You are on page 1of 49

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT SENARAI KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN 1 2 3 4

1.0

MEMBINCANG DAN MENGHURAIKAN KONSEP STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN SERTA MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGAN MENGAPLIKASIKAN KAEDAH DAN TEKNIK YANG SESUAI 1.1 KAEDAH 1.2 TEKNIK 1.3 PENDEKATAN 1.4 STRATEGI

6 15 20 32 37 41

2.0 3.0

RPH PEMILIHAN KAEDAH, TEKNIK, PENDEKATAN DAN STRATEGI

REFLEKSI BIBLOGRAFI LAMPIRAN Jadual Pelaksanaan Tugasan Borang Kolaborasi

43 45

46 47

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 1

HALAMAN JUDUL

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3117)

JABATAN BAHASA MELAYU IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 2

HALAMAN PENGAKUAN.

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan serta ringkasan setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

TANDATANGAN NAMA TARIKH

: : NIK MARYAM HANIE BT NIK NASROOM : 12 SEPTEMBER 2011

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dengan limpah kurnia serta inayah dariNya dapat jua saya menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masa dengan jayanya. Disini saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Asri bin Abdul Razak kerana telah banyak membantu saya dengan memberi penerangan yang teliti mengenai kerja kursus ini serta merangkap penasihat bagi tugasan ini dan beberapa orang lagi pensyarah yang turut terlibat di atas kesudian dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang membina bagi saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di samping itu, ribuan terima kasih ditujukan kepada teman-teman seperjuangan dari unit Pengajian Sosial yang turut berkongsi idea, rasa serta pendapat-pendapat yang bernas sepanjang proses menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Ribuan terima kasih saya hulurkan kerana tanpa kalian, tidak mungkin tugasan ini dapat berjalan dengan lancar.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 4

Selain itu, jutaan terima kasih saya titipkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya jasa kalian tidak akan saya lupakan dan saya akan sentiasa menghargainya. Akhir sekali,tidak dilupa buat kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan, dorongan serta galakan kepada saya agar menyiapkan kerja kursus ini sebaik mungkin dan tepat pada masa yang telah ditetapkan. Jasa-jasa yang dicurahkan oleh semua pihak amatlah saya hargai. Sesunguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala-galanya. Sekian,terima kasih......

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 5

1.0 MEMBINCANG DAN MENGHURAIKAN KONSEP STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN SERTA MENYEDIAKAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGAN MENGAPLIKASIKAN KAEDAH DAN TEKNIK YANG SESUAI 1.1 KAEDAH Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Mok Soon Seng (1992), kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Sebagai contoh jika kita memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedahkaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117 Page 6

masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedahkaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. Beberapa kaedah yang penting; 1. kaedah tatabahasa terjemahan 2. kaedah natural 3.kaedah terus 4. kaedah ajuk hafaz 5. kaedah linguistik 6.kaedah kod-kognitif 7.kaedah bahasa-komuniti 8. kaedah oral-aural

Kaedah Tatabahasa Terjemahan Berdasarkan kaedah tatabahasa terjemahan, pelajar-pelajar boleh memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Di samping itu, pelajar-pelajar dapat menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Tujuan kaedah tatabahasa terjemahan :

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. 2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 7

3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. 4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Apabila guru mempratikkan kaedah ini kepada murid-murid, guru dapat melengkapkan pelajar dengan perebendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan atau penggunaan bahasa dalam peperiksaan. Selain itu, jika guru menggunakan kaedah ini, guru dapat membentuk pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan pelajar menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.

Dalam teknik ini, terdapat beberapa teknik pengajaran yang disarankan. Salah satu teknik yang diperkenalakan ialah pelajar-pelajar diperkenalkan kepada undangundang nahu terdahulu. Selepas itu, guru akan memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh kepada mereka. Selain itu, pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal.

