You are on page 1of 29

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kes

Oleh Zaliha binti Musa Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Institut Perguruan Tun Abdul Razak Kota Samarahan

ABSTRAK
Miskonsepsi banyak dilaporkan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti konsepsi tentang jirim dalam kalangan murid sekolah rendah. Ujian rangsangan yang mengandungi soalan terbuka tentang pepejal, cecair dan gas telah ditadbirkan bagi mengumpul data kualitatif sebelum miskonsepsi murid diteroka menggunakan temu bual separa berstruktur. Peserta kajian ialah enam orang murid Tahun 5 terdiri daripada murid pelbagai tahap kebolehan. Triangulasi data dibuat melalui analisis dokumen, temu bual terhadap guru dan nota kajian lapangan pengkaji. Data kajian dianalisis mengikut tema menggunakan ATLAS-Ti. Keputusan kajian menunjukkan wujud miskonsepsi tentang konsep jirim dalam kalangan semua peserta kajian tanpa mengira tahap kebolehan. Tahap miskonsepsi tentang konsep pepejal, cecair dan gas adalah setinggi 83% hingga 100%. Dapatan kajian mencadangkan guru menggunakan pendekatan konstruktivisme agar miskonsepi pelajar dapat dicabar bagi membantu mereka membina konsep sains yang lebih diterima secara saintifik.

PENGENALAN If students construct new knowledge out of the experiences they encounter, then it makes sense for the teacher to grasp some part of their experience and connect it to the knowledge to be taught Toh Kok Aun, 2003) Kajian konsepsi tentang konsep-konsep jirim dan yang berkaitan dengan jirim seperti atom, molekul dan sebatian telah banyak dilakukan (Salem, 2007; Hannah, Laurinda, Jose Mendoza & Aldo Borsese, 2007) namun kebanyakannya tertumpu dalam kalangan pelajar sekolah menengah atau

1 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

peringkat yang lebih tinggi. Di Malaysia, kajian konsepsi tentang jirim dapat dilihat dalam kajian oleh Mohammad Yusof Arshad et al. (2002). Kajian tentang konsepsi jirim dalam kalangan murid sekolah rendah kurang diberi tumpuan dan belum banyak dilakukan terutamanya di Sarawak. Tajuk jirim penting dikuasai di peringkat sekolah rendah sebab konsep zarah merupakan konsep asas kepada tajuk yang seringkali sukar difahami di peringkat menengah iaitu konsep mol.

Masalah pembelajaran dalam kalangan murid dikatakan berpunca daripada fahaman awal yang tidak ditangani oleh guru sebelum memulakan poses pengajaran (diSessa, 2006 dalam Hsu, Wu & Hwang, 2008). Pemahaman konsep yang kabur di peringkat rendah selalunya akan menyumbang kepada kesinambungan pemasalahan pembelajaran konsep yang sama di peringkat yang lebih tinggi di mana kesukaran menerima pelajaran yang baru akan berlaku (Ozmen, 2004). Apabila konsep yang baru tidak memberi makna kepada mereka, pelajar akan cenderung mengekalkan fahaman mengikut pandangan sendiri. Keadaan ini kadangkala didorong oleh faktor guru yang kurang mempunyai latar belakang saintifik dan seterusnya menyumbang kepada miskonsepsi

dalam kalangan pelajar mereka (Del Pozo, 2001; Leite, Mendoza & Borsese, 2007). Faktor-faktor ini menunjukkan pentingnya miskonsepsi tentang jirim yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran KBSR Sains Tahun 5 diselidiki agar strategi yang relevan dapat diformulasikan bagi mencabar kefahaman pelajar yang sedia ada demi membantu pelajar membina konsep sains yang lebih diterima secara saintifik.

2 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti apakah idea pelajar tentang konsep jirim dan apakah miskonsepsi yang wujud dalam kalangan murid sekolah rendah yang menyumbang kepada permasalahan pembelajaran. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsepsi pelajar sekolah rendah tentang konsep jirim melalui kebolehan pelajar sekolah rendah mengkelaskan bahan-bahan mengikut kategori pepejal, cecair dan gas. Soalan kajian yang cuba dijawab ialah apakah konsepsi pelajar sekolah rendah tentang konsep jirim dari aspek keupayaan membezakan bahan-bahan mengikut kategori pepejal, cecair dan gas?

TINJAUAN LITERATUR Persetujuan dicapai dalam kalangan pendidik sains bahawa setiap pelajar pergi ke sekolah dengan pelbagai pengalaman, mempunyai idea tentang sesuatu dan penjelasan tersendiri tentang sesuatu fenomena. Idea dan penjelasan yang dibina oleh kanak-kanak terhadap konsep sains selalunya berbeza daripada pandangan saintis. Konsep-konsep yang berbeza ini dipanggil kerangka alternatif (Lin & Cheng, 2000), sains kanakkanak (Gilbert, Osborne & Fensham, 1982) atau miskonsepsi (Huddle, White, & Rogers, 2000). Miskonsepsi dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan bersifat meluas, stabil dan sukar untuk diubah (Fisher, 1985). Kajian oleh Margel, Eylon dan Scherz (2008) mendapati masa diambil untuk membetulkan miskonsepsi pelajar tentang struktur jirim ke tahap partikel (particulate explaination) ialah dua tahun.

Miskonsepi dalam kalangan kanak-kanak dikatakan mungkin berpunca daripada hubungan pelajar dengan masyarakat, bahasa pertuturan

3 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

seharian yang diucap dan didengar, dan melalui aktiviti dan interaksi mereka dengan alam sekeliling (Johari Surif & Mohammad Yusof, 2003). Mengikut Leite, Mendoza dan Borsese (2007), the persistence of students learning difficulties in the domain of liquids and liquid-state phenomenon is also associated with their teachers conceptual knowledge (muka surat 350). Kajian oleh Nakhleh dan Samarapungavan (2005) mendapati pelajar tidak dapat menjelaskan ciri-ciri bahan secara konsisten berdasarkan pengetahuan mereka tentang kandungan bahan. Penyelidik lain mencadangkan guru yang tidak mempunyai latar belakang saintifik yang kukuh boleh memperkenalkan miskonsepsi kepada pelajar mereka (Del Pozo, 2001; Kokkotas, Vlachos & Koulaidis, 1998). Johnson (1998) pula menyatakan beberapa permasalahan pembelajaran juga disebabkan kaedah pengajaran guru. Ini menunjukkan bahawa guru juga berperanan kepada berlakunya miskonsepsi dalam kalangan pelajar.

Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang digunakan oleh guru perlu berupaya mengatasi permasalahan pelajar seperti kewujudan miskonsepsi melalui penguasaan konsep pada tiga aras pengkonsepan dan menerapkan pembangunan strategi metakognitif pelajar (Johari Surif & Mohammad Yusof, 2003). Johari Surif dan Mohammad Yusof (2003) mencadangkan aplikasi model generatif-metakognitif dalam persekitaran konstruktisvisme untuk mengatasi masalah miskonsepsi dalam kalangan pelajar Kimia. Kajian Salem (2007) mendapati bahawa penggunaan conceptual change text oriented instruction yang mengambil kira

miskonsepsi pelajar telah berjaya mengatasi masalah miskonsepsi pelajar berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Sekali lagi pendekatan

4 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

konstruktivisme yang menekankan aktiviti hands-on dan minds-on adalah dicadangkan. Ini menunjukkan bahawa mengenali apakah miskonsepsi pelajar adalah penting sebelum sesuatu intervensi dapat dilakukan.

METODOLOGI REKABENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes iaitu singlecase singlesite study. Kes merupakan pelajar yang dikaji dan fokus kajian ialah tentang miskonsepsi. Kaedah kualitatif menerusi temu bual membolehkan penerokaan mendalam tentang

sesuatu fenomena, dalam kes ini ialah konsep jirim, dapat dilaksanakan (Margel et al., 2008; Yin, 1984).

PERSAMPELAN Kaedah persampelan yang digunakan ialah purposive sampling (Merriam, 2001) dan melibatkan 6 orang murid Tahun 5 SK Permai, Sarawak (bukan nama sebenar). Murid Tahun 5 dipilih sebab tajuk Jirim terkandung dalam sukatan pelajaran KBSR Sains Tahun 5. Pemilihan enam orang murid Tahun 5 adalah bersesuaian berdasarkan kemampuan pengkaji dari segi kos dan masa. Kriteria ditetapkan untuk pemilihan peserta kajian ialah murid pada tahap prestasi baik, memuaskan dan agak lemah; serta boleh membaca dan menulis. Murid pada tahap prestasi baik (cemerlang) adalah mereka yang memperolehi markah dalam julat 81100; memuaskan ialah 41-60 dan prestasi lemah (perlukan pembaikan) ialah dalam julat 21-40, seperti digariskan dalam buku Laporan Penilaian

5 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Kendalian Sekolah. Selain dari itu seorang guru Sains yang mengajar murid-murid ini turut dipilih untuk ditemu bual.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Tiga kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu menggunakan ujian rangsangan, temu bual dan analisis dokumen yang menjadi data sekunder. Nota kajian lapangan pengkaji juga menjadi sumber rujukan.

Instrumen Kajian Instrumen kajian digunakan dalam kajian kes ini berupa ujian rangsangan mengandungi item tentang subtopik States of Matter dalam Tema

Menyiasat Alam Bahan KBSR Sains Tahun 5. Idea kanak-kanak tentang konsep jirim diukur dan dinilai melalui kebolehan mengkelaskan bahanbahan kepada kategori pepejal, cecair dan gas. Bahan-bahan digunakan untuk aktiviti pengkelasan mengikut kategori pepejal, cecair dan gas dipilih berdasarkan sifat-sifat bahan yang mempunyai jisim, isipadu dan bentuk dan yang biasa dijumpai oleh kanak-kanak dalam pengalaman seharian.

Item dalam ujian rangsangan ini adalah adaptasi idea daripada Pavol et al. (2007) yang telah menggunakan kaedah pengkelasan untuk melihat miskonsepsi pelajar tentang burung. Kaedah pengkelasan juga digunakan untuk mengkaji miskonsepsi dalam mata pelajaran kimia (Marilyne & Vicente, 2007). Instrumen ini telah diterjemahkan menggunakan kaedah back to back translation bagi memastikan kesahannya. Pensyarah berkelayakan dalam bidang Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

6 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

digunakan untuk proses ini sebelum instrumen dimurnikan dan ditadbirkan ke atas pelajar.

Temu Bual Temu bual separa berstruktur telah digunakan untuk meneroka miskonsepsi dalam kalangan peserta kajian. Protokol temu bual untuk peserta kajian bagi mencungkil idea atau konsepsi tentang jirim dalam kalangan pelajar telah disediakan bagi membantu proses temu bual. Protokol temu bual untuk guru sains juga disediakan bagi mendapatkan maklumat latar belakang guru, kaedah mengajar yang diamalkan; konsepsi guru tentang jirim, dan bagi mengetahui miskonsepsi dalam kalangan peserta kajian yang diajar oleh beliau. Segala perbualan telah dirakamkan secara audio dan ditranskripkan.

Analisis Dokumen Data sekunder telah diperolehi melalui analisis dokumen bagi mengetahui latar belakang sekolah; prestasi sekolah dan prestasi peserta kajian yang terbabit dalam mata pelajaran Sains. Data yang dikumpulkan ialah pencapaian sekolah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan analisis peperiksaan pada penggal satu tahun 2008 serta prestasi peserta kajian dalam PKS untuk mata pelajaran Sains.

INTERPRETASI DAN ANALISIS DATA Setelah ujian rangsangan ditadbirkan, analisis terhadap jawapan peserta kajian seterusnya dibuat sebelum temu bual dijalankan ke atas peserta kajian yang terlibat. Analisis data yang berterusan adalah disarankan dalam kajian kualitatif (Merriam, 2001). Verbal protocol analysis telah

7 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

dibuat terhadap hasil temu bual. Data temubual telah ditranskripkan bagi melihat apakah idea peserta kajian tentang konsep jirim.

