Kegiatan sukan akan dikelolakan dan diuruskan oleh satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.

Kementerian juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan. Langkah ini adalah selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan yang akan dikuatkuasakan.

Penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah juga akan dibuat secara berperingkat. Peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sekarang ini. memperkemaskan pengurusan sukan sekolah dan menambah waktu 9

yang diperuntukkan untuk murid menjalani aktiviti bersukan. Melalui cara ini, kerajaan berharap generasi muda kita dapat menghayati semangat kesukanan dan dengan itu memupuk perpaduan di kalangan mereka.

Oleh yang demikian, kesungguhan pihak kementerian bagi melihat pembangunan bidang sukan di sekolah adalah jelas. Usaha gigih untuk mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah adalah kerana ia mampu menjadi wadah bagi merobohkan tembok perkauman, sekali gus memperkukuhkan perpaduan rakyat. Kini ia berada di tangan pihak sekolah dan ibubapa untuk mempastikan kejayaannya.

10

PERANAN IBU BAPA

Bidang sukan merupakan salah satu topik perbincangan yang sering menjadi perbualan hangat di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan lebih mudah tercapai.

Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka 11

juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.

12

PUNCA-PUNCA KEMEROSOTAN MUTU SUKAN DI NEGARA KITA

Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan dan pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.

Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan Negara kita merosot ialah para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara.

Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan Negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.

Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita 13

merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.

Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggang tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.

Persoalan besar adalah, apakah mutu sukan terutama bolasepak memang rendah dari dahulu?

Pada zaman kegemilangan Datuk Abdul Ghani Minhat, Raja Bola yang mengharumkan nama Malaysia dalam arena bola sepak Asia pada tahun 1950-an hingga penghujung 1960-an, pasukan bola Malaysia hebat, selalu di tempat teratas dalam carta bola sepak Asia dan selalu meraih kejuaraan Pesta Bola Merdeka.

14

Setiap kampung pasti ada pasukan bolanya sendiri. Padang bola di padang ragut dengan tiang gol yang diperbuat daripada buluh. Pada waktu itu orang bermain bola kerana minat dan kerana hendak naikkan nama kampung. Setiap kampung biasanya ada persatuan belia, ada pasukan bola dan ada gelanggang silat. Pertandingan juga sering disertai oleh pasukan-pasukan estet yang rata-ratanya berbangsa India. Persaudaraan dan muhibah dipupuk tanpa sedar melalui bola sepak.

Sekarang kampung tidak ada padang bola lagi. Kalau ada pun ditumbuhi rumput dan lalang. Padang ragut sudah dipugar menjadi sawah atau kampung. Paling tidak pun padang sekolah dan padang di kompleks sukan daerah.

Pada masa ini, Sistem pendidikan kita terlampau mengutamakan peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata. . Kedudukan dan keutamaan sukan yang sekadar melepas batuk di tangga dalam sistem kokurikulum. Sistem persekolahan juga sering tidak memberi pengiktirafan yang secukupnya kepada kebolehan dan bakat istimewa murid. Sistem pendidikan dan latihan sukan tidak memberi perhatian yang secukupnya kepada aspek-aspek saintifik seperti psikologi, perubatan dan pemakanan menyebabkan ahli sukan kita kurang kekuatan fizikal dan ketahanan mental.

15

Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama pihak kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan majulah sukan untuk negara perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus berkembang dengan baik. Mungkin kita perlu bermula dari asas semula, mungkin kita harus memulakan usaha di sekolah rendah dan menengah. Di setiap sekolah sudah tersedia bakat yang terpendam yang sedia untuk dicungkil, diasah dan digilap menjadi bintang-bintang sukan negara masa depan. Apa yang diperlukan kini adalah jurulatih yang terlatih dan berkaliber bagi memikul dan menunaikan amanah negara ini.