Dalam pembelajaran bahsa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa pertama. Selepas itu, pelajar disuruh membuat ayatayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undangundang yang telah dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar-pelajar dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa kedua ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Kaedah natural Kaedah natural merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah natural ini menekankan kepada

penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 8

Dalam kaedah ini, terdapat beberapa aspek yang harus dipertimbangkan. Dalam pembelajaran dan pengajaran, kaedah natural bermula pada tahap mudah dengan bertanya murid tentang apa yang ada di sekitar mereka atau daripada gambar mudah. Selain itu, pelajar didedahkan dengan aktiviti bahasa secara bebas seperti berbual dengan rakan sebaya, menunjukkan gambar dan sebagainya. Pelajar bertindak balas terhadap soalan pendek, perbualan, memenuhkan tempat kosong, menerangkan grafik mudah seperti peta perjalanan, jadual dan sebagainya. Dalam kelas, guru akan memberi input dan memberi klu supaya pelajar dapat mentafsir input dan guru harus menjadikan suasana kelas konduktif untuk pengajaran. Dalam pengajaran, guru akan menyediakan bahan audio visual dan pelajar bertutur berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Berdasarkan kaedah ini, aktiviti ini boleh dijalankan mengikut berpasangan atau berkumpulan. Melalui aktiviti ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar dan bertutur murid serta dapat membuat rumusan pada akhir pengajaran.

Kaedah terus Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan kaedah ini diperkenalkan adalah kerana membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempatempat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, tujuan kaedah terus ini diperkenalkan adalah kerana pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat yang berkenaan.

Kaedah ini terus memberi keutamaan kepada pengajaran yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini mempunyai objektif untuk membolehkan kanakkanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara lebih efektif dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat berkenaan. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan untuk mempelajari bahasa pertama dan bahasa kedua kerana sifatnya sama dengan cara pelajar menguasai bahasa ibunda atau bahasa natif mereka.
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 9

Kaedah ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kaedah lain kerana kaedah ini dapat menghasilkan pelajar yang dapat menguasai bahasa lisan dengan baik. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kaedah ini usaha yang lebih adalah dituntut bagi melaksanakannya dan guru perlu berkemampuan dan mahir untuk menggunakan pelbagai cara atau teknik untuk menyatakan makna perkataan dan frasa dengan jelas.

Dalam pembelajaran dan pengajaran, apabila segala makna keadaan yang tidak difahami, guru akan menjelaskan kepada murid-murid dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perkataan berlawan atau cara yang lain. Kebiasaannya, pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar dilatih tubi terlebih dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya dan undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat.

Selain itu, bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengan latihan lisan yang dibuat. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa pembelajaran bahasa pertama/ ibuanda / natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan betutur serta pelajar-pelajar akan dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar. Dalam pembelajaran, terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh itu, sebutan yang betul diutamakan, dan kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa. Kaedah Ajuk hafaz Dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117 Page 10

dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagianbahagiannya. Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam bentuk-bentuk .

Kaedah linguistik Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengadungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajarinya. Teori-teori dan teknik menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari pemerhatianpemerhatian mereka terhadap bahasa. ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai bahasa yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam pengkajian sains-sains yang lain seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan metode-metode yang tertentu.

Melalui kaedah ini, guru memulakan pengajaran dengan mengajar pelajar membunyikan perkataan. Bunyi-bunyi bahasa itu dipindah melalui udara, mengatur jumlah tenaga gelumbang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat itu berubah dalam proses penghasilannya kepada aspek yang lebih kompleks. Walaupun penghuraian linguistik mengenai bahasa yang sama tidak serupa, namun, ahli bahasa tetep merupakan orang yang berkebolehan untuk menuliskan tatabahasanya dan selok-belok bunyi bahasa.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 11

Kebiasaannya, latih tubi ini berkait dengan rangkai kata dan perkataan. Walaupun kadang-kala ilmu linguistik sebagai satu sains tidak mempunyai banyak sumbangan dalam pengajaran bahasa tetepi sumbangan linguistik yang paling bererti ialah bagi menambah pengetahuan seseorang yang cuba memahami sifatsifat bahasa. Apabila kaedah ini diterapkan dalam aktiviti kelas, murid-murid dapat menguasai bahasa dengan lebih mudah dan cepat. Mereka dapat belajar membunyikan perkataan-perkataan apabila guru menggunakan kaedah linguistik ini. Ilmu linguistik ini penting dari segi isi yang harus diajar, manakala psikologi penting dari segi penguasaan isi yang yang disampaikan dengan cara-cara tertentu dalam sesuatu pengajaran.