Analisis kandungan telah dilakukan terhadap jawapan-jawapan pelajar daripada ujian rangsangan dan hasil temu bual. Bagi membantu

penganalisisan dan interpretasi data tentang miskonsepsi, suatu skema jawapan yang lengkap dan terperinci berdasarkan fakta saintifik telah digunakan (Low Swee Neo, 2000; Evans & Ellis, 2008). Perisian ATLAS-Ti digunakan untuk menganalisis data pengkelasan jirim dan bagi melihat tema-tema yang dominan dan perkataan atau frasa yang memberi makna kepada konsep jirim seperti difahami oleh peserta kajian. Rubrik tentang pola miskonsepi dalam kalangan peserta kajian disediakan bagi menilai tahap berlakunya miskonsepsi dalam kalangan peserta kajian. Mengikut cadangan Miles dan Huberman (1984), antara kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian kes ialah tabulating the frequency of events. Kaedah pengiraan yang digunakan ialah melihat peratus miskonsepsi yang berlaku menggunakan formula : Bilangan konsep yang salah X 100% Jumlah konsep yang dinyatakan Skala yang digunakan ialah tahap miskonsepsi paling rendah berlaku (% miskonsepsi rendah) apabila peserta kajian mempunyai konsepsi tentang jirim adalah baik dan kurang miskonsepi berlaku; manakala tahap miskonsepsi adalah tinggi (% miskonsepsi tinggi) jika peserta kajian mempunyai konsepsi tentang jirim banyak bercanggah dengan pandangan saintis ataupun fakta saintifik yang sebenarnya.

8 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

KAEDAH VERIFIKASI DATA Kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kesahan item dalam ujian rangsangan dan soalan temu bual separa berstruktur. Sebuah sekolah rendah yang mempunyai ciri-ciri sampel yang sebenar telah digunakan. Hasilnya ialah satu bahan dalam senarai untuk pengkelasan di dalam ujian rangsangan telah digugurkan iaitu nylon sebab semua murid didapati tidak biasa dengan bahan ini. Manakala soalan temu bual telah dimurnikan dari segi struktur dan aras soalan. Kesahan item dalam instrumen telah diverifikasikan mengguna khidmat pensyarah opsyen Kimia yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Kimia. Jawapan pelajar yang diperolehi dan dianalisis, telah ditriangulasi dan disahkan (validate) menggunakan khidmat pensyarah opsyen Kimia yang sama.

HASIL KAJIAN KONTEKS KAJIAN Sejarah SK Permai bermula pada tahun 1963. Pada asalnya, sekolah ini hanya mempunyai 3 buah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Bermula pada tahun 1965 sehinggalah sekarang, sekolah ini mengalami pertambahan bilik darjah dan kini terdapat 51 orang guru, 4 orang kakitangan sekolah dan 26 bilik darjah. Enrolmen murid seperti dicatatkan sehingga 19 Jun 2008 ialah seramai 803 orang (Lampiran Pengesahan Data Sekolah, 2008).

Semua peserta kajian meminati mata pelajaran Sains. Nurul menyatakan Mata pelajaran Sains sangat menyeronokkan kerana kita dapat mengetahui tentang apa yang ada di bumi dan dapat membuat

9 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

eksperimen. Mengikut Din, Sains adalah mata pelajaran yang lojik dan berkaitan dengan benda hidup dan bukan benda hidup yang telah dan masih wujud di bumi. Saya juga meminati mata pelajaran Sains sebab ianya berada di sekeliling saya dan ramai dari keluarga saya tidak berapa faham tentang Sains. Lisa meminati Sains sebab Sains memberitahu kita tentang alam sekitar dan luar bumi, sistem solar, antara planet-planet dan eksperimen dan lainlain. Manakala Ros menulis Ia (Sains) banyak memberitahu kita tentang alam sekitar, haiwan dan lain-lain. Ia juga menyeronokkan. Mengajar kita tentang sistem solar. Zack meminati Sains sebab Mata pelajaran Sains bagus untuk diri kita. Banyak kepentingannya. Bahasa Sains menyeronokkan saya dan rakanrakan. Akhir sekali Haris menyatakan Saya meminati pelajaran Sains sebab saya bercita-cita menjadi ahli Sains. Ia (Sains) menyeronokkan saya. Ia juga senang dipelajari. Analisis terhadap laporan prestasi PKS menunjukkan bahawa setiap

peserta kajian mempunyai prestasi Sains yang trendnya tidak konsisten seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Nurul dan Din adalah murid pada tahap prestasi baik (cemerlang); Lisa dan Ros adalah pada tahap memuaskan; manakala Zack dan Haris mewakili murid yang agak lemah (perlukan pembaikan).

10 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Jadual 3.1: Pelaporan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) Untuk Mata Pelajaran Sains, 2006 Semester 1/2008

NAMA Nurul Din Ros Lisa Zack Haris

2006 Sem 1 Sem 2 A A A A A B A B A B B C

2007 Sem 1 Sem 2 A 67 (B) A 72 (B) A 61 (B) B 50 (C) C 37 (D) C 42 (C)

2008 Sem 1 71 (A) 75 (A) 50 (C) 44 (C) 32 (D) 34 (D)

Petunjuk: A 81-100 B C 61-80 41 -60

Cemerlang Baik Memuaskan

D E

21-40 < 20

Perlu pembaikan Perlu perhatian khusus

Sumber: Laporan Prestasi PKS 2006 hingga Semester 1/2008

Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR SK Permai untuk tempoh 2005 sehingga 2007 adalah menurun dengan sekata tahun demi tahun. Pada tahun 2005, pencapaian UPSR sekolah untuk mata pelajaran Sains ialah 72.1%; menurun kepada 69.8% pada tahun 2006 dan seterusnya kepada 62.9% pada tahun 2007 (Laporan analisis keputusan UPSR 2005-2007).

