You are on page 1of 3

Tugasan Harian Tingkatan Lima Keburukan Merokok

Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dari aspek kesihatan mahupun dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki atau wanita. Di Malaysia pula, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang menghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialamni dan juga sebagai suatu kepuasan. Sebenarnya, perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang tenat. Asap rokok mengandung sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang mengandung nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini menyebabkan kesihatan para perokok menajdi terjejas dan tidak harianlah laporan Who yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok. Penghisap rokok biasanya sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh perokok, orang yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka. Asap roko turt menyebabkan pencemaran alam seitar berlaku. Misalnya, jika terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang

sempit, maka udara di kawasan itu akan tercemar, Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti akan terganggu. Menurut laporan Who seterusnya, perokok-perokok membelanjakan kira-kira RM600 billion pada setiap tahun untuk membeli 10 000 billion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan awan, infrastruktur sosial, pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya. Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajarpelajar bersekolah pula, wang saku yang diperoleh daripada ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah memastikan anak-anak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok. Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen mrerupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini. Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya merokok tanpa menhargai kesihatan badan diri dan juga kesihatan orang lain. Saya sedar bahawa memberhentikan merokok dapat mengelakkan kesihatan diri daripada pelbagai penyakit kanser seperti kanser paru-paru. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji supaya tidak merokok pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap dan sering mengingatkan diri supaya tidak merokok setiap hari. Nilai yang terdapat di dalam esei ini ialah harga diri dan rasional.

You might also like