Kaedah kod kognitif Kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam jangka mas yang singkat.

Di samping itu, kaedah ini pula mempunyai andaian terhadap pembelajaran bahasa iaitu khusus bahasa kedua. Salah satu andaian ialah kaedah ini merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa secara sedar. Selain itu, kaedah ini dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan. Dalam pengajaran, guru lebih mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada tafar kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara

automatik.

Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat-ayat pecahan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117 Page 12

sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya, membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan dan i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan tak transitif. Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan pengukuhan.

Kesimpulannya, kaedah ini memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri-ciri ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa malalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam konteks penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa berbanding kecekapan berbahasa

Kaedah bahasa komuniti Guru bertindak sebagai kaunselor bahasa, cuba memahami pelajar melalui caunsellor emphities. Pengajaran pembelajaran bahasa merupakan satu kesinambungan yang bermula pada peringkat penglahiran, peringkat pelajar boleh berdikari, peringkat pelajar boleh ditegur dan dikritik dan peringkat terakhir pelajar menguasai gaya, linguistik mampu berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan bahasa gramatis.

Guru-guru biasanya digalakkan menggunakan kaedah bahasa komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menyediakan dan melakukan aktiviti mengikut kaedah bahasa komuniti. Aktiviti boleh dilakukan seperti perbincangan kumpulan kecil untuk menyediakan bahan perbualan atau cerita atau

mengadaptasikan bahan sedia ada. Aktiviti seperti berdialog, bercerita atau berlakon ini dirakam dan hasil rakaman tersebut didengar semula melalui pita rakaman atau VCR. Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan perbualan bebas dalam masa 3 hingga 5 minit tentang pengalaman pembelajaran
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117 Page 13

yang telah dilalui. Pada akhir aktiviti pembelajaran, guru dan murid dapat membuat rumusan dan memberi aktiviti pengukuhan kepada murid.

Kaedah oral-aural (dengar-tutur) Kaedah oral-aural atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan diolag untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya buka penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi.

Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah diperlajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

1.2

TEKNIK Teknik pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara

khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang
Page 14

ada

pada

sesuatu

kaedah

maka

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

kemungkinan

besar

matlamat

kaedah

itu

akan

tidak

berhasil.

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Dengan kata lain teknik ialah mengajar kemahiran dalam guru dalam aktiviti pengelolan pengajaran dan dan

pelaksanaan

kaedah

sesuatu

pembelajaran. Jadi, teknik akan merealisasikan kaedah yang kita pilih untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang guru

mengajar Bahasa Melayu menggunakan kaedah tutorial/kuliah. Apakah teknik yang digunakan? Mungkin guru tersebut akan menggunakan teknik soal jawab atau teknik bercerita menggunakan media Power Point.

Contoh teknik biasa yang digunakan; 1. Teknik latih tubi 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik bercerita 4. Teknik drama

1.2.1 Teknik latih tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117 Page 15

bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran yang dipelajari. Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu serta boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataanperkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : I. Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. II. Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. III. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. IV. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. V. Kefahaman (comprehension)
Page 16

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.


Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.

Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

1.2.2 Teknik permainan bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan

menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

1.1.3 Teknik bercerita

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 17

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Ia juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik

persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan

1.1.4 Teknik drama Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 18

(jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk

menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan dilaksanakan. sedang

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 19

1.3

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan. Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar

berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 20

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud

berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang

dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 21

digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran. Contoh pendekatan yang biasa digunakan;

1. induktif 2. deduktif 3. eklektif 4. komunikatif 5.pembelajaran berasaskan masalah 6.pembelajaran berasaskan projek 7.berpusatkan murid 8.berdasarkan bahan 9.berasaskan aktiviti 10.berasaskan situasional/ senario 11.berasaskan permainan

1.3.1 Pendekatan induktif

Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan daripada contohcontoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta membuat generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan serta membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 22

Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan dan penilaian sendiri. Pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik 1.3.2 Pendekatan deduktif

Pendekatan deduktif bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus, prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum yang baru.

Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan menjelaskan bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid menyenaraikan unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang konsep hujan yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid menjawab soalan latihan daripada buku teks dan memberikan contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta

1.3.3 Pendekatan eklektif

Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah bahasa Inggeris elective bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117 Page 23

pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan).

Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid. 1.3.4 Pendekatan komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama

membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih bepusatkan murid.
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 24

1.3.5 Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) adalah pendekatan di mana pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat den menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses ini akan menggalakan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif bagi menyelesaikan masalah yang diberikan dan berusaha mencapai matlamat yang telah dipersetujui oleh ahli kumpulan. Dalam kajian yang dijalankan oleh Nor Ratna Masrom (2005) mendapati bahawa pelajar tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dan menguasai isi pelajaran sekiranya pelajar tidak memahami proses dalam pelaksanaan kaedah PBL.Terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:

a) Pembahagian Kumpulan Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.

b) Mengenalpasti Masalah Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.

c) Menjana Idea
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117 Page 25

Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.

d) Isu Pelajaran Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk

menyelesaikan masalah yang diberikan.

e) Pembelajaran Kendiri Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.

f) Sintesis dan Aplikasi Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak Balas


NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 26

Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masingmasing.

Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.

1.3.6 Pendekatan pembelajaran berasaskan projek

Pendekatan ini merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan laporan yang kutipan betul. serta Antara analisis ciri-ciri data dan persediaan berasaskan satu :

pembelajaran

projek

Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.

Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. 1.3.7 Pendekatan berpusatkan murid

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 27

Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiranberfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid. Pendekatan pembelajaran ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Konsep ini dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui idea yang dikupas daripada teori konstruktivisme. Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masingmasing. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendakpelajar secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakanyang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepadapelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu,Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluangkepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep ataupengetahuan.

1.3.8 pembelajaran berasaskan aktiviti


NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 28

Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran. Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti juga suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden. .Melalui aktiviti,murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di sekolah.Contoh aktiviti : Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-murid akan dilengkapi dengan satu senarai kata yang perlu dikuasai. Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut, murid-murid diberi

terjemahan dalam bahasa ibunda. Disamping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berdasarkan peraturan-peraturan nahu yang telah diajar. Aktiviti membaca merupakan asas untuk mecerakinkan nahu serta menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda ataupun sebaliknya. Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis tentang bahan-bahan yang telah dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.

1.3.9 Pembelajaran berasaskan situasional/senario Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 29

Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: a) Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak.Tiap2

gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur.

1.3.10 Pembelajaran berasaskan permainan Permainan adalah satu jenis aktiviti yang menarik dan memikat. Guru-guru boleh menggunakan permainan sebagai satu pendekatan mengajar yang positif. Bermain biasanya bersifat komunikatif dan menghiburkan. Murid-murid belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana permainan memberi lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam proses komunikasi. Bagi guru-guru disekolah, permainan merupakan alat yang amat penting kerana ia boleh digunakan apabila kanak-kanak berhadapan dengan konsep-konsep dan kemahiran yang memerlukan konsolidasi dan peneguhan. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta

mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117 Page 30

pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu: 1. Merangsang interaksi verbal pelajar 2. Menambah kefasihan dan keyakinan 3. Menyediakan konteks pembelajaran 4. Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan 5. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 31

1.4

STRATEGI

Apa pula strategi pengajaran dan pembelajaran?

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu

menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 32

Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana menyampaikannya Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajarpelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 33

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. Guru akan memikirkan keseluruhan proses pengajaran beliau. Strategi mengajar mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran dan selalunya mengandungi beberapa kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai teknik pengajaran. Dengan bahasa yang lebih mudah, strategi ialah perancangan guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran.

Strategi yang baik akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang konduksif ke araha mencapai objektif yang hendak dicapai. Salah satu kriteria guru yang berkesan ialah mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk disesuaikan dengan isi pelajaran yang diajar. Antara strategi yang boleh digunakan ialah: 1.4.1 Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

1.4.2

Penyerapan
Page 34

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.