Analisis peperiksaan penggal satu yang diadakan pada 20 Mei hingga 23 Mei 2008 juga menunjukkan pola yang sama. Pada keseluruhannya, peratus murid yang lulus ialah 56.4%. Peratus murid Tahun 5 yang lulus

11 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

hanya 14.7% dan 85.3% lagi gagal (N=115). Hanya dua orang murid mendapat Gred B dan majoritinya memperolehi Gred D (Jadual 3.2)

Guru opsyen Sains yang mengajar kelas peserta kajian ialah Cikgu Susana (bukan nama sebenar). Beliau telah berkhidmat sebagai guru Sains selama 12 tahun. Penempatan pertama beliau ialah pada tahun 1996. Sehingga kini, beliau telah berkhidmat di tiga buah sekolah rendah dan mula berkhidmat di SK Permai pada tahun 2002. Jadual 3.2 : Analisis Peperiksaan Penggal Satu (20 Mei-23 Mei 2008)
Kelas 1 2 3 4 5 6 Jumlah Jumlah 141 128 122 121 116 135 763 A 16 5 17 0 0 0 38 B 44 33 28 10 2 7 124 Gred C D 48 29 66 18 43 33 44 61 15 57 52 56 268 254 E 4 1 0 6 41 19 71 Jumlah Lulus 108 104 88 54 17 59 430 % Lulus 76.6 81.3 72.1 44.6 14.7 43.7 56.4 Jumlah Gagal 33 28 33 67 98 75 334 % Gagal 23.4 18.7 27.9 55.4 85.3 56.3 43.6

Sumber: Laporan prestasi sekolah Menurut Cikgu Susana, beliau jarang menghadiri kursus-kursus berkaitan dengan pedagogi mahupun konten mata pelajaran Sains kecuali pada tahun 2008 sahaja. Alasan diberikan ialah kadang-kadang masa kursus tidak sesuai dengan jadual mengajar beliau (Ref/GS/TB1/18-32). Kaedah mengajar yang Cikgu Susana amalkan ialah kaedah eksperimen dan lebih banyak menggunakan soal jawab. Kebiasaannya kaedah soal jawab lebih banyak digunakan untuk menarik perhatian murid-murid sebelum memulakan sesi pengajaran (Ref/GS/TB1/35-51). Soal jawab digunakan untuk mengetahui sama ada murid-murid tahu atau belum tajuk yang akan diajarkan iaitu mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Memberi

12 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

penerangan sebelum memulakan sebarang pengajaran atau aktiviti dan seterusnya memberi nota paling banyak dilakukan (Ref/GS/TB2/37-41; Ref/GS/NKL/191-192). Penjanaan idea biasanya dilakukan setelah guru menerangkan sesebuah topik pelajaran. Apa yang Cikgu Susana lakukan ialah mengedarkan lembaran kerja, kemudian murid berbincang dalam kumpulan dan seterusnya pembentangan dilakukan di papan hitam. Penjanaan idea hanya berlaku sewaktu sesi perbincangan kumpulan (Ref/GS/TB1/5258). Ini diberitahu sendiri oleh beliau iaitu Memang sudah masuk mengajar tajuk, kemudian baru minta mereka menjana idea

(Ref/GS/TB1/59-65).

Beliau juga mengakui jarang melakukan penjanaan idea sewaktu P&P (Tef/GS/TB1/66-67). Kesedaran tentang idea murid yang betul atau salah diketahui apabila ada murid-murid cuba memberi idea sewaktu pelajaran sedang berlangsung, namun keadaan ini hanya kadang-kadang sahaja berlaku (Ref/GS/TB1/68-75). Guru lebih banyak mengetahui kesalahan murid apabila ada peperiksaan (Ref/GS/TB2/18-21; Ref/GS/NKL/207208) ataupun daripada latihan dibuat oleh murid (Ref/GS/TB2/28-29; 4042).

Cikgu Susana juga didapati mempunyai pengetahuan tentang pendekatan konstruktivisme 5 fasa apabila beliau menyebut, Ya, ikut fasa...ikut turutan (Ref/GS/TB1/88) apabila ditanya tentang kaedah pengajaran yang beliau laksanakan di bilik darjah.

13 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Apabila ditanya tentang konsep jirim, berikut adalah jawapan yang beliau berikan :
Saya ingat jirim ini terdiri daripada 3 iaitu pepejal, cecair dan gas. Contoh yang paling sesuai kita gunakan ialah air sebab air boleh berubah dari cecair kepada pepejal iaitu berbentuk ais. Daripada ais ia boleh melebur menjadi air. Kalau air kita didihkan ia menjadi wap air...mengikut pemeluwapan. Kalau wap air disejukkan ia menjadi air semula... proses kondensasi kalau tidak silap. (Ref/GS/TB1/100-105)

Tajuk jirim belum lagi diajar kepada murid sewaktu kajian ini dijalankan. Apabila disoal lebih lanjut tentang strategi yang akan digunakan bagi menerangkan konsep jirim beliau menjelaskan dengan panjang lebar :
Pepejal kita nampak bendanya, ia ada berat sendiri, ia nampak bentuk; gas ia memenuhi ruang , ia tidak nampak, tapi ada berat, ada mass bukan? Cecair, ia ikut bentuk benda tersebut. Kalau dimasukkan dalam botol, ia mengikut bentuk botol, itu cecair. (Ref/GS/TB1/108-124) Saya bawa benda maujud. Saya tunjukkan, kemudian kita jalankan eksperimen. Air kita didihkan menjadi wap air. (Ref/GS/TB1/116-117)

Bagaimana pula cara menangani sekiranya berlakunya miskonsepsi dalam kalangan murid? tanya pengkaji selanjutnya. Beliau menjelaskan :
Kita tidak boleh katakan salahkan? Kita akan terima juga tapi kita cuba beritahu mereka, macam ini rupa pepejal. Kita ubah konsepnya, macam ini rupa pepejal. Kita tidak boleh katakan Oh..salah, bukannya pepejal, tidak bolehkan? Atau kita murnikan lagi, kita beritahu mereka pepejal bentuk ia macam ini, ia mesti ada berat kan? (Ref/GS/TB1/120-124)

Faktor bahasa dikatakan penghalang kepada penyampaian pelajaran oleh guru dan penerimaan pembelajaran oleh murid. Perkara ini banyak kali disebutkan dalam temu bual. Malahan Cikgu Susana turut merasakan

14 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

bahawa bahasa berkemungkinan

punca kepada miskonsepsi dalam

kalangan pelajar. Beliau menyebut, saya rasa mereka tidak faham bahasa. Bahasa Inggeris kita gunakan, mereka tidak faham. Kita terpaksa translate ke Bahasa Melayu. Mereka memang tidak faham

(Ref/GS/TB2/48-50; Ref/GS/TB1/128-137). Terjemahan perlu banyak dilakukan terutamanya untuk kelas yang lemah.