16

KOMPETENSI JURULATIH DI SEKOLAH

KOMPETENSI membawa maksud A cluster of related abilities, commitments, knowledge, and skills that enable a person (or an organization) to act effectively in a job or situation. Ia menggambarkan adunan kebolehan, komitmen, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseseorang atau sesebuah organisasi menjalankan tugas atau situasi secara efektif. Dalam hal ini guru harus mempunyai kompetensi yang selengkapkannya bukan hanya untuk tujuan penilaian tetapi yang lebih penting ialah agar kredibiliti profesion keguruan dapat dikekalkan ke peringkat yang maksimum. Guru harus membuat persiapan diri dalam pelbagai aspek kemahiran dan pengetahuan yang berasaskan workplace dan job based. Walaupun tugas seorang guru ialah dalam bilik darjah tetapi penguasaan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai domain harus diberi perhatian kerana ia menjadi nilai tambah bagi memperkukuh serta memperlengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kompetensi seseorang guru itu harus dimantapkan sepanjang masa melalui pelbagai aktiviti, projek atau program yang diatur sama ada daripada pihak pentadbiran ataupun daripada inisiatif sendiri. Antara domain yang utama yang perlu diberi perhatian untuk memantapkan kompetensi guru ialah bidang Kokurikulum. Pelaksanaannya haruslah mencapai tujuan dan sasaran dan bukannya untuk matlamat penilaian semata-mata. Bagaimanapun penilaian 17

terhadap pelaksanaannya harus juga diberi perhatian untuk penambahbaikan. Manakala elemennya pula merangkumi aspek proses perancangan dan pelaksaaan kokurikulum, pengaplikasian dan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penyelidikan serta penglibatan dan sumbangan kepakaran warga dalam dan luar organisasi.

Pelantikan jurulatih bertauliah sukan dan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah adalah kena pada masanya kerana tindakan drastik ini dapat mencungkil bakat baru atlit tahap akar umbi untuk diketengah ke persada nasional dan antarabangsa. Negara kekeringan bakat atlit kerana murid berbakat sukan selama ini tidak terdedah kepada jurulatih bertauliah dan profesional sehingga lahirnya keadaan menepati maksud peribahasa Melayu berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

Kementerian Pelajaran sedang dalam proses mewujudkan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi melahirkan jurulatih sukan dalam masa terdekat. Seramai 320 calon jurulatih akan menjalani latihan, yang merangkumi lapan bidang sukan bermula pertengahan tahun 2011

18

CIRI-CIRI JURULATIH YANG CEMERLANG

Seorang jurulatih yang cemerlang haruslah menepati beberapa ciri kecemerlangan yang bersifat universal. Beliau seharusnya mengamalkan satu falsafah kejurulatihan yang menjurus ke arah kejayaan. Beliau juga harus berupaya membangunkan personaliti sukan dengan tidak mengenepikan etika dan keseronokkan zaman kanak-kanak dan remaja.

Seorang Jurulatih mesti bertindak sebagai seorang pendidik dan seorang pendisiplin dalam membentuk seorang atlet yang baik. Beliau juga seorang pekerja sosial yang mampu membimbing, menasihat dan membantu jagaannya.

Sebagai jurulatih yang terlatih, beliau adalah juga seorang saintis yang akan menganalisa, mentaksir data dan membuat keputusan bagi meningkatkan prestasi atlet jagaannya.

Sebagai antara orang yang paling rapat dengan pelajar, beliau harus menjadi seorang rakan kepada atlet dengan memberi ruang dan masa untuk mengeratkan perhubungan antara mereka. Beliau harus menjadi contoh yang baik, membuka ruang komunikasi dua hala yang sihat. Beliau harus bersikap objektif dalam membina satu persahabatan yang positif. Jurulatih seharusnya memiliki personaliti yang disenangi seperti sifat suka berjenaka, tegas, sifat penyayang, bersemangat tinggi, kerap memberi motivasi, dan bersikap adil terhadap semua atletnya. Interaksi secara dua

19

hala antara jurulatih dengan pasukannya boleh membantu kejayaan pasukannya.