1.4.3 Pengayaan Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbezabeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahanbahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahanbahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahirankemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

1.4.4

Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

1.4.5 Penilaian

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 35

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 36

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif

: Bahasa Melayu : 5 Orked : 32 orang : Kebudayaan : Perayaan di Malaysia : 12 Februari 2007 : 60 minit : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. ii. iii. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masingmasing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Hasil Pembelajaran: 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 37

Kemahiran Bahasa : Sistem Bahasa :

Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. Bahasa Melayu, Kebudayaan Kesenian, menghayati, menghormati dan Menghargai.

Ilmu Nilai

: :

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai: Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. Bahan Bantu Belajar: Power point, buku latihan dan alat tulis.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 38

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi (5 minit) i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii)murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. Langkah 1 (15 minit) i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.

Catatan

Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia.

KB : menghubungkait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBB : power point

Guru memberi teks yang bertajuk Perayaan Di Malaysia melalui power point.

KB : membuat inferens BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks cerita, power point

Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point.

Langkah 2 (15 minit) i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat
Page 39

KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormatmenghormati BBB : power point

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

ganjaran. v)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.

Guru memberi latihan kepada murid-murid.

Langkah 3 (20 minit)

i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih Aktiviti tidak memahami tajuk pengajaran pada Pemgayaan: hari tersebut. Menulis karangan ii)guru memberi latihan kepada murid pendek iaitu membuat karangan pendek berdasarkan mengenai perbezaan perayaan di tajuk yang diberi. Malaysia. iii)guru membimbing kumpulan murid Aktiviti yang memerlukan pemulihan dengan Pemulihan: menyediakan teks cerita yang perlu Menyudahkan dilengkapkan dengan mengisi tempat petikan yang kosong. diberikan dengan mengisi tempat kosong. Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menayakan nilainilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penutup (5 minit) i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahanbahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan.

Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 40

3.0

PEMILIHAN KAEDAH, TEKNIK PENDEKATAN DAN STRATEGI Tugas utama seorang pengajar Untuk atau guru adalah ini, untuk pengajar

memudahkan pembelajaran para

pelajar.

memenuhi

tugas

atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah sediakan di atas, pemilihan kaedah untuk set induksi adalah kaedah natural, kaedah terus, kaedah linguistik dan kaedah oral-aural. Teknik yang digunakan pula adalah teknik bercerita dengan menggunakan pendekatan berdasarkan bahan iaitu power point. Murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. Murid turut diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. Di sinilah kaedah pengajaran natural,kaedah terus, kaedah linguistik dan kaedah oral-aural berlaku.Kemudian guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. Seterusnya pada langkah satu pengajaran, murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. Serta diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. Kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. Di sini pemilihan kaedah natural, kaedah terus,kaedah linguistik, kaedah komuniti dan kaedah oral-aural dapat dilihat kerana murid yang membaca teks perlu membaca menggunakan intonasi yang betul manakala murid lain yang mendengar harus mendengarnya dengan telitii kerana guru juga akan menanyakan soalan kepada pelajarnya. Pendekatan yang digunakan pula ialah komunikatif, berpusatkan murid dan berdasarkan bahan iaitu power point dan teks. Untuk langkah dua kaedah yang digunakan ialah kaedah natural, kaedah linguistik, kaedah bahasa komuniti dan kaedah oral-aural dengan pendekatan
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 41

komunikatif, berpusatkan murid dan berasaskan aktiviti. Ini kerana murid harus membuat perbincangan bersama rakan-rakannya dalam kumpulan masing-masing. Hasil perbincangan tersebut perlu dibentangkan di hadapan kelas. Aktiviti ini juga akan turut membuat murid menjadi lebih berani kerana perlu ke hadapan kelas untuk membentangkan hasil perbincangan masing-masing. Sementara itu untuk langkah tiga, kaedah yang digunakan ialah kaedah tatabahasa terjemahan dengan pengaplikasian teknik latih tubi dan pendekatan berasaskan masalah. Ini kerana murid harus menulis satu karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi, manakala murid yang memerlukan bimbingan pemulihan harus mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kemahiran berfikir dan menulis dengan baik juga diperlukan dalam langkah ini. Akhir sekali untuk penutup, guru akan membuat rumusan, menanyakan soalan yang berkaitan serta menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajarnya. Oleh itu, kaedah yang terlibat ialah kaedah natural, kaedah terus, kaedah linguistik dan kaedah oralaural. Penggunaan kaedah-kaedah ini akan menjadikan lisan pelajar lebih baik dan bijak dalam memberikan jawapan yang bernas. Pendekatan yang digunakan pula ialah pendekatan berpusatkan murid.