Semua ujian adalah dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Menurut beliau, perkara ini turut menyumbang kepada prestasi murid yang tidak membanggakan. Kelas hijau dan kuning 100% gagal. Kelas merah, kelas yang terbaik, separuh sahaja yang lulus, ujar beliau

(Ref/GS/TB1/145-146).

Pernyataan ini memperjelaskan data prestasi

pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Sains, khususnya dan dalam pencapaian UPSR, amnya.

KONSEPSI TENTANG JIRIM Pengkelasan Bahan Kepada Pepejal, Cecair Dan Gas Didapati bahawa konsepsi peserta kajian tentang bahan-bahan yang

dikelaskan sebagai pepejal, cecair dan gas adalah berbeza jika dibandingkan dengan sebelum dan selepas temu bual dijalankan. Sebelum temu bual dijalankan, semua peserta kajian mengkelaskan wap air dan sutera sama ada sebagai pepejal, cecair dan gas. Lebih ramai yang mengkelaskan wap air sebagai gas dan sutera sebagai pepejal. Plastik, kayu, jeli, logam, dan kertas dikelaskan sama ada sebagai pepejal atau cecair. Dapatan yang ketara ialah sebahagian besar peserta kajian mengkelaskan jeli sebagai cecair manakala plastik, kayu, logam dan

15 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

kertas sebagai pepejal. Ada peserta kajian mengkelaskan belon sebagai pepejal dan sebahagian lagi mengkelaskan belon ialah gas. Manakala minyak dikelaskan oleh sebahagian besar peserta kajian sebagai cecair dan hanya seorang mengkelaskan ia sebagai gas.

Bagaimanapun, selepas temu bual dijalankan, sebahagian konsepsi yang dipegang oleh peserta kajian telah berubah. Wap air lebih cenderung dikelaskan sebagai gas daripada cecair; dan sutera lebih cenderung dikelaskan sebagai pepejal daripada gas. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa, hanya jeli yang masih dikelaskan oleh sebahagian peserta kajian sebagai pepejal dan sebahagian peserta kajian mengkelaskan ia sebagai cecair. Manakala plastik, kayu, logam dan kertas telah dikelaskan sebagai pepejal. Lebih ramai mengkelaskan belon sebagai pepejal dan minyak sebagai cecair.

Konsep Pepejal Konsep pepejal yang dipegang oleh kebanyakan peserta kajian ialah pepejal keras; pepejal lembut; pepejal tidak hancur dan pepejal ada bentuk. Analisis terhadap data temu bual menunjukkan bahawa sebahagian besar peserta kajian mengkelaskan bahan yang mereka

tandakan sebagai pepejal sebab cirinya keras. Bahan yang keras adalah pepejal. Pernyataan ini dikongsikan bersama oleh Nurul, Lisa, Ros, Zack dan Haris.

Sebahagian peserta kajian menyatakan pepejal adalah bahan yang lembut| Contohnya, kapas, benang bulu dan sutera. Pernyataan ini banyak kali disebut oleh Nurul, Lisa, Ros, Zack dan Haris. Nurul mempunyai

16 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

pandangan tersendiri tentang pepejal. Selain daripada sifat keras, bahan yang bersifat lembut juga boleh jadi pepejal. Sebelum temu bual, Haris telah menandakan sutera sebagai cecair tetapi mengubah konsepsi beliau apabila ditanyakan lebih lanjut. Idea bahawa pepejal mempunyai bentuk dikongsikan bersama oleh Nurul, Din dan Ros sahaja. Mempunyai bentuk adalah konsep pepejal yang diterima dalam sukatan mata pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, KBSR (2006), selain daripada mempunyai isipadu yang tetap dan mempunyai jisim. Konsep Cecair Konsep cecair yang dipegang oleh peserta kajian mempunyai taburan frekuensi yang agak tidak ketara di mana bilangan yang menyatakan cecair di bawah tema cecair dibuat daripada air dan cecair tidak ada bentuk adalah ketara tinggi berbanding dengan tema cecair dapat diminum ; cecair boleh beku dan cair ; dan cecair adalah campuran bahan dan air, yang taburannya agak sama rata. Hampir semua peserta kajian menggunakan istilah cair; macam air; berair dan dibuat daripada air bagi menerangkan konsep cecair. Malahan ada juga yang mencampuradukkan istilah air dan cecair, sehinggakan pengkaji sendiri pun menjadi keliru dan sentiasa perlu

mendengar dengan penuh hati-hati ketika menemubual. Nurul memulakan ceritanya tentang cecair dengan menyatakan jeli, wap air, air, susu, jus, minyak masak dan minyak adalah cecair sebab semuanya diperbuat daripada air. Walaupun ragu-ragu sama ada minyak

