You are on page 1of 2

Dasar Bioteknologi Negara

Dasar Bioteknologi Negara telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 bersempena Persidangan BioMalaysia 2005 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dimana tertubuhnya Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang akan bertanggung jawab mengepalai pembangunan sektor berkenaan sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi baru Malaysia. MBC akan berada dibawah seliaan Majlis Perlaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dan diletakkan sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Objektif 1. mengubah dan meningkatkan pewujudan nilai dalam sektor pertanian melalui bioteknologi; 2. memanfaatkan kelebihan biokepelbagaian untuk mengkomersilkan penemuan produk berkaitan kesihatan dan menjadikan Malaysia dalam pasaran biogenerik yang berkembang; 3. menyediakan peluang pertumbuhan dalam industri biopemprosesan dan biopembuatan; 4. mengambil faedah daripada pemusatan teknologi bagi membangunkan industri bioinformatik baru yang berkembang; 5. mempromosikan BioNexus sebagai jenama unik untuk menarik pelaburan asing dan tempatan dalam bidang bioteknologi 6. mewujudkan persekitaran yang sesuai dengan rangka kerja institusi sokongan, kawal selia dan kewangan bagi membantu pembangunan industri bioteknologi yang kukuh dan pelbagai; 7. meningkatkan pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan negara; dan 8. menubuhkan pusat kecemerlangan R&D dan mempercepat pembangunan, penyebaran dan pengkomersilan teknologi.

Tiga Fasa Utama Pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara

Fasa pertama (2005-2010)-Membina kapasiti Menubuhkan Panel Penasihat Antarabangsa dan Majlis Pelaksanaan di bawah Perdana Menteri Menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) Menyediakan pendidikan dan latihan untuk pekerja mahir Pembagunan keranka kerja perundangan dan harta intelek Membangunkan perniagaan menerusi program-program pemangkin Membina jenama Malaysia Mencipta pekerjaan dan industry dalam bioteknologi pertanian, penjagaan kesihatan dan informatik

Fasa kedua (2011-2015)-Sains ke perniagaan Membina kepakaran dalam penemuan ubat-ubatan dan pembangunan berasaskan sumber asli Pembangunan produk baru Pengambilalihan teknologi menggiatkan promosi pelaburan Memperkukuhkan penjenamaan Membangunankan keupayaan dalam pelesenan teknologi Mencipta pekerjaan berasaskan pengetahuan

Fasa ketiga (2016-2020)-Kehadiran di peringkat global Menggabungkan kekuatan dan keupayaan dalam pembangunan teknologi Memajukkan kepakaran dan kekuatan dalam pembangunan dan penemuan ubat-ubatan Memperkukuhkan inovasi dan pelesenan teknologi Mempromosi syarikat-syarikat Malaysia yang bertaraf global

You might also like