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 42

REFLEKSI
Pada 27 Julai iaitu bersamaan dengan hari Rabu, saya telah menerima tajuk tugasan ini iaitu tugasan individu tentang proses pembinaan negara bangsa daripada pensyarah saya, Encik Mohd Asri bin Abdul Razak. Tugasan tersebut merupakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) PISMP bagi Semester 4. Setelah mendapat tugasan, saya berasa risau kerana masa yang diberikan pada masa itu boleh dikatakan suntuk dan tambahan pula banyak lagi tugasan tugasan lain yang perlu disiapkan dan dihantar segera. Saya memulakan tugasan ini secara perlahan-lahan. Pertama sekali, saya memahami kehendak soalan, Perbincangan tugasan bersama pensyarah dan rakan-rakan mengenai kaedah pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kemudian pada 7 Ogos, saya mendraf tugasan serta mendapatkan bahan dari pelbagai sumber seperti dari Internet, buku- buku dan majalah. Saya juga mencatat maklumat- maklumat penting, membuat nota ringkas, dan catatan bibliografi. Setelah siap, saya menyusun maklumat, menganalisis maklumat berdasarkan kehendak tugasan, menghubungkaitkan maklumat yang relevan, serta membuat huraian terperinci draf. Seterusnya bermula 9 Ogos, saya membetulkan tugasan awal yang dibuat, melengkapkan segala maklumat, memasukkan segala maklumat yang perlu ada, menjilidkan tugasan dengan kemas, menghubungkaitkan maklumat yang relevan, membuat huraian terperinci, menaip draf, memperbaiki kelemahan dan kesilapan serta menambah kekurangan yang ada pada tugasan. Kerja kursus ini meliputi dan menepati skop perbincangan soalan yang digariskan dan dikehendaki. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat banyak ilmu berkaitan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran. Setelah selesai memberi huraian strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran., saya diminta pula menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dengan

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 43

mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai. Tugasan kali ini benar-benar mencabar kebolehan saya sebagai seorang pelajar dan bakal guru. Saya juga dikehendaki melaksanakan satu sesi pengajaran mikro dengan menggunakan kemahiran yang dipilih dengan penggunaan bahan bantu mengajar serta kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai. Bagi menyempurnakan lagi tugasan ini, saya perlu menjelaskan mengapa kaedah, teknik dan strategi tersebut dipilih. Saya telah berusaha mencari maklumat yang berkaitan melalui buku-buku di perpustakaan dan juga maklumat-maklumat tambahan daripada internet. Sesungguhnya, bukan mudah untuk menjumpai sumber rujukan yang saya kehendaki bagi menyiapkan tugasan ini. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat jua saya menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masanya dengan sempurna. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, khasnya kepada pensyarah yang banyak berbudi, Encik Asri serta kawankawan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa anda. Saya juga amat mengharapkan teguran, cadangan dan nasihat yang membina dan berguna agar dapat memperbaiki lagi hasil mutu kerja saya pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 44

LAMAN SESAWANG
http://perayaanmalaysia.blogspot.com/ diakses pada 10 Ogos jam 1.57 ptg http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83 diakses pada 10 Ogos jam 2.03 ptg http://zaifbio.wordpress.com/2010/01/14/konsep-dasar-strategi-pembelajaran-3/ diakses pada 10 Ogos jam 2.13 ptg http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-pendekatan-kaedahteknik.html diakses pada 13 Ogos jam 2.40 ptg diakses pada 13 Ogos jam 3.00 ptg http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

http://sayasayangbm.blogspot.com/2011/05/kaedah-pengajaran-bahasa-melayu.html diakses pada 13 Ogos jam 9.23 malam http://www.potralpendidikan.com.html diakses pada 20 Ogos jam 2.10 ptg http://www.scribd.com/doc/49197959/PEMBELAJARAN-BERASASKAN diakses pada 20 Ogos jam 2.24 ptg http://pasirpekani.blogspot.com/2011/02/kaedah-pengajartan-bahasa-melayu.html diakses pada 20 Ogos jam 2.43 ptg http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ diakses pada 20 Ogos jam 3.03 ptg