17 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

masak dan minyak adalah dibuat daripada air, Nurul masih mengekalkan minyak masak dan minyak sebagai cecair sebab beliau yakin itulah jawapannya! Lisa pula melihat sifat cecair adalah pekat tetapi mempunyai air iaitu menggunakan istilah berair untuk menjelaskan mengapa susu, jus dan jeli adalah cecair. Ros menghubungkaitkan sifat cecair sebagai lecak (lembut) sebab dibuat daripada air. Beliau mengambil contoh air dan susu apabila menerangkan sifat-sifat ini. Bagaimanapun Ros menjadi keliru dengan istilah air dan cecair yang beliau gunakan bagi menerangkan air adalah cecair sehinggakan susu pun dikatakan diperbuat daripada cecair dan bukannya air lagi. Pelbagai konsep tentang cecair dijelaskan oleh Zack. Banyak perbandingan juga dibuat bagi menjelaskan mengapa bahan-bahan yang beliau senaraikan terletak dalam satu kumpulan. Penjelasan Zack agak kurang konkrit. Seterusnya Zack menyatakan pula jeli adalah cecair sebab ia lembut. Menurut Zack, jus adalah dibuat daripada buah-buahan maka ia cecair sebab ia cair (Ref/P5/76-78). Minyak, selain bersifat licin, adalah juga cecair sebab ia macam cecair, satu pernyataan yang kurang jelas. Haris memberikan dua sebab sahaja mengapa bahan-bahan yang beliau senaraikan iaitu jeli, air, susu, jus dan minyak masak adalah cecair. Pertama, benda yang cair sahaja adalah cecair (Ref/P6/61-62). Keduanya, benda yang cair tidak dapat dipegang dan hanya dapat dipegang apabila ia beku sahaja. Pernyataan beliau boleh diinterpretasikan sebagai cecair

18 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

adalah bahan yang cair dan boleh dipegang apabila ia beku. Agak menarik apabila beliau menggunakan air dan susu sebagai contoh. Cecair tidak ada bentuk adalah kefahaman yang dikongsikan bersama oleh Nurul, Din dan Ros sahaja. Mengikut Nurul, sifat cecair yang ketara ialah ia tidak ada bentuk (Ref/P1/84-85). Din, dengan gaya seorang saintis menjelaskan dengan yakin bahawa cecair tidak ada bentuk tetapi mengambil bentuk bekas ia ditempatkan. Ros pula menjelaskan kalau tidak ada bentuk, ia (adalah) cecair (Ref/P4/197-198). Apabila ditanyakan kepada Haris, Apakah sifat bahan yang beliau kategorikan sebagai cecair ? Haris secara konsisten menjelaskan bahawa jus, air, susu adalah cecair sebab ia dapat diminum (Ref/P6/92-93 ; 96-99). Cecair merupakan campuran bahan dan air disebut oleh Ros dan disokong oleh Zack yang secara spesifik menyebut bahawa bahan-bahan lain yang dimaksudkan adalah buah-buahan. Konsep Gas Sebahagian besar peserta kajian mengaitkan gas dengan sesuatu bahan yang boleh dihidu dan mengeluarkan bau; gas sebagai bahan yang tidak dapat dilihat dan gas adalah panas. Idea bahawa gas bersifat mengeluarkan bau dijawab oleh hampir semua peserta kajian sebaik sahaja ditanyakan mengapa mereka mengkelaskan udara, oksigen dan bau minyak wangi sebagai gas.

Nurul banyak mengaitkan bau pada bahan-bahan disenaraikan dengan bau petrol dan bau gas untuk memasak. Lisa menyatakan bau gas boleh dirasa dan disedut (Ref/P3/163-169). Menurut beliau, sifat inilah yang

19 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

membezakan gas daripada pepejal dan cecair. Walaupun gas tidak boleh dilihat tetapi memang kita dapat rasa...menyedut, beritahu beliau. Sungguhpun gas adalah bahan yang ada bau, menurut Ros, ada juga gas yang tidak mempunyai bau seperti wap air dan oksigen (Ref/P4/142144). Bagaimanapun, terdapat percanggahan dalam jawapan yang beliau berikan. Pada awalnya Ros mengkelaskan oksigen sebagai gas yang boleh dihidu (Ref/P4/114-115) tetapi kemudian mengubah konsepsi beliau kepada oksigen adalah gas yang tidak boleh dihidu. Zack dan Haris mempunyai idea yang agak berbeza daripada Nurul, Lisa dan Ros. Mengikut Zack, minyak wangi adalah gas sebab ia wangi dan berminyak (Ref/P5/130-135) dan berbau kuat (Ref/P5/178-184). Haris juga sependapat dengan Zack bahawa bau minyak wangi adalah gas sebab bila dihidu baunya wangi (Ref/P6/201-206). Jawapan kedua Nurul selepas ciri bau ialah gas tidak dapat dilihat. Nurul mengemukakan idea ini sebagai sebab mengapa beliau tidak dapat melukiskan struktur oksigen. Sungguhpun Din mempunyai kefahaman yang mantap tentang konsep pepejal dan cecair mengikut sukatan pelajaran Sains KBSR (2006), beliau juga menyenaraikan bau minyak wangi gas sebagai gas sebab gas adalah bahan yang tidak dapat disentuh dan tidak dapat dilihat, sama seperti wap air dan udara (Ref/P2/186-190). Lisa pula menyatakan udara, oksigen dan bau minyak wangi tidak dapat dilihat. Ros juga berkongsi idea yang sama. Oleh sebab gas tidak dapat dilihat, maka Ros berpendapat bahawa gas tidak mempunyai bentuk (Ref/P4/163-165).

20 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Zack tidak dapat menjelaskan apakah ciri udara sebenarnya. Oleh itu konsepsi Zack tentang gas tidak begitu jelas. Haris mempunyai penerangan yang logik dan konsisten bahawa gas mempunyai ciri panas. Zack juga sependapat dengan Haris dengan menyatakan minyak adalah gas sebab ia ada gas. PERBINCANGAN Pelbagai ciri yang terdapat pada bahan telah digunakan oleh peserta kajian untuk mengkelaskan bahan kepada pepejal, cecair dan gas, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Bagaimanapun, konsepsi tentang pepejal yang dominan ialah pepejal keras, pepejal lembut, pepejal tidak hancur dan pepejal ada bentuk. Konsepsi untuk cecair ialah cecair dibuat daripada air, cecair tidak ada bentuk, cecair dapat diminum, cecair boleh beku dan cair dan cecair adalah campuran bahan dan air. Gas pula dikonsepsikan sebagai bahan yang ada bau, tidak dapat dilihat dan bersifat panas.

Pada keseluruhannya, didapati bahawa semua peserta kajian mempunyai miskonsepsi tentang pepejal, cecair dan gas. Peratus miskonsepsi adalah setinggi 83% (Nurul) sehingga 100% (Lisa, Zack dan Haris); manakala Din mempunyai tahap miskonsepsi yang paling rendah (25%).