Seorang jurulatih adalah pembimbing cara yang berkemahiran untuk menunjukcara semasa latihan terutama kepada atlet-atlet baru. Tidak semestinya mempunyai kemahiran tinggi, namun beliau sentiasa menggunakan kemahiran tersebut mengikut situasi dan tahap atlet bimbingannya.

Jurulatih mesti mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu seperti fisiologi senaman, kompenen kecergasan, pemakanan, kecederaan sukan serta boleh menganalisis pelbagai situasi latihan dan ketika real time. Dalam hal ini, nilai tambahnya ialah arif dalam peraturan dan undangundang permainan.

Juga mesti mempunyai kebolehan mengendali dan mengelola sesi latihan yang berkesan agar berlaku ansur maju dalam latihan dan berkeupayaan memupuk penglibatan maksimum pemain dalam latihan serta berlaku situasi seronok dan bukan paksaan.

Jurulatih perlu memiliki pelbagai kebolehan yang berkaitan dengan bidangnya iaitu boleh bertindak sebagai guru dan pentadbir kepada pasukannya, sentiasa bijaksana, mematuhi peraturan, prihatin terhadap keselamatan, alatan dan kemudahan. Juga memiliki keupayaan sebagai

20

pengerah dan penggerak iaitu mampu mencari dan mengenal pasti atlet berpotensi. Selain itu mampu bertindak sebagai perancang strategi serta taktik. Strategi merupakan perancangan jangka panjang untuk mencapai sesuatu sasaran manakala taktik ialah tindakan jangka pendek bagi memastikan kejayaan strategi yang ditetapkan.

Satu ciri yang penting tetapi sering diketepikan adalah seorang jurulatih juga harus menjadi seorang pelajar. Beliau harus sentiasa belajar, berdisiplin, bersikap positif, sentiasa meningkatkan diri, mengikuti perkembangan sukan dan menambahkan ilmu dalam teknik dan strategi terkini. Beliau harus sentiasa mendengar, mempelajari dan berfikir untuk kebaikan atlet-atlet dan pasukannya.

21

RUMUSAN. Langkah untuk menangani kemerosotan mutu sukan tanahair harus bermula di akar umbi iaitu di sekolah. Perubahan minda ibu bapa harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan dan tiada prospek masa depan ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan adalah sama seperti bidang kerjaya lain apabila dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, anjakkan paradigma masyarakat harus berlaku selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.

Kerajaan harus menyediakan insentif yang setimpal kepada para atlet yang berjaya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada para atlet sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.

Jika Negara kita mahu memiliki kelompok atlet yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan 22

stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa.

Disamping wujudnya praserana sukan, pembudayaan sukan harus dimulakan. Penganjuran sukan peringkat tempatan, daerah, negeri dan kebangsaan m,esti digalakkan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Pertandingan tinju remaja amatur Golden Gloves di Amerika Syarikat adalah contoh yang baik. Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, penganjuran acara sukan dunia di negara ini, akan menjadi satu makmal bagi mengenal-pasti kelemahan dan cara menambah-baik mutu sukan kita.

Pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan para atlet kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan 23

atlet kita. Dalam masa yang sama, mesti dijalankan program Training of Trainers oleh jurulatih asing ini untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik dan sesuai dengan iklim Negara kita. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Kerjasama antara semua stake holder harus digembeling dengan penuh etika dan atas semangat patriotism tanpa kepentingan politik. Dengan kerjasama yang jitu, impian masa depan sukan Negara akan mula keluar dari kepompong kegagalan dan muncul sebagai kuasa sukan serantau dan global.

24

Rujukkan a. http://www.cikgusham77blogspot.com b. http://www.bharian.com.my/bharian/articles c. http://sksf-data.blogspot.com d. http://smartteknologigeneration.blogspot.com e. http://kadirjasin.blogspot.com f. http://www.unitsukansmksemerah.blogspot.com g. http://noorazmanmahat.blogspot.com

25

You might also like