BUKU

Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Tang, Chee Yee (1988) "Panduan Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 45

Jadual Pelaksanaan Tugasan BIL. 1 2 3 4 5 TARIKH 27 JULAI 2011 29 JULAI 2011 30 JULAI 2011 6 OGOS 2011 8 OGOS 2011 INPUT DAN TUGAS Penerimaan tugas Taklimat daripada pensyarah pembimbing Membuat ringkasan sumber bahan untuk rujukan Mendraf tugasan awal Perbincangan mengenai keseragaman tugasan Menyediakan draf dan memulakan tugasan awal Berbincang dengan pensyarah mengenai draf sedia ada Memulakan tugasan awal Menyiapkan tugasan Menyambung dan mengemas kini tugasan Menyemak tugasan bersama ahli kelas Melakukan penambahbaikan terakhir Menghantar tugasan

9 OGOS 2011

7 8 9 10 11 12 13

12 OGOS 2011 13 OGOS 2011 22 OGOS 2011 30 OGOS 2011 5 SETEMBER 2011 6 SEPTEMBER 2011 12 SEPTEMBER 2011

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 46

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus

NAMA PELAJAR NO. MYKAD UNIT MATA PELAJARAN

: : : :

NIK MARYAM HANIE BT NIK NASROOM 900720-03-5652 PISMP PENGAJIAN SOSIAL/PJ/BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3117)

PENSYARAH PEMBIMBING

ENCIK MOHD ASRI ABDUL RAZAK

TARIKH 27 Julai 2011 29 Julai 2011

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Menerima soalan tugasan

CATATAN Soalan diteliti dan rangka awal dikenal pasti Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 4 April 2011 Mengenal pasti pembahagian tugas

TANDATANGAN

(Hani)

Taklimat daripada pensyarah

(En. Asri)

30 Julai hingga 5 Ogos 2011

Memahami kehendak soalan tugasan, mendraf tugasan serta mencari maklumat dari Internet dan sumber lain

Membuat jadual kerja Cetakan maklumat internet Nota ringkas Catatan bibliografi Menaip draf Mencatat maklumat (Hani)

Mendraf tugasan awal

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 47

hingga 7 Ogos 2011

berkaitan Menyusun atur kerjakerja tugasan (Hani) Membetulkan tugasan awal yang telah dibuat

8 Ogos 2011

Berbincang bersama ahli kelas bagi memastikan keseragaman tugasan

Memperincikan maklumat Mencatat maklumat tambahan yang diperoleh (Hani) (Fiza)

9 hingga 11 Ogos 2011 Menyediakan semula draf dan memperbaiki draf sedia ada 12 Ogos 2011 13 hingga 21 Ogos 2011 22 hingga Menyiapkan tugasan Memulakan tugasan awal Berbincang dengan pensyarah berkenaan draf sedia ada

Menyusun maklumat Menganalisis maklumat berdasarkan kehendak tugasan Menghubungkaitkan maklumat yang relevan Membuat huraian terperinci Menaip draf Membetulkan tugasan Mencatat maklumat tambahan Menyusun maklumat mengikut keutamaan Memperincikan huraian Memperbaiki cara penulisan Membuat pembahagian tugasan (Hani) (En. Asri) (Hani)

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 48

29 ogos 2011 30 Ogos hingga 4 September 2011 5 September 2011 6 hingga 11 September 2011 12 September 2011 Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing Melakukan penambahbaikan terakhir Menyemak tugasan bersama ahli kelas Menyambung dan mengemaskini tugasan lengkap

Menyiapkan tugasan berdasarkan soalan (Hani)

Melengkapkan segala maklumat

(Hani) Memperbaiki cara penulisan Menyemak pembetulan Memasukkan segala lampiran yang perlu ada Menjilidkan tugasan dengan kemas Diterima dan direkodkan (En. Asri) (Hidayani) (Hidayani)

NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM BMM 3117

Page 49

You might also like