Nurul mempunyai pegangan yang konsisten tentang konsep pepejal. Haris mempunyai konsep gas yang tekal, manakala Din menyatakan konsep pepejal dan cecair dengan tepat dan tidak berganjak daripada idea awalnya sehinggalah temu bual djalankan. Ros juga mempunyai konsep pepejal dan cecair yang tepat.

21 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif Jadual 3.3 : Konsepsi Peserta Kajian tentang Pepejal, Cecair dan Gas
Konsep Cecair ada berat Cecair boleh beku dan cair Cecair campuran bahan Cecair dapat diminum Cecair dibuat daripada air Cecair dapat dilihat Cecair dapat dimakan Cecair lembut Cecair licin Cecair memenuhi ruang Cecair mudah mengalir Cecair tidak ada bentuk Gas ada air Gas ada bau Gas ada berat Gas ada oksigen Gas berasap Gas berminyak Gas memenuhi ruang Gas panas Gas tidak ada bentuk Gas tidak dapat dilihat Gas tidak dapat disentuh Gas tidak ada bau Gas untuk pernafasan Pepejal ada bentuk Pepejal ada berat Pepejal ada bunyi Pepejal berkarat Pepejal boleh berubah jadi air Pepejal dapat dilihat Pepejal dapat disentuh Pepejal dari plastik Pepejal keras Pepejal lembut Pepejal licin Pepejal mudah dicari Pepejal mudah putus Pepejal nipis Pepejal ringan Pepejal senang dibentuk Pepejal sifat liat Pepejal tidak hancur Konsep Betul Konsep Salah % miskonsepsi Nurul 2 10 83% Din 9 3 25% Lisa 0 18 100% Ros 2 15 88% Zack 0 14 100% Haris 10 8 100%

Petunjuk : Ada dinyatakan

Tiada dinyatakan

Konsep yang betul

22 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Peserta kajian menggunakan satu ciri yang dapat dilihat pada sesuatu bahan, kemudian membandingkan ciri ini dengan bahan-bahan lain dalam kumpulan yang sama semasa membuat pengkelasan. Ciri dilihat atau diketahui digunakan untuk meramal atau meneka bahan yang manakah pepejal, cecair ataupun gas. Hasilnya, konsep pepejal, cecair dan gas yang dimiliki oleh mereka menjadi pelbagai dan rencam, terpesong

daripada konsep jirim yang sebenarnya.

Pada amnya, hasil kajian ini dapat dihuraikan menggunakan dapatan kajian Talanquer dan Stains (2008) yang juga menggunakan kaedah Menurut mereka,

pengkelasan untuk unsur, sebatian dan campuran.

kebanyakan daripada miskonsepsi adalah hasil daripada pemberian sebab (reasoning) berdasarkan common sense. Common sense reasoning adalah set pemikiran yang dibina berasaskan alam sekeliling dan sifat-sifat semula jadi bahan dan bergantung kepada strategi mental untuk membuat keputusan dan membina inferen menggunakan maklumat yang sedia ada. Peserta kajian ini didapati cenderung menggunakan common sense untuk membuat keputusan semasa mengkelaskan bahan kepada pepejal, cecair dan gas. Prosedur mengenal pasti sebab sesuatu bahan dikelaskan sedemikian rupa dengan cara yang cepat dan dipanggil heuristik berlaku dengan mengurangkan beban pemprosesan maklumat. Apabila kaedah heuristik digunakan untuk pengkelasan dimana jawapan diperolehi dengan cepat tanpa usaha yang banyak, biasanya akan mengarah kepada ralat atau bias. Kebanyakan miskonsepsi dalam kalangan pelajar kimia berlaku adalah disebabkan oleh jenis pemberian sebab berdasarkan common sense. Pada umumnya, kesilapan dalam proses mengkelaskan

23 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

bahan berlaku apabila pelajar mengurangkan bilangan ciri-ciri bahan yang relevan (reduction) atau gagal membezakan antara konsep-konsep (undifferentiation).

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa miskonsepsi berlaku dalam kalangan semua peserta kajian tanpa mengira tahap kebolehan. Dapatan ini adalah selari dengan kajian-kajian lepas yang mendapati miskonsepsi adalah kekal dan mempunyai fungsi tersendiri dalam kehidupan seseorang; sukar diubah melalui pengajaran secara konvensional; miskonsepsi berinteraksi dengan pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan kesannya hasil pembelajaran yang tidak dijangkakan; mempunyai persamaan tanpa mengira tahap umur, kebolehan dan jantina dan miskonsepsi juga berlaku dalam kalangan guru dan juga pelajar (Fisher, 1985)

IMPLIKASI DAN CADANGAN Hasil kajian ini mempunyai implikasi terhadap dunia pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran Sains yang berkesan. Guru harus memainkan peranan lebih aktif dalam mengubahkan miskonsepsi dalam kalangan pelajar mereka. Miskonsepsi dikatakan sebagai tembok yang menghalang murid menerima pelajaran yang baru.

Penggunaan istilah yang tidak tepat dan konsep yang kabur harus ditangani melalui strategi pengajaran yang sesuai. Contohnya, melalui conceptual change model, generative learning model dan sebagainya (Salem, 2007) ataupun pendekatan yang dapat memenuhi proses pembelajaran pelajar yang mempunyai miskonsepsi. We do science..

24 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

We do not teach science harus dijadikan pegangan dalam merangka aktiviti hands-on dan minds-on dalam Sains.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cergas mahupun pelajar lemah mempunyai miskonsepsi tentang jirim. Keadaan ini harus difikirkan semula oleh para pendidik dan pentadbir sekolah dalam usaha mendemokrasikan pendidikan. Pelajar lemah tidak seharusnya diabaikan. Pelajar yang sering dapat markah tinggi tidak semestinya mempunyai konsepsi yang betul tentang sesesuatu konsep seperti ditunjukkan dalam hasil kajian ini. Oleh itu, implikasinya guru harus mengambil kira miskonsepsi semua pelajar tanpa mengira kebolehan agar mereka yang lemah dapat dicungkil potensi mereka.

Guru juga harus peka dengan punca-punca berlakunya miskonsepsi dalam kalangan pelajar mereka. Guru sendiri juga boleh menjadi punca kepada miskonsepsi. Oleh itu, pendekatan konstruktivisme adalah disarankan dalam pengajaran sains yang mengambil kira idea pelajar dan guru boleh melemahkan tembok miskonsepsi ini melalui penstrukturan semula idea pelajar. Kaedah pengajaran yang diakui digunakan oleh guru sains dalam kajian ini adalah senario biasa dalam amalan pengajaran di bilik darjah di Malaysia (Hashimah Mohd Yunus, Zurida Ismail & Raper, 2004). Oleh itu, peningkatan profesionalisme diri guru harus

dibangunkan secara berterusan agar selari dengan perkembangan pendidikan sains dan dapat mengubah paradigma pengajaran guru sains kepada kaedah pengajaran yang lebih memberatkan proses pembelajaran daripada pengajaran semata-mata.

25 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Kajian kes yang telah dijalankan hanya mengambilkira konsepsi 6 orang murid sekolah rendah. Hasil diperolehi adalah data awal bagi kajian lanjutan untuk para pengkaji yang berminat tentang miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Satu kajian kualitatif yang lebih komprehensif dengan bilangan sampel yang lebih besar merangkumi pelbagai peringkat umur dan bangsa adalah dicadangkan supaya generalisasi terhadap miskonsepsi dalam kalangan murid sekolah rendah dapat dibuat dan pihak-pihak yang berkenaan, seperti guru, pentadbir sekolah dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengambil usaha ke arah menjadikan proses pembelajaran dalam kalangan murid dapat berlaku dengan maksimum. Tempoh pengumpulan data yang lebih panjang juga akan membantu pengkaji memahami dengan mendalam miskonsepsi dalam kalangan peserta kajian. Pengumpulan data melalui pemerhatian adalah disarankan bagi mengesahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh guru. Data kajian ini telah memberi gambaran awal tentang miskonsepsi murid sekolah rendah tentang konsep jirim iaitu pepejal, cecair dan gas. Oleh itu, kajian bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah intervensi yang terpilih bagi membetulkan miskonsepsi pelajar adalah dicadangkan. Di sini pengkaji boleh melihat apakah kaedah berkesan bagi menangani miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Hasil kajian kelak dapat dijadikan panduan oleh guru sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

26 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

RUJUKAN Del Pozo, R. M. (2001). Prospective teachers ideas about the relationship between concepts describing the composition of matter, Journal of Science Education. 23:353-371 Evans, E. dan Ellis, L. (2008). Science made easy, Materials and their properties. London: Darling Kindersley Limited. Fisher, K.M. (1985). A misconception in biology: amino acids and translation. Journal of Research in Science Teaching. 22:53-62 Gilbert, J.K., Osborne, R.J., & Fensham, P.J. (1982). Childrens science and its consequences for teaching. Science Education. 66: 623633l Hashimah Mohd Yunus, Zurida ismail & Raper, G. (2004) Malaysian primary teachers classroom practice of teaching and learning science. Journal of Science and Mathematics Education in S.E.Asia. 27(1): 166-203 Hsu, Y-S, Wu, H-K, dan Hwang, F-K (2008). Fostering high school students conceptual understandings about season: The design of a technology-enhanced learning environment. Research Science Education, 38: 127-147 Huddle, P.A., White, M.D. dan Rogers, F. (2000). Using teaching model to correct known misconceptions in electrochemistry. Journal of Chemical Education. 77:104-110 Johari Surif dan Mohammad Yusof Arshad. (2003). Aplikasi model generatif-metakognitif dalam persekitaran konstruktivisme bagi proses pengajaran dan pembelajaran sains: peranan guru sebagai pengamal refleksi dalam buku Proceeding International Conference on Science and Mathematics Education: Which Way Now? 2003. 121-128 Johnson, P. (1998). Progression in childrens understanding of a basic particle theory: A longitudinal study. International Journal of Science Education. 20:412-493

27 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Kokkotas, P., Vlachos, I., dan Koulaidis, V. (1998). Teaching the topic of the particulate nature of matter in prospective teachers training courses. International Journal of Science Education. 20:291-303 Leite, L., Mendoza, J., dan Borsese, A. (2007). Teachers and prospective teachers explaination of liquid-state phenomenon: A comparative study involving three European countries. Journal of Research in Science Teaching. 44: 349-374 Lin, H. dan Cheng, H. (2000). The Assessment of students and teachers understanding of gas laws. Journal of Chemical Education. 77: 235-238 Low Swee Neo (2000). Fokus Sains UPSR. Selangor, Malaysia: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Margel, H.; Eylon Bat-Sheva dan Scherz, Z. (2008). A longitudinal study of junior high school students conceptions of the structure of materials. Journal of Research in Science Teaching. 45: 132-152 Marilyne, S., dan Vicente, T. (2007). Classification of chemical substances using particulate representations of matter: An analysis of student thinking. International Journal of Science Education. 29: 643-661 Merriam, S.B. (2001). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco; Jossey-Bass Pub. Miles, M., dan Huberman, M. (1984). Qualitative data analysis: A source book for new methods. Beverly Hills, CA: Sage Publications Mohammad Yusof Arshad, Johari Surif, Utahayakumari, Tan Soo Yin dan Dalina Daud (2002). Kefahaman pelajar mengenai konsep zarah perbandingan respon pelajar di Malaysia dan pelajar di United Kingdom. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 8: 8-10 Nakhleh, M. B. dan Samarapungavan, A. (2005). Middle school students belief about matter. Journal of Research in Science Teaching. 42:581-612

28 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Pavol, P., Milan, K. dan Jana, F. (2007). Why do cocks crow? Childrens concepts about birds. Research Science Education. 37:393-405 Salem, A.A. (2007). Facilitating conceptual change in ninth grade students understanding of human circulatory system concepts. Journal of Research in Science Teaching. 12(1): 12-24 Yin, R. (1984). Case study research: Design and methods (1st ed.). Beverly Hills, CA: Sage Publishing

29 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

